9.12.11

GIVEAWAY SULUNG CINTA-RASUL

Sekiranya sesiapa perasaan, saya ada meletakkan banner 3 langkah mudah didik anak hafal Al-Quran dibahagian kanan blog Bayt Al-Iman. Secara ringkasnya ebook berkenaan dihasilkan oleh keluarga huffaz, ustazah aisha dan ustaz amri dengan kerjasama syarikat mama darwish dan darwisha yang menerbitkan ebook mereka. Kesemua mereka dengan peranan masing-masing berganding bahu untuk sama-sama mengajak seberapa ramai ibu-bapa diluar sana untuk mengembalikan kekuatan ummat islam melalui penerapan didikan Al-Quran sebagai asas atau pasak utama dalam pembetukan aqidah yang mantap!

Klik gambar untuk pautan ke blog Cinta-Rasul. Jom! ;)

Cinta-Rasul merupakan medium kepada keluarga huffaz muda ini untuk dalam menyampaikan kaedah pembelajaran yang islami. Saya secara peribadi amat mencemburui kurniaan Allah kepada mereka. Pastinya mujahid-mujahid mereka Muhammad Abdul Rahman dan Muhammad Abdullah punya kredit berganda dalam meneruskan legasi generasi huffaz insyaAllah! InsyaAllah mereka antara inspirasi Bayt Al-Iman dalam menyahut cabaran melahirkan generasi Al-Quran merayap insyaAllah!

Hanya tinggal sehari sahaja GA sulung mereka dengan menawarkan hadiah berpakej jannah iaitu satu set ebook yang bernilai RM50. Jom mencari ilmu di Cinta-Rasul dan sekiranya takdir Allah memihak kepada anda, set ebook tersebut insyaAllah bakal menjadikan anak-anak kita bakal menegakkan kalimah Allah dengan izin Allah.


Kenal ALLAH pasti sayangkan AR-RASUL!

6 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Ibu Yusuf joint juga.. Abg Yusuf sdg gigih meneruskan usahah hafaz surah2 lazim. Mungkin sgt jauh tertinggal jika dibandingkan dgn anak2 pn lina.. tp itu bukan halangannya.. insyaAllah, akan terus usahaha hingga jaya.. doakan dipermudahkan jalannya..

IntaNBerliaN said...

bestnya hadiah ni.. nanti nak join lah.. skrg kat kg.. tunggu saya balik sg ptani nanti br join.. :-)

Nida said...

Salam

Good luck buat semua peserta..

Insya Allah akan sertai..:)

Unknown said...

x sempat nak join.. lambat tahu.. dah tutup pun...

best nya jika dpt hadiah tu... satu panduan yg pasti amat bermakna utk setiap ibubapa.

Unknown said...

jemput join contest di blog kakyong

http://ibualiya.blogspot.com/2011/12/contest-giveaway-ibu-sihat-anak-riang.html

@LeenShamsh said...

kak zefa: takpe..setiap kite pasti ade logamnye dimane2 ;)

intan & kak Nida: habis dah..pemenang pun dah ade ;)

kakayong: insyaAllah nak sertai jugak ni..idea tengah jem ni heheh