31.12.11

TERAKHIR 2011

Alhamdulillah tahun baru hijrah telah lama berlalu. Kini giliran tahun baru masihi. Tahun 2011 adalah tahun paling mencabar buat saya sebagai blogger. Terima kasih tidak terhingga kepada semua cik anon atas teguran demi teguran walau hakikatnya agak pedih untuk menerimanya pada peringkat awal. Saya dihentam hebat tahun 2011 ;). Alhamdulillah masih ada yang mengambil berat. Namun saya percaya, cik anon-cik anon ini sebenarnya kemungkinan besar orang yang mengenali saya dan mungkin hampir dengan saya. Gerakan hati saya berkata begitu ;). InsyaAllah Allah mengirimkan anda untuk saya bermuhasabah iman dan koreksi diri insyaAllah. Terima kasih kepada adik kesayangan saya yang menulis email kepada saya dengan panjang lebarnya berkenaan cik anon. Terima kasih kepada geng-geng blogger yang sentiasa bersama dengan semangat anda yang sentiasa energitik dalam berkongsi ilmu. Sesungguhnya saya sangat termotivasi dengan anda!  Mudah-mudahan Allah kukuhkan ukhuwwah kita walau di alam maya ;).


Mudah-mudahan Allah mudahkan urusan jadual perancangan kami sekeluarga pada tahun 2012. InsyaAllah dengan izin Allah, banyak sejarah yang bakal tercoret dalam diari Bayt Al-Iman. Mohon didoakan semuanya berjalan lancar dan selamat. Biarlah berjuta manusia tidak suka, hanya cintaMu yang kami dambarkan. Sampaikan kami ya Allah! 

3 comments:

Zefa NorAsmara said...

Semoga 2012 muncul sebagai tahun yg lebuh baik buat kita semua.. :D

Bang said...

salam sejahtera ...

IntaNBerliaN said...

biasalah tu.. cik anon mmg sntiasa ada kan.. tp alhamdulillah sbb mmg ramai yg sntiasa bersama dgn ummu muhammad ni.. :-)

semoga segala perancangan ummu muhammad di tahun ni akan berjalan dgn lancar.. insyaaLLAH.. :-)