Selepas kejatuhan sistem khalifah sekitar Mac 1924 di tangan seorang munafik atas nama Islam iaitu Mustafa Kamal Ataturk, Allah mengirimkan insan-insan pilihan untuk melawan arus sistem jahiliyyah moden. Antaranya As-Syahid Hassan Al-Banna di Mesir yang mengasakan Ikhwanul Muslimin (IM). Usaha IM yang bersungguh-sungguh dan ikhlas, menyebabkan fikih mereka tersebar diseluruh dunia. Cawangan IM ada dimana-mana dan terbaru Allah mengurniakan seorang ahli IM iaitu Muhammad Mursi sebagai presiden Mesir sekarang.
Munafik sememangnya lebih bahaya daripada kafir. Kenapa? Manusia munafik seperti Mustafa Kamal Ataturk yang mempergunakan Islam pada namanya untuk menjatuhkan Islam itu sendiri sedangkan orang kafir memang terserlah penolakkannya terhadap Islam. Bahaya sifat munafik ini yang menyebabkan kemusnahan sistem kekhalifahan di zaman Turki Uthmaniyyah.
Walaupun Turki telah melalui zaman 'moden' oleh Mustafa Kamal Ataturk yang terkenal dengan 'bapa pemodenan Turki' yang sebolehnya membuang nilai-nilai Islam dalam diri setiap muslim di Turki dengan menukar kalender hijrah kepada masihi, azan dalam bahasa Turki dan banyak lagi sistem yang dahulunya sistem syariat telah ditukar kepada sistem jahiliyyah yang mana ianya kekal sehingga hari ini, tetapi Allah mengurniakan insan seperti Badiuzzaman Sa'id Nursi untuk cuba melawan arus tersebut di Turki dan cuba menjadikan negara muslim yang maju terutama di bawah Rajab Tayyib Ar-Ridzuan yang menjadikan Turki negara maju terutama dari segi ekonominya.
Sekali lagi, setiap negara pasti ada seorang pemimpin yang Allah kirimkan untuk memimpin ummat yang masih tidur dan tidak tahu langsung perkembangan dunia hari ini. Antaranya adalah Abul A'la Al-Maududi di India. Kejatuhan sistem kekhalifahan pada tahun 1924 membuatkan Al-Maududi rasa terpukul dan bangkit menubuhkan Jamaatil Islami (JI) di India-Pakistan. Walaupun Al-Maududi tidak pernah bertemu dengan Hassan Al-Banna mahupun Syed Qutb, tetapi fikihnya hampir sama dengan pengasas IM dan menjadikan ramai muslim di India-Pakistan kembali mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Saya yakin ramai yang telah membaca biodata ringkasnya secara terperinci sebelum menjawab di entry sebelum ini.
Abul A'la Al-Maududi.
Saya mengenali tokoh ini sekitar 2006/2007 sama masanya ketika saya mengenali As-Syahid Abdul Rahman Yasin dan As-Syahid Dr. Rantisi iaitu ketika dipertemukan Allah melalui makcik murabbiah saya. Semoga pancaran Islam di Shah Alam mampu terbias dengan dahsyatnya. Semoga Allah merahmati usaha-usahanya! Ketika itu saya dipertemukan dengan karya Al-Maududi untuk mengkaji dan beramal dengan fikihnya melalui syahadatul-haq, ke arah memahami dan menghayati Al-Quran. Menulis kali ini, seperti mahu menangis laju-laju. Ukhuwwah bertemu dan berpisah kerana Allah sememangnya membuahkan kasih sayang dan rindu-rinduan yang luar biasa penasarannya! Allah rindunya daku pada dirimu ya ukhti T__T!
Saya banyak berhutang entry antaranya sebab Abu Bakr kurang meriwayatkan hadis, jenis mesin terbangku (ini untuk Puan Noen dan Puan Fifah :), review car seat, dan sistem rumah As-Syahid Hassan Al-Banna. Apakan daya, menulis dengan hati, lain perasannya. Dijadikan kisah, saya mecari segala dokumen riwayat hidup suami, saya dan anak-anak untuk disatukan dan disistemkan seperti mana yang Hassan Al-Banna buat dan saya bertemu kembali dengan risalah-risalah yang berkait dengan semua tokoh yang pernah saya ceritakan sebelum ini di dalam satu fail besar. Antaranya:
Karya fikih Abul A'la Al-Maududi. Berat nanang kita sebenarnya. Kalimah syahadah yang kita akui setiap waktu semasa tahyat, apakah kita telah melakukannya bersungguh-sungguh. Oh Allah kasihankanlah daku. Nangis lagi T__T.
Saya bayangkan Al-Maududi berpewatakkan seperti seorang di bahagian India semasa diterangkan tokoh ini semasa berbulatan gembira zaman belajar dahulu dan apabila melihatkan dirinya sebenar dan membaca biodatanya, patutlah rupanya ala-ala Arab :).
Cukup mempersona sehelai kertas ini yang begitu tinggi nilai kesannya pada diri ini. Selama ini membaca Al-Quran sekadar baca sahaja tanpa memberi kesan sebagaimana kita membaca novel SETIA HUJUNG NYAWA lakonan Zain dan El ;).
Kita termasuk saya yang menulis, selalu memberi hak Allah sekadarnya sahaja. Kita baca Al-Quran tidak sama seperti kita membaca novel sampai menangis. Sayu hati melihatkan anak-anak Palestin yang telah menghafal Al-Quran mampu mengalunkan hafalannya sambil menangis kerana sesungguhnya mereka ummat pilihan Allah untuk berjuang dan mendapatkan mati syahid dan bahasa utama mereka adalah bahasa arab, bahasa rasmi syurga. Saya terlalu teringin generasi anak-anak kita mendalami bahasa syurga ini dengan baiknya lebih dari mereka menguasai bahasa melayu atau bahasa apapun. Tidak bercakap bahasa melayu pun tidak mengapa asalkan mereka berkomunikasi fasihnya dengan bahasa Al-Quran. Berangan. >.<
Saya dalam ketegori slow learner sebenarnya. Apabila saya renung dan fahami semula perjalanan tarbiyyah saya pada mulanya, baru saya faham disebalik sirr dan kisah ghulam sehingga hati ini berkata WOW BANYAKNYA AKU JAHIL TAK TAHU! Ianya cukup signifikan dengan rentetan perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Dapat saya bayangkan bagaimana keindahan Islam yang disampaikan Rasulullah SAW sehingga sesiapa sahaja yang mendengar mahu mencari dan terus mencari lagi. Saya merasai kemanisan itu kerana sebelum ini kita hanya didedahkan dengan kuliah atau ceramah berkaitan hukum hakam dan kita sememangkan tidak ditekankan dengan sejarah Islam yang sebenar. Silibus sekolah juga belajar rukun iman, rukun islam dan taharah yang berlanjutan sehingga peringkat tertinggi. Sistem yang sengaja tidak mahu menanam izzah pada Islam. Ini memang kempen musuh Islam dalam sistem pendidikan sejak zaman keruntuhan keseluruhan sistem islam di turki uthmaniyyah.
Saya juga faham rintangan dan penolakkan yang berlaku dahulu juga bersignifikan dengan kisah ghulam dan tentu sekali perjalanan dakwah Rasulullah SAW. Sunnatullah yang masih berlaku sehingga kini. Orang tidak suka, tidak selesa itu biasa.
Alhamdulillah respon yang cantik daripada makcik-makcik walaupun tidak semeriah WW siri 2 yang lepas. Kali ini semua betul. Saya sangat kagum kerana makcik-makcik semua hebat-hebat belaka. Paling bangga dengan usaha makcik-makcik semua. Saya yakin dengan usaha makcik-makcik yang tanpa jemu mencari tahu sejarah kita yang sebenar, ruh taufik dan hidayah pasti mudah meresap masuk dalam diri setiap makcik-makcik dan seterusnya dapat membantu kita sebagai ibu-ibu mendidik anak-anak generasi kita kini sebagaimana generasi zaman awwal. Yakinlah dengan pertolongan Allah in shaa Allah. Tanpa membuang masa, mengumumkan pemenang bagi kategori WW siri 3 kali ini, dengan mengambil kira faktor kepantasan memberi jawapan, dimenangi oleh makcik...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
MAMA AQIB!
*
*
*
*
*
MAMA AQIB!
Tahniah makcik! Emailkan nama, alamat dan nombor telefon anda kepada email saya, attuffahumairah@gmail.com. Hadiah yang sesuai setelah sesi takruf di email nanti hehe!
Sebelum akhir, walaupun telah 89 tahun berlalu (1924-2013) dan sistem khalifah masih belum tertegak, dan masih banyak negara Islam yang tertindas seperti Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Sudan, Pakistan dan banyak lagi negara-negara Islam yang tertindas namun, banyak juga negara yang telah beralih pucuk kekuasaan daripada pemerintah diktator atau pemerintahan kuku besi kepada pemerintahan kepimpinan rakyat seperti yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya, Yemen dan Maghribi. Juga Syria yang kini sedang berusaha menjatuhkan rejim bashaar. Semoga Allah membantu saudara-saudara Palestin dan Syria kita. Last but not least...
...sama-samalah kita muhasabah iman dalam seketul daging dalam diri setiap kita. Nangis berjemaah T__T.
“Dan mengapa kamu tidak menginfaqkan harta kamu di jalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi? Tidak sama orang yang menginfaqkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum al-Fathu (pembukaan). Mereka lebih tinggi darajatnya daripada orang-orang yang menginfaqkan (hartanya) dan berperang selepas itu. Dan Allah menjanjijkan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan."
(al-Hadid, 57:10).
4 comments:
Kdg mulut dan hati payah bersatu.. Tahniah buat pemenang
Tahniah..salam perkenalan n done folow sini juga.
Alhamdulillah..terima kasih UM...Info yg sangat berguna....
nanti Mama Aqib email ye... :)
tahiah mama aqib=)
Post a Comment