7.11.11

TELEKONG MASTURAH

Bismillah. Kesinambungan dari entry terdahulu berkenaan PROGRAM CUTI DEEPAVALI saya ada menyatakan yang saya sedang menjahit tempahan telekong dari sahabat-sahabat baik zaman belajar dahulu. Alhamdulillah setelah berjaya membuat 5 helai tempahan dan 2 daripadanya bersama dengan kain, insyaAllah baru hari ini saya berani membuka tempahan untuk sesiapa berminat setelah tempahan pertama berjaya disiapkan dalam masa 2 minggu lebih. Maklum ada anak kecil ;).

Bahagian Muka
Kebiasaannya, apabila kita mencari telekong untuk solat, kita akan memilih keselesaan dibahagian muka. Jadi, dengan izin Allah pastinya, saya hanya menjahit sedikit dibahagian dahi dan memasang getah sebagai pengetat dibahagian muka. Saya tidak suka yang bertali kerana bagi saya ianya cukup leceh ;). InsyaAllah tidak rimas kerana tidak memerlukan serkop.

InsyaAllah sangat selesa dan tidak panas kerana tanpa serkop.

Kain
(Kemaskini: 01/12/11) kami kembali menggunakan kain batik khas untuk solat. Juga, menjahit kain solat berwarna putih yang dilapiskan dua, sama seperti telekong untuk mengelakkan warna kulit terlihat. Kain solat ini insyaAllah sangat labuh tidak sama seperti kain batik biasa. Bahagian pinggang pula, saya getahkan kerana seperti biasa saya tidak suka yang bertali kerana leceh.

Kain yang siap bergetah.

Renda Dan Jenis Kain
Renda pula, setakat hari ini, kami lebih memilih yang berwarna putih dan coraknya pula bergantung kepada apa yang ada dikedai. Disebabkan saya bukan penjahit dan peniaga tegar, saya hanya membelinya dikedai biasa dan bukan kedai borong segala peralatan-peralatan menjahit telekong dan pastinya pilihan adalah sangat terhad. Sekiranya, ada permintaan renda berwarna, kami akan usahakan untuk mendapatkannya. Kain pula ada 100% cottan seperti pakaian baju sekolah budak.

Bulatan hitam menunjukkan labuh bahagian dalam telekong sehingga menutupi jari jemari. Dua jenis renda yang berlainan rupa.

Berlapis Dua
Keistimewaan telekong yang diberi nama Masturah ini  yang bermaksud yang melindungi keaiban, adalah berlapis dua. Bahagian dalamnya sangat labuh sehingga menutupi jari jemari dan ianya cukup sukar untuk didapati dipasaran. Begitu juga dengan kainnya yang dilapis dua bagi mengelakkan terlihat warna kulit dan insyaAllah ianya sangat selesa. Ianya sengaja direka sebegitu labuh kerana mengambil kira faktor memudahkan untuk muslimah-muslimah yang berada dirumah dengan pelbagai aneka ragam pakaiannya. Jadi, telekong masturah menyediakan medium mudah dengan hanya menyarungkan dan insyaAllah ianya tidak menzahirkan aib iaitu warna kulit insyaAllah!

Saiz
Saiz adalah mengikut ketinggian. Setakat hari ini saya ada menyediakan saiz S, M dan L sahaja.
1. Saiz L = 160cm ke atas.
2. Saiz M = 150-159cm.
3. Saiz S = 149cm dan kebawah. 
Bahagian muka pula selalunya saya agak-agak sahaja mengikut saiz muka yang biasa. Sekiranya bahagian muka anda kecil, sila nyatakan kemudian.

Harga (Kemaskini: 1/12/11),
1. Sepasang (telekong + kain) = RM 130 120
2. Kos penghantaran sepasang = RM 10


Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi saya melalui email seperti yang tertera diatas atau  SMS ke 013-3575915. InsyaAllah ianya memakan masa paling lama 2 minggu untuk disiapkan. Untuk makluman, telekong masturah di Bayt Al-Iman cukup ringkas tanpa sulam. Keseluruhan hanya berwarna putih. InsyaAllah untuk memelihara solat dan khusyuk orang lain insyaAllah! Wallhua'lam.

13 comments:

OneSimpleMother said...

salam ummu muhammad.. memang sudah lama mencari telekung yg memenuhi syariat. sekarang saya solat dengan tudung labuh di dalamnya dan berkain pelekat sahaja. saya ingin order sepasang telekong masturah bersaiz L ye.. :)

@LeenShamsh said...

OSM: insyaAllah boleh..boleh email name, alamt n no phone ke email saye attuffahumairah@gmail.com

telekong ade tapi kain kene cari hehe..insyaAllah esok atau luse bole dipos ;)

Ibu Yusuf Maryam said...

Cop! Ibu Yusuf nak 1 tau. telekung sahaja.. saiz M.. tp bukan sekarang.. nanti2 pun tak ape sbb 25hb baru bole bayar.. hehe.. :D

@LeenShamsh said...

ok kak zefa. bereh! ;D

My Sweet Journey said...

Salam sejahtera penuh kasih sayang,
Bangganya hati ini tidak terkira atas kejayaan BAi membuka satu perniagaan yang sangat berkat dan sentiasa beroleh pahala hingga ke akhirat. Telekongnya juga sangat praktikal dan juga mengambil kira pencemaran hati para penggunanya. Telekong yang sederhana hiasan ini sangat bagus agar syaitan tidak berjaya memainkan hati-hati kita untuk berlawa-lawa ataupun juga membuat hati orang lain yang melihatnya kurang kushuk atas hiasan yang terlalu memikat hati. Masyaallah. Seorang guru, seorang ibu dan kini adalah seorang peniaga. Satu tauladan untuk para ibu-ibu yang sepenuh masa untuk menambah ekonomi keluarga melalui on-line. Sesungguhnya 90 peratus rezeki adalah dari perniagaan. Apalagi bagi homeschooling. Sangat baik memulakan perniagaan untuk anak-anak agar mereka bakal memegang kembali ekonomi negara kita yang kini adalah dalam genggaman bangsa asing. Kita orang Melayu hanya jadi pembeli saja....Sungguh rugi. Syabas untuk BAi dan teruskan usaha. Saya ada cadangan untuk telekung kanak-kanak. Kalau dapat buat telekong dari kain bunga-bunga dan fancy sikit, memang dapat sambutan. Cucu saya sendiri tak mahu yang warna kosong.Akhirnya kami jahit sendiri guna kain bunga-bunga dan dia cukup suka dan sejak itu dah rajin solat. Agak susah nak cari yang kain bunga-bunga di kedai. Apabila dah ramai yang tempah, boleh buka talian hingga luar negara. Guna tempahan atas tempahan dan BAi cuma pantau kualiti dan bertetapan dengan kehendak pelanggan. SELAMAT MAJU JAYA.

@LeenShamsh said...

Ya Allah rindunyeee!! selalu teringat2 kat puan guru FCU ;) pujian yang tak layak ;) bukan siape2 tetapi insyaAllah mahu ikut jejak FCU yang sgt independent dalam bnyk hal..berani membuat inovasi..semoge usahe yg kecil ini ade keberkatan..terime kasih atas doa yg berpnjgn..semoga doa-doa puan guru FCU juga tercurah ke atas FCU insyaAllah..mohon doakan kami berpanjagn ;)

sgt tertarik dengan cadangan telekong kanak2..insyaAllah saya cube berbincang dengan mak kerana mak lebih faham jahit menjahit ni ;D idea yang membantu dalam mengembangkan koleksi iman insyaAllah! ;)

cuma, apa yg dimaksudkan dgn 'talian luar negara' tu? 'tempahan atas tempahan pula bagaimana ya? menimba ilmu dr orang yang punya ilmu dan pengalaman ;)

p/s: masalah terbesar adalah ummu muhammad tiada pekerja..abu muhammad tak mahir lagi guna mesin..asyik patahkan jarum mesin je ;D

PROFESSIONAL CHEFF said...

semoga Allah sentiasa merahmati BAi,
1)Apabila jualan di on-line dah makin banyak, tentu BAi tak punya cukup ruang masa untuk menyudahkan tempahan. Peringkat awal, boleh cari tukng jahit lain yang ambil tempahan harga murah saja. Oleh kerana jahit telekong taklah complicated sangat,kita boleh guna kepakaran tukang jahit dalam kampong yang biasanya jauh lebih murah upahnya. Dengan ini kita jadi orang perantaraan yang memastikan segala kualiti terpelihara bertetapan dengan kehendak pelanggan. Bila kita dah mampu untuk miliki kedai jahit sendiri(mungkin bermula hanya sebesar sebuah bilik sahaja), pakai beberapa orang pekerja untuk buat tempahan. Biasanya perniagaan jenis ini boleh bertahan lama kerana permintaan yang tak pernah putus. Mungkin boleh buat pakej 1, pakej 2 dan seterusnya. Pakej 1 hanya sepasang telekong semata-mata, Pakej 2 berserta tasbih, pakej 3 berserta counter untuk bilang wirid dengan lebih teratur, pakej 4 berserta buku himpunan doa dan seterusnya. Untuk lebih memikat hati pelanggan, sertakan free gift. Boleh tengok cara kami buat pakej yang berbagai dalam www.fcumiracle.com. Dengan ini kita punya keperbagaian pilihan buat pelanggan dan menyenangkan mereka untuk mendapat peralatan ibadat dengan hanya mengunjung blog kita.

2-Untuk bisness berkembang, buat satu blog just for bisness sambil berdakwah. luaskan pasaran ke Brunai dan Indonesia. BAi punya ramai pembaca yang konsistent, Insyaallah tak punya banyak masaalah. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA MULIA INI.

Anonymous said...

salam kak lin..

kalau kak lin mahukan pekerja/rakan kongsi, saya mahu joint-venture..teringin nak kembali berbisnes tp kekangan modal agak menyukarkan niat yg 1 ni.. ;)

anis ^_^

@LeenShamsh said...

FCU: Alhamdulillah saya faham segale penerangan dan terime kasih tak terhingge buat FCU atas cadangan yang sgt membine. teringat mak mertue ambil upah menenun kat terengganu. dah nampak caranye.terime kaseh byk! ;)

saye pun suke dgn fcumiracle..masih menggunekannye..bahagi due dgn mak..mak pun cukup serasi.. ;)

sekali lagi terime kasih kpd FCU yg memang tak lokek ilmu berkongsi diruangan yang dapat dibace semue orang..mudah2an Allah gantikan ilmu ini dengan sebuah keberkatan insyaAllah.

insyaAllah akan cuba untuk berbincang dgn abu muhammad. sebenarnye care mcm ni kite dapat bantu ibu-ibu yang ade dirumahkan..bantu ekonomi mereka..terime kasih skali lagi! ;)

semoge Allah melimpahkan segala keberkatan buat FCU! ;)

@LeenShamsh said...

anisssss!!! insyaAllah kalau ade permintaan lagi, dan kaki dan tangan tak cukup, bantuan anda sgtlah diperlukan ;)

noen: noen pun boleh gune care FCU tu..luaskan pasaran..ganti chine sbgi kuase terbesar perniagaan buat mase ni..rezeki KAMI mane tau ;)

Marlina Mohtar said...

insyaAllah, nanti ummi pon nak beli telekong BAI ni ye. kalau ummi nak tempah, ummi akan e-mail nanti...

@LeenShamsh said...

ok ummi ;)

mummyrinazone beauty said...

ummu muhammad..nurul nak satu ek.nnt nurul email kejap lagi.nie baru godek2 entri ummu.lama dah nurul carik telekung yang tebal tak panas n yang penting memenuhi syariat agama.lagipun telekung nurul semua mcm kecik jer n dah lama.nak yang baru wat solat.