15.5.12

PEMENANG KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua peserta yang telah memberi butiran diri.
Seperti yang dijanjikan, Muhammad akan mengumumkan 3 pemenang utama
KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY.


3 pemenang utama jatuh kepada...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


3. azyatun@fawwaznuha

Tahniah! Makcik-makcik bertiga layak untuk mendapatkan mini kolam renang kerana ...



...pemilihan pemenang kali ini dibuat berdasarkan pandangan nenek Muhammad ;).
Kenapa nenek Muhammad?

Tersebut kisah pada suatu petang ibu dan nenek sedang berbual. Antara pokok ceritanya adalah ibu yang yang sangat takut dengan anugerah rezeki Allah yang begitu luas untuk Muhamamd sekeluarga. Bukan kaya-raya tetapi Alhamdulillah cukup untuk hidup bersederhana. Sebagai contoh Allah ambil stoller dan lain-lain, namun Allah menggantikan dengan jauh yang lebih baik dengan apa yang diambil pinjamanNya ketika di sana. Siapa yang tidak gentar dengan firman Allah, 'Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?' (Al-Ankabut:2-3). Jadi, nenek pun menyuruh ibu terus menerus dengan amalan bersedeqah. Sentiasa memberi untuk menyuburkan harta.

Ibu pun memberitahu nenek yang GA ini sedang berlangsung ketika itu sebagai kenduri doa selamat versi alam maya dan ibu memang ada niat untuk memberi kepada semua memandangkan ibu sengaja membuat selama 3 hari sahaja yang cukup untuk meraikan pengikut setia KEMBARA CINTA AGUNG sehingga episod teakhir. Nenek yang tidak tahu prosedur biasa penganjur membuat cabutan sama ada manual atau menggunakan random.org, terus meneka bahawa 3 orang yang teratas itulah pemenang utama dan selebihnya nenek mencadangkan untuk mencari hadiah lain sebelum ibu sempat memberikan gambaran GA di alam maya. InsyaAllah gambaran pemenang yang nenek suarakan, Muhammad dan ibu abadikan untuk GA ini ;). Tahniah untuk 3 pemenang utama!

Makcik-makcik yang lagi 7 orang pula, jangan bersedih hati kerana...


..makcik-makcik semua akan menerima bakul mainan seperti di atas dan juga...

...ole-ole makanan sunnah setiap seorang.

Muhammad berharap semua makcik-makcik sukakannya ;). Doakan Muhammad sekeluarga sentiasa dalam pemeliharaan dan petunjuk Allah. Doakan ibu Muhammad supaya sihat dan kuat agar proses kelahiran adik Muhammad dipermudahkan lebih daripada kelahiran Muhammad di tangan-tangan doktor dan jururawat muslimah seperti Muhammad hampir 2 tahun lepas serta adik lahir dalam keadaan sihat sempurna dan mampu menikmati susu ibu yang mewah sejak di hari pertama kelahiran adik Muhammad. Doakan ibu dan adik Muhammad ya! ;)

Terima kasih kepada semua pengikut setia setiap episod KEMBARA CINTA AGUNG dan juga semua peserta GA kami ini. Mudah-mudahan semua makcik-makcik sekeluarga dikurniakan keluasan rezeki yang mencurah-curah untuk sama merasa 'bakal kembara cinta agung' makcik-makcik semua akan datang insyaAllah! Salam kasih sayang, ukhuwwah fillah abadan abada daripada Muhammad sekeluarga kerana Allah! ;)

11 comments:

IntaNBerliaN said...

alhamdulillah... dapat bakul tu.. sbb mmg bakul macam tu dah rosak pun dkt umah sy ni... mmg rezeki yg DIA bg utk saya yg sebaik2nyalah.. kolam renang alisha dah ada.. baru guna sekali... hehehhe

sy doakan ummu muhammad satu family dimurahkan rezeki + selamat melahirkan adik muhammad...

terima kasih lagi sekali ummu.. & tahniah pada semua peserta :-)

Ummi Iman said...

Salam Muhd dan Ibu serta nenek Muhd.
Alhamdulillah kerana terpilih. Seronoknya dapat kolam mini tu. Teringin nak beli tapi tak berkesempatan. Akhirnya dapat percuma. Bolehlah Iman berendam nanti bersama baju mandi yang masih belum dirasmikan lagi setakat ni.

Semoga niat baik UM di balas dengan keberkatan olehNya serta dilimpahi rahmat untuk UM sekeluarga. Insyaallah

Juga diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Terima kasih

Zefa NorAsmara said...

Terima kasih Muhammad sekeluarga. Jazakumullahu khairan kathira..

Semoga dipermudahkan semua urusan terutama utk menyambut orang baru.. amin

Zefa NorAsmara said...

Dah komen tadi tp keluar pengeditan bercanggah, tak tahu sampai ke tak. Apapun terima kasih Muhammad sekeluarga. Jazakumullahu khairan kathira..

azy said...

ALHAMDULILLAH, rezeki 4 my little Damia,..sy x kisah pon klau x dpt hadiah utama sebab yg lain pon mnarik, moga murah rezeki puan pnganjur y baik hati ni..
plg suka buah2 dr tanah Arab tu..

yg masih membac episod kembara =)

Princess Solehah said...

alhamdulillah :) tahniah kepada 3 pemenang utama dan lagi 7 orang tu termasuk ummi (^__^) semoga Muhammad dan sesi keluarga semakin melimpah ruah rezeki dariNya....

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ummu Muhammad...Emm.. xsempat nk join.
Apapon,K.atie ucapkn Tahniah tuk kesemua pemenang...Alhamdllh,rezeki masing2 :D

Fadlul dan Fifah said...

alhamdulillah...camtik susunan allah...yang sbnrnya mmg tgh cari bakul ni..nak letak baju tasneem cz mls lipat baju2 halus ni..huhu...hari tu dh tnampak bakul jenis2 cmtu..tp langsung tak tergerak hati nak beli..rupanya ada yang nak bagi... ;)

muhammad, insyaallah berkat ibu muhammad yg rajin bsedeqah, semoga allah mudahkan semuanya...muhammad doa kat makcik juga ye

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

assalam...dah lama BSB tak singgah sini. tahniah kpd pemenang.

Ummu Muhammad said...

amin..alhamdulillah semuge segala doa dan kebaikkan kembali mencari si pendoa ;)

p/s: ade rezeki Muhammad nak buat GA lagilah..GA teke name adik muhammad heheh..jawapannye hanye ade pade ayah..ayah kate hari ke7 adik lahir baru buleh tau..ibu pun tak tau T_T

Wanieys said...

tahniah pd pemenang :)

salam perkenalan dr wani follower ke 301 :))