20.4.12

EPISOD 16: DOA

Hari 5, Jumaat
18 Rabiul' akhir 1433H : 16 Mac 2012
Makkatul Karamah


Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Hari Jumaat yang sungguh semangat dengan nafas baru. Suntikan yasin berjemaah di tempat bertugas yang ibu rindukan berserta program membudayakan ilmu walaupun singkat, terasa diri begitu dekat denganNya. Majlis yang dinaungi malaikat. Walaupun kita sebenarnya dituntut untuk membaca surah Al-Kahfi dan bukannya surah Yasin pada hari Jumaat, namun insyaAllah ianya juga dikira ibadat dari tidak membaca Al-Quran langsung disamping keterbatasan waktu juga. Tazkirah hari ini, ustaz mengatakan yang dia tidak takut berdepan doa alim, ustaz ustazah yang tiada taqwanya tetapi apa yang menakutkannya adalah doa pemandu teksi yang bertaqwa. Maksudnya taqwa ini bukan diukur dengan apa disandangnya tetapi taqwa itu di dalam hati dengan nilaian Allah sahaja.

4 Golongan Makbul Doa
Ibu teringat tazkirah ayah di dalam insyirah semasa waktu kualiti keluarga kecil kita. Ada 4 golongan yang Allah tidak tolak doanya. Pertama orang yang dalam perjalanan haji atau umrah sehingga baliknya. Sebab itu jemaah dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam percakapan. Kedua adalah orang yang keluar berjihad fi sabilillah. Jihad menentang musuh yang nyata. Ketiga, orang yang sedang sakit. Selalunya orang sakit akan meminta orang yang pergi menunaikan haji dan umrah untuk berdoa disembuhkan sakitnya tetapi satu hal yang kita lupa, kita lupa untuk minta orang sakit tadi mendoakan kita pula yang mana mereka antara yang Allah makbulkan permintaannya. Keempat iaitu yang terakhir, doa orang yang doanya tidak kita ketahui. Mengikut ayah, inilah doa yang paling berbisa. Andai kita mengata orang dan orang yang dikata mendoakan tanpa kita ketahui, bersedialah!

What You Give, You Get Back!
Dalam jemaah umrah kita, ada seorang pensyarah bersama emak dan anak lelakinya serta ibu saudaranya dan anak cucu ibu saudaranya. Pensyarah ini menunaikan umrah dalam kedukaan sebenarnya. Anaknya yang berusia dalam lingkungan 12 tahun meninggal dunia akibat langgar lari. Pada permulaannya, dia datang dengan tujuan berdoa mendapatkan kepastian orang yang melanggar lari anaknya. Marah pasti bersebab. Sakitnya kehilangan seorang anak. Kasih seorang ayah. Namun, pandangan ramai orang tidak menyebelahinya kerana menurut mereka, andai dia tahu sekalipun ianya tidak akan mengubah apa-apa malah menambah pedih lagi hati. Ramai menyuruh meredhoi pemergian anak itu. Ibu faham bukan tidak redho, namun rasa terkilan itu pasti ada. Bayangkanlah kita yang diuji sebegitu? Pastinya kita juga akan melakukan perkara yang sama. Sifir ibu untuk keadaan menyakitkan sebegini mudah sahaja, what you give, you get back! Jikalau kita tidak mendoakan yang tidak baik sekalipun, Allah itu Maha Adil. Andai Allah tidak membalas kepada orang yang membuat aniaya itu, jangan lupa, dia juga mempunyai keluarga. Kalau bukan dia, boleh jadi pada isteri, suami atau anaknya sendiri. Sunnatullah kehidupan. Orang yang berbuat aniaya, hasad, insyaAllah ianya tidak kemana, percayalah!

Mengadu Hanya Kepada Allah
Sekali lagi ibu teringat kata-kata ayah, andai orang mengata kita tidak kira dibelakang atau depan asbab tidak bersetuju dengan kita banyak hal, kita tidak perlu terasa. Kita yang perlu cek hati kita kerana apabila kita meratapi dan menyalahkan orang lain, kitalah yang punya masalah hati. Hati kotor. Dalam banyak hal, kita tidak mampu menyelesaikannya dengan manusia tetapi kita punya ALLAH. Mengadulah kepadaNya. Carilah penyelesaian di dalam hati dan diri kita. Moga bahagia sentiasa bersama kita asbab kebergantungan kita hanya dan kepada Allah. Alhamdulillah ;). Zon makbul doa di Mekah walau hanya getaran hati dan jiwa, cukup memberi impak yang mendalam buat kehidupan ibu sekarang. 'Hijab-hijab' itu terbuka wahai Muhamamd namun yang paling ibu syukuri, ketenangan dalam berhadapan dengan manusia-manusia sebegini adalah suatu kurniaan yang lebih bernilai dari dunia dan isinya ;).

Zon makbul doa.

Travelog Sejarah Kita
Kata-kata ayah umpama salji yang membasahi hati dan segenap diri ibu. Ibu kembali terkenangkan kali pertama Allah membukakan jalan hidayahNya. Pada masa itu hanya perubahan untuk diri sendiri. Allah tolong lagi dengan mengurniakan dae'yah semalaya. Istimewanya dia kerana Allah ;). Asbabnya, hati ibu menerima satu mekanisma baru apa ertinya Islam. Kalau Prof. Kamil dengan Travelog Haji, mengubah sempadan iman. Ibu pula ada Travelog Sejarah Kita, mengubah mekanisme fikrah! ;) Kebiasaannya, orang yang tidak sefikrah dengan kita, tentunya tidak akan faham dan tidak bersetuju dengan kita dalam banyak hal. Mencabar juga ketika itu namun, perubahan fikrah itulah yang berjaya memberi nafas dan semangat baru buat ibu dalam meneruskan kehidupan. Masih terakam baik dihati ibu tentang pesanannya berkaitan tugas utama kita sebagai manusia. Dalam keadaan apa sekalipun, berpeganglah kepada tujuan utama penciptaan kita yang utama iaitu sebagai khalifah (2:13) dan hamba (51:56). Andai dua perkara ini dapat diselami dengan baik, maka inilah nilai untuk syahadatul haq yang kita sebut-sebut setiap hari. Rasulullah SAW berpesan, baiki diri dan serulah orang lain. Namun, bukan semua dapat menerima seruan dengan baik. Syadid! Banyak sudut akan sentiasa dipertikaikan kerana kita juga manusia biasa. Tidak mengapa mereka tidak faham bak kata my lil sis, junior ibu yang sangat dirindui ;).

Kumpulkan Di Dalam Syurga
Mencatat berkaitan doa lagi, ibu tertarik dengan doa seorang rakan setugas. Hari Jumaat terakhir cuti lepas iaitu sebelum ibu berangkat, ada beberapa rakan-rakan ibu yang mengirimkan doa. Banyak-banyak doa, kiriman doanya yang paling banyak disertakan nama isteri dan anaknya. Antara kandungan doanya adalah supaya mereka dan disebut satu persatu namanya, isteri dan anak-anaknya supaya menjadi insan soleh dan solehah, disegerakan mengerjakan haji dan umrah diusia muda, bebas dari hutang, dan yang begitu meruntun jiwa, doanya supaya dikumpulkan/dimasukkan mereka semua ke dalam syurga. Di suatu sudut dihati ibu, insyaAllah dia akan melalui satu perubahan dalam hidupnya. Ibu pernah terdengar kata-katanya iaitu pesanan pensyarahnya supaya menjadi lebih baik dari yang semalam. Kita juga pernah terserempak dengannya di surau pada waktu Asar di bandar. InsyaAllah dia mula menjinakkan diri dengan masjid atau surau mungkin. Satu-satunya orang yang mengirim doa dengan wang di dalamnya. Disebabkan ibu tidak mahu menerima wang, kita membelikan jubah putih ala-ala pakaian anak hafiz buat puteranya yang berusia setahun lebih. Mudah-mudahan makbul doa bapanya insyaAllah!

Alhamdulillah semua kiriman doa rakan-rakan ibu, ibu sedaya membacanya di hadapan ka'bah dan mudah-mudahan Allah terima doa kita dan doa mereka. Moga semua mereka mendapat jemputan sebagai tetamu Allah sesegera yang mungkin insyaAllah! Dalam perjalanan pagi tadi, ibu sempat mendengar berita di IKIM.fm tentang kenaikan kos haji dan umrah. Ingat lagi entry lepas tentang bangunan-bangunan lama yang bakal diruntuhkan digantikan dengan bangunan-bangunan dan hotel-hotel yang lebih mewah? Secara adatnya, kos haji dan umrah insyaAllah akan naik lagi disebabkan kenaikan taraf bangunan dan infrastrukturnya. Mudah-mudahan ada rezeki rakan-rakan ibu mendapatkan harga-harga 4-5K lagi untuk umrah dan ziarah insyaAllah! Tidak sabar rasanya mahu menghabiskan catatan kembara kita, insyaAllah ada sesuatu yang istimewa daripada Muhammad buat pembaca dan pengikut setia yang konsisten dengan KEMBARA CINTA AGUNG Bayt Al-Iman. InsyaAllah pasti dengan izin Allah!

10 comments:

Ruse Sulaiman said...

bila cerita tentang hati saya cukup tertarik dgnnya. ada masa saya sentiasa mengajak hati agar sentiasa berfikiran positif. kdg2 berperang antara akal dan hati. bila hati berkata begini2.. masih ada akal yg mengawalnya seolah berkata tak boleh berkata mcm tu.. bukan mudah sebenarnya memupuk hati sentiasa bersih dari sifat negatif. ada masa kita kalah juga bila org terlalu menekan kita dgn menimbulkan byk mslh.

kdg2 betul kata ayah iman. dia kata dlm agama pun dh bgtau. kalau ada org yg tdk baik atau selalu mendatangkan mslh lebih baik kita jauhkan diri dr mereka. jauh bukan bermaksud melarikan diri tp renggangkan sedikit diri kita dr mereka. kalau jumpa masih bertegur lg. Semoga Allah sentiasa memberi hidayah kpd mereka.

seronok bila doa dimakbulkan Allah. sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yg terbaik utk kita.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ummu Muhammad.Semoga kenaikan tambang utk menunaikn Haji takkan trlalu membebankn bakal2 Haji di masa akan datang.
Klu mahal sgt..kemungkinan ramai yg kecewa xdpt pegi.
Betul tu..skrg mekah mmg pesat membangun..kata biras k.atie yg baru blk umrah bln mac aritu

Ibu Yusuf Maryam said...

Tiba2 rindu perkataan 'syadid'..

Ibu Yusuf Maryam said...

'Rindu'..

Catatan UM adakalanya menyingkap kenangan lama, terutamanya zaman belajar dulu. Namun masa dan manusia berubah.. memutar kembali itu sukar hingga adakalanya membuat rindu dtg menerjah.. susah utk diluah namun hanya yg melalui memahami..

ps: tumpang luah perasaan kat blog org pulak.. hahaha..

@LeenShamsh said...

ummi iman: betul kate ayah iman..anjuran islam tentang pekara menjarakkan diri dgn orang2 fasik kerana khuatir kita sama menjadi sama fasik dgn mungmpat dan mengata orang lain, lebih baik kita jauhkan diri..dan percayalah ianya cukup membahagiakan..gembira itu terletak dihati ;) bak kata ayah Muhammad, kita takkan dapat puaskan hati semua orang utk jadi ape yg orang nak kite jadi, jadi cari penyelesaian utk diri sendiri. contohnya org mengate tapi cari penyelesaian yang kita boleh jadi pekak dan tak hirau..ini namenye proses..insyaAllah sekiranya kita berada dilandasan syariat dan org marah/mengata kite sebab tak setuju dgn ape yg kite bawa, pendek kate orang tak puas hati bab2 agama, biarkanlah die..Allah itu ada ;)

p/s: pernah terjadi yg kerusi dan meja juga boleh berkata-kata. pernah nak balik awal lepas kelas y last sebb nak bagi direct bf..kitekan tau Allah jadikan susu ibu adalah ubat demam terbaik utk bb. jadi niat tu nak balik nak direct bf, bos boleh sound sbb tak bagi anak makan ubat klinik (kami amal alternatif ;) sedgkan die tak bace pun blog/bukan kaki internet dan kite pun jenis tak bercakap dgn orang, tulis blog sajelah..macm mane bos boleh tau? haha! manusia pengadu dan terer dari segi penceritaan tentang perihal manusia lain, jenis ini memang ade banyak..jadi, rileks saje..wahat you give, you get back! ;D

@LeenShamsh said...

kaktie: kalau tgk bangunan2 die yang mewah..memang naik lagilah jawabnye..apartmen yg kite duduk tupuna akn dirobohkan dalam masa 5 tahun lagi..herge pun tgk naik lagilah adat kate

@LeenShamsh said...

kak zefa: rindu kenangaan zaman dulu ke..kite rindu sgt kat keluarge kecil kite dulu..fikrah yang mantop!

@LeenShamsh said...

kak zefa: rindu kenangaan zaman dulu ke..kite rindu sgt kat keluarge kecil kite dulu..fikrah yang mantop!

Ibu Yusuf Maryam said...

Pernah sekali, hanya kerana menyebut perkataan 'tarbiah' seseorang dpt mengesan fikrah dan 'aktiviti' yg pernah dilakukan.. betul2 rindu kenangan lalu.. :D

@LeenShamsh said...

kak zefa dulu um kan? join PMIUM ke? heheh..memang mase belajar bende2 sampingan mcm tuh yg kite rindukan..tapi sekarang bile rase nak sambung belajar..aduhhh berat je kepale teringatkan assigment nanti..takpelah biarlah jadi cikgu cabok je sampai sudah hehe