10.4.12

EPISOD 10: MASJID NABAWI

Hari 3, Rabu
16 Rabiul' akhir 1433H : 14 Mac 2012
Madinatul Munawwarah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Catatan di luar negeri ;). Hari terakhir sebagai memenuhi tuntutan kerja selama 3 hari 2 malam di negeri nostalgia selama setahun setangah menghabiskan kursus persediaan dahulu di bandaraya bersejarah. Rasa yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Hati seorang isteri dan ibu T_T. Alhamdulillah dan mudah-mudahan ayah dan Muhammad sentiasa dimudahkan Allah sepanjang peninggalan sementara ibu. InsyaAllah seperti yang dijanjikan, ibu kembali mencatat pengalaman KEMBARA CINTA AGUNG kita mengenai Masjid Nabawi iaitu masjid kedua utama selepas Masjidil Haram di Mekah.

1 Solat = 500 Solat
Majalah Solusi isu 42 ada menceritakan berkenaan hadis yang dikaitkan dengan 3 masjid utama bagi umat Islam iaitu Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.

Dari Abu Hurairah ra Rasulullah SAW telah bersabda: "Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."

Alhamdulillah Allah mengizinkan untuk kita ke sana merebut peluang 500 solat yang bersamaan sekali kita solat di tempat lain. Kurniaan agung yang  bukan sedikit wahai Muhammad. Hotel kita di Madinah dalam kategori baik jika mahu dibandingkan dengan hotel selesa dan agak mewah di Oman. Perjalanan menuju ke Masjid Nabawi juga tidak terlalu jauh dan alhamdulillah sepanjang berada di Madinah, banyak waktu juga kita solat berjemaah walau hanya perlu solat diluar masjid. Ini disebabkan Muhammad tidur di dalam stroller dan stroller tidak boleh dibawa masuk ke dalam masjid. Ditambah solat berjemaah adalah tuntutan besar buat orang lelaki dan anak pula adalah tuntutan seorang ibu yang perlu menjaga, mengasuh dan mendidiknya. 

Takjub!
Apa yang menakjubkan di Masjid Nabawi yang tidak ada di masjid-masjid lain diseluruh dunia adalah bumbung diluar masjidnya yang mengembang selepas subuh dan menguncup sebelum maghrib. Ibu sempat juga rakamkan bumbung ini terbuka selepas subuh asbab terkejut ketika bersama-sama Muhammad solat subuh di perkarangan masjid. Muhammad masih tidur ketika itu. Ketenangan dan redupnya Masjid Nabawi masih dirasai ibu ketika mencatat kembara ini. Allah izinkan  kita berada setiap waktu di Masjid Nabawi namun kebanyakkan di perkarangan masjid sahaja. Ibu tidak mampu untuk bersesak-sesak ke dalam. Tokwan yang sebilik dengan kita, ibu biarkan solat di dalam dan ibu solat diluar bersama Muhammad memandangkan amat rugi untuk dibiarkan kesempatan yang entah bila lagi akan kita bertemu semula. Muhammad adalah tanggungjawab ibu sepenuhnya. Memang target ibu tidak banyak. Kalau tidak mampu solat berjemaah, cukuplah sekadar mampu beriktikaf bersama Muhammad. Itu sudah cukup baik untuk ibu-ibu yang punya anak kecil insyaAllah!

Suasana di bawah bumbung unik Masjid Nabawi.

Video bumbung di perkarangan masjid mengembang.

Pengalaman Madinah
Ada kisah yang menjadi asbab kepenatan ibu yang teramat sangat dan berlarutan ketika di Mekah. Pada mulanya pergi dan balik masjid, ibu mengendong sahaja Muhammad kerana membayangkan yang stroller tidak boleh dibawa masuk ke dalam masjid dan dengan niat untuk solat di dalam masjid. Jadi, ibu mengendong Muhammad kerana ayah pergi ke masjid dahulu. Kita bersama tokwan pergi bersama kemudiannya pada waktu Zohor selepas ziarah di Kota Madinah. Nenek, Fuang dan adiknya duduk sebilik, jadi mereka pergi lebih dahulu. Sampai sahaja, di dalam masjid sudah penuh dan solat sudah mahu dimulai. Kita masih mencari-cari ruang. Nampaknya Allah tidak mengizinkan kita solat berjemaah ketika itu. Kita terpaksa menyelit di deretan bekas air zam-zam sehingga habis solat. Apabila orang mulai surut, ibu dan tokwan bergilir untuk solat pula. Memang terasa bisanya mengendong Muhammad dengan ragamnya ketika orang solat dalam keadaan sempit di celahan bekas-bekas air zam-zam, ditambah Muhammad yang tidak mahu tokwan ketika ibu solat. Disambung lagi perjalanan ke hotel yang mana Muhammad ketiduran. Allah sahaja yang tahu bagai mahu tertanggal bahu ibu. Pengajarannya di sini, andai petugas dipintu masuk tidak mengizinkan masuk kerana sudah penuh, akurlah dan solat sahaja di perkarangan masjid.

Bermain Di Taman Syurga
Sampai sahaja di bilik, pintu pula tidak boleh dibuka. Kejadian yang sama juga menimpa beberapa jemaah yang lain. Ibu duduk bersila memangku Muhammad diluar bilik dalam keadaan lapar yang amat dan kaki serta tangan yang semakin tidak bermaya ketika itu. Mencabar sungguh namun ada lagi dugaan mencabar menanti kita di Mekah yang insyaAllah ibu coretkan di episod akan datang. Tokwan turun untuk makan dan membwa makanan buat kita. Ayah masih lagi belum pulang. Satu lagi kunci ada padanya. Kami pula tidak membeli kad sim handphone disana. Kita naik pula ke bilik nenek setelah nenek balik. Lif pula memang mencabar kerana setiap masa ramai sahaja orang di dalamnya. Menggunakan tangga adalah solusinya. Ya Allah Muhammad, bisa lengan ibu hanya Allah yang tahu. Di sini lagi ibu sudah terbayang Siti Hajar dan anaknya Ismail. Dengan bantuan nenek, nenek turun ke lobi dan menukar kunci. Sejurus kita sampai di bilik, waktu Asar sudah semakin hampir. Ayah masih belum pulang dan kita bergerak untuk Asar pula. Kali ini barulah khidmat stroller digunakan sepenuhnya. Selepas solat Asar barulah muncul batang hidung ayah. Rupa-rupanya ayah sedang bermain-main di taman syurga ;). Puas juga ayah 'tawaf' sekeliling dalam dan luar masjid.

Di bawah kubah inilah terdapatnya taman syurga. Ada insan kecil bernama Muhammad bersiar-siar berdekatan taman syurga dengan jubah kelabunya ditengah-tengah jemaah-jemaah yang dari travel agensi lain yang sedang sedang mendengar penerangan mutawwif masing-masing ;).

Pelbagai Ragam Manusia
Di sana, pelbagai jenis orang datang dari serata pelusok dunia dan pelbagai jugalah cara solatnya. Ada yang solat dengan selendang dan rambut berjurai terutama jemaah dari India. Ramai yang lengkap menutup aurat tetapi tidak berstokin. Ada yang solat sambil menyusukan anak. Pelbagai jenis solat yang boleh kita perhatikan di sana. Namun, ibu ada juga kemusykilan kerana jelas di dalam Al-Quran yang aurat wanita hanya mendedahkan muka dan dua tapak tangan sahaja. Wallahua'lam. Ibu bukan dikalangan orang-orang pilihan Allah untuk belajar agama secara mendalam dan menafsir ayat-ayat Allah dengan lebih dalam. Jadi, ilmu agama juga teramat cetek. Namun, satu sahaja kata-kata ayah yang masih terngiang-ngiang sehingga hari ini, siapapun mereka, bagaimana sekalipun cara solat mereka, mereka semua datang untuk beribadat dan hanya Allah yang layak menilai solat mereka. Orang yang datang ke sini pastinya hanya mahu beribadat kepada Allah dan mudah-mudahan semua pembaikkan bersama-sama kita insyaAllah. Kesimpulannya, walaupun kita rasa kita sudah cukup dari segi menutup auratnya (menutup autat wajib tidak kira dalam solat mahupun luar solat) dan memandang sinis manusia yang pada pandangan kasar kita tidak sempurna, namun belum tentu Allah menerimanya. Disebabkan hati kita yang kotor dalam mencari-cari salah manusia di mata kita, ibadat kita menjadi sia-sia sahaja. Peringatan ayah yang masih segar di hati ibu dan ayah sentiasa meningatkan ibu supaya memperharui niat yang kita ke tanah suci untuk beribadat dan bukan untuk membeli-belah, ambil gambar dan sebagainya.

Pertemuan Nostalgia
Di hotel ketika menuju untuk makan tengah hari, Allah pertemukan ibu dengan penyelia asrama di kolej dahulu bersama keluarganya. Kali terakhir kami bertemu adalah pada hari terakhir di kolej iaitu penghujung 2009 menamatkan pengajian selama 4 tahun disana. Kami agak rapat dan selalu berkongsi cerita perihal pelajar kolej dahulu, tips belajar anak-anaknya yang bijak-bijak dan paling tidak dilupakan beliau merupakan 'mata-mata' ibu semasa proses risik-merisik sebelum melangkah ke proses yang lebih besar iaitu ta'ruf. Melalui penyelia inilah ibu belajar untuk mengetahui pembersih atau tidak seorang lelaki. Kuku adalah elemen penting katanya. Keadaan bilik yang terurus lebih menyerlahkan peribadi seseorang. Kelakar pun ada namun sedikit tips risik-merisik sebelum melanjutkan sesuatu perhubungan halal iaitu pernikahan perlu dilakukan untuk hati lebih tenang dengan pilihan setelah solat istikhorah. InsyaAllah bagi pandangan dangkal ibu ketika itu, andai orang lelaki tahu tanggungjawab terbesarnya sebagai seorang hamba dan khalifah yang taat dalam beribadat, sama ada wajib lebih-lebih lagi sunat, menjauhi perkara-perkara haram mahupun syubhah, insyaAllah dia juga akan mengambil berat soal-soal yang lain insyaAllah. Pertemuan beberapa kali di lobi hotel terhenti setakat disitu kerana kami tidak pernah bertemu di Kota Mekah selepas itu.

Beli-Belah
Setiap kali habis sahaja waktu solat, luar pagar masjid sudah ramai penjaja yang kebanyakkan mereka adalah orang Afrika. Pelbagai barangan seperti kopiah, jubah dan pelbagai lagi dijual dengan harga yang murah berbeza dengan peniaga di deretan kedai namun ianya juga berdasarkan kepada kualiti. Jubah wanita yang berharga 10 riyal pasti ada bezanya dengan yang berharga 100 riyal. Di deretan kedai berhadapan dengan masjid, terdapat money changer. Kita sempat menukar wang selepas waktu Asar yang mana ketika itu orang masih tidak ramai. Masih lagi RM100 = 120 riyal Saudi. Di sinilah ibu membeli 2 paket besar kismis yang berharga 20 riyal sebungkus. Kacang yang orang panggil 'kacang pintar', 30 riyal sebungkus besar. Berhadapan dengan penjaja tersebut, ada sebuah kedai yang menjual coklat dan kurma yang pelbagai jenis. Disinilah ibu membeli coklat dan gula-gula yang masing berharga 30 riyal dan 20 riyal sekilo campur-campur pelbagai jenis rasa. Selain itu, buah tin, buah aprikot yang masing-masing 5 riyal sebekas kecil ibu beli buat kita rasa-rasa dan Muhammad sangat sukakan buah tin ;). Ada juga ibu beli kurma yang telah diubah suai seperti kuih raya di dalam belas cantik sebanyak 4 kotak. 2 kotak berharga 10 riyal sekotak manakala 2 kotak lagu berharga 15 riyal sekotak. Itu sahaja. Itu sahaja juga yang ibu packing kecil-kecil sebagai cenderahati dari tanah suci buat kawan-kawan setugas dan pengasuh Muhammad. Hanya kurma, kismis, air zam-zam yang asli dari tanah suci. Selebihnya made in china ;). Stroller Muhammad pula amat penting sebagai kargo kita untuk membawa hasil membeli-belah ;)

Kurma di kiri kanan pemberian sedekah jemaah di dalam masjid. Mulut pula penuh. Kargo merah yang memuatkan hasil beli-belah ;).

Tasbih Jari
Mahu membeli tasbih, namun kaedah jari Rasulullah SAW lebih praktikal. Jadi, tidak banyak yang ibu beli. Hanya makanan seperti kurma dan kismis mengenangkan Muhammad juga sangat suka makan kurma dan kismis sebagai jajan selain kesukaran mendapatkannya di Malaysia nanti disamping harganya yang tidak boleh tahan. Ibu selitkan sedikit ajaran ayah dalam berzikir menggunakan jari. Tidak perlu menggunakan tasbih. Ternyata ianya lebih mudah dan berkesan bagi ibu.

Ehsan gambar google.

Sedikit pengalaman yang cukup mengajar dan mungkin menjadi asbab kafarah dosa-dosa ibu selama ini. Kenangan yang tidak mungkin ibu lupakan mengendong Muhammad sehingga mahu tertanggal bahu dan ianya tidak terhenti disitu sahaja. Di Mekah kita lebih lagi diuji. Pelbagai ujian yang mana Allah mengajar kita untuk lebih redho. Ibu juga sempat membacakan kiriman-kiriman doa dan salam buat Rasulullah SAW yang dihajatkan rakan-rakan ibu di Masjid Nabawi dan Alhamdulillah, sempat juga membacanya sekali lagi di hadapan kaabah. InsyaAllah ibu sambung berkenaan taman syurga tempat ayah bermian-main tadi pasti dengan izin Allah insyaAllah!

12 comments:

mummyrinazone beauty said...

bercahayanya ruma Allahnie.Ya allah bilalah nurul bleh g.insyaallah ada rezeki lebihjer nurul nak melawat-)kak tahukan sakit sofia?yang ada biji kat belakang2.doctr minta buat mri.nurul takut dgr.ingat nak bwklah tmpt akak2.nnt akak email tempat n num contectnyer ek.kat email nurul.nurulhezrina1983@yahoo.com.my

IntaNBerliaN said...

mencabar jugak ye melayan muhammad di sana... maybe sbb ummu mengandung.. tu yg kpenatan sgt.. tp apa2 pun alhamdulillah sbb ummu berjaya jugak lakukannya ;-)

kayzie said...

terujanya dgn cte ummu muhammad..moga tak lama lg, kami lak berpeluang ke sana..stroller mmg sgt perlu kan bila bw anak..kuat la tu ummu muhammad leh dkung muhammad ke sana ke mari..:)

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

Memang tertunggu2 entri episod yang ke 10 ini baru nak tinggal jejak :) konon2 nak cover komen untuk semua episod hehe. Masha Allah, SubhanaAllah ummu Muhammad tak terucap rasa bertuah nya kembara kalian sekeluarga di sana. Mabruk,Mabruk,Mabruk atas kelahiran yang bakal lahir. Bertambah pejuang Allah dimuka bumi Islam ini :) Seronok sangat mendengar cerita2 begini membuatkan hati rasa terpanggil ingin ke sana lagi. Sudah byk yang berubah ya.
Tahniah,tahniah,tahniah sekali lagi ya buat Baytl Iman!

P/s: wah Muhammad cukup bergaya di stroller dengan tamar kiri kanan, bijak bijak!

Ibu Yusuf Maryam said...

Subhanllah. Kagum membaca kegigihan Ummu Muhammad mengendong Muhammad dgn keaadaan di sana..

ps: Muhammad nanti dah dewasa, kendong ibu pula ya.. :D

Nurul Husna said...

kak leen!baca sume ni bertambah lagi rindu..saya akan habis bulan mei ni..harap dapat jumpa kak leen sebelum posting..Ya Allah temukanlah aku dengan ukhti yang aku kasihi ini..

Nurul Husna said...

Salam kak leen. baca sume ni bertambah lagi rindu..saya habis bulan mei ni, sgt harap dapat jumpa kak leen,anak muhammad before posting..YaAllah temukanlah aku dengan mereka..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

sedih ler pulak baca n3 nie...

Marlina Mohtar said...

Subhanallah...akak semakin teruja menanti episod seterusnya Kembara Cinta Agong ni hehehe

@LeenShamsh said...

nurul: insyaAllah akak email awak nanti n awak boleh try google

intan: mmg ade pro n kontra..seronok dapat bawak bb sekali dalam perut tapi perlu pk bnyk kali juge sebb dah rase kepenatan yg begitu nyata hehhe

noen: rase lebih sket dari 10kg

kayzie: lepas tuh tangan bise sampai demam kat mekah..kesimpulannye bawaklah stroller ye

ummu ahmad: mudah2an dimudahkan dan disegerekan ummu ahmad sekeluarga!

kak zefa: ala kak tak maulah kene gendong..jgn sampai kurang upaye..kite doa je..kalau nak mati, mati je terus..boleh tak mcm tuh? :)

husna: wah cepatnye mase berlalu...kamu2 ni kate je nak datang..bertahun dah k.lin tunggu tau..kene datang ajak sume berkampung kat sini!!

kak BSB: jgn sedeh kak..T_T

kak ina: tulah kite pun tak sabar nk habeskan catatan ni..ade something special utk readers yang setie dengan KEMBARA CINTA AGUNG..ala2 kenduri doa selamat kat dalam blog hehe

azyatun said...

assalam UM..
maaf bertanya, dalam perenggan bermain di taman syurga adakah siti khadijah atau siti hajar?

@LeenShamsh said...

wmslsm azy..terime kasih bayak ye ;) salah typing tu..betul siti hajar bukan hadijah..terbayang siti hajar ke hulur ke hilir dgn ismail tnpe suami.. T_T

p/s: terime kasih, nanti diperbetulkan ;)