24.3.12

SELAMAT KEMBALI

Alhamdulillah kami 8 sekeluarga termasuk adik Muhammad ;) telah selamat kembali dari tanah suci sekitar jam 1230 tengah malam tadi di KLIA dan selamat tiba di Bayt Al-Iman sekitar jam 8 pagi Jumaat semalam. Jam 9 pagi, Abu Muhammad bergegas ke tempat bertugasnya manakala saya dan Muhammad tumbang dan sebaik sedar walaupun dalam keadaan separa larat, Allah izinkan saya untuk gagahkan diri memandu bersama Muhammad ke tempat bertugas sekitar jam 1130 dan pulang semula sekitar jam 12 tengah hari. Ini kerana memandangkan kami memohon cuti rehat khas (CRK) hanya 4 hari dan tidak boleh berturutan dengan cuti sakit.

Alhamdulillah kesemua kami agak kurang sihat. Kami semua batuk. Muhammad pula semput dan dikejarkan ke hospital di bahagian kecemasan dan trauma tengah malam semalam. Setelah diperiksa, didapati ada jangkitan kuman ditekaknya dan Muhammad sepatutnya ditahan di wad tetapi kami mohon untuk dibawa pulang ke rumah terlebih dahulu memandangkan doktor mahu memasukkan antibiotik. InsyaAllah ianya pilihan terakhir. Alhamdulillah menjelang saat ini, saya sangat lega kerana Muhammad tidak lagi semput dan panas badannya menurun dengan mendadak. Alhamdulillah syukur ya Allah!

Kedua belah keluarga mempunyai asma. Alhamdulillah setakat hari ini saya belum diuji dengan asma sebagaimana adik beradik yang lain. Muhammad banyak mengikut ayahnya yang kalah dengan habuk. Sebaik sampai, saya kurang prihatin untuk memvakum segala jenis habuk di atas tilam dan lantai yang menungkinkan asbab Muhammad mudah semput semalam. Seharian di dalam kapal terbang membuatkan kami semua bagai mahu tumbang. Jam 230 pagi hari khamis kami bertolak dari lapangan terbang jeddah ke muscat, Oman yang memakan masa selama 4 jam. Transit 6 jam di Oman dan bertolak ke KLIA pada jam 140 petang masa oman dan sampai jam 1230 tengah malam waktu Malaysia. Ianya memakan masa 8 jam jika saya tidak silap.

Bayangkan kali terkahir Muhammad berjumpa nasi putih ketika di lapangan terbang Jeddah. Muhammad hanya menjamah sedikit makanan seperti roti. Kami menghadap Muhammad yang menangis, merengek dan pelbagai lagi sepanjang perjalanan dari Oman ke Malaysia. Alhamdulillah sampai di tol yang berdekatan, makngah Muhammad telah bersiap sedia dengan nasi lembek buat Muhammad. Asbab lapar dicampur badan yang penat serta rumah yang berhabuk, Allah izinkan Muhammad semput untuk tambah pahala ibu dan ayahnya ;).

InsyaAllah entry ini menjawab persoalan mummymyza yang meninggalkan soalannya di ruangan ziarah sebelah kanan blog Bai. Bukan mabuk teruk tetapi baru sampai ;). InsyaAllah ada kelapangan saya kembali mencatat diruangan KEMBARA CINTA AGUNG sedikit pengalaman yang saya fikir berguna untuk dijadikan panduan untuk sesiapa yang berhajat untuk membawa anak kecil di masa mendatang. Ianya semestinya bukan mudah seperti yang disangka namun Allah hidangkan hikmah yang cukup berharga insyaAllah! Sampai berjumpa di lain episod insyaAllah!

Rumah Allah.

10 comments:

myamyza said...

subhanallah, menziarah tanah suci rupanya, ingatkan mabuk teruk asbab muhammad ade adik, syukurlah hehe,,

kenapalah tak teringat yang warga BAI nak ke tanah suci, duk teruja pasal adik la ni, oh ye, puan nina dah selamat melahirkan mujahiddah yang sangat solehah.. heee

Fadlul dan Fifah said...

alhamdulillah....blik dah...rindu rasa lama UM tak update blog..(^_~)

Princess Solehah said...

Selamat kembali ahli Bayt Al-Iman :) rindunya............tak sabar nak baca coretan Ummu Muhammad :)

NoEn said...

alhamdulillah..selamat kembali..

~MAWAR~ said...

Alhamdulillah..selamat kembali warga bait al iman.. bertuah muhammad..kecik2 dah ke tanah suci.. smga sihat semuanya..amenn

Nida said...

Alhamdulillah, selamat mendarat di tanah air...

My Sweet Journey said...

Salam sejahtera penuh kasih sayang,

Semoga perjalan yang penuh keberkataan itu akan memberi impak yang besar dalam kehidupan BAi. Pastinya menjadi modal untuk terus berjuang di atas jalan Allah. Turut rasa bahagia dan bertuah atas pencapaian BAi.

Huda said...

Alhamdulillah.lukman pun dpt lelah balik dari sana.tp dah sihat now.wiken ni huda balik kluang, jom jumpa :)

IntaNBerliaN said...

Alhamdulillah dah selamat sampai... mg muhammad cpt sihat yer..

Ummu Muhammad said...

terima kasih kawan2! ;)