Alhamdulillah kami baru sahaja sampai di Bayt Al-Iman jam 11 malam semalam. Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan perjalanan kami. Semoga anda semua dirahmati Allah! ;) Kepulangan kami disambut nikmat demam buat kali ketiga untuk Muhammad. Sebaik sampai terus sahaja panas. 38.5 darjah celcius. Sebenarnya kami pulang kerana tuntutan kerja saya yang bertugas pada hari ini dan esok. Apakan daya, Muhammad adalah keutamaan sebelum pencapaian didahulukan. Tidak sampai hati rasanya membawa Muhammad masuk ladang dalam keadaan tidur dengan dada berbunyi dan badan yang panas. Mohon ampun kepada kawan-kawan setugas dan pihak pentadbiran. Terima kasih juga kepada bos yang sangat memahami. Semasa memohon pelepasan cuti untuk hari ini, saya difahamkan yang anak bos juga berada di johor specialist jb. Semoga semuanya dalam keadaan baik insyaAllah!
Muhammad berkata-kata: Kepada kawan-kawan ibu, doakan Muhammad sihat dengan redho Allah insyaAllah! ;)
7 comments:
subhanallah.. sama dengan nikmat yang diberi ALLAH kepada abAng long!.. abang long disertai dengan campak.. apepun acik doakan muhammad hebat dan kuat cepat sembuh ye!.insyaalaah dengan izin ALLAH.
moga Muhammad cepat sembuh ya..
Assalam Ummu,
lama betol ummu coti yea...waaaa windu laaaa...Acik Sue doakan semoga Muhammad cepat2 sembuh supaya ummi Muhamad tidak risau dan boleh masuk n3 selalu ...amin
cikmyza: semoga sahabat Muhammad abang long pun cpat sembuh..sihat sebagai muslim yg hebat! ;)
cik nina: terime kaseh cik nina! ;)
ciksue: kite lagi beribu lemon rindu ciksueeee..muhammad says~ terime kaseh aunt sueee ;)
as salam, semoga muhammad cepat semboh...
Semoga Muhammad cepat baik ya sayang.. (lapik tidur Muhammad sama dgn abang Ysuf punya lah.. hehe)
cik BSB; time kaseh cik BSB! ;)
ibu zefa: Muhammad dgn abg yusofkan sehati sejiwa hehhh ;)
Post a Comment