19.7.11

YOUR LIFE, YOUR CHOICE!

Semalam saya BW (blogwalking) di anamarzablog dan saya tertarik dengan video iklan yang kita semua belum pernah jumpa lagi disiarkan iklan sebegini di negara ini. Iklan berkaitan kematian dan solat.


This Was My Life, These Were My Choices
Sinopsis video ini mengisahkan sebuah kereta yang berwarna merah yang sedang dinaiki 3 orang pemuda antaranya Nawaaf dan Badar yang mati ditempat kejadian sebaik berlanggar dengan kereta yang dinaiki Sara. Dua daripada 3 pemuda tadi mati ditempat kejadian. Video ini flashback kehidupan seharian mereka sebelum meninggal dunia. Ayat this was my life, these were my choices cukup memberi kesan kepada saya.

Nawaaf's Life, Nawaaf's Choices
Orang yang pertama menceritakan kematiannya adalah Nawaaf. Setelah tersedar di alam roh, rohnya berjalan melihat kejadian sebelumnya. Diceritakan yang mak nawaaf sedang mengetuk pintu biliknya mengingatkan tentang solat dalam keadaan biliknya yang bising dengan muzik dan dia sedang bercakap dengan rakannya di talian. OK Mak! Itulah jawabnya. Rohnya menangis disebelah jasadnya yang sedang sibuk melayan panggilan telefonnya berbanding panggilan Allah!

Badar's Life, Badar's Choices
Kemudian, roh Badar pula menjelma. Badar dan 2 orang rakannya tadi sedang bermain Jetski dan Badar terdengar seruan azan. Badar mengajak 2 raknnya tadi untuk solat. Namun,dua orang tadi menyuruhnya untuk pergi dahulu. Badar pun solat bersendirian di pinggir laut. Rohnya tersenyum sambil menyembut Alhamdulillah!

Sara's Life, Sara's Choices
Sara adalah penumpang di dalam kereta yang sebuah lagi yang terlibat dengan kemalangan 3 orang pemuda tadi. Pemandu Sara hilang kawalan pemanduan ketika Sara sedang sibuk melayani panggilan telefon dan SMS. Diceritakan yang dahulu semasa kawannya mengajak solat, dia tidak mengendahkan dan sibuk dengan laptopnya.

Iklan Mereka vs Iklan Kita
Cuba kita buat perbandingan dengan iklan-iklan kita disini. Selagi tidak dihidangkan dengan model-model yang berbaju separuh, gadis jelita yang entah berpakaian ke tidak, selagi itu target sesebuah iklan tidak tercapai. Kita sering disajikan dengan iklan kecantikan, iklan kurus, iklan makan dan pelbagai bentuk iklan yang lebih kepada duniawi. Sudahlah cerita drama kita dilalaikan, ditambah iklan pemberat dosa. Jadi, masa sejam malah berjam-jam kita habiskan tanpa ibadat. Adakah kita mampu hadirkan niat dan hati kita selama berjam-jam di hadapan TV dengan mengingati Allah? Andai Allah takdirkan kita mati disaat itu!

Iklan Mendidik
Alangkah tercapainya fungsi sesebuah TV andai kita dihidangkan dengan iklan yang sarat dengan pengajaran dan panduan dalam menjalani sebuah kehidupan. Iklan sebegini saya kira mampu mendidik masyarakat menjadi masyarakat yang lebih bersedia untuk hidup yang lebih kekal DISANA. Iklan sebegini mampu 'menyentap' rasa seketika. Jadi, sekiranya sedang kita asyik menonton, insyaAllah kita mampu bangun sebentar dalam 5-10 minit untuk menyahut seruan dan menghadap Ilahi, menunaikan tanggugjawab hamba kepada Allah.

Apapun, iklan ini berjaya 'menyentap' jantung saya sehingga malam sebelum tidur malam tadi. Saya masih memikirkan, bila dan bagaimanakah cara kematian saya. Ya Allah kurniakan kami kematian dalam kemuliaan. Kematian dalam keadaan aqidah yang sejahtera!

Pray! Before prayers are said for you!

11 comments:

Z said...

iklan ni pun best gak ummu muhammad :)

http://youtu.be/aS7h28_yxFQ

@LeenShamsh said...

ummu aziz: mcm best je nak diselitkan dgn entri lain nanti insyaAllah ;D

everlasting said...

semoga Allah mengurniakan kematian dan kemulian insyAllah:)

Nida n' Hanafi said...

salam Ummu...

Sedih melihat iklan kita... aurat tak usah nak ceritalah... kadang-kadang drama kita pun terlalu tak sesuai bagi kehidupan Islam.. apa salahnya kalau cerita tentang budak kolej , pelakonnya memakai tudung...hmmmmmm

myamyza said...

ye, hidup kite pilihan kita, mahu meninggalkan dunia dalam keadaan yang diredhai atau sebaliknya.. moga saya menantiasa menjaga tindak tanduk saya.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, ciksue mc 2 hari semput. Kami kat opis internat dah kena blog daaa

@LeenShamsh said...

ijan: ijaaaannnnn rindunyeee!! balik malaysia jgn lupe singgah sini ;D

kak nida: betul tu kak nida..lebih manis sebenarnye pakai pakaian in proper way kan ;)

myza: amin..doakan kite sekali!

kak BSB: larrrr kesiannye CS..semoga CS cepat sembuh..terbayag2 je muke CS..

p/s: alahai bos kenapalah di blog... ;(

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

masha Allah, perkongsian yang menginsafkan. jazakallah ummu Muhammad. Ahmad sekarang sejak dapat kaki berbatu-batu dia berjalan di rumah Nendanya...sampai semua orang letih sebab asyik berjalan..hehe. Muhammad sekarang mcmn?

@LeenShamsh said...

rindunye dgn ummi ahmad! alhamdulillah dah berjalan laju dah ahamd..boleh main perang2 dgn muhammad..bestnye kalau budak2 kecil kenalan dalam blog berkumpul main permainan sunnah kan..main kude..panah..berenang same2...wah berangan zaman islam gemilang!

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

tak mustahil akan jadi kenyataan taw angan-angan itu! gembiranya lah tengok sahabat Ahmad yang bijak ni. Salam Ramadhan ya ukhti. Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan.

@LeenShamsh said...

bilelah boleh jumpe ahmad n ummi! teringin sgt nk berkumpul dgn geng2 blogger fillah!