31.10.11

BREASTFEEDING EXTREMISTS

Alhamdulillah ramai dikalangan rakan-rakan sekolah dan sekolej saya yang telah dan bakal melahirkan mempunyai semangat dan tekad yang kuat dalam menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun insyaAllah. Kami ibu-ibu, bakal ibu-ibu dan yang juga bakal memasuki fasa berumah tangga masih berhubung dengan baik asbab perihal kekeluargaan terutama berkenaan isu penyusuan. Penyusuan menjadikan kami saling berhubung tanpa putus. Khidmat pesanan ringkas SMS dan MMS adalah pengubat dan pengganti diri dalam bertukar cerita.

Ummi Syifa'
Salah seorang yang sentiasa berhubung ialah ummi syifa'. Kami saling berhubung kerana si ummi juga begitu semangat dengan bf dan sering bertanya tentang bf. Saya bukan pakar, namun insyaAllah saya suka mencari tahu perihal penyusuan. Masih belum mempunyai blog tetapi si ummi ada 'muka buku' ;). Ummu syifa' pernah mengajak saya membuka akaun 'muka buku' untuk sama-sama menyertai kumpulan ibu-ibu menyusukan (KIM) di facebook. Menurutnya, dia ada membeli sticker berkenaan breastfeeding sebagai semangat penyusuan. Pada mulanya, saya tidak begitu teruja kerana suami kurang gemar tampal menampal di kereta. Namun, setelah memikirkan implikasi yang mungkin memberi sentuhan kepada sesiapa yang terpandang, dengan bantuan si rakan, saya transfer RM10 ke akaun berkenaan dan ummi syifa' tolong memesan. Alhamdulillah ianya selamat sampai pada jumaat lepas. Syukran ya ummu syifa'! ;)

Bayangan awal saya, sticker yang akan sampai nanti bersaiz kecil. Rupa-rupanya agak besar ;).

Strategi
Alhamdulillah dunia tanpa sepadan membawa ramai orang yang menyedari kebesaran sunnah menyusukan. Saya sendiri sangat mengesyorkan kepada rakan-rakan. Pernah saya MMS gambar stok simpanan saya kepada seorang rakan yang sebelum ini hanya menyusukan dirumah dan bukan secara eksklusif. Si rakan kurang menggunakan internet. Jadi, apabila memandang stok susu saya yang banyak, rakan dizaman foundation course saya ini terus sahaja bersemangat untuk fully bf anak keduanya. Pada pendapat saya, rata-rata ibu yang kurang menggunakan internet, mereka tidak terdedah dengan cara-cara menyimpan EBM sebagai ganti ketika keluar bekerja. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya membantunya memesan pam jenis spectra double pumping dan set botol menyimpan susu. InsyaAllah, selagi terdaya, saya mahu mengajak seberapa ramai rakan-rakan terdekat saya untuk menjayakan misi sunnah penyusuan sehingga 2 tahun isnyaAllah!

Adik Bongsu Mak
Sama juga keadaan dengan makcik saya yang Allah izinkan kesedaran dan kekuatan itu datang pada anak ketiganya. Makcik bongsu, adik mak saya ini kerap menelefon dan SMS saya bertanya tentang penyusuan. Sama juga keadaannya dengan rakan saya tadi, Alhamdulillah dengan izin Allah saya membantunya mencari pam jenis event manual dan memesannya. Pam susunya yang berjenama sama dengan pam susu Muhammad 6 bulan diawal kelahirannya sebelum ini terlalu banyak masalah dan ini merupakan kali ketiga makcik membeli pam. Makcik hanya perlu transfer ke akuan penjual dan saya tolong memesan dan hantar ke alamatnya. Alhamdulillah, makcik saya sangat sukakannya kerana tidak penat dan tidak perlu tertekan seperti selalu. Susu mudah keluar dan cepat penuh. Alhamdulillah seorang ibu lagi bersemangat untuk menyahut seruan sunnah penyusuan insyaAllah!

Jimat RM 10 000
Kakak kedua saya, ibu kepada sepupu Muhammad, Kaiyisah Zahra, juga berjaya mempengaruhi rakan-rakan, jiran-jirannya untuk kempen penyusuan susu ibu. Simpanan susunya telah melimpah dari ruang atas peti sejuk 2 pintunya. Rata-rata rakannya akan terkejut dengan pelaburan si kakak. Setakat hari ini, kakak saya hanya mengeluarkan modal RM 600 untuk menjayakan misi penyusuan. RM 500 untuk medela swing dan RM 100 untuk perkakasan mengisi susu perahan. Menurutnya, setelah dikira-kira, dia sudah menjimatkan hampir RM 10 000 perbelanjaan susu formula selama 2 tahun. Menurut kawan kepada makngah Muhammad ini, dia membelanjakan RM 400 sebulan setiap bulan untuk susu anaknya. RM 400 x 24 bulan = RM 9600. Hikmah penyusuan sunnah insyaAllah! ;)

Masa Paling Sesuai
Nasihat saya, ibu-ibu yang masih berhutang puasa, masa yang paling sesuai mengqada'kan puasa adalah semasa tahun pertama penyusuan. Pengalaman peribadi saya, susu di tahun pertama lebih meriah berbanding tahun kedua. Qada'lah sebanyak mana sekalipun, insyaAllah air susu di tahun pertama tetap meriah berbanding di tahun kedua. Semasa tahun pertama penyusuan, sekali sesi pengepaman, saya begitu mudah untuk mendapatkan sebotol penuh dengan masa yang singkat berbanding kini. Mungkin asbab Muhammad semakin membesar dan kuantiti susu yang diperlukan juga banyak ditambah dengan Muhammad hanya menyusu sebagai makanan dan minumannya.

Diulangi, saya bukan pakar. Keyakinan saya terhadap penyusuan sunnah susu ibu selama 2 tahun telah lama terpahat sebelum saya berumah tangga lagi. Diawal kelahiran Muhammad, saya begitu cetek dengan ilmu penyusuan kerana kurang menggunakan 'dunia tanpa sempadan'. Alhamdulillah dengan izin Allah, segala-galanya berubah apabila pam susu manual jenama pureen pada 6 bulan pertama penyusuan semakin uzur dan stok susu Muhammad begitu kritikal. Ketakutan saya ketika itu membawa saya kembali 'bersiar-siar' di dunia tanpa sempadan untuk mencari tahu berkenaan keberkesanan jenis pam susu dipasaran. Alhamdulillah detik itu membawa saya berkenalan dengan ramai rakan-rakan blogger seperti hari ini. Subhanallah! Luasnya rahmat Allah hanya asbab pam susu manual pureen, Allah limpahkan saya rakan-rakan blogger yang setiap seorang punya 1001 pengalaman yang pelbagai untuk dijadikan ikhtibar dimasa mendatang insyaAllah. Jom sama-sama menjadi breastfeeding extremists!

11 comments:

Anonymous said...

salam ummu muhammad,

boleh kongsikan kisah di awal penyusuan muhammad? (mungkin ada link entry terdahulu yg sy terlepas pandang) selalu sy bc ibu muda yg baru melahirkan buat pertama kali mengalami masalah susu badan xnk keluar. ada petua mcm mana nk pastikan susu keluar dgn bnyknya walaupun baru melahirkan? sy belum bernikah tp keinginan nk bf anak2 yg bakal lahir dr rahim sy terlalu kuat tp dlm masa yg sama sy takut jika sampai waktu tu, susu badan xnk keluar. harap ummu muhammad sudi berkongsi cerita. tq.

insan ingin tahu

Unknown said...

RM400 sebulan utk susu anak.. wow.. mahal tu..

kakyong anak dah 3, tp x pernah lagi spend sbyk itu susu utk anak semasa mereka baby (anak no 1 & no2 memang x fully BF).. Aliya jer fully BF, dah 3 tahun lebih ni masih tak berjaya nak wean off..

apa2 pun tahniah utk semua ibu2 yg beruasah gigih utk fully BF anak.. semoga berjaya & terus kan usaha.. Insya Allah, anak2 akan lebih cergas, sihat & bijak.. :D

@LeenShamsh said...

noen: jom2!

adik ingin tahu: subhanallah! hebtnye awak! Allah kurniakn kesedrn dan kefahamn diusie mude dn masih belum berumhtggge..tahniah!

memg susu tk keluar...ramai lgi pengalmn ibu2 diluar sane..cube awak bace tips ni..http://sitisifir10.blogspot.com/2011/10/jangan-runsing-puting-kosong-selepas.html..akk pun buat gitulh..bby thn 3 hari tk bg susu seleps kelhirn tp dgn syarat kene ransang 24jam..dn yg pntg jgn panic..bertenang saje ;)

k.yong: kwn kite dtg raye hari tu pun pernh ckp die spend 350-400 utk susu saje..ank punye pasal semue bole..itulh namenye ibu ;)

kayzie said...

alhamdulillah makin bertambah golongan ibu menyusu..ummu muhammad, sy adalah org ke2 yg menyusu anak sepenuhnya dan mengepam susu di pejabat,selepas kami (sy dan rakan) semakin rmai ibu-ibu yg join da club..seronok tgk perubahan di pejabat skrg, if tau ada ibu yg baru melahirkan dan tidak lansung cb utk menyusukan sy rasa sgt sedih..semoga semua ibu-ibu tak jemu mencari ilmu supaya tidak ketinggalan dgn perkara baik seperti ini..'didik wanita terdidik generasi'(tagline ustazah pilihan)..:)

@LeenShamsh said...

kayzie nape tk bole ekses blog?

samelah..kite org pertame yg menyusu ank..baru2 ni ade sorg sedg cuti bersalin..mk die nurse, ank mesti fully bf ;) mudh2an ade lg yg bakl menyahut sunnah ;)

Unknown said...

suka baca post ini :) alhamdulillah itu yg terbaik utk anak2 kita kan..moga susu kita sentiasa ada untuk mereka, insyaAllah..

IntaNBerliaN said...

betoi2.. tahun pertama susu mencurah2.. thn ke2 agak slow sikit.. tp alhamdulillah laah msih cukup utk alisha.. alisha ni pulaak dia kuraang minum air masak.. dia mmg nak minum susu badaan je.. nak menempek dkt saya la tu.. hihii..

yelaa, sy bf scra direct bila dia minum susu, dapat dipeluk oleh saya.. hihii

ummu ikram said...

ummu muhammad, ana minta mahu kongsi link post ini utk dikongsi dgn rakan2..

@LeenShamsh said...

intan: memang penat mase die menyusu tapi sgt enjoy..wahhh sedehh mengenangkan lagi 9 bulan.. T_T

ummu ikram: dipersilakan..semua milik Allah ;)

mummyrinazone beauty said...

mmg btul fakta nie.nurulpun gigih mengganti puasa di awal setahun bf nie.mmg tak efek susu..mmg sbuln kna ganti masyaallah

@LeenShamsh said...

kite dulu 16 hari..alhamdulillah dapat buat seminggu 4 hari, isnin sampai kamis selama 4 minggu..4x4..alhamdulillah susu tetap melimpah..dulu takut nak ganti awal..gantilah mase muhammad nak masuk 6 bulan..rupe2nye lagi awal lagi baguskan..insyaAllah pengajaran berharge utk yg seterunye insyaAllah! ;)