19.12.11

DOA ANAK HEBAT

Alhamdulillah terasa ingin mengimbau kenangan saat mengetahui Muhammad sudah berada di dalam rahim saya lebih setahun 4 bulan yang lalu. Saya sangat rajin menelaah buku-buku berkenaan perihal mengandung. Dibawah adalah doa yang sangat hebat dan cantik untuk diamal. Maknanya yang begitu mendalam membuatkan saya sering 'meremang roma' setiap kali melafazkannya selari dengan lintasan makna-maknanya yang sangat manis untuk dirakam di dalam hati ;).


.اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَادَامَا فِيْ بَطْنِيْ / وَاشْفِهِ وَأنْتَ شَافٍ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَلاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
.اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً / وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ
.اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا
.اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً / وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً
اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ / وَصَحِّحْ جَسَدَهُ / وَحَسِّنْ خَلْقَهُ / وَأفْصِحْ لِسَانَهُ / وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ / وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُلِهِرَ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ

Ya Allah , 
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah , 
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal .

Ya Allah , 
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
-(Abu Afiqah, Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi, M/S 23)-

Doa yang ringkas dan mudah diamal terutama ketika usai solat. Mudah-mudahan doa cantik sebegini menjadi amalan semua para ibu-ibu yang sedang hamil dan berterusan sehingga anak-anak menjenguk ke dunia. Dunia hari ini terlalu dahagakan seorang khalifah yang bakal mengembalikan undang-undang Allah. Mudahan-mudahan dengan keberkatan doa para ibu-ibu menjadikan anak-anak kita sebagai generasi yang bakal menegakkan kalimah Allah insyaAllah! Jom berdoa!

Wahai anak-anakku yang hebat lagi hensem, doakanlah ibu dan ayahmu selalu kelak ;)

10 comments:

IntaNBerliaN said...

terima kasih ummu muhammad sebab berkongsi doa ni ;-)

Zefa NorAsmara said...

Amin, amin, amin ya rabbal a'lamin. Semoga akan lahir insan2 hebat yg memperjuangkan dinulIslam..

Nida said...

Semoga semakin ramai insan yang gemilang dan cemerlang akan lahir.. ameeeeennnn

milk and cookies said...

Assalamualaikum!

Kak lin! Lama dah tak nampak akk. Remember me? Ira? Blok D/E? Hehee..
Rinduu akk. Muhammad dah besar dah! Ira selalu je jenguk blog akak senyap-senyap. You are truly inspirational to me. :))

Keep it up kak! I hope I can be like you one day. :) <3

Ummu Muhammad said...

ira: ira yang duk blog e bawah dgn dayah dulu ke? akak lagi berbilion rinduuu dgn korang..byk sgt tinggal gitu jekan..aduhaiiii banyk betul khilaf..kesian adik2 T_T

p/s: alhamdulillah dah besar ;) k.lin bukan sape2...jgn jadi mcm k.lin..jadi lebih baikkk dan sgt baikkk...mudah2an Allah mudahkan wahai adik yg dirinduiii selalu!!!

milk and cookies said...

bukanlah kak! hehe.. itu wani dengan dayah. hehe. sy ira, yang selalu jual tudung la hape lah kat maktab tu. hehe.. insyaAllah. terima kasih kak! salam sayang kat Muhammad hemsem!

wan nurul hezrina said...

good sharing

NoEn said...

amin..amin...thanks for sharing

p/s:ehem muhammad nak dapat adik ke??hehe

Ummu Muhammad said...

ira: k.lin tak dapat ekses blog awak pungg.. T_T..akak ingat sgt..ira cantek kan? ohh bace ke blog akak yang merapu sgt nih..awak dah kawen lum? posting bile?

Ummu Muhammad said...

noen: wah soalan cepu perak heheh...jomlah saing2 ;)