Hari ini ialah penghulu segala hari. Hari yang mana ramai orang islam lelaki berkumpul bersama menyahut seruan solat jumaat secara jemaah. Walau bagaimanapun, alangkah hebatnya islam andai setiap waktu solat fardhu, sama ramainya dengan solat jumaat. Barulah timbul 'kegentaran' laknatullah. Solat jemaah ini salah satu sumber kekuatan dan perpaduan ummat Islam andai semua muslim tahu akan hakikat itu. Jadi, inilah tugas kita bersama-sama menyeru kaum kerabat kita untuk sama-sama mengimarahkan rumah-rumah Allah dalam membantu membentuk perpaduan dan kebangkitan Islam keseluruhannya insyaAllah!
Tazkirah Jumaat
Tulisan hari Jumaat ala-ala tazkirah Jumaat. ;) Sebenarnya hari ini saya ingin kongsikan bual-bual saya dan suami. Sedang saya merangka entry ini, tulisan saya rupanya Allah izin ada chemistry dengan tulisan Puan Myza hari ini. ;) Berbalik kepada tajuk, ayah Muhammad adalah seorang yang cukup cerewet serba serbi. ;) Salah satunya adalah pemilihan tempat makan. Ada beberapa kedai sahaja yang menjadi pilihannya. Di tempat kami bermaustatin ini, kuasa penjual terletak di tangang golongan kuffar. Antara kedai yang boleh kami singgahi adalah Ramli Abu Bakar Recipe. Kedai ini memang tidak terlalu popular seperti Roti Bakar Railway Station. Namun, ianya boleh dijadikan alternatif tempat yang baik untuk menikmati roti bakar buatan tangan orang Islam yang halal dan tiada gelatin khinzir.
Tidak Jual Rokok
Tempat yang tidak ramai pengunjung sebegini memang pilihan ayah Muhammad. Aman dan sentosa. ;) Keistimewaan lain selain roti buatan sendiri, kedai makan ini tidak menjual rokok. Bahagian tempat menjual rokok di kaunternya hanya dihiasi pasu-pasu. Pekerjanya pula terdiri daripada anak-anaknya sahaja. Kami lebih suka kepada biah (suasana) serta makanan yang boleh tahan sedap disini.
Menu biasa kami. Mee goreng dan kopi.
Perokok Tegar vs Perokok Pasif
Baru-baru ini, kuliah ustaz ada menyatakan tentang isu rokok. Semua tahu apa pandangan ulama tentang rokok. Mudah sahaja analoginya menurut ayah Muhammad, 'adakah seseorang perokok membaca bismillah sebelum merokok?' Adakah perokok akan niat, 'sahaja aku merokok kerana Allah Ta'ala'? Secara logiknya, memang tiada bukan? Kerana apa? Kerana makan rokok tidak mendatangkan manfaat malah memudaratkan. Bukan sahaja kepada perokok tegar, namun ianya turut mengundang musibah berganda kepada perokok pasif. Perokok pasif teridiri daripada isteri dan anak-anak serta orang-orang sekitar yang sentiasa terdedah kepada perokok tegar ini.
Baru-baru ini, kuliah ustaz ada menyatakan tentang isu rokok. Semua tahu apa pandangan ulama tentang rokok. Mudah sahaja analoginya menurut ayah Muhammad, 'adakah seseorang perokok membaca bismillah sebelum merokok?' Adakah perokok akan niat, 'sahaja aku merokok kerana Allah Ta'ala'? Secara logiknya, memang tiada bukan? Kerana apa? Kerana makan rokok tidak mendatangkan manfaat malah memudaratkan. Bukan sahaja kepada perokok tegar, namun ianya turut mengundang musibah berganda kepada perokok pasif. Perokok pasif teridiri daripada isteri dan anak-anak serta orang-orang sekitar yang sentiasa terdedah kepada perokok tegar ini.
Kisah Peniaga Kedai Runcit
Abu Muhammad pernah bertanya kepada seorang peniaga kedai runcit berdekatan Bayt Al-Iman tentang rokok yang dijualnya. Sayangnya sebab tuan punya kedai tidak merokok tetapi menjual rokok. Menurut tuan punya kedai tersebut, saingan dengan peniaga kuffar amatlah teruk. Mereka 'jahat' dalam menjatuhkan perniagaan orang Islam. Kedainya juga pernah dikhianati gara-gara kemajuan kedainya. Tidak pelik kerana kedainya mempunyai pelanggan yang ramai kerana dia adalah satu-satunya peniaga Islam disekitar ini. Jadi, orang-orang Islam tertumpu kepada kedainya.
Abu Muhammad pernah bertanya kepada seorang peniaga kedai runcit berdekatan Bayt Al-Iman tentang rokok yang dijualnya. Sayangnya sebab tuan punya kedai tidak merokok tetapi menjual rokok. Menurut tuan punya kedai tersebut, saingan dengan peniaga kuffar amatlah teruk. Mereka 'jahat' dalam menjatuhkan perniagaan orang Islam. Kedainya juga pernah dikhianati gara-gara kemajuan kedainya. Tidak pelik kerana kedainya mempunyai pelanggan yang ramai kerana dia adalah satu-satunya peniaga Islam disekitar ini. Jadi, orang-orang Islam tertumpu kepada kedainya.
Bukan Mahu Makan, Mahu Jual!
Salah satu ilmu daripadanya adalah, sekiranya seseorang peniaga menjual dengan harga terlalu murah, pasti ada sebabnya. Ramai peniaga tidak mementingkan aspek kesihatan. Bukan mahu makan, mahu jual! Ayat popular dikalangan peniaga jahil. Contohnya ayam. Betapa ramai peniaga Islam yang mengambil ayam dari kedai kuffar yang rupanya ayam mati tidak disembelih. Hati-hatilah ketika membeli bahagian-bahagian ayam yang diasing-asingkan seperti kepak sahaja, dada sahaja kerana kebanyakkannya adalah ayam yang tidak disembelih. Pendek kata kita perlu lebih sensitif dengan makanan-makanan yang masuk di dalam tubuh kita kerana ianya akan menjadi sebahagian darah daging.
Antara Halal Dan Syubahah
Namun apa yang tidak 'sedapnya' hasil rokok dan jualan lainnya dicampur sama dalam mengira keuntungan kedai tadi. Sekiranya diasingkan 'boleh tahan' lagi. Sekiranya berbelanja di pasar, kita boleh membeli di tempat yang hanya menjual sayur sahaja, ikan sahaja. Ini sebeanarnya alternatif dari 'ketidak sedapan' tadi. Besar juga impak rokok dalam kehidupan seharian kita bukan. Sudah semacam subahat menjual arak pula. Namun, kita sebagai pengguna dan rakyat terlalu kasihan. Kita memang tidak mampu lari jauh kerana sudah memang sistem kita terlalu sekular. Wujudkah pasaraya yang bersih?
Isu Sensitif
Saya tahu rokok ini boleh dikatakan isu sensitif. Bukan niat mahu condemn perokok-perokok, namun ada sesuatu yang baik boleh dikongsikan bersama. Bukankah kita perlu berkongsi nasi lemak sedap sesama kita? Kita semua adalah manusia yang sentiasa belajar dan terus belajar berbekalkan pengalaman lepas ang cukup mendidik. Peringatan yang lebih buat diri sendiri insyaAllah! Contoh terbaik tok guru di kampung ayah Muhammad, orang hebat beragama pun turut diuji dengan rokok. Orang zaman dahulu, rokok itu biasa. Menceritakan bagaimana pengalamannya meninggalkan rokok sehingga putung rokok pun boleh 'gian'. Itulah bezanya orang yang berilmu dan beramal. Maksudnya tok guru jelas hukum rokok setelah belajar dan meninggalkan sebagai mengamalkan ilmu yang dipelajarinya.
Talian Hayat Perokok Tegar
Saya pernah terbaca disebuah blog suatu masa dahulu namun tidak pula dapat menjejakinya semula. Si isteri menghadiahi si suami dengan rokok elektrik yang mampu mengawal dan mengurangkan rasa ketagihan. Memang harganya mahal namun menurut si isteri, demi kesihatan suaminya, dia rela melabur. Kasih seorang isteri. Saya cuba untuk google, namun tidak dapat menjejaki blog berkenaan. Namun, saya hanya bertemu dengan laman web Health E-Cigarette yang menceritakan tentang kaedah alternatif bagi membantu perokok yang ingin berhenti merokok dan paling tidak mengurangkan rasa ketagihan.
Kelebihan Menggunakan HEALTH E-CIGARETTE
1. Aman, bebas dari -+4000 jenis bahan kimia (yang terkandung dalam rokok biasa) yang menyebabkan kanser paru, otak, rahim, ginjal, mulut, gigi hitam & rusak, mulut bau, kerusakan pembuluh darah, gagal jantung & impotensi dll
2. 100% bebas dari Api yang membakar & Asap yang beracun(CO, Pb, Hydrogen Cyanide, Methane, dll)
3. Anda bebas merokok dimana saja karena HEALTH hanya memproduksi asap dan api buatan yang 100% aman dan tidak berbau.
4. Ramah Lingkungan dan berteknologi tinggi (Nano teknologi).
5. HEALTH. Anda membuktikan bahwa Anda menyayangi Diri Anda, Keluarga Anda dan lingkungan sekitar.
6. Praktis, baterai dapat di isi ulang (di charge) dan dapat di pergunakan berulang-ulang.
7. Tanpa Abu rokok, sehingga tidak perlu Menyediakan asbak dan membersihkan ceceran Abu dimanapun anda merokok.
8. Sebagai alat terapi bagi yang ingin menghentikan kebiasaan merokok
Sumber disini.
Jadi, sudah ada alternatif untuk perokok tegar sebenarnya, cuma belum terbuka pemasarannya. Saya tahu bukan mudah untuk meninggalkan tabiat merokok. Namun, para isteri pasti punya cara hikmah yang mampu melembutkan dan membantu si suami. Suami sahabat kita yang diharapkan mampu untuk menyulam cinta dengannya hingga ke syurga selain membantu mengurangkan perbelanjaan peluru-peluru israel laknatullah untuk saudara-saudara kita di Palestin. Rokok ini adalah candu ciptaan istarel laknatullah untuk menghancurkan generasi ummat Islam yang cerdik dan membantutkan potensi muslim dalam merubah ummat. Mudah-mudahan usaha kita yang sedikit dalam usaha membantu ummat Islam Allah redho dan membiaskan keberkatanNya kepada kita insyaAllah. Itu sahaja perkongsian untuk tazkirah Jumaat hari ini. Sharing is caring. ;)
Jazakallah khairan kepada Ummu Aziz Hafizahulllah atas video ini. ;)
12 comments:
perkongsian dan kupasan yang cukup menarik (^_^) banyak ilmu yg ummi dapat bila ziarah BAI ni...
Nasib baik hubby BSB tak hisap rokok...
hikhik, oh memang kuat chemistry tu..
health cigarette tu produk yang bagus juga kan, tapi ni baru kita pernah dengar...
Alhamdulillah, ayah yusuf dan maryam tidak merokok lagi.. :-)
mama naufal aunie: ni mesti salah dgn teratak mawaddah punye kotak komen heheh..
ummi na: insyaAllah! ;)
kak BSB: cayalah kak! tahniah utk suami!
myza: kite pun tak pernah jumpe tapi ade kat malaysie sebab org tu belikan husband die..
kak zefa: cayalah ayah yusuf n maryam!
tulh perokok..pernh sorang tu merokok depn ank yg baru berape hari...org tu kate "bialah..lelaki nanti dh besar merokok jugak" ;(
asap rokok mampu memusnahkan sel2 bayi yg baru nk terbentuk..aduhh!
adoi pening sedut asap rokok la tu..tak pyh duduk ngan perokok.bc n3 rokok pun leh poning.tu natijahnya bila klik kotak komen byk2...sowi...dkt siapalah komen mngenai rokok nih duduk erk.khilaf tul...
tp yg dinamakan perokok nih..biarpun apa yg kita kata.apapun yg org cipta utk hentikan habit diaorg...bkn dia guna.dikatawa lagi adalah..
pernah mama kena
"awk tak merokok tak mati ker nnt"
tulah mama selalu perokok ni hayat die lame..Allah bagi peluang dan ruang utk buang tabiat merokok tuh..tapi itulah hujah bela diri perokok..
samelah kite mama..sgt tensen dan rimas dgn asap rokok. kalau samapi terbau, boelh jadi hangin satu badan lagi2 kalau ade budak kecik..mcm nak bgaitau..nikan tempat awam..cubelah hormat org tak banyak pun sikit takpe..saye yg dah tue ni takpe..budak kecik yg baru nak hidup ni tak rase kesian ke..?sekian terime kasih!
ummu muhammad macam nk bg tau...mama bukan mcm...kdg2 terlncang gak mulut nih.geram sgt...sgt2 taksuka...
mama: tulah lain kali gune bahase insyarat..bawk pen n kerts kalau dh geram sgt hehehe
Post a Comment