InsyaAllah lagi entry promosi penyusuan susu ibu. Maafkan saya atas 'keobsesian' ini. Maafkan wahai insan ingin tahu atas keterlewatan ini. Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang bakal menikmati 'nasi lemak sedap' asbab kurniaan kefahaman dan kekuatan dalam melaksanakan sunnah penyusuan insyaAllah. Dengan rendah diri, sekali lagi saya katakan, saya bukanlah pakar dalam penyusuan susu ibu. Keyakinan saya terhadap kebesaran sunnah, membuat saya cukup terobsesi dengan penyusuan susu ibu. Emak sayalah orang pertama yang sentiasa menanamkan tentang kehebatan susu ibu sedari saya remaja. Kisah-kisah saya menyusu sehingga hampir 2 tahun sebelum lahirnya adik lelaki saya, membuatkan saya menanamkan semangat itu sebelum saya berumahtangga lagi. Alhamdulillah, kemudian dikurniakan suami yang cukup menyokong yang juga sama-sama cuba mempromosikan susu ibu. Saya cukup bersyukur andai tulisan-tulisan saya Allah izinkan saudara-saudara saya diluar saya cukup termotivasi dan mudah-mudahan banyak lagi hati-hati yang tersentuh untuk sama-sama memartabatkan penyusuan sunnah insyaAllah!
Salah satu komen diruangan komen entry BREASTFEEDING EXTREMISTS.
Insan Ingin Tahu
Tahniah kepada saudari insan ingin tahu yang pada saya, anda adalah orang-orang pilihan Allah untuk menyedari dan memahami hakikat ini lebih awal. Menyusukan anak bukanlah kerana trend generasi terkini. Mahupun untuk menjimatkan ekonomi. Menyusukan anak adalah salah satu sunnah yang terjadi kepada Rasulullah SAW. Kekasih hati kita, hanya menyusu dengan ibu susuannya. Kemudian setelah tamat tempoh penyusuan penuh, Baginda menjadikan susu kambing sebagai minuman kegemarannya selain kopi. Kenapa Allah takdirkan ibu Rasulullah SAW air susunya kering dan Rasulullah SAW disusui pula oleh ibu-ibu susuannya? Anda pasti sudah mengerti apa jawapannya dan ianya sunnatullah yang berulang dan terus berulang. Diluar sana ramai juga yang menjadi ibu susuan persis dizaman awwal. Sunnah Rasulullah SAW menunjukkan susu ibu adalah pilihan utama. Andai ditakdirkan Allah air susu mengering, alternatif kedua adalah mencari ibu susuan yang solehah untuk anak kita. Pilihan terakhir barulah susu formula. Sebenarnya yang dilaporkan oleh berita harian baru-baru ini tidak sepatutnya menjadi isu besar andai yang menulis itu 'faham' dan tahu yang tulisannya kelak bakal mengundang kemarahan ramai dikalangan ibu-ibu yang menyusukan. Wallahua'lam. Allah Maha Tahu.
Ransangan Secara Berterusan
Berbalik kepada pertanyaan saudari ingin tahu. Memang air susu kebanyakkannya tidak keluar diawal kelahiran anak lebih-lebih lagi anak pertama. Pengalaman pertama saya, cukup mengerikan dalam keadaan semangat yang semakin hilang apabila Muhammad menghidapi jaundice. Berada di wad selama 2 malam, membuatkan saya seakan trauma. Sudahlah anak menangis akibat kelaparan, khuatir pula mengganggu jiran-jiran di dalam wad. Mereka kerap menyogok saya supaya memberi susu formula kerana anak saya tidak cukup susu menurut mereka dan kerana itulah Muhammad menangis tanpa henti. Lagilah motovasi diri saya menurun dengan mendadaknya. Kita umpama mengganggu ketenteraman orang lain. Memang benar, diawal kelahiran si ibu memerlukan sokongan dan motivasi bukan sahaja daripada suami malah motivasi dalaman itulah yang terpenting supaya si ibu kuat untuk terus berada disamping anak dan memberikan ransangan secara berterusan sehinggalah air susu keluar dengan lebatnya insyaAllah.
Permintaan Awal
Mungkin bagi ibu yang menanti untuk melahirkan, anda mungkin boleh request kepada doktor atau jururawat yang bertugas supaya anak anda yang baru dilahirkan terus diberi kepada anda untuk disusui. Mengikut pengalaman saya sendiri, sekiranya kelahiran normal yang tanpa masalah, anak tersebut akan diberi terus kepada ibunya untuk disusui. InsyaAllah mungkin dihospital swasta lebih mudah namun pengalaman saya dihospital kerajaan, mereka ada toleransi dalam banyak hal. Contohnya, Allah izinkan saya melalui proses kelahiran secara normal. Jadi, permulaan masuk hospital saya disambut doktor muslimah sehinggalah semasa proses kelahiran hanya disambut oleh tangan-tangan jururawat-jururawat senior dan pelatih. Apabila selesai segala proses selepas kelahiran, datang seorang doktor pelatih lelaki berbangsa cina untuk memeriksa jahitan dan saya dengan beraninya, sebelum doktor tersebut masuk ke dalam labour room, saya memintanya memanggil doktor perempuan. Alhamdulillah dan insyaAllah mereka faham ditambah tudung saya yang setia dikepala. Peringatan, melalui pengamatan saya, anak yang melalui kelahiran selain normal mahupun normal tetapi mempunyai komplikasi, anak terpaksa duduk dibilik khas. Betulkan andai saya silap.
Teknik Menyusukan
Perkara seterusnya adalah teknik menyusukan. Mungkin teori tidak sama dengan praktikal. Saya cuba mempraktikkan teknik pegangan yang betul untuk menyusukan namun ianya bukan semudah yang disangka. Saya perlu memegang kepala anak ketika itu sambil menyuakan nipple yang tenggelam masuk ke dalam mulutnya. Memang disini ibu-ibu akan teruji. Sudahlah sakit baru melahirkan ditambah kelenguhan asbab menyusukan. Betul-betul memerlukan jihad yang bukan sedikit. Nasihat saya kepada insan ingin tahu, kenal pasti jenis nipple anda dan ketahuilah cabaran-cabarannya ketika menyusukan kerana setiap ibu adalah berbeza. InsyaAllah dengan mengambil tahu, ianya mungkin memudahkan anda semasa menghadapi proses kelahiran insyaAllah! Selain itu, dipenghujung kehamilan, saya pernah dinasihatkan supaya sentiasa lap bahagian nipple dengan tualu panas lembab bagi membuang segala yang mungkin menghalang dari air susu keluar.

Sebahagian pengalaman Puan Hafizah.
Tahan 3 Hari
Melalui pembacaan saya diblog Puan Hafizah tentang pengalamannya menyusukan anak keenamnya, anak yang baru dilahirkan mampu bertahan sehingga 3 hari dengan syarat, ransangan berterusan tanpa henti. Puan Hafizah hanya berhenti menyusu untuk merangsang air susu keluar hanya ketika mahu ke bilik air, makan dan merehatkan diri seketika. Berdoalah bermula sekarang supaya Allah mempermudahkan dan air susu keluar melimpah sebaik proses kelahiran.
Juga sebahagian pengalaman Puan Hafizah.
Mungkin bagi ibu yang menanti untuk melahirkan, anda mungkin boleh request kepada doktor atau jururawat yang bertugas supaya anak anda yang baru dilahirkan terus diberi kepada anda untuk disusui. Mengikut pengalaman saya sendiri, sekiranya kelahiran normal yang tanpa masalah, anak tersebut akan diberi terus kepada ibunya untuk disusui. InsyaAllah mungkin dihospital swasta lebih mudah namun pengalaman saya dihospital kerajaan, mereka ada toleransi dalam banyak hal. Contohnya, Allah izinkan saya melalui proses kelahiran secara normal. Jadi, permulaan masuk hospital saya disambut doktor muslimah sehinggalah semasa proses kelahiran hanya disambut oleh tangan-tangan jururawat-jururawat senior dan pelatih. Apabila selesai segala proses selepas kelahiran, datang seorang doktor pelatih lelaki berbangsa cina untuk memeriksa jahitan dan saya dengan beraninya, sebelum doktor tersebut masuk ke dalam labour room, saya memintanya memanggil doktor perempuan. Alhamdulillah dan insyaAllah mereka faham ditambah tudung saya yang setia dikepala. Peringatan, melalui pengamatan saya, anak yang melalui kelahiran selain normal mahupun normal tetapi mempunyai komplikasi, anak terpaksa duduk dibilik khas. Betulkan andai saya silap.
Teknik Menyusukan
Perkara seterusnya adalah teknik menyusukan. Mungkin teori tidak sama dengan praktikal. Saya cuba mempraktikkan teknik pegangan yang betul untuk menyusukan namun ianya bukan semudah yang disangka. Saya perlu memegang kepala anak ketika itu sambil menyuakan nipple yang tenggelam masuk ke dalam mulutnya. Memang disini ibu-ibu akan teruji. Sudahlah sakit baru melahirkan ditambah kelenguhan asbab menyusukan. Betul-betul memerlukan jihad yang bukan sedikit. Nasihat saya kepada insan ingin tahu, kenal pasti jenis nipple anda dan ketahuilah cabaran-cabarannya ketika menyusukan kerana setiap ibu adalah berbeza. InsyaAllah dengan mengambil tahu, ianya mungkin memudahkan anda semasa menghadapi proses kelahiran insyaAllah! Selain itu, dipenghujung kehamilan, saya pernah dinasihatkan supaya sentiasa lap bahagian nipple dengan tualu panas lembab bagi membuang segala yang mungkin menghalang dari air susu keluar.
Pengaruh Iklan
Sesungguhnya pengaruh iklan sangat besar peranannya di dalam kehidupan waima di dalam penyusuan susu ibu. Saya dihubungi seorang sahabat saya baru-baru yang memberitahu, dia terpaksa mencampur susu kambuing dan anmun kerana menuruti kemahuan suaminya. Si suami tidak mempercayai kehebatan susu ibu dan terpengaruh dengan iklan susu formula anmun yang dapat menyambungkan sel-sel otak. Aduhai! Luruh hati saya mendengarnya. Si suami sanggup bangun dan membancuh susu formula sedangkan si isteri bersedia dan telah rela menyusukan dengan susunya sedari si anak belum menjenguk dunia. Dalam hal ini siteri cukup bersedia dengan ilmu penyusuan susu ibu tetapi berlawanan pula dipihak si suami. Wahai suami-suami diluar sana, ambillah berat tentang hal ini. Jangan digadaikan hak anak asbab kejahilan sendiri. Rasa sayu saya terasa sehingga kini kerana keadaan sebenarnya boleh diselamatkan namun ketentuan Allah itu pasti berganda hikmahnya. Wallahua'lam.
InsyaAllah, mudah-mudahan sedikit pengetahuan melalui pembacaan dan pengalaman saya sendiri disamping pengalaman ibu-ibu yang menyokong susu ibu yang lain, dapat membantu insan ingin tahu. Subhanallah! Sesungguhnya Allah memilih anda untuk belajar sebelum anda berumahtangga lagi. Mudah-mudahan Allah mudahkan segala hasrat dan azam anda apabila tiba masanya insyaAllah!
8 comments:
support dari suami mmg sgt2 penting..so bakal2 ibu jgn abaikan mendidik suami sekali tentang penyusuan. diorg pun leh jadi defender dan penguat semangat kita nnt..:)
thanks to ayah Faris..:)
Bahagia rasa membaca n3 ini. Terasa semangat ibu2 yg gigih menyusukan anak dgn susu ibu menjalar di seluruh tubuh ibu Yusuf. Walaupun sekarang ni Yusuf dan Maryam dah bertahun2 tak menyusu badan, kenangan indah ttp tersemat dlm diri.. (cuma masa tu tak ada blog nak syer.. sekarang nak syer dah lupa dah.. hehe..)
alhamdulillah.. ketika saya lahirkan alisha, susu bdn sy byk n alisha dah pandai menghisap..
ms sy dulu, ketika prgnant sy mmg setiap hari mkn buah kurma sehinggalah hari ni..
saya ni setiap kali baca entri2 tentang penyusuan susu ibu setiap kali tu jugalah akan menyesal sebab tidak bersungguh2 dalam jihad menyusu, sekarang bila bamlom selalu saja dihingapi sakit,antibodi tak kuat, pasti ada mengena dengan susu ibu kan...lagilah bertambah menyesal huhuhuhu
as salam. betul. support dari suami sangat penting. memang luluh hati bila si suami membelikan susu tepung. kononnya nak meringankan beban si ibu
kayzie: ye support suami sgt penting..then, isteri kene kuat walau tak dapay support suami..
kak zefa: sebab tu nak muhammad bace nanti yg ibu die sgt bersungguh menyusukan die dgn susu terbaik selame 2 tahun..insyaAllah mudah2an Allah izinkan dan permudahkan.. ;)
intan: alhamdulillah murah rezeki alisha... ;)
myza: tak perlu menyesal..ade hikmahnye yg sagt rahsie..hanya Allah saje yg tahu..insyaAllah kite usahekan yang no2 n seterunya ok? ;)
mama adam..ya Allah bukan saje luluh tapi rase nk buang je dalam T_T
Sekadar bertanya..mengenai pendermaan susu ibu yg dlm berita harian tu, kalo admin HMFHB xde simpan rekod siapa yg menerima susu yg didermakan tu, mcm mana Nant bila bdk tu da besar?maksud sy, anak susuan tu dgn anak kt da jd adik beradik susuan..x bole kawin. Manala tau kot2 da besar nnt berjumpa n berkawan n berniat utk berkahwin..camne ye nk tau?
assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah..utk pengetahuan awal..saye bukan 'siapa2'..jadi sebarang kesilapan mohon rujuk pada yg lebih pakar..kebanyakkan penulisan saye berdasarkan pengetahuan dgkal dan pengalaman semata ;)
pade saye kalau admin HMFHB takde simpan atau rekod keluar masuk susu tersebut, mereka TIDAK CERDIK ;). dan pade saye yg mengendalikan juga semestinye orang2 yang faham dan pasti dgn persediaan sebarang kemungkinan dan masing2 ibu bapa pun perlu menjalin hubungan..dalam hal ini masing2 ade role masing2
kalau ade keraguan, tinggalkanlah keraguan tersebut..lagi pula pada saya, andai kata saya ditempat yg mahu mencari ibu susuan, saye akan pastikan hubungan si ibu dgn ALLAH..mmg kite tidak layak untuk menghakimi ttp selalunya ianya boleh dilazimi..selebihnya mohon Allah pimpin selalu..wallahualam..muge ade penjernihan
Post a Comment