30.7.11

PERUBATAN MODEN vs ALTERNATIF

Alhamdulillaha atas kesedaran dan semangat cintakan saudara-saudara seislam kita daripada terus mempercayai yahudi dam nasara laknatullah, saya ada menerima respon yang baik dari FCUHOMESCHOOLING berkaitan isu yang pernah saya kupas melalui entry BAHAYA VAKSIN DAN IMUNISASI dan BAHAYA TERSEMBUNYI DI DALAM VAKSIN. Anda boleh menziarahi FCU untuk mengetahui lanjut tentang penemuan kajian terbaru bahaya vaksin. Pihak FCU meminta agar Bayt Al-Iman menulis kembali pati-pati penting tentang bahaya vaksin dan penemuan terkini vaksin dan imunisasi memandangkan kawan-kawan blogger yang saya sayangi fillah ini kebanyakkannya terdiri daripada kaum-kaum ibu yang pasti mahukan semua yang terbaik untuk anak-anak. Sebelum itu, izinkan saya menerangkan tentang perubatan moden vs perubatan komplimentari/alternatif dari sudut pandangan Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia (IPKIM). Baca dan fahamilah dengan hati. Sumber penuh disini.

Dunia sedang menyaksikan pertambahan kos penjagaan kesihatan yang begitu tinggi di dalam beberapa dekad kebelakangan ini walaupun kononnya banyak pembangunan teknologi dan kepandaian sains telah dimeterai oleh golongan profesional alopati (perubatan Barat). Namun hakikatnya, pembangunan kesihatan manusia masih tidak bangkit dari darjatnya yang rendah, tidak setanding dengan perakuan-perakuan kejayaan yang telah dicapai oleh mereka.

Di manakah silapnya? Ini adalah soalan yang sedang mencabar para pemimpin dalam penjagaan kesihatan dan menyeksa masyarakat yang dibebani kos penyenggaraan kesihatan yang tinggi, yang dikenakan oleh pusat-pusat perubatan. Kepentingan keuntungan telah mendahului kepentingan merawat, kesediaan dan kerelaan menolong yang sakit dan cedera telah merosot dan hilang ditelan masa. Sebenarnya, masalah yang melanda merupakan satu krisis persepsi, yang mana telah mengelirukan masyarakat.

Falsafah Kolot Cartesian-Newtonion
Melalui sejarah, kita dapat mengesan di mana permasalahan bermula daripada falsafah kolot Cartesian-Newtonian mengenai rupa dan bentuk dunia yang telah dijadikan asas sains. Falsafah model dunia ini yang mengatakan bahawa hanya fizikal sebagaimana yang diperjuangkan oleh dua nama besar sains – iaitu Descartes dan Isaac Newton – kononnya adalah kebenaran terunggul dan tidak tercabar oleh mana-mana pihak. Pemandangan sejagat Cartesian-Newtonian telah mendominasi kesemua ajaran sains, tidak ketinggalan bidang perubatan dan pembedahan.

Kesemua ajaran sains pada masa itu menerima pandangan mekanistik ilmu fizik klasik ini sebagai satu deskripsi realiti yang unggul. Namun, ia membangkitkan paradigma ilmu sains yang pincang dari kebenaran.

Teori AlBert Einstein
Atas dasar ilmu yang terpesong jauh daripada realiti ini, Albert Enstein dan rakan-rakannya pada awal abad ke-20 telah menyingkap pula teori mengenai alam semesta berasaskan prinsip bahawa ukuran ruang dan masa (ilmu fizik kuantum dan teori relativiti) adalah berkaitan. Teori ini terbukti benar, telah membuka dan memperjelaskan bahawa pandangan mekanistik Cartesian-Newtonian adalah amat terhad, antik dan kesahihannya boleh dipertikaikan. Teori Albert Einstein ini juga telah memberi laluan kepada konsep kewujudan organik dan kosmik dalam dunia sains perubatan. Fritjof Capra di dalam buku Space, Time & Medicine oleh Larry Dossey secara terang-terangan turut memperkatakan tentang krisis persepsi ini.

Kesangsian Terhadap Teori Newton dan Teori Enstein
Namun di sini, apabila kita membicarakan tentang kedua-dua teori ini iaitu Teori Newton dan Teori Enstein yang menjadi asas kepada pembangunan dan pengembangan dunia sains hari ini, sedikit sebanyak kita perlu meletakkan kesangsian kerana Newton adalah Nasrani dan Enstein adalah Yahudi. Kesangsian itu bukan setakat kepada teori yang mereka kemukakan malah kepada diri mereka yang tidak beriman.

Rawatan Yang Pincang
Contohnya, apabila kita mengambil Teori Enstein iaitu E=mc². Adakah ini sahaja yang boleh diperjelaskan melalui hukum tenaga sedangkan telah diberitakan kepada kita bahawa semua ciptaan Allah itu berpasang-pasangan. Jadi, tidak mustahil di sebalik teori ini mesti terdapat pasangannya yang mungkin tidak dapat ditemui oleh mereka ataupun mungkin disembunyikan daripada kita. Oleh yang demikian, banyak amalan-amalan/rawatan-rawatan alopati/konvensional yang ada mempunyai sedikit kepincangan kerana asas teori yang mereka gunakan hanyalah sebahagian daripada rahsia-rahsia Pencipta, iaitu ALLAH S.W.T.

Kesan Sampingan Ubat-ubatan
Jika dilihat dan dikaji dengan keterbukaan minda, pengamalan sistem alopati ini menghasilkan banyak penyakit yang berpunca daripada cara/kaedah pengubatan pengamal itu sendiri. Ia berpunca daripada kesan sampingan ubat-ubatan berasaskan dadah, kimia dan racun secara berpanjangan atau disebut juga sebagai iatrogenisis.

Misalnya, pesakit arthritis yang diberikan rawatan bagi mengubati penyakit keradangan sendi itu akhirnya menderita pula penyakit gastritis. Penyakit-penyakit iatrogenik ini telah timbul sejak lama dahulu, berasal daripada ilmu sains, protokol, instrumentasi, metodologi penyelidikan, diagnosis dan rawatan sistem biomedikal itu sendiri.

Perubatan Moden dan Protokol
Protokol penyelidikan perubatan moden yang dikenali sebagai single blind studies, double blind studies, randomized studieskononnya untuk menjunjung kebenaran demi kemajuan sains, namun telah terbukti mempunyai keterbatasannya dengan kewujudan penyakit-penyakit iatrogenik daripada sistem itu. Adalah perlu untuk alat yang kononnya berpiawaian sains ini dirombak dan diperiksa semula dengan menggunakan sifat ilmu sains yang lebih luas dan tepat, mangambil kira pemandangan sejagat mengenai ekologi dan alamiah asas kejadian serta kosmik yang berkaitan dengan kejadian, kehidupan dan kesihatan manusia.

Perubatan Atas Dasar Kemajuan 
Inilah dimensi penjagaan kesihatan manusia dan perubatan yang telah lama diketepikan atas dasar kemajuan dan keuntungan. Di dalam banyak perkara, limpahan penyakit iatrogenik yang diwujudkan oleh dunia sains biomedikal serta pengamalnya, pada takat yang tertentu, telah disorokkan daripada masyarakat ramai dengan menguarkan kejayaan, keberkesanan dan kekuasaan industri perubatan alopati ini.

Ini disokong pula oleh syarikat-syarikat pembuat ubat-ubatan gergasi, telah menjadikan pengamalnya berfikiran sempit, sengaja menutup kelemahan sistem daripada pandangan masyarakat dunia dengan menggunakan bahasa dan terminologi Greco-latin yang langsung tidak difahami oleh awam untuk pengamalan dan dokumentasi.

Peningkatan Penyakit Iatrogenik
Melihatkan senario kewujudan penyakit iatrogenik yang semakin meningkat kini, sistem perubatan biomedikal akan mengalami kemerosotan, melainkan ia menjalani satu reformasi dan pembaharuan sikap pengamal dan sifat perubatannya. Kos rawatan yang semakin meningkat seakan menarik orang ramai untuk mencari sistem rawatan yang lebih selamat dan murah, maka sistem biomedikal akan semakin ketinggalan dan hanya menjadi satu sistem yang kolot.

Masyarakat dunia mesti dipaparkan dengan penyakit-penyakit iatrogenik ini. Kajian sistematik mengenai penyakitiatrogenik yang pertama telah dilakukan oleh Dr. Lucian L. Leape, salah seorang pengasas National Patient Safety-Foundation di Amerika Syarikat (AS). Hasil kajian beliau telah diterbitkan di dalam Journal of the American Medical Association (JAMA) pada tahun 1994.

Pada tahun 1995, sebuah laporan di dalam JAMA mengatakan lebih satu juta pesakit dimasukkan ke hospital AS setiap tahun. Daripada jumlah tersebut, 280,000 orang mati setiap tahun disebabkan oleh penyakit iatrogenics, dan angka ini telah mengecilkan bilangan kematian akibat kemalangan jalan raya.

Angka ini sungguh memeranjatkan. Ia memberi gambaran sebenar mengenai perubatan moden bahawa, walaupun kejayaan demi kejayaan yang digembar-gemburkan menyinari dunia perubatan moden, namun kepincangannya jelas. Jika mereka terus-menerus menentang kehadiran dunia alami/rawatan alternatif/komplimentari, ditakuti mereka akan ditelan zaman apabila masyarakat mampu melihat kepincangan itu sebagai sesuatu yang tidak diperlukan lagi.

Diharap artikel ini sedikit sebanyak mampu memberi kefahaman dan berjaya membuka hati para ibu bapa agar mampu melakukan perubahan dari terus terusan dijajah pemikiran. Saya pasti ramai dikalangan kita yang terlalu patuh dengan arahan 'orang lama' iaitu ibu bapa dalam isu-isu kesihatan anak. Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi kefahaman dan keberanian ibu bapa melakukan suatu perubahan, insyaAllah! Wallahua'lam.

4 comments:

Cik Sue said...

Assalam UMMU...
miss u dear...."selamat menjalani ibadah puasa buat Ummu and Muhammad"....

ummu Ahmad said...

hate you vaccines...u killed so many children T_T

Princess Solehah said...

sedang cuba memahamkan kupasan yang menarik ini....apa pun, tahniah ye ummu Muhammad kerana berkongsi satu ilmu yang sangat berguna untuk kita...

ummu muhammad said...

CSSSSSS...! lamenye senyap..semoge CS sht2 sahaje..selamat menyambut ramadhan..semga yg terbaik buat kite ;)

ummu ahmad: ;(

ummi na: mudah2an sama dapat manfaat insyaAllah ;)