13.8.12

ANUGERAH RAMADHAN TIBA

Panglima-panglima Ramadhan hebat&hensem yang diredhoi Allah dan Rasul
Ramadhan sangat signifikan dengan kelahiran Muhammad dan Abdullah. Kelahiran dengan rezeki tersendiri. Banyak hikmah yang tersembunyi walaupun ibu perlu qada' berhari-hari. Sekiranya semasa Muhammad dahulu ibu perlu qada' puasa 16 hari, Abdullah pula 26 hari ;D.

Ramadhan kali ini, Allah gembirakan keluarga kita dengan pertambahan bilangan ahli keluarga dengan hadirnya Abdullah. Allah gembirakan lagi kita setelah melalui hakikat-hakikat ketetapan Allah sebelum ini dengan rezeki lain lagi. Alhamdulillah kurniaan di bulan barakah ;).

Hadiah utama menerusi segmen nostalgia Ramadhan di blog c'jai ;).

Ibu pernah ceritakan berkenaan keinginan ibu dan ayah untuk membelikan Quran digital buat Muhammad di entry REZEKI BERGANDA RAMADHAN. Alhamdulillah selang beberapa hari, menerusi segmen anjuran c'jai, Allah berikan hadiah buat Muhammad dan Abdullah juga secara percuma. Sememangnya bagai anugerah Ramadhan buat kita sekeluarga ;).

Terima kasih banyak kepada semua yang terlibat terutamanya penganjur yang sudi memberi kita hadiah yang sangat hebat ini ;). Muhammad dan ayah begitu teruja sehingga berebut-rebut dua beranak ini ;P. Sesiapa yang berminat dengan Quran digital seperti ini, boleh menghubungi c'jai di blognya DISINI atau terus kepada penganjur hadiah, hajizulkarnaen. Quran digital ini sedang dijual dengan harga promosi sempena Ramadhan iaitu RM200 untuk senaskah. InsyaAllah pelaburan yang sangat berbaloi!

Serentak dengan sampainya Quran digital, sampai juga coklat yang ibu pesan dengan mama aufa. Subhanallah rasanya cukup sedap mengalahkan coklat-coklat yang ada di pasaran. Coklat halawah ini dibuat oleh tangan-tangan orang soleh, rasanya juga pasti sedap ;).

bekas biasa bentuk bulat (A1)
50 pcs = RM20 sahaja. Lawati blog coklat mama aufa DISINI. Kredit foto DISINI juga.

Ramadhan 1433H semakin hampir melabuhkan tirainya. Semoga Allah pertemukan kita semua dengan malam yang mana Al-Quran diturunkan yang pada malam itu Allah kurniakan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Ya Allah pertemukan kami semua dengan Lailatul Qadr!

Mudah-mudahan Allah sampaikan lagi kita pada Ramadhan akan datang dalam suasana yang lebih baik lagi insyaAllah. Ya Rabb perkenankanlah!

12 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam UM sekluarga.Apa kabar?Lama k.atie xsinggah ke blog yg sejuk hati & mata memandang ni...

Alhamdulilah,rezeki UM.Tahniah ya menang hadiah utama...mmg rezeki muhammad & Abdullah yg hebat!

Syukur,rezeki Ramadhan

C'Jai said...

Alhamdulillah syukur....C'jai lega sungguh bila Quran tu dah selamat tiba ke tangan yang berhak... Moga dapat memberi manfaat kpd UM sekeluarga..

jika ada yang ungin memilikinya boleh pergi ke http://hajizulkarnaen.com/
sementara promosi ramadhan masih berjalan... dan terima kasih juga kepada penaja hadiah ni..

FADLUL & FIFAH said...

amboi..bkn main lagi yg tang cokelat tu..

kak tini (umialya) said...

Alhamdulilah, syukur, rezeki Muhammad

ummu aufa said...

alhamdulillah^^

seronokla Muhammad dan adik nt dapat guna Quran Digital=) rezeki UM sekeluarga..

terima kasih atas order ya UM=)jazakillah..

syiela said...

Alhamdulillah... rezeki keluarga UM..

coklat tu menggoda akak la :)

wan nurul hezrina said...

wahhh nurul selalu tgk kueh raya dalam bekas tuh ummu muhammad n abdullah=)kalinie tgk coklat sedapnya..

alhamdulillah rezki Allah

Ummi Iman said...

Alhamdulillah dah selamat sampai hadiahnya. Mmg beruntunglah Muhammad dan Abdullah. Boleh dimanfaatkan seisi keluarga. Teringin juga nak beli sebenarnya. Insyaallah.

Murah lah coklat tu... menarik.

wan nurul hezrina said...

ummu muhammad n abdullah..nurul nk ucap selamat hari raya n maaf sepanjang kenal ada tersalah bahasa kay..

arinie last day kerja esok alik kelantan,kpung hubby.makan jemlah jawabnya..

k ,salam lebaran buat ummu sekeluarga.maaf zahir batin

Bulan Syurga Firdausi said...

cepat mase berlalu kan..tinggal berapa mlm je lg ramadhan...

Marlina Mohtar said...

alhamdulillah, rezeki Ramadhan ni =)

jom join GA auni :

http://mawaddahrahmat.blogspot.com/2012/08/3rd-birthday-giveaway.html

NoEn said...

Alhamdulillah...lama rasanya kite tak tinggal jejak kat sini kan...ade singgah n baca perkembanagan muhammad dan abdullah namun hanya sekadar singgah..tak komen pun..sorry ya

di kesempatan ini nak ucap selamat hari raya untuk keluarga BAI..mohon maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan kita(even kenal di alam maya)

tak balik terengganu ke?