Hari 2, Isnin
15 Rabiul' akhir 1433H : 13 Mac 2012
Muscat, Oman
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
InsyaAllah kali ini ibu ceritakan sedikit berkenaan negara yang kita transit dan bermalam iaitu di Muscat, Oman. Pertama dan mungkin kali terakhir kita jejakkan kaki di bumi Oman mengikut pertimbangan akal namun kuasa Allah akan datang kita tidak tahu sekiranya diizinkan dengan tujuan lain pula. Sebelum itu, di entry lepas ibu lupa menceritakan tentang peraturan ketika menaiki kapal terbang. Mungkin biasa bagi orang lain namun tidak bagi ibu. Semuanya pengalaman pertama dan mungkin berguna sebagai persediaan untuk yang bakal menaiki kapal terbang untuk pertama kalinya seperti ibu. Pastikan tiada air mahupun cecair yang melebihi 100ml. Sekiranya ada, memang habuan tong sampahlah jawabnya. Makanan pula tidak mengapa untuk dibawa naik sebanyak mana sekalipun, cuma air/cecair sahaja tidak boleh melebihi 100ml.
Pinjaman Sementara
Beg sandang belakang kita ditahan dan dibuka kerana terdapat mandian Muhammad yang masih penuh dan losyen panas ibu yang memang melebihi had yang dibenarkan. Mandian Muhammad ibu tidak kisah lagi tetapi losyen panas tersebut ibu ralat sedikit ketika itu. Biasalah ibu hamil tahap berjalan dan tekanan pada kaki memang memerlukan losyen panas bagi melegakan sedikit kekejangan otot dan urat. Jadi, memang sengaja ibu bawa dan letakkan di dalam beg galas yang terisi pakaian semalaman di Oman nanti memandangkan kita berada lama di dalam kapal terbang. Ketika itu, ibu terpaksa untuk redho T_T. Pujuk hati, Allah mahu tarbiyyah lebih banyak lagi. Apalah sangat losyen panas tersebut. Kesemuanya milik Allah. Bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil semula. Redholah!
Pendek & Panjang Perjalanan
Kitalah jemaah umrah yang paling lambat naik pesawat. Sebelum meredhoi pemergian mandian dan losyen panas, ayah sempat berpesan kepada guard yang menjaga disitu, supaya ambil dan pakai, jangan dibuang. Maklumlah harga losyen panas yang sebenarnya untuk ibu berpantang itu berpuluh ringgit juga. Terasa jugalah pemergiannya. Kemudian, kita pun berada di perut kapal terbang. Ibu dan ayah berasa pendeknya perjalanan 5,6 jam tersebut kerana kami begitu asyik berbual dengan atok Oman tetapi perjalanan terasa begitu panjang apabila Muhammad mula merangkak di bawah kaki kami untuk keluar daripada barisan. Memang Muhammad tidak selesa. Mungkin asbab silap ibu yang tidak membawa bekal nasi buat Muhammad. Pada mulanya ibu tidak tahu yang makanan boleh dibawa naik ke atas kapal terbang lebih-lebih lagi keperluan bayi dan kanak-kanak seperti Muhammad.
Mewah
Sampai sahaja di airport Muscat, Oman, kita duduk sebentar dan pihak agensi menguruskan beberapa perkara dan kita terus menaiki bas yang semacam van sebanyak 2 buah, untuk dibawa ke hotel yang berkenaan. Pemerhatian pertama, airportnya tidaklah secanggih KLIA. Menurut atok Oman, airport mereka dibina pada tahun 1970 dan ditambah-tambah sehingga menjadi seperti hari ini. Walau bagaimanapun, perjalanan ke hotel telah mengubah persepsi awal ibu. Sepanjang perjalanan, ibu langsung tidak terpandang kereta buruk. Semua kereta mewah. Negara yang sedang begitu pesat membangun.
Gunung & Bukit Batu
Jadual penerbangan kita pada mulanya adalah dengan menaiki pesawat Qatar Airways dan sepatutnya dijadualkan transit beberapa jam di Doha. Seminggu sebelum bertolak, sekali lagi jadual penerbangan berubah. Kita perlu menaiki pesawat Oman Air dan transit kita pada kali ini memberi peluang kepada kita untuk menjejaki bumi Oman dengan izin Allah. Kali pertama terpandangkan gunung dan bukit batu tanpa pokok-pokok di Oman. Berbeza dengan gunung dan bukit kita di Malaysia. Kalau kita di Malaysia kaya dengan warna hijau, warna sekeliling Oman adalah warna seperti berkabus dan berjerebu. Ibu sendiri tidak tahu adakah ianya memang berpandangan sebegitu ataupun tanah arab sedang dilanda jerebu kerana gambaran pemandangan dan udara di Madinah dan Mekah juga serupa. Walau bagaimanapun, Oman masih lagi ada banyak pokok di jalan-jalan raya berbanding Mekah dan Madinah.
Susah mahu jumpa! No Entry yang tertulis bahasa arab di airport Muscat, Oman.
Jadual penerbangan kita pada mulanya adalah dengan menaiki pesawat Qatar Airways dan sepatutnya dijadualkan transit beberapa jam di Doha. Seminggu sebelum bertolak, sekali lagi jadual penerbangan berubah. Kita perlu menaiki pesawat Oman Air dan transit kita pada kali ini memberi peluang kepada kita untuk menjejaki bumi Oman dengan izin Allah. Kali pertama terpandangkan gunung dan bukit batu tanpa pokok-pokok di Oman. Berbeza dengan gunung dan bukit kita di Malaysia. Kalau kita di Malaysia kaya dengan warna hijau, warna sekeliling Oman adalah warna seperti berkabus dan berjerebu. Ibu sendiri tidak tahu adakah ianya memang berpandangan sebegitu ataupun tanah arab sedang dilanda jerebu kerana gambaran pemandangan dan udara di Madinah dan Mekah juga serupa. Walau bagaimanapun, Oman masih lagi ada banyak pokok di jalan-jalan raya berbanding Mekah dan Madinah.
Perjalanan menuju airport keesokkan harinya untuk penerbangan ke Jeddah.
Pemandangan dari dalam bilik hotel kita. Hanya kereta mewah dan bangunan di sekitar hotel belatar belakangkan gunung batu.
Lambat Beberapa Jam
Bila terpandangkan peta yang berada di belakang tempat duduk masing-masing semasa di dalam kapal terbang, Oman terletak dipinggir tanah arab. Kapal terbang yang kita naiki sentiasa keluar dari garisan gelap. Maksudnya tempat yang kita tuju ketika itu sentiasa siang dan tempat yang kita tinggalkan di belakang telah pun malam. Walaupun kita bertolak dari Malaysia jam 430 petang dan sepatutnya kita telah pun melalui malam tetapi kita sampai di Oman masih tarikh yang sama iaitu 12 Mac 2012. Masa di Oman lebih lambat beberapa jam daripada waktu Malaysia.
Kisah Haji Zaman Dahulu
Kita dibawa merentas India untuk menuju ke sana. Patutlah zaman dahulu orang ke Mekah menaiki kapal memakan berbulan lamanya sehingga boleh mahir berbahasa arab. Makcik usrah juga pernah bercerita yang ayahnya meninggal dunia di atas kapal ketika menuju ke Mekah dan mayatnya disemadikan di lautan. Hanya ada gambar dan kenangan mayat diturunkan ke dalam laut ketika itu.Nenek ibu juga pernah bercerita yang orang kampungnya di zaman kapal/tongkang yang mana masih muda ketika itu dan baru mempunyai seorang anak. Mereka membawa anaknya sekali menunaikan haji. Sedang dia leka membasuh pakaian sehingga habis kesemuanya, dia mencari anaknya di merata tempat namun gagal. Rupa-rupanya anaknya yang berusia 2 tahun, besar seperti Muhammad jatuh ke dalam lubang tandas yang mana lubang tersebut terus ke lautan. Menangislah si ibu ketika bercerita pulang dari mengerjakan haji ketika itu. Namun, sekarang teknologi mengatasi segalanya. Sekarang sehari pun sudah boleh sampai di tanah suci. Allah tahu kita di zaman sekarang tidak akan mampu sebagaimana orang zaman sebelum kita.
Muscat, Oman destinasi transit kita.
Kisah Haji Zaman Dahulu
Kita dibawa merentas India untuk menuju ke sana. Patutlah zaman dahulu orang ke Mekah menaiki kapal memakan berbulan lamanya sehingga boleh mahir berbahasa arab. Makcik usrah juga pernah bercerita yang ayahnya meninggal dunia di atas kapal ketika menuju ke Mekah dan mayatnya disemadikan di lautan. Hanya ada gambar dan kenangan mayat diturunkan ke dalam laut ketika itu.Nenek ibu juga pernah bercerita yang orang kampungnya di zaman kapal/tongkang yang mana masih muda ketika itu dan baru mempunyai seorang anak. Mereka membawa anaknya sekali menunaikan haji. Sedang dia leka membasuh pakaian sehingga habis kesemuanya, dia mencari anaknya di merata tempat namun gagal. Rupa-rupanya anaknya yang berusia 2 tahun, besar seperti Muhammad jatuh ke dalam lubang tandas yang mana lubang tersebut terus ke lautan. Menangislah si ibu ketika bercerita pulang dari mengerjakan haji ketika itu. Namun, sekarang teknologi mengatasi segalanya. Sekarang sehari pun sudah boleh sampai di tanah suci. Allah tahu kita di zaman sekarang tidak akan mampu sebagaimana orang zaman sebelum kita.
Hotel Tulip Inn
Sampai sahaja di hotel yang bernama Tulip Inn, mengesahkan lagi yang Oman ini bumi yang mewah. Bukan sahaja keretanya yang mewah malah hotelnya juga bergaya dengan batu-batu bersinar. Pakaian adat mereka juga menggamit mata. Mereka sangat bangga dengan pakaian adat mereka. Bermula di airport sehinggakan di jalanan dan seterusnya di hotel, mereka setia dengan jubah putih dipadankan dengan songkok yang berbatu-batu yang melekat dan sangat cantik. Cumanya, minuman yang boleh dibuat sendiri di dalam bilik hotel bukan minuman kita. Semuanya kepunyaan Yahudi seperti teh uncang Lipton dan Nescafe, Nestle begitu juga dengan gula yang ada. Kopi paket yang ibu bawa pula, ibu letakkan di dalam beg bagasi besar kita. Walau bagaimanapun, makanan dan minuman yang mereka sediakan di tempat makan memang tiptop! Atok Oman berpesan kepada kami sebelum bertolak ke airport semula keesokan harinya, jangan melepaskan peluang untuk berjalan-jalan di Oman sekurang-kurangnya di sekitar hotel nanti.
Meja berbatu tampak mewah di lobi hotel Tulip Inn dan pemandangan sekitar bilik double. Ada dua katil. Satu katil boleh memuatkan 2 orang. Mungkin hotel ini 3 bintang tetapi sudah begitu mewah nampaknya.
Mata wang Oman sangat mahal. RM100 wang kita bersamaan sepuluh ringgit wang mereka. Memang mata wang mereka tersangat tinggi. Rakyat Oman juga tidak ramai. Sekitar jam 8 pagi, bangunan rumah sekitar hotel Oman masih lengang. Begitu juga waktu tengah hari ketika berangkat ke airportnya, tiada kesesakkan lalu lintas. Salah satu faktor selain rakyatnya yang tidak ramai, mereka tiada banyak traffic light. Sebab itu jalan pun laju sahaja. Oman yang sangat tenang dalam kenangan ;). Makanan mereka juga tidak banyak berbeza dengan makanan kita. Nasi beriyani rupa-rupanya berasal dari tanah arab mungkin. Nasi putih juga ada. Laun-pauk, dessert dan minumannya juga masih boleh diterima baik oleh kita. Alhamdulillah Muhammad boleh makan dengan kenyang di sini. Harga untuk seorang bermalam di hotel Tulip Inn Muscat, Oman adalah RM500 seorang yang bersamaan 50 ringgit wang mereka ;).
Video pendek perjalanan dari hotel menuju ke airport untuk penerbangan ke Jeddah.
Sedikit catatan perjalanan sebagai kenangan kita di Muscat, Oman. Besarkan hikmah yang Allah sediakan? Pada mulanya, akal manusia hanya nampak sesuatu yang sempit apabila kita terpaksa transit sehingga perlu bermalam dan ianya akan memendekkan lagi masa kita di Mekah dan Madinah, walhal Allah sebenarnya telah menyediakan pelbagai nikmat untuk manusia renungkan dan buat perbandingan. Betapa besar dan agungnya ciptaan Allah yang pelbagai. Di Asia keadaannya lain, di Arab keadaanya lain. Dua keadaan yang cukup berbeza. Rugi tidak dicatat dan dikongsi bersama. Selain itu, sebenarnya transit bermalam di Oman sangat berguna buat Muhammad dan kawan kecil Muhammad untuk berehat. Muhammad tidur nyenyak melepaskan penat perjalanan. Moga ada manfaat dan mungkin suatu masa nanti Muhammad dan adik-adik berpeluang belajar di tanah Arab, mungkin ada lagi perubahan besar yang akan berlaku kerana tanah Arab kini sememangnya sedang pesat membangun.
8 comments:
mahalnya.. smpai dui kita 500 yer.. mmg kne bwk bk duit kn..
p/s : sy due insyaAllah bln 11.. br lg.. sy br 2 bln lbh je pun.. ;-) ummu plak bila due?
Sebut Oman tiba2 teringat pensyarah ibu yusuf dulu. Tiba2 lupa dia asal mana.. Oman ke tah mana.. hehe..
ps: catatan UM memberi inspirasi agar ibu Yusuf lebih berusaha utk sampai jua di tanah suci... teruskan menulis.. :D
intan: mase transit balik..kite tukarlah rm100 duit kite..dapatlah beli makanan sket2 n kopi kat airportkan memang mahal...keje kat oman, boleh kaye cepat hehe
kak zefa: kite pun kali pertame dgr name oman tu..mase mule2 tu bler je oman tu ape..nampak sgt geografi failed! hehhe
seronoknya baca pengembaraan UM ni...sabar menanti untuk episod seterusny (^__^)
Salam sejahtera penuh kasih sayang buat BAi,
Perkongsian yang membuka minda,menaruh harapan dan membina cita-cita untuk sama-sama sampai ke rumah Allah. Insyaalllah...
Perjalanan yang jauh begini sangat bagus buat minda separa sedar Muhammad. Cucu bertuah!! Kalau tuah anak kedua sampai ke Mekah, Insyaallah tuah anak ketiga akan mengelilingi dunia. Amin.
beshnyer.tak tau plak ummu muhammad g umrah.kalau tahu nurul nak kirimkan doa untuk sofia..tp takpelah=)alhamdulillah ummu muhammad selamat g dan balik=)nurulpun berdoa supaya rezeki murah dan boleh pergi ke rumah allah.amin
kak ina: kak ina pengalaman ini membuatkan kita nak pergi dan kembara lagi ke luar negara sebab sgt membantu proses p n p kite dalam kelas. contoh mengajar kajian tempatan, praktikal dah dapat, teori senang faham insyaAllah (p/s: berangan je lebih nih)
kak rohana: Allah...amin!!! mohon doa akak berpanjangan..semoga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga utk ke sana dan sentiasa mencatat pembelajran pelajar FCU utk rujukan kami berpnjangan..
noen: bukan noen je..kami pun rase nak g keje sane kehkeh
nurul: insyaAllah nurul..kite tak tau rezeki kite..tgk mcm tak cukup..bulatkan hati, insyaAllah tolong cukupkan kite..percayelah! ;)
kat negara luar mmg kereta mewah2 sbb harga kereta di sana murah. tak sangka matawang oman mahal macam tu sekali. beza pula dgn dubai yg matawangnya lebih kurang duit kita. beza lebih kurang rm1 je.. itu pun duit kita yg lebih. skrg tak tahulah. sbb tu duit kita di terima kat sana. pengalaman sayalah masa naik teksi di sana. bayar duit malaysia je ;)
Post a Comment