Hari 3, Rabu
16 Rabiul' akhir 1433H : 14 Mac 2012
Madinatul Munawwarah
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Episod sudah ibu catatkan tentang sirah di Jabal Uhud. Kalau di usrah dahulu, hanya sirah yang kita dengar dan membayangkan Uhud sekadar imaginasi kita sahaja. Alhamdulillah, KEMBARA CINTA AGUNG kita, Allah kurniakan imej sebenarnya dan paling disyukuri, kita jejakkan kami di tempat para syuhada' Uhud disemadikan. Bukit Uhud terbelah dua untuk menempatkan Rasulullah SAW yang cedera parah pula, masih segar diingatan ibu. Walau bagaimanapun, kamera handphone cap kapal layar ibu dan ayah tidak dapat merakam imejnya dari jarak jauh dengan baik. Subhanallah Muhammad! Mudah-mudahan Allah izinkan kita ziarah ke medan-medan pertempuran ghazwah-ghazwah lain yang kita selalu dengar melalui usrah kita.
Kebun Kurma
Selepas berhenti seketika di Jabal Uhud, kita dibawa pula ke kebun kurma dan seperti biasa, banyak bas-bas yang memenuhi perkarangan kebun kurma tersebut. Berdekatan kebun kurma tersebut, terdapat kedai yang umpama gudang yang menjual kurma dan pelbagai lagi namun keadaannya sungguh sesak dengan jemaah-jemaah umrah yang datang dari travel agensi lain. Kita hanya berada 2,3 tapak dari pintu masuk dan keadaan tidak menginzinkan untuk kita menempuh lautan orang ramai ketika itu. Jadi, kita keluar dan pergi ke kebun kurma. Sekali imbas seperti pokok sawit namun setelah berkali-kali imbas, pokok kurma begitu istimewa. Makanan Rasulullah SAW kita wahai Muhammad. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang makan tujuh biji tamar ajwah pada waktu pagi, nescaya dia tidak dapat dimudharatkan oleh racun dan sihir pada hari itu (HR al-Bukhari). Begitulah hebatnya kurma. Apabila disebut sahaja sunnah nabi, pasti dengan penuh yakinlah yang semuanya punya hikmah yang bukan sedikit.
Harga Lagi Mahal
Setelah berada di kebun kurma, kita beredar menuju ke bas pula kerana ada berita gembira untuk jemaah umrah dari travel agensi kita. Pihak agensi bersetuju untuk membawa kita Pasar Kurma pula memandangkan gudang yang menjual kurma disitu terlalu sesak dengan orang. Mana mungkin wanita terutamanya mampu menempuh kesesakkan sebegitu. Selain itu, ibu juga sudah terasa rimasnya kerana cuaca agak panas juga. Sebenarnya kita berada di penghujung musim sejuk dan akan mula memasukki musim panas pada April. Jadi, tidaklah terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Namun, untuk ibu hamil, lain pula keadaannya. Ibu tidak pula merasa sejuknya. Suhu badan ibu seperti kebiasaannya ketika berada di Malaysia. Fuang pula ada memberitahu yang harga kurma dan pelbagai lagi di dalam gudang Kebun Kurma lebih mahal berbanding Pasar Kurma. Mungkin asbab tempatnya yang menjadi tumpuan semua jemaah umrah. Ada hikmah gedung tersebut penuh dan kita ke Pasar Kurma.
Pasar Kurma
Bas bergerak menuju ke Pasar Kurma. Menurut Fuang (panggilan bugis untuk nenek), sekiranya mahu membeli kurma, kismis dan pelbagai makanan terkenal tanah suci, belilah di Madinah kerana lebih mudah dapat selain lebih murah berbanding di Mekah nanti. Di Madinah lebih pelbagai menurut Fuang. Masalah terbesar kita sekali lagi adalah wang yang tidak ditukar lagi kepada riyal Saudi. Ketika itu RM100 bersamaan 120 riyal Saudi. Banyak juga bezanya. Ibu dan ayah memandang sekeliling deretan kedai di Pasar Kurma, namun tidak nampak tulisan money changer. Kami cuba untuk menukar wang dengan mutawwif kita, Ustaz Amin. Alhamdulillah dipermudahkan. Kita menukar RM300 menjadi 360 riyal Saudi. Tukaran yang agak besar memandangkan kawan setugas ibu ada memesan RM100 untuk dibeli kurma Nabi. Di sana, kita hanya sempat membeli 4 kilo kurma Nabi termasuk 2 kilo milik kawan setugas ibu. Sekilo berharga 55 riyal setelah tawar-menawar. Kita juga membeli 2 kilo kurma madinah yang berharga 30 riyal sekilo. Ada sedikit wang yang berbaki dari 360 riyal tadi. Itu sahaja yang kita sempat beli memandangkan bas sudah mahu bergerak.
Pesanan Kurma Nabi
Kawan setugas ibu yang juga sedang hamil mengatakan yang kurma Nabi di Malaysia berharga sekali ganda berbanding di tanah suci iaitu RM120 sekilo. Disebabkan faktor kesukaran mendapatkannya selain harganya yang mahal membuatkan kawan ibu memesan apabila kita ke sana. Selain itu juga, kawan ibu berkenan dengan jubah kecil Muhammad berwarna kelabu berlengan pendek pemberian sepupu ayah yang baru balik mengerjakan haji tahun lepas. Jubah kecil yang insyaAllah untuk anaknya yang bakal lahir aidilfitri nanti. Jubah yang dihajatkan pula, ibu tidak bertemu sepanjang kita di Madinah. Mungkin ada di Mekah tebakkan ibu. Jangkaan bersalinnya 3 minggu lewat dari ibu. Bermakna insyaAllah sekiranya diizinkan Allah, adik juga bakal mengikut jejak Muhammad iaitu lahir di bulan Ramadhan. Bijak sungguh anak-anak ibu mencari tarikh ya? Kalau dulu Muhammad 15 hari puasa bersamaan 16 hari cuti berganti, kita tunggu pula giliran adik dengan izin Allah pastinya, berapa hari pula cuti berganti yang perlu ibu lunaskan.
Mahir Bahasa Melayu
Apa yang menarik walau dalam jangka masa pendek di Pasar Kurma, para peniaga di sana menguasai bahasa Melayu dengan baik. Ini tidak terhenti di Madinah sahaja, malah di Mekah juga begitu. Ada rasa malu di suatu sudut pada diri ibu. Mereka orang Arab pun mampu untuk menguasai bahasa kita, ibu ini pula hanya tahu perkataan-perkataan tertentu sahaja. Ibu berdoa yang anak-anak ibu supaya menjadi alim ulama yang faham dan amal cara hidup beragama sepertimana yang ditunjukkan oleh junjungan mulia kita, Rasulullah SAW. Menjalani kehidupan yang jauh dari lebih baik daripada ibu. Pendek kata, jangan jadi seperti ibu yang banyak sifat-sifat tercela dan mazmumah yang menguasai diri. Minta dijauhkan daripada diwariskan kepada anak-anak ibu.
Sekitar 20 minit di Pasar Kurma, bas membawa rombongan umrah kita balik ke hotel. Kita sampai sebelum Zohor. Sempatlah kita berkemas dan bersiap-siap untuk Zohor. Sayang untuk dilepas setiap waktu di Masjid Nabawi. Masjid utama orang Islam selepas Masjidil Haram di Mekah. Madinah bumi yang tenang. Patutlah Prof. Kamil memilih untuk terus menetap di Madinah. Ada Rasulullah SAW. Ya Allah saat mencatat pengalaman ini, ibu teramat rindu untuk ke sana lagi wahai Muhammad T_T. Moga Allah memberi kita kesempatan untuk ke sana lagi. InsyaAllah ibu kembali menulis tentang Masjid Nabawi yang canggih serta taman syurga yang ada di dalamnya insyaAllah dengan izin Allah pastinya.

Tidak banyak foto di sekitar Kebun Kurma yang sempat ibu sempat rakamkan dan langsung tiada foto di Pasar Kurma. Hanya ini yang ada dalam simpanan handphone ibu dan ayah.

10 comments:
Seronok Muhammad dpt tgk pokok kurma ya.. aunty tgk pokok sawit dulu sambil berangan.. kih3x..
aunty zefa: takpe selalu ape yg kite angan2kan insyaAllah bakal menjadi kenyataan..mudah2an disegerekan ke sane!
hehhe..mule2 tgk gambar je..kejap lagi giliran mama n baba alya pulak..mudah2an dipermudahkan ;)
Baca coretan UM ni hati akak makin terpanggil utk ke sana..
Salam Ummu Muhammad...seronoknya k.atie baca pengalaman Ummu Muhammad sekluarga menunaikn Umrah.
Bila baca dari episode1-episode 9...terasa2 jer kaki k.atie dah menjejak ke sana.
Semoga dipjgkn usia,dipermudahkn,dimurahkn rezeki & diberikn kesihatan yg baik tuk k.atie menjadi tetamu Allah satu hari nanti.Aminnnn
bestnye.....:))
sunhanallah bila la agaknya rezeki saya untuk berpijak di tanah suci tu..
seronok baca entri ibu..buat semangat saya semakin berkobar2 untuk kesana :) insyallah :)
follow ibu :)
jemput singgah blog ye ibu :)
dulu kat kg saya ada org tanam pokok kurma...tapi tak pernah berbuah..
Ya Allah.. seronoknya ummu dapat tgk pokok kurma... sy pun teringin sgt nak tgk.. selama ni asyik mkn buah kurma je.. pokok xdpt tgk lgi....
p/s : sbnarnya komen ummu dah msk dlm peti komen saya tu.. cuma blm publish sbb blm bls kunjungan ummu muhammad lg.. bila dah bls kunjungan br saya publish.. bkn apa, takut terlepas pandang.. nanti rs cam xadil pulak tak bls kunjungan semula..hihii
so, komen utk ummu muhammad, sy dah publish..hihii...
Ohya, ummu tahu tak, rupanya yg sy rasa sakit bila alisha hisap baru ni tu, sbb breast sy dh bgkak susu.. emmm.. camana nak sesuaikan keadaan yer.. yela, nak bg alisha minum fm.. dlm masa yg sm xnak bg breast bgkak... tp dlm ms yg sama jugak, nak kurgkan alisha menyusu badan...
oh ye ke intan bengkak susu? trimester pertama susu boleh perah lagi mase kite tapi masuk trimester kedue..oh sgt sakit..tapi tak taulah rezeki intan masih byk susu walau tengah preggy..mudah2an Allah lorongkan mane yg baik buat intan n alisha solehah ;)
Post a Comment