31.3.12

EPISOD 1: KAMIKAZE!

Muhammad & adik hebat diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah hari minggu yang ibu tunggu-tunggu setelah menempuh seminggu yang sungguh mencabar sekembalinya kita semua dari tanah suci. Bayangkanlah ibu terpaksa memandu dalam keadaan yang sungguh mengantuk. Jadi, hujung minggu ini Muhammad dan ayah telah pulih sepenuhnya. Giliran ibu qada' rehat pula. Seminggu menjaga ayah dan Muhammad membuatkan ibu lebih kuat dari kebiasaan. Muhammad tidur sepanjang petang dan apabila malam, Muhammad berjaga pula. Apabila Muhammad sudah mahu tidur jam 5 pagi, ibu pula sudah terpaksa bangun untuk bersiap ke tempat kerja pula. Ayah pula malam suhu badannya suam-suam. Air asam jawa sentiasa menemani kepalanya supaya sentiasa sejuk. Keduanya memerlukan perhatian yang lebih dari kebiasaan. InsyaAllah masa kualiti kita bersama kurniaan Allah.

Berkat Doa Rakan-Rakan
Hari ini ibu mulakan episod KEMBARA CINTA AGUNG kita insyaAllah ;). InsyaAllah berkat doa rakan-rakan ibu menjadi asbab kita menjadi tetamu Allah baru-baru ini. Tahun sudah, ada beberapa kawan ibu yang pergi menunaikan umrah. Ibu hanya mengirim doa supaya disegerakan ke sana. Kawan baik ibu sudah kesana sebelum bernikah dan sebelum berangkat, dia memaklumkan kepada ibu dan tiada seorang dari kawan-kawannya yang tahu. Seorang kawan ibu daripada Melaka pula, pernah SMS dari Mekah kerana begitu teringat kepada ibu disana. Ibu sendiri pun tidak tahu keberangkatannya ke sana bersama keluarganya dan seperti biasa ibu mohon didoakan supaya disegerakan ke sana sebagaimana mereka. Allah makbulkan doa-doa mereka disana. Semoga Allah merahmati mereka dengan mengurniakan jodoh yang soleh buat seorang itu dan mengurniakan zuriat yang soleh solehah buat yang seorang lagi. Ya Allah segerakanlah permintaan doa-doa mereka!

KAMIKAZE!
Keputusan untuk ke tanah suci menunaikan umrah ibarat membuat keputusan yang KAMIKAZE! Diikutkan kira-kira ayah, kita masih belum boleh ke sana lagi. Ayah tidak akan pergi tanpa membawa ibunya bersama. Bermakna ayah perlu memikirkan belanja tambang untuk 2 orang. Pada mulanya, ibu mahu mendahulukan wang tambang ibu untuk ayah membawa tokwan Muhammad dahulu tetapi ditolak ayah kerana perkara baik sebegini tidak boleh mendahulukan orang lain. Setelah dicampur, tolak, bahagi serta darab, kira-kira ibu memungkinkan kita boleh pergi bersama. Kami memilih Shahid Travel & tours Sdn. Bhd, agen yang mengendalikan urusan umrah kita atas kepercayaan kerana nenek ibu dan nenek saudara ibu menunaikan umrah tahun lepas menggunakan agensi ini. Asbab umrah semasa cuti sekolah, harganya lebih berbanding bukan cuti sekolah. Pakej umrah untuk seorang dewasa adalah RM5280 dan untuk Muhammad, anak-anak dibawah 2 tahun, harganya RM1800 manakala kanak-kanak 2-12 tahun harganya tolak 20% daripada harga orang dewasa. Jadi, ibu dan ayah perlu menyediakan (RM5280 x 3) + RM1800 untuk tambang sahaja tidak termasuk wang belanja disana nanti.

Agensi yang bertangggungjawab mengendalikan perjalanan umrah pertama kita.

Rezeki Tertunggak
Semasa zaman ibu belajar, tunggakkan elaun, ibu habiskan untuk persiapan pernikahan dan kali ini ibu memang berhajat untuk ke tanah suci dengan tunggakan gaji pertama ibu tahun lepas. Asbab keinginan yang kuat melebihi untuk memiliki kereta kedua yang lebih kepada keperluan, mengalahkan niat mahu kabinet dapur menggantikan dapur setinggan kita, ibu berazam untuk mencapai target ibu itu. Alhamdulillah tunggakan gaji pertama ibu lepas untuk belanja seorang. Alhamdulillah, ayah juga ada tunggakkan gaji untuk kedua kalinya dan cukup untuk belanjanya seorang. Kami tarah serata mungkin tabungan tabung haji setiap bulan kami untuk mencukupkan belanja tokwan dan Muhammad. Alhamdulillah, ibu dan ayah langsung tidak mengganggu simpanan Muhammad ;). Alhamdulillah ini juga merupakan hadiah terbesar ayah dan ibu buat tokwan Muhammad. Memandangkan Muhammad memudahkan ibu dan ayah selama setahun 7 bulan tanpa perlu membeli susu juga pampers, membawa Muhammad mengerjakan umrah juga adalah hadiah buat Muhammad daripada ibu dan ayah ;). Apa yang ada dihati ibu ketika itu hanya keyakinan terhadap hadis Rasulullah SAW, ALLAH AKAN MENCUKUPKAN KITA insyaAllah!

1 Dirham = Sejuta Dirham
Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada' di mekah: "Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham kepadanya menjadi sejuta dirham." (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

Alhamdulillah hadis ini cukup menguatkan seluruh jiwa dan raga ibu. Perhabiskan untuk umrah dahulu, sampai di sana mohonlah Allah akan mencukupkan kita untuk ibadah haji sesegera yang mungkin diusia muda. Alhamdulillah Allah memberikan keupayaan dan kekuatan untuk kita ke sana. InsyaAllah ibu kembali menulis tentang pengalaman persediaan dari segi pengurusan sebelum ke tanah suci insyaAllah dengan izin Allah.

4 comments:

Unknown said...

tahniah.. jika sudah rezeki & kemahuan yg kuat Allah makbulkannya..

x tau Ummu Muhammad sekelauarga mengerjakan umrah.. kakyong agak lama tdk BW>.. boleh lah dikongsikan pengalaman spjg di sana.. :)

@LeenShamsh said...

insyaAllah kakyong ;)

Ibu Yusuf Maryam said...

Terus menanti entry Ummu Muhammad tentang catatan di sana.

Semoga sampai giliran ibu dan ayah yusuf pula. Amin.. :D

@LeenShamsh said...

kak zefa: insyaAllah mudah2an dipermudahkan urusan ke tanah suci dgn segera..mesti tabung haji dah cukup ni..buat surat dipercepatkanlah kak ;)

noen: amin mudah2an..dah pergi sekali buat umrah ni..nekad utk pergi haji diusia muda..muda mcm ni terasa ya ampun apathlagi orang tue..mudah2an niat kite2 ni dimudahkan Allah noen ;)