16.10.11

MASIHI VS HIJRAH

Entry TIDAK DITERIMA BUMI ada mengisahkan tentang manusia munafik yang menjadi punca sehingga terhapusnya sistem islam dibumi ini dan salah satu kesannya adalah penukaran kalender iaitu dari kalender hijrah kepada kalender masihi yang digunakan sehingga kini. Melalui bacaansaya di apanamadotcom, kita sebenarnya sedang berada di alam permainan dajjal dan sekutunya secara halus melalui kalender masihi yang diguna pakai kini untuk memuja tuhan-tuhan berhala yahudi dan nasara yang tidak disedari masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu “Penjajahan” dan“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu”. Sedikit dari bahagian artikel ini saya ringkaskan dan selebihnya saya salin terus dari blog apanamadotcom. Artikel penuh lihat disini.

Pengertian Bulan Masihi
Januari (1) – berasal dari perkataan ‘Janus‘, iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
Februari (2) - berasal dari bahasa Latin iaitu ‘Februo‘ yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
Tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua
Mac (3) - berasal dari perkataan‘Mars‘, iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
April (4) - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘ yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim panas (summer).
Mei (5) - berasal dari perkataan‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
Jun (6) - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
Julai (7) - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
Ogos (8) - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
September (9) – berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
Oktober (10) – berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
November (11) – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
Disember (12) – berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.

Nama Asal Hari Masihi
Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
Thursday - berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

Bahasa Rujukan Utama
Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain. Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Kabbalah secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Abu Nasr Muhamad al-Farabi, tokoh terkenal ilmuan Islam (870 -950 M)
Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya disiplin ilmu ‘Psikologi’ yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan. Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr Muhamad al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk “Opinions of the Citizens of Uthopia“. Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :
1) Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk “The Moods of Psyche” dan “Hints and Notices”.
2) Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu ‘Ihya Ulumuddin’. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.

Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama ‘Psikologi‘, yang berasal dari perkataan ‘Psychos‘ (Jiwa) dan ‘Logos‘ (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat. Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia telah hadir.

Pengertian Bulan Hijriyyah
Bulan dalam bahasa Arab disebut “Al-Syahru” bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggilbulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut:
Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksudkemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka’bah dibuka.
Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia berertiterik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari ‘Qa ‘ada’ yakni duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti “yang empunya haji”. Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka’bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Kembali Kepada Fitrah
Penerapan nilai-nilai Islam sebagai cara hidup seharian perlu dipraktik oleh orang Islam dengan mengambilkira elemen-elemen berteraskan Islamiah. Kalau kini kita menggunapakai Kalender Barat (Masehi) sebagai rujukan masa dan hari, apa salahnya kita gantikan Kalender Islam (Hijrah) seperti Frman Allah S.W.T mafhumnya; Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (Surah Al-Taubah : Ayat – 36)

Dua belas bulan yang disebut oleh Allah S.W.T di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah S.A.W memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan bersabda; Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada dua belas bulanantaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

4 comments:

Marlina Mohtar said...

perkongsian yang menarik :)

mummyrinazone beauty said...

sangat menarik..nurul dpt cket ilnmu dr cni..tq share

kayzie said...

:) bagus..

@LeenShamsh said...

ummi na, nurul n kayzie: info baru juga bagi ummu muhammad ;)