23.12.11

EPISOD 4: SUNNAH BERNIAGA

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Sejajar dengan pembukaan imaNiaga iaitu kedai online kita, ibu terasa ingin mencoretkan sesuatu berkenaan sunnah perniagaan iaitu merupakan salah satu pekerjaan junjungan mulia kekasih kita Rasulullah SAW. Ayah dan ibu ditakdirkan menikah semasa zaman belajar yang mana ayah hanya ada separuh dari gajinya manakala ibu hanya ada elaun bulanan. Alhamdulillah dengan separuh imbuhan ayah dan elaun ibu, kami mampu bertemu dipenghujung minggu di pondok iman yang hanya RM75 setiap bulan kerana ayah belajar di Kuala Lumpur manakala ibu di Johor. Bil air dan elektrik pula hanya RM7 setiap bulan. Bil telefon pula hanya RM5 setiap orang kerana kami memakai plan 1+5 celcom ketika itu. Nenek sebagai kepala yang perlu membayar lebih.  Alhamdulillah dengan nilaian bulanan itu juga kami mampu membayar insyirah, kuda tunggangan kita sehingga kini yang sememangnya banyak jasanya.

Alhamdulillah setiap bulan yang dicukupkan dan dimudahkan Allah. Masalah timbul apabila menjelang cuti dan kami mahu pulang ke kampung halaman ayah. Ketika insyirah belum ada, ibu dan ayah hanya menaiki bas dan apa yang kami lakukan untuk mencari duit poket tambahan selain ibu mengambil upah menjahit telekong, ibu dan ayah juga berniaga. Ya berniaga! Apakah yang kami niagakan? Disebabkan modal yang ada sesuai untuk perniagaan kecil-kecilan, ibu dan ayah berniaga aiskrim Malaysia, aiskrim yang diisi di dalam plastik panjang dan dihantar ke sebuah kantin sekolah tempat nenek berniaga setiap hujung minggu dan waktu-waktu cuti. Keluarga sebelah ibu merupakan anak pedagang. Nenek dan kedua ibu bapanya cukup pandai berniaga walaupun bukanlah ahli perniagaan tersohor. Nenek ibu, moyang Muhammad contohnya, walaupun buta huruf, tetapi matematiknya sangat cekap. Begitu juga nenek Muhammad. Walaupun ibu mengajar matematik tetapi mental calculation nenek mendahului ibu. Mungkin disebabkan ibu belajar dizaman kalkulator. Sunnah berniaga keluarga sebelah ibu ini banyak diwarisi Maklong Muhammad yang punya butiknya sendiri. Maklong Muhammad juga smart orangnya.

Semakin dewasa, ibu semakin mengerti hikmah disebalik sunnah berniaga. Betapa kita sebagai orang Islam perlu bangkit menguasai ekonomi. Menguasai ekonomi bermakna menguasai politik tanahair. Sebenarnya politik dalam sesebuah negara adalah 'dipegang' oleh orang yang berduit dengan istilah lain ahli perniagaan. Lagi contoh ketara, dunia hari ini menyaksikan kuasa ekonomi terbesar adalah rejim zionis yang mana diserata tempat ada sahaja McD, Pizza Hut, Nestle, Kotex, Levis dan pelbagai barangan lagi yang dipunyai dan dipelopori oleh mereka laknatullah sehingga ada ulama' yang menjatuhkan hukum haram untuk membeli barang-barangan mereka kerana segala hasil tersebut adalah menyumbang kepada peluru-peluru yang membunuh saudara-saudara kita di Palestin. Begitulah besarnya pengaruh 'wang' di dalam dunia hari ini. Hakikatnya, wang mampu membeli segala-galanya pada perancangan jahat manusia hari ini.

Sahabat Rasulullah SAW sepeti Abu Bakar, Usman Bin Affan antara tokonh-tokoh ahli perniagaan yang mahsyur. Sejarah telah mengajar kita kisah-kisah para sahabat yang kecintaan mereka terhadap Allah dan Rasulullah SAW mengatasi cinta mereka kepada harta benda mereka. Beginilah sosok-sosok ahli perniagaan yang didahagakan oleh dunia hari ini. Ahli perniagaan yang mampu menyumbang terhadap pembangunan ummat islam. Ahli perniagaan yang hanya takutkan azab Allah. Hakikat hari ini, ummat islam ramai yang goyah aqidahnya. Menipu, rasuah semuanya menjadi mainan kehidupan. Apa yang penting matlamat melihat wang berkepuk menjadi impian sehingga lupa halam haram dan dosa pahala. Sememangnya kesedaran inilah yang perlu kita perlu sebarkan. Dunia hanyalah tempat mengumpul bekalan dan dunia kita yang hakiki hanya ada dua pilihan iaitu syurga atau neraka.

Berbalik kepada sunnah berniaga, ibu punya impian mempunyai sebuah sekolah sendiri. Mungkin sekolah tadika ataupun taska yang mana ibu sendiri yang menjadi tenaga pengajarnya. Memandangkan modal untuk melihat impian ini tercapai agak besar, ibu serahkan kepada Allah semata. Mungkin kita boleh buka cawangan sekolah tadika iman kepunyaan ikhwah/akhowat. Sebenarnya apa yang seronoknya, ibu mampu menjaga dan mendidik mujahid-mujahiddah sendiri disamping anak-anak orang lain. Di taska itu nanti semestinya mesra penyusuan susu ibu. Mungkin kita boleh bawakan ibu-ibu solehah yang boleh menyusukan. Maklum ikhwah dan akhowat memang cukup sibuk dengan dakwah dan tarbiyyah mereka.  Keluarga besar sebegini mampu menampung kelemahan dan kekurangan atas keterbatasan waktu masing-masing. Sesungguhnya kelebihan dan kekurangan itu Allah jadikan dengan sebab kasih sayang dan hikmah. Semoga Allah membalas segala penat lelah perjuangan mereka.

Ketahuilah wahai Muhammad, Rasulullah SAW merupakan insan agung yang diutuskan sebagai qudwah hasanah. Salah satu aktiviti keduniaan yang Baginda terlibat adalah di dalam bidang perniagaan. Malah Baginda SAW merupakan seorang peniaga yang baik sebelum baginda menerima wahyu lagi. Segala anjuran atau sunnah Rasulullah SAW dapat meningkatkan hubungan antara manusia dan Allah yang juga merupakan salah satu bentuk kekuatan spritual seorang insan. Jual beli adalah perdagangan dunia, sedangkan melaksanakan kewajiban syariat Islam adalah perdagangan akhirat. Keuntungan akhirat pasti lebih utama berbanding keuntungan dunia. Maka para pedagang mukmin sekali-kali tidak boleh terlalu menyibukkan diri semata-mata untuk mencari keuntungan dunia dengan meninggalkan keuntungan akhirat. Sabda Rasulullah SAW, Pedagang yang jujur serta dipercayai (tempatnya) bersama para Nabi, orang-orang yang jujur, dan orang-orang yang mati Syahid pada hari kiamat. (HR. Bukhari, Hakim, Tirmidzi dan Ibnu Majjah). Semoga Allah makbulkan doa ibu untuk punya sebuah tadika sendiri suatu masa kelak insyaAllah!

Sunnah Rasulullah SAW yang paling utama adalah BERDAKWAH!

3 comments:

Naziffa said...

salam..leen beli kat mana susu karihome? area jitra tak de la plak.

@LeenShamsh said...

zyfa: kat farmasi banyak..nak cari susu danial ke? try cari susu segar kat institut haiwan ke mane2 dulu..tu lagi fresh n baik..kalau tk dapat, susu ni sgt disyorkan sebab komposisi kimia die melepasi piawai insyaAllah ;)

insan_marhaen said...

9/10 sumber rezeki adalah dr perniagaan .. Kan UM.... C'jai pun ada wat bisnes on9 kecil2an...