Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

5.7.14

SUSU BUAT SUFI KHADEEJAH

Kesan kepincangan sistem pendidikan kita. Anak-anak seusia 7,8 tahun digalakkan untuk puasa tetapi tidak memberi penekanan yang serupa hebat untuk solat. Maka, lahirlah generasi 20 tahun lepas yang puasa tetapi tidak solat. Orang yang solat itu sememangnya berpuasa tetapi orang berpuasa belum tentu solat. Selalu bukan kita jumpa kes sedemikian rupa?

Saya orang bawahan yang terlalu ingin melihat perubahan sistem sekolah dengan menitikkan pendidikan solat. Berilah satu masa untuk anak-anak 7,8 tahun ini solat. Sistem pendidikan sekarang akan hanya melahirkan anak-anak yang ketempangan arah dan keliru matlamat hidup tetapi menurut Dr. Maszlee Malik, bukan semua yang ada dalam sistem ini salah.

Diceritakan semula oleh zauji yang menghadiri majlis beliau, ada seorang ustaz berfikrah yang memang mahukan jawatan pengetua kerana beliau mahu meng'usrah'kan semua yang dibawah kerajaannya (baca:sekolah). Allah izinkan beliau naik menjadi pengetua. Dari pengawal keselamatan sekolah hinggakan guru-guru non-muslim, semuanya berbulatan gembira. MashaAllah!

Malah katanya lagi, sistem yang ada seperti sistem raja perlembagaan, badan-badan seperti LHDN, pencegahan rasuah semuanya adalah betul tetapi yang salahnya adalah si pengendali. Malah sejarah membuktikan, kerajaan yang ada memang sukar untuk ditumbangkan atau memang tidak akan tertumbang tetapi orang-orang yang berada di dalam kerajaan asal telah dibersihkan untuk suasana kerajaan yang sejahtera.

Ini juga antara, faktor yang dalam fikiran saya. Stay or quit?

Hasil malam tadi setelah terawih dan witir. 15 minit untuk 7oz.

Alhamdulillah susu-susu EBM Abdullah yang banyak itu inshaAllah telah ada pemiliknya. Anakanda kami, Sufi Khadeejah. Tidak jadi berbesanlah kami :D. Allah gantikan dengan kembangan keluarga susuan. Keluarga di dunia dan syurga ;). Sebenarnya, bagus juga ibu-ibu yang sedang hamil, bersedia dengan EBM ibu susuan supaya anda lebih tenang di awal tempoh selepas melahirkan. Berilah susu EBM ibu susuan sebagai permulaan dalam menanti susu meriah.

Ada yang bertanya, tips untuk kemeriahan susu ibu. Maaf kepada yang bertanya. Tidak sempat balas mesej-mesej kalian. Di entry AL-QURAN EDARIMAN, saya ada nyatakan surah Al-Hujurat antara amalan untuk meriahkan susu ibu dan anak lebih berhati-hati. Semasa saya mengandungkan Muhammad dan Abdullah malah bukan masa mengandung sekalipun, surah-surah ini saya sentiasa ulang-ulang selain bacaan rutin Al-Quran setiap hari dan tadabbur. Mungkin menjadi asbab. Bukankah doa adalah senjata mukmin? ;)

Hakikatnya, Allah tolong dan izinkan susuku meriah ;).

Selain itu, melalui PTT pernah dibincangkan dahulu, faktor makanan kita hari ini juga menjadi asbab air susu dihasilkan lambat dan anak baru lahir, urat sarafnya tidak kuat untuk membantu pengeluaran susu ibu dengan baik akibat disuntik sejak dari dalam perut. Semasa mengandung mak disuntik ATT, baru lahir sahaja, bayi dikejutkan dengan suntikan BCG dan setiap bulan disuntik lagi bagi anak menanggung kesakitan. Anak-anak kita dikerjakan hampir setiap masa.

Manalah tidak kejung si bayi. Anda bayangkan sahaja, suntikan kecantikan untuk keanjalan kulit kekal remaja. Bukankah seperti urat dimuka dikejungkan supaya tidak berkedut. Serupa jugalah, cucuk anak, kejung-kejung urat si anak. Malah ada yang anak terus sahaja demam dan sawan tarik. Ini pendapat peribadi saya sahaja. Selebihnya, pilihan di tangan makpak yang diredhai Allah sekalian.

Sekali lagi, hakikatnya semuanya dengan izin Allah :).

Sebelum terlupa, sahabat-sahabat saya - mak-mak JELITAWAN ORGANIK - telah membuka satu akaun di facebook dengan nama JELITAWAN ORGANIK. Mereka ada kongsikan tips berkenaan rawatan, pemakanan dan gaya hidup secara sunnah dan alami. Sila SUKA page JELITAWAN ORGANIK bagi mempunyai akaun facebook dan mahukan info-info sihat alami inshaAllah.

Sebahagian susu EBM anakanda Sufi Khadeejah. Ada lagi di rumah pengasuh Muhammad dan Abdullah.

Semalam Allah izinkan saya membeli sebuah buku berkaitan bagaimana mahu mengajar anak mengurus kewangan! MashaAllah saya tidak sabar mahu khatamkan! Sebelum punya sebuah sekolah, sebagai bonda mereka, saya perlu siapkan diri dengan kemahiran orang-orang berjaya. InshaAllah bagi memastikan anak-anak saya nanti boleh menghasilakn produk mereka sehebat malah lebih sihat dari biskut Munchys, Milo nestle dan kita juga mungkin akan punya restoran sihat mengalahkan McD! Siapa tahu rahsia Allah ;D.

Ceh berangan!

Sekiranya ada orang-orang kaya dermawan yang beriman yang mengikuti blog iman saya, dan punya wang terlebih dan tidak tahu mahu buat apa, apa kata anda laburkan untuk saham syurga :D.

19.3.13

GIVEAWAY PEMBUKAAN ATT SHOP

Alhamdulillah Allah mengingatkan saya tentang GA oleh Ummu Ukasyah. Saudari kesayangan fillah yang seangkatan saya ;).

Klik gambar untuk ke pautan blog UU ;).
Jom ramai-ramai kita berukhuwwah fillah walau di alam maya! ;)

Apa yang saya katakan 'seangkatan'? ;) Kami berazam mahu menyusukan anak-anak kami secara eksklusif (eksklusif pada kefahaman kami: menyusu sahaja tanpa makanan tambahan lain ;) selagi termampu dengan mengambil kira faktor kesihatan dan tumbesaran anak.

Selagi sihat, aktif sama dengan anak-anak orang lain, in shaa Allah anak-anak kami juga sihat dan berkat sebagaimana anak-anak orang lain yang sihat dan berkat ;). Boleh baca entry beliau INI berkenaan ibu yang berjaya menyusukan dengan susu ibu sahaja tanpa makan yang disalin di susuibu.com.

Moga Allah memberkati usahanya dan melipat gandakan rezeki buat UU sekeluarga sebagai ganjaran pelbagai halangan dan ujian Allah sebelum ini. Doakan kami juga ya UU! ;)

19.9.12

WW- SIAPA TAHU?

Siapa tahu nombor berapakah yang paling sesuai untuk pelarasan suhu menyimpan EBM?

17.7.12

ANMUM CLUB

Jumaat lepas, saya menerima sampul surat besar dari anmum club. Saya terus teringat bagaimana saya boleh terjebak dengan anmum club. Rupa-rupanya saya pernah mendaftar di anmum club selepas membaca entry berkenaan di blog Puan Intan yang memang minum susu anmum bersama puteri cerdiknya, Alisha yang lebih kurang sebaya Muhammad sahaja. Saya yang tidak pernah pun minum susu anmum ini tertarik apabila saya difahamkan anmum club sering menghubungi sama ada melalui SMS atau terus kepada peserta kelab untuk menyalurkan info-info tentang penyusuan.

Alhamdulillah sekali lagi ada rezeki Muhammad di dalam sampul surat besar tersebut. Mereka memberi boucer diskaun 30% untuk membeli susu anmum dan yang paling menarik, mereka memberi bekas yang dapat menahan kepanasan suhu susu dalam jangka masa yang lama yang seakan sarung botol air ataupun seperti tempat letak pensel. Terima kasih daun keladi ;).


Sebelum menerima sampul surat besar tersebut, pihak anmum club ada menghungi saya bertanya sama ada saya minum susu anmum, anak minum susu apa, sekarang bagaimana dan pelbagai lagi. Saya pun dengan jujurnya memaklumkan kepada mereka yang Muhammad dan saya serta suami, minum susu kambing brand karihome. Disebabkan saya memang tidak minum susu anmum, mereka bercadang mahu memberikan sampel susu tetapi saya pernah menerima sampel susu tersebut. Mereka juga mencadangkan susu anmum untuk ibu menyusukan nanti. Mereka sememangnya sangat caring dan penuh keibuan ketika sesi soal selidik tersebut ;). Saya dihubungi mereka sebanyak 2 kali setakat hari ini. Kali kedua perbualan singkat sahaja. Sesiapa yang berminat boleh google anmum club untuk isi form ;).

4.7.12

SUSU KURANG

Suatu pagi sedang saya memandu, saya menerima panggilan bertubi yang seakan kecemasan. Rupanya makngah Muhammad. Nadanya sungguh cemas. Rupa-rupanya cemas kerana susunya semakin merundum. Puas dia memakan apa sahaja untuk meningkatkan kuantiti susu namun hasilnya tetap sama. Pagi itu, dia hanya mampu memerah sebanyak 7oz sahaja dan ianya tidak mencukupi untuk anaknya yang kini berusia hampir 10 bulan. Selalunya anaknya bangun malam menyusu sehingga 'kosong' dan menjadi asbab pagi itu dia tidak mampu memerah dengan banyak. Stok susunya habis sepenuhnya. Makngah Muhammad meminta pandangan sama ada anaknya perlu diberi susu formula kerana dengan sedihnya dia berkata yang jumlah 7oz memang tidak mampu menampung susu anaknya ketika dia keluar bekerja setiap hari.

Alhamdulillah saya dikurniakan susu ibu yang meriah kerana stok susu Muhammad mampu lanjut sehingga Muhammad berusia setahun 7 bulan cuma Allah takdirkan saya tahu cara-cara menyimpan dan memperkenalkan alat memerah yang sesuai ketika Muhammad berusia 6 bulan. Berbeza dengan makngah Muhammad yang belajar dari pengalaman saya. Bayangkan di awal kelahiran, sekali sesi perahan, Allah izinkan air susunya mampu keluar paling sedikit 20oz. Penuh peti ais 2 tingat rumahnya dan rumah mak. Penghabisannya sebaldi yang berisi susunya terpaksa dibuang memandangkan tiada lagi tempat menyimpan. Pendek kata banyaklah yang terpaksa dibuang.

Soalan yang ditanya, adakah semasa saya disahkan hamil, kuantiti susu saya sama keadaannya sepertinya kini? Jawapan saya tidak. Dalam bulan pertama dan kedua ketika saya tidak mengetahui perihal kehamilan kedua, susu saya hanya mampu keluar 0.5oz dan paling banyak 2oz sahaja. Masuk bulan ketiga, saya tidak mampu untuk perah lagi kerana kesakitan. Bulan ketiga saya semakin redho yang susu semakin tiada T_T.

Melalui pembacaan saya di blog ibu-ibu yang sedang dalam situasi seperti saya, juga di dalam forum-forum, masuk trimester kedua, hampir kesemua mereka mengalami situasi yang sama seperti saya. Air susu tidak lagi keluar. Namun ada yang gigih untuk meneruskan walaupun mengakui kesakitannya dan tiada air susu. Jujurnya air mata saya berderai jatuh membaca satu persatu fakta mengenai penyusuan ketika hamil. Saya sedang membina semangat dan belajar untuk redho yang Muhammad perlu disokong dengan susu formula untuk menggantikan susu ibu walaupun khasiatnya berbeza tetapi sekurang-kurangnya ianya kewajipan kami untuk mencukupkan susunya walaupun bukan susu ibu T_T.

Saya juga pernah mengalami situasi seperti makngah Muhammad yang mana saya berlengah-lengah untuk pam kerana tiada lagi tempat untuk menyimpan EBM sehingga sampai satu masa, stok susu semakin menyusut dan pengeluaran susu tidak berapa meriah. Sebenarnya mengepam pun memerlukan disiplin mematuhi jadual waktu sesi mengepam. Automatik, sistem tubuh akan membaca jadual biologi badan si ibu tadi. Tidak dinafikan, kadangkala memang semangat berkurang.

Apa yang saya lakukan ketika stok kritikal, saya bangun pagi sebelum Muhammad bangun menyusu. Alhamdulillah sebotol penuh untuk sekali sesi. Jadi, Muhammad tinggal mengosongkan lagi sisa yang ada. InsyaAllah istimewanya susu ibu ialah ianya sentiasa ada. Pagi sebelum ke tempat bertugas, saya melakukan sesi mengepam lagi. Di tempat bertugas lagi. Balik bekerja untuk sesi yang keempat. Malam untuk sesi yang kelima. Jadi, kesimpulannya memang penat tetapi ianya insyaAllah suatu kepuasan apabila melihatkan stok susu yang meriah ;). Tanyalah ibu-ibu pengepam tegar seperti saya ;D.

Walau bagaimanapun, rezeki susu ibu juga adalah suatu kurniaan. Pengetahuan untuk pelaksanaan sangat penting sebagai panduan masa mendatang lebih-lebih lagi ibu-ibu bekerja seperti saya yang mana rezeki anak-anak nampaknya susu EBM ketika keluar bekerja. Saya berharap Allah panjangkan lagi rezeki susu ibu buat anak saudara saya sehingga 2 tahun penuh dan makngah Muhammad diberi kekuatan dan kesungguhan yang sentiasa meningkat dari masa ke semasa insyaAllah!

17.6.12

BERSIH 1.0: CUCI ALATAN BF

Khalifah kecil II hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
InsyaAllah hari ini ibu tuliskan sesuatu buat kenangan khalifah kecil II yang ayah, ibu dan Muhammad rindukan ;). Alhamdulillah hari ini Allah memberi kekuatan dan semangat buat ibu untuk memulakan siri membersih episod pertama hanya selepas khalifah kecil II berusia lebih 8 bulan setengah di dalam kandungan ibu. Alhamdulillah juga target ibu tercapai untuk mencuci bersih segala alatan yang bersangkut paut dengan penyusuan. Melihatkan kawan-kawan maya ibu yang sedang giat mengumpul stok, ibu jadi terlalu rindukan saat-saat indah mengumpul stok buat abang Muhammad. InsyaAllah jihad ini ibu akan teruskan buat semua adik-adik Muhammad pastinya dengan izin Allah. Di bawah adalah proses-proses mencuci bersih alatan menyusu buat khalifah kecil II nanti insyaAllah dengan izin Allah.

**************************************************************************

1. Memandangkan botol-botol untuk menyimpan susu melimpah ruah, jadi, tempat tos botol yang berwarna biru tidak lagi sesuai dengan kuantiti botol yang banyak. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan ibu terpandang rak merah berkenaan untuk dijadikan tempat tos botol-botol tersebut.
2. Ini pula botol-botol yang sempat digunakan dalam lingkungan 6 bulan sahaja. Pada mulanya sangkaan ibu botol-botol ini tidak perlu dicuci memandangan ianya ibu letakkan di dalam beg plastik. Namun, setelah membuka dan menghidu baunya, tidak sampai hati ibu mahu terus menggunakannya terus. Memang perlu dicuci dan disterilkan terlebih daulu.


 1. Ini pula adalah alatan pam yang ibu mula gunakan ketika Muhammad berusia 6 bulan. Alhamdulillah pam susu jenis Medela Freestyle ini cukup selesa dan berjasa dalam membekalkan susu ibu buat Muhammad setiap hari ketika ibu bekerja.
2. Alhamdulillah motor pam masih elok dan ibu perlu cas semula baterinya sebagai persediaan membawanya ke hospital nanti.
3. Jika diperhatikan, softfit yang bentuknya umpama corong hanya ada satu kerana yang satu lagi telah koyak. Maklumlah ibu adalah pengepam tegar yang lasak ;). Jadi, dengan hanya satu itu, ibu hanya boleh membuat single pumping. InsyaAllah ibu akan usahakan untuk mencarinya supaya double pumping dapat dilaksanakan pastinya dengan izin Allah.
4. Beg yang umpama mini peti ais ini perlu juga dicuci kerana sudah berhabuk ;).
5. Ini pula Muhammad yang cukup suka dengan motor pam ;). Jika diperhatikan, ada sebungkus beg plastik susu sebagai bantuan kehabisan botol nanti.


1. Botol-botol yang banyak tadi ibu cuci berperingkat-peringkat.
2. Kemudian, ibu steril menggunakan sterilizer. Pada mulanya, ibu sangkakan yang strelizer ini seakan tiada fungsinya. Alhamdulillah ianya cukup membantu memudahkan. Ibu pernah menulis mengenainya di entry SISTEM BARU & STOK SUSU. Foto ini menunjukkan botol-botol yang diisi di tingkat bawah.
3. Ini pula tingkat kedua yang terisi penuh bersama penutup dan alatan pam.
4. Dengan hanya 70ml air, botol-botol tadi disterilkan selama lebih kurang 5-10 minit.
5. Sabun pencuci Pureen dan berus botol panjang jenama Tupperware yang juga sesuai untuk mencuci botol-botol minuman ibu dan ayah.


1. Ini adalah barisan semua botol-botol yang siap disteril. Di bahagian bawah rak, ibu letakkan dulang air pemberian Cik Yan sebagai hadiah walimah ibu dan ayah dahulu ;).
2. Tingkat atas dan tengah, terisi dengan botol-botol sahaja.
3. Ditingkat paling bawah pula adalah buat penutup-penutup botol-botol yang banyak tadi.

******************************************************************

Menulis berkenaan penyusuan susu ibu, ibu teringat tentang kisah disebalik kejayaan dalam hidup beragama Ustaz Don Danial, pendakwah terkenal yang kerap keluar di TV. Secara jujurnya, memandangkan BAi kita tiada TV, ibu tidak pernah menonton kuliahnya di TV. Ibu mengenali Ustaz Don melalui kawan-kawan blogger yang selalu menulis berkenaan beliau dan pernah juga mengikuti kuliahnya melalui Youtube. Antara tajuk blogger-blogger tidak lama dahulu yang begitu menarik minat ibu adalah berkenaan penyusuan susu ibu disamping sokongan ayahnya buat si ibu Ustaz Don. Ibu akhiri tulisan ibu kali ini dengan satu perkongsian oleh Prof Dr Muhaya menerusi kata-kata ibu Ustaz Don yang ibu google untuk diabadikan disini.

.................................................................................................................
Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)
...........................................................................................................

InsyaAllah ibu dan ayah juga sedayanya berusaha untuk melahirkan generasi ulama' dengan amal yang bakal menegakkan kalimah Allah mengikut zamannya. Mudah-mudahan Allah merahmati usaha-usaha kecil ayah dan ibu buat semua penghuni rahim ibu yang telah, sedang dan akan lahir insyaAllah!

25.2.12

HATI GEMBIRA

Kesibukkan yang melanda pada minggu ini. Ditambah dengan serangan cik anon yang berjaya di speedtrapped kerana memasuki perangkap sendiri. Sepandai-pandai tupai melompat. Dalam sibuk dan serangan budak-budak minggu lepas, ada hadiah daripada Allah membuatkan saya tersenyum suka. Alhamdulillah rezeki seruan ke dapur untuk ibu Muhammad dari mamAlya untuk 1st GA blognya. Hadiah istimewa kerana semuanya adalah hasil tangan dengan penuh kasih sayang ;D.

Apron ini dirasmikan oleh Abu Muhamamd dan Ummu Muhammad baru sahaja merasmikan pagi ini ;). Model di atas pula adalah model tidak berbayar. Sukarela ;).

Bukan saya sahaja yang suka, suami pun sama tersenyum lebar sebab dia cemburu. Asyik-asyik ada sahaja bungkusan untuk saya. Saya bagi 5 bintang untuk puan noen sebab memang tersangat kemas jahitannya dan saya sangat cemburu dengan semua hasil tangannya yang pelbagai. Sekiranya anda berminat, boleh terjah di blog mamalyaboutique ;).

Hadiah puan noen ini saya terima bersama bungkusan untuk rakan setugas saya. Tahun ini adalah tahun rezeki ditempat bertugas kami bermula mei sehingga ogos. Berderetan ;). Alhamdulillah mereka antara yang semangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Dengan izin Allah saya tolong rakan senior saya ini yang menanti anak pertamanya ini, membeli pam susu philips avent manual. Survey punya survey, harga yang terendah yang boleh saya dapat dipasaran semasa promosi tempoh hari adalah RM150 termasuk pos penghantaran. Sebelum ini saya ada juga tolong membelikan untuk makcik tetapi saya tidak berpeluang melihat dan merasa sendiri pam susu ini kerana bungkusan terus dialamatkan kepada makcik. Kali ini saya berpeluang melihat dan merasa sendiri. Patutlah ianya digelar the best pump! Memang best! ;)

Mak-mak buyung yang berbincang mengenai penyusuan susu ibu. Segalanya lembut pada pam susu ini. Pam susu ini saya beli disini. Tidak lupa juga saya mengingatkannya yang air susu tidak akan keluar serta merta lebih-lebih lagi kedua-dua mak buyung ini menanti kelahiran pertama supaya mereka lebih bersedia. Semoga semuanya selamat melahirkan dengan mudah.

Cerita mengenai pam susu, saya ada chat melalui email dengan junior sebelah bilik semasa zaman belajar dahulu semasa dia belajar di New Zealand tahun lepas atau dua tahun lepas jika tidak silap saya. Saya menyuruh mereka membeli pam susu medela freestyle disana kerana perbezaan harga yang ketara sebelum balik ke Malaysia. Memandangkan usia mereka 2,3 tahun lebih muda daripada saya dan masih bujang, mereka ketawa sahaja. Tidak terfikir lagi katanya. Sekarang mereka telah pun berada di Malaysia. Bakal guru-guru bahasa inggeris tetapi perwatakan bagai ustazah pilihan ;). Wah sungguh merindukan kamu-kamu!!!

Ini sahaja cerita gembira saya pada minggu ini. Terima kasih kepada puan noen kerana hadiah yang menurut puan lambat untuk dipos, sebenarnya dipos tepat pada masanya buat saya. Dalam kalut-kalut kesibukan dan serangan peribadi cik anon yang dikenali, hadiah tersebut buat saya tersenyum. Semoga Allah membalas segala kebaikkan puan noen sekeluarga ;). Begitu juga dengan pam susu. Saya bahagia dapat membantu rakan saya membelinya. Semangat breastfeeding! Saya juga teruja dengan kelahiran anak sulongnya ;).

17.11.11

PENYUSUAN DIAWAL KELAHIRAN

InsyaAllah lagi entry promosi penyusuan susu ibu. Maafkan saya atas 'keobsesian' ini. Maafkan wahai insan ingin tahu atas keterlewatan ini. Mudah-mudahan lebih ramai lagi yang bakal menikmati 'nasi lemak sedap' asbab kurniaan kefahaman dan kekuatan dalam melaksanakan sunnah penyusuan insyaAllah. Dengan rendah diri, sekali lagi saya katakan, saya bukanlah pakar dalam penyusuan susu ibu. Keyakinan saya terhadap kebesaran sunnah, membuat saya cukup terobsesi dengan penyusuan susu ibu. Emak sayalah orang pertama yang sentiasa menanamkan tentang kehebatan susu ibu sedari saya remaja. Kisah-kisah saya menyusu sehingga hampir 2 tahun sebelum lahirnya adik lelaki saya, membuatkan saya menanamkan semangat itu sebelum saya berumahtangga lagi. Alhamdulillah, kemudian dikurniakan suami yang cukup menyokong yang juga sama-sama cuba mempromosikan susu ibu. Saya cukup bersyukur andai tulisan-tulisan saya Allah izinkan saudara-saudara saya diluar saya cukup termotivasi dan mudah-mudahan banyak lagi hati-hati yang tersentuh untuk sama-sama memartabatkan penyusuan sunnah insyaAllah!

Salah satu komen diruangan komen entry BREASTFEEDING EXTREMISTS.

Insan Ingin Tahu
Tahniah kepada saudari insan ingin tahu yang pada saya, anda adalah orang-orang pilihan Allah untuk menyedari dan memahami hakikat ini lebih awal. Menyusukan anak bukanlah kerana trend generasi terkini. Mahupun untuk menjimatkan ekonomi. Menyusukan anak adalah salah satu sunnah yang terjadi kepada Rasulullah SAW. Kekasih hati kita, hanya menyusu dengan ibu susuannya. Kemudian setelah tamat tempoh penyusuan penuh, Baginda menjadikan susu kambing sebagai minuman kegemarannya selain kopi. Kenapa Allah takdirkan ibu Rasulullah SAW air susunya kering dan Rasulullah SAW disusui pula oleh ibu-ibu susuannya? Anda pasti sudah mengerti apa jawapannya dan ianya sunnatullah yang berulang dan terus berulang. Diluar sana ramai juga yang menjadi ibu susuan persis dizaman awwal. Sunnah Rasulullah SAW menunjukkan susu ibu adalah pilihan utama. Andai ditakdirkan Allah air susu mengering, alternatif kedua adalah mencari ibu susuan yang solehah untuk anak kita. Pilihan terakhir barulah susu formula. Sebenarnya yang dilaporkan oleh berita harian baru-baru ini tidak sepatutnya menjadi isu besar andai yang menulis itu 'faham' dan tahu yang tulisannya kelak bakal mengundang kemarahan ramai dikalangan ibu-ibu yang menyusukan. Wallahua'lam. Allah Maha Tahu.

Ransangan Secara Berterusan
Berbalik kepada pertanyaan saudari ingin tahu. Memang air susu kebanyakkannya tidak keluar diawal kelahiran anak lebih-lebih lagi anak pertama. Pengalaman pertama saya, cukup mengerikan dalam keadaan semangat yang semakin hilang apabila Muhammad menghidapi jaundice. Berada di wad selama 2 malam, membuatkan saya seakan trauma. Sudahlah anak menangis akibat kelaparan, khuatir pula mengganggu jiran-jiran di dalam wad. Mereka kerap menyogok saya supaya memberi susu formula kerana anak saya tidak cukup susu menurut mereka dan kerana itulah Muhammad menangis tanpa henti. Lagilah motovasi diri saya menurun dengan mendadaknya. Kita umpama mengganggu ketenteraman orang lain. Memang benar, diawal kelahiran si ibu memerlukan sokongan dan motivasi bukan sahaja daripada suami malah motivasi dalaman itulah yang terpenting supaya si ibu kuat untuk terus berada disamping anak dan memberikan ransangan secara berterusan sehinggalah air susu keluar dengan lebatnya insyaAllah.

Sebahagian pengalaman Puan Hafizah.

Tahan 3 Hari
Melalui pembacaan saya diblog Puan Hafizah tentang pengalamannya menyusukan anak keenamnya, anak yang baru dilahirkan mampu bertahan sehingga 3 hari dengan syarat, ransangan berterusan tanpa henti. Puan Hafizah hanya berhenti menyusu untuk merangsang air susu keluar hanya ketika mahu ke bilik air, makan dan merehatkan diri seketika. Berdoalah bermula sekarang supaya Allah mempermudahkan dan air susu keluar melimpah sebaik proses kelahiran.
Juga sebahagian pengalaman Puan Hafizah.

Permintaan Awal
Mungkin bagi ibu yang menanti untuk melahirkan, anda mungkin boleh request kepada doktor atau jururawat yang bertugas supaya anak anda yang baru dilahirkan terus diberi kepada anda untuk disusui. Mengikut pengalaman saya sendiri, sekiranya kelahiran normal yang tanpa masalah, anak tersebut akan diberi terus kepada ibunya untuk disusui. InsyaAllah mungkin dihospital swasta lebih mudah namun pengalaman saya dihospital kerajaan, mereka ada toleransi dalam banyak hal. Contohnya, Allah izinkan saya melalui proses kelahiran secara normal. Jadi, permulaan masuk hospital saya disambut doktor muslimah sehinggalah semasa proses kelahiran hanya disambut oleh tangan-tangan jururawat-jururawat senior dan pelatih. Apabila selesai segala proses selepas kelahiran, datang seorang doktor pelatih lelaki berbangsa cina untuk memeriksa jahitan dan saya dengan beraninya, sebelum doktor tersebut masuk ke dalam labour room, saya memintanya memanggil doktor perempuan. Alhamdulillah dan insyaAllah mereka faham ditambah tudung saya yang setia dikepala. Peringatan, melalui pengamatan saya, anak yang melalui kelahiran selain normal mahupun normal tetapi mempunyai komplikasi, anak terpaksa duduk dibilik khas. Betulkan andai saya silap.

Teknik Menyusukan
Perkara seterusnya adalah teknik menyusukan. Mungkin teori tidak sama dengan praktikal. Saya cuba mempraktikkan teknik pegangan yang betul untuk menyusukan namun ianya bukan semudah yang disangka. Saya perlu memegang kepala anak ketika itu sambil menyuakan nipple yang tenggelam masuk ke dalam mulutnya. Memang disini ibu-ibu akan teruji. Sudahlah sakit baru melahirkan ditambah kelenguhan asbab menyusukan. Betul-betul memerlukan jihad yang bukan sedikit. Nasihat saya kepada insan ingin tahu, kenal pasti jenis nipple anda dan ketahuilah cabaran-cabarannya ketika menyusukan kerana setiap ibu adalah berbeza. InsyaAllah dengan mengambil tahu, ianya mungkin memudahkan anda semasa menghadapi proses kelahiran insyaAllah! Selain itu, dipenghujung kehamilan, saya pernah dinasihatkan supaya sentiasa lap bahagian nipple dengan tualu panas lembab bagi membuang segala yang mungkin menghalang dari air susu keluar.

Pengaruh Iklan
Sesungguhnya pengaruh iklan sangat besar peranannya di dalam kehidupan waima di dalam penyusuan susu ibu. Saya dihubungi seorang sahabat saya baru-baru yang memberitahu, dia terpaksa mencampur susu kambuing dan anmun kerana menuruti kemahuan suaminya. Si suami tidak mempercayai kehebatan susu ibu dan terpengaruh dengan iklan susu formula anmun yang dapat menyambungkan sel-sel otak. Aduhai! Luruh hati saya mendengarnya. Si suami sanggup bangun dan membancuh susu formula sedangkan si isteri bersedia dan telah rela menyusukan dengan susunya sedari si anak belum menjenguk dunia. Dalam hal ini siteri cukup bersedia dengan ilmu penyusuan susu ibu tetapi berlawanan pula dipihak si suami. Wahai suami-suami diluar sana, ambillah berat tentang hal ini. Jangan digadaikan hak anak asbab kejahilan sendiri. Rasa sayu saya terasa sehingga kini kerana keadaan sebenarnya boleh diselamatkan namun ketentuan Allah itu pasti berganda hikmahnya. Wallahua'lam.

InsyaAllah, mudah-mudahan sedikit pengetahuan melalui pembacaan dan pengalaman saya sendiri disamping pengalaman ibu-ibu yang menyokong susu ibu yang lain, dapat membantu insan ingin tahu. Subhanallah! Sesungguhnya Allah memilih anda untuk belajar sebelum anda berumahtangga lagi. Mudah-mudahan Allah mudahkan segala hasrat dan azam anda apabila tiba masanya insyaAllah!

31.10.11

BREASTFEEDING EXTREMISTS

Alhamdulillah ramai dikalangan rakan-rakan sekolah dan sekolej saya yang telah dan bakal melahirkan mempunyai semangat dan tekad yang kuat dalam menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun insyaAllah. Kami ibu-ibu, bakal ibu-ibu dan yang juga bakal memasuki fasa berumah tangga masih berhubung dengan baik asbab perihal kekeluargaan terutama berkenaan isu penyusuan. Penyusuan menjadikan kami saling berhubung tanpa putus. Khidmat pesanan ringkas SMS dan MMS adalah pengubat dan pengganti diri dalam bertukar cerita.

Ummi Syifa'
Salah seorang yang sentiasa berhubung ialah ummi syifa'. Kami saling berhubung kerana si ummi juga begitu semangat dengan bf dan sering bertanya tentang bf. Saya bukan pakar, namun insyaAllah saya suka mencari tahu perihal penyusuan. Masih belum mempunyai blog tetapi si ummi ada 'muka buku' ;). Ummu syifa' pernah mengajak saya membuka akaun 'muka buku' untuk sama-sama menyertai kumpulan ibu-ibu menyusukan (KIM) di facebook. Menurutnya, dia ada membeli sticker berkenaan breastfeeding sebagai semangat penyusuan. Pada mulanya, saya tidak begitu teruja kerana suami kurang gemar tampal menampal di kereta. Namun, setelah memikirkan implikasi yang mungkin memberi sentuhan kepada sesiapa yang terpandang, dengan bantuan si rakan, saya transfer RM10 ke akaun berkenaan dan ummi syifa' tolong memesan. Alhamdulillah ianya selamat sampai pada jumaat lepas. Syukran ya ummu syifa'! ;)

Bayangan awal saya, sticker yang akan sampai nanti bersaiz kecil. Rupa-rupanya agak besar ;).

Strategi
Alhamdulillah dunia tanpa sepadan membawa ramai orang yang menyedari kebesaran sunnah menyusukan. Saya sendiri sangat mengesyorkan kepada rakan-rakan. Pernah saya MMS gambar stok simpanan saya kepada seorang rakan yang sebelum ini hanya menyusukan dirumah dan bukan secara eksklusif. Si rakan kurang menggunakan internet. Jadi, apabila memandang stok susu saya yang banyak, rakan dizaman foundation course saya ini terus sahaja bersemangat untuk fully bf anak keduanya. Pada pendapat saya, rata-rata ibu yang kurang menggunakan internet, mereka tidak terdedah dengan cara-cara menyimpan EBM sebagai ganti ketika keluar bekerja. Alhamdulillah dengan izin Allah, saya membantunya memesan pam jenis spectra double pumping dan set botol menyimpan susu. InsyaAllah, selagi terdaya, saya mahu mengajak seberapa ramai rakan-rakan terdekat saya untuk menjayakan misi sunnah penyusuan sehingga 2 tahun isnyaAllah!

Adik Bongsu Mak
Sama juga keadaan dengan makcik saya yang Allah izinkan kesedaran dan kekuatan itu datang pada anak ketiganya. Makcik bongsu, adik mak saya ini kerap menelefon dan SMS saya bertanya tentang penyusuan. Sama juga keadaannya dengan rakan saya tadi, Alhamdulillah dengan izin Allah saya membantunya mencari pam jenis event manual dan memesannya. Pam susunya yang berjenama sama dengan pam susu Muhammad 6 bulan diawal kelahirannya sebelum ini terlalu banyak masalah dan ini merupakan kali ketiga makcik membeli pam. Makcik hanya perlu transfer ke akuan penjual dan saya tolong memesan dan hantar ke alamatnya. Alhamdulillah, makcik saya sangat sukakannya kerana tidak penat dan tidak perlu tertekan seperti selalu. Susu mudah keluar dan cepat penuh. Alhamdulillah seorang ibu lagi bersemangat untuk menyahut seruan sunnah penyusuan insyaAllah!

Jimat RM 10 000
Kakak kedua saya, ibu kepada sepupu Muhammad, Kaiyisah Zahra, juga berjaya mempengaruhi rakan-rakan, jiran-jirannya untuk kempen penyusuan susu ibu. Simpanan susunya telah melimpah dari ruang atas peti sejuk 2 pintunya. Rata-rata rakannya akan terkejut dengan pelaburan si kakak. Setakat hari ini, kakak saya hanya mengeluarkan modal RM 600 untuk menjayakan misi penyusuan. RM 500 untuk medela swing dan RM 100 untuk perkakasan mengisi susu perahan. Menurutnya, setelah dikira-kira, dia sudah menjimatkan hampir RM 10 000 perbelanjaan susu formula selama 2 tahun. Menurut kawan kepada makngah Muhammad ini, dia membelanjakan RM 400 sebulan setiap bulan untuk susu anaknya. RM 400 x 24 bulan = RM 9600. Hikmah penyusuan sunnah insyaAllah! ;)

Masa Paling Sesuai
Nasihat saya, ibu-ibu yang masih berhutang puasa, masa yang paling sesuai mengqada'kan puasa adalah semasa tahun pertama penyusuan. Pengalaman peribadi saya, susu di tahun pertama lebih meriah berbanding tahun kedua. Qada'lah sebanyak mana sekalipun, insyaAllah air susu di tahun pertama tetap meriah berbanding di tahun kedua. Semasa tahun pertama penyusuan, sekali sesi pengepaman, saya begitu mudah untuk mendapatkan sebotol penuh dengan masa yang singkat berbanding kini. Mungkin asbab Muhammad semakin membesar dan kuantiti susu yang diperlukan juga banyak ditambah dengan Muhammad hanya menyusu sebagai makanan dan minumannya.

Diulangi, saya bukan pakar. Keyakinan saya terhadap penyusuan sunnah susu ibu selama 2 tahun telah lama terpahat sebelum saya berumah tangga lagi. Diawal kelahiran Muhammad, saya begitu cetek dengan ilmu penyusuan kerana kurang menggunakan 'dunia tanpa sempadan'. Alhamdulillah dengan izin Allah, segala-galanya berubah apabila pam susu manual jenama pureen pada 6 bulan pertama penyusuan semakin uzur dan stok susu Muhammad begitu kritikal. Ketakutan saya ketika itu membawa saya kembali 'bersiar-siar' di dunia tanpa sempadan untuk mencari tahu berkenaan keberkesanan jenis pam susu dipasaran. Alhamdulillah detik itu membawa saya berkenalan dengan ramai rakan-rakan blogger seperti hari ini. Subhanallah! Luasnya rahmat Allah hanya asbab pam susu manual pureen, Allah limpahkan saya rakan-rakan blogger yang setiap seorang punya 1001 pengalaman yang pelbagai untuk dijadikan ikhtibar dimasa mendatang insyaAllah. Jom sama-sama menjadi breastfeeding extremists!

15.10.11

PERKONGSIAN

Alhamdulillah semalam adalah hari bertemu 'adik-beradik' keluarga kecil kami. Subhanallah melalui adik-beradik yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kepakaran mengikut bidang masing-masing, Allah cabangkan lagi ilmuNya sebagai pengetahuan kami. Sedikit ulasan yang bercampur-campur pada saya menarik sebagai pengetahuan dan kaedah bagi orang yang mampu untuk berfikir dengan izin Allah.

SIAPA KITA?
Muqaddimah liqo' kami dimulai dengan berkenaan SIAPA KITA? Pernah atau tidak kita berfikir tujuan dan matlamat utama penciptaan kita sebagai manusia di dunia ini? Kalau sebagai seorang kanak-kanak, kita mahu segera menjadi dewasa. Kalau seorang murid UPSR, kita mahu mencapai 5A. Sudah mencapai 5A, kita mahu pula mencapai 9A di dalam PMR. Kemudian, mengumpul seberapa banyak A lagi dalam SPM. Tidak cukup lagi, mahu pula ke peringkat ijazah sarjana muda, sarjana, phD dan terakhir sekali adalah mati. Sangkaan kita yang mati adalah destinasi terakhir adalah salah sama sekali. Terlupakah kita yang kita sekarang hidup hanya sementara, mengumpul bekalan untuk dibawa dikehidupan yang lebih kekal dan abadi disana?

Melayu vs Muslim
Seperkara lagi, hari ini kita terlalu mengagungkan semangat nasionalism, semangat patriotik, terlalu berbangga dengan 'kita orang melayu! duduk di tanah melayu!' sehingga terlupa dan tidak pernah berbangga sebagai seorang islam. Dahulu, semasa sistem islam tertegak, semua negara dibawah satu sistem pemerintah berkhalifah. Hanya ada wakil khalifah disetiap negara. Kita diajar mencintai saudara-saudara kita kerana Allah! Hakikat sekarang di zaman sistem pemerintahan sekular, semua negara islam dipecah-pecahkan dan disogok dengan kami berbangga menjadi orang melayu dan bukan kami berbangga sebagai islam. Lihat sahaja dunia arab. Palestin itu letaknya berjiran dengan negara-negara arab namun adakah mereka dibantu oleh negara-negara arab yang berdekatan? Inikan dekat tidak dibantu, apatah lagi kita yang jauh. Berapa ramai daripada kita yang mahu berfikir dan berusaha menunjukkan rasa cinta kepada saudara-saudara kita di Palestin sana? Berhasil bukan PERANCANGAN pihak kuffar dalam memecah belahkan umat islam hari ini yang berlangsung beberapa lama sudah?

Al-Quran = Manusia
Perkaitan manusia dengan Al-Quran adalah rahsia Allah yang ummat islam perlu singkap dan mencari hikmah disebaliknya. Amatlah rugi kerana dizaman kita hari ini, non-muslim lebih mendahului kita dalam mengkaji dan kita pula terima sahaja segala kajian mereka sebagai kitab rujukan utama kita walhal dalam diam, mereka punya perancangan jahat yang hanya dapat dihidu oleh orang-orang yang mampu berfikir dan diberi taufik dan hidayah Allah dalam melaksanakannya insyaAllah. Menurut kajian manusia yang tidak boleh menerima segala kajian yahudi laknatullah, sekiranya seorang manusia diblender, manusia ini tercipta dengan 114 jenis logam yang berbeza sesuai dengan 114 buah surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Sebagai contoh, seseorang individu sakit kapala, kencing manis, darah tinggi, maka ada diantara kandungan logam yang berada di dalamnya tidak stabil dan cara menstabilkannya terdapat diantara 114 buah surah yang terkandung di dalam Al-Quran. Cuma, kita tidak tahu surah yang manakah sesuai sebagai penawar ketidak stabilan logam yang berada dibadan kita sehingga menyebabkan asbab sakit tersebut. Cara penyelesaiannya adalah membaca seluruh surah yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai usaha penyembuhan bukan cara klinikal.

Kenapa Emas Haram Untuk Lelaki?
Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa lelaki haram untuk memakai emas tetapi tidak perempuan. Mengikut kajian manusia ini, rupa-rupanya kandungan logam emas di dalam seorang lelaki sudah memadai dan apabila seorang lelaki memakai emas, ianya akan mempengaruhi sistem dan logam-logam yang telah stabil di dalam badan seorang lelaki. Apabila tidak stabil, maka ianya akan mengundang implikasi kepada kesihatan. Manakala kandungan logam emas di dalam tubuh seorang perempuan pula perlu ditambah sedikit. Oleh sebab itu, perempuan dibolehkan memakai emas tetapi diingatkan bukan sehingga ke siku, rantai sebesar rantai basikal, cukuplah sekadar sebesar seurat benang. Sesungguhnya segala larangan dan suruhan Allah dan Rasul PASTI terkandung hikmah yang bukan sedikit.

Mati Tiba-Tiba
Menurut kajian lagi, ramai dikalangan manusia hari ini yang mati mengejut. Mati tiba-tiba dan selalunya untuk  kes sebegini, doktor akan klasifikasikannya sebagai serangan jantung sebagai punca kematian. Salah satu sebab kepada penyambung mati tiba-tiba adalah riadah pada waktu malam. Di negara barat, saya difahamkan yang mereka hanya ada 2 shif untuk waktu bekerja berbeza dengan Malaysia yang sangat sesuai dengan jolokan slogan 'Malasyia boleh' yang waktu kerjanya sehingga 3 shift dan ianya sebenarnya telah melawan fitrah yang Allah kurniakan. Pada waktu malam adalah masa untuk seorang manusia berehat menunaikan hak badan. Malam adalah masa yang sangat eksklusif untuk beribadat kepada Allah dan kebanyakkan daripada kita sibuk mencari hiburan sebagai contoh bermain futsal. Jadi, sesiapa yang ingin menyumbang kepada sample statistik mati mengejut, dipersilakan beriadah diwaktu malam.

Penawar
InsyaAllah, sebenarnya penawar bagi segala ubat ada di dalam manusia itu sendiri kecuali MATI. Jadikanlah Al-Quran teman yang mesra sebagai kaedah yang paling mustajab menghindar segala penyakit. Kenapa saudara kita di Palestin sana merupakan manusia yang paling sihat di dunia? Jawapannya, mereka KURANG MAKAN. Mereka hanya makan apa-apa yang ada tumbuh secara semula jadi dipersekitaran kita. Tidak ada makanan segera. Tidak ada makanan ringan. Bandingkan dengan kita di sini. Cukup meriah sehingga terpaksa memakan ubat bagai memakan nasi. Saya sendiri pernah melihat ubat-ubatan pesakit darah tinggi dan kencing manis. Begitu banyak dan mereka makan sehingga bertahun-tahun namun sakitnya tidak pula sembuh dan ianya sebenarnya bakal merosakkan buah pinggang akibat kekerapan yang tinggi memakan ubat. Ubat hanya meredakan kesakitan yang bersifat sementara dan bukan sebagai alat penyembuhan. Maka tidak pelik statistik kematian yang melibatkan pesakit darah tinggi dan kencing manis sentiasa menunjukkan peningkatan. Disini, bukan saya membenci ubat-ubatan tetapi mahu mengajak rakan-rakan fillah duduk seketika dan berfikir daripada Siapakah penyakit ini datang dan Siapakah yang layak kita memohon dan bergantung penuh harap dalam menyembuhkan penyakit tersebut? Peringatan yang ketat untuk diri saya sendiri insyaAllah. Kita hari ini termasuk saya begitu kelam-kabut sekiranya ditimpa sakit lebih-lebih lagi si anak.

Penyusuan Eksklusif 2 Tahun
Berkenaan kajian saya tentang penyusuan 2 tahun penuh tanpa makanan pejal, saya mendapat respon positif di dalam entry PILIHLAH TERBAIK KERANA ALLAH. Rupa-rupanya masih ada manusia yang menyambut sunnah Rasulullah SAW ini dengan baik dengan izin Allah. Maksudnya, ianya bukan mustahil. Saya pernah mendapat mesej tentang penyusuan eksklusif 2 tahun yang mana ianya sedikit sebanyak memberi tamparan berbekas dihati saya. Saya sertakan mesejnya disini dengan membetulkan beberapa tatabahasa 'kalau ikut pada sunnah begitulah, tapi kalau ia tidak mencukupi perlu ditambah..kehidupan kita hari ini banyak yang rosak, tidak cukup yakin pada rezeki 'susu' yang Allah dah beri, tak sabar semasa menyusukan, tak ikhlas pada tenaga yang digunakan untuk menyusukan kadangkala kita tak redha dengan apa yang Allah kurniakan'. Jujurnya saya terpukul dengan kata-kata 'tidak yakin' pada Allah. Sebagai contoh ketika Muhammad tidak sihat, saya cukup takut sekiranya Muhammad semput. Begitulah saya contohnya diri saya yang tidak menyeluruh dalam keyakinan terhadap susu kurniaan Allah yang begitu unik. Muhammad memang tidak diberi makan berjadual dan hanya menyusu sebagai makanan dan minumannya sehingga kini tetapi Muhammad sudah pun makan kismis, kurma dan pelbagai makanan sunnah. Jadi, Muhammad tidak diberi izin untuk eksklusif seratus peratus asbab kealpaan ibunya. Berkenaan penyusuan selepas 2 tahun, saya difahamkan, kandungan susu tersebut tidak lagi punya khasiat-khasiat seperti mana dalam tempoh 2 tahun seperti mana yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran dan sekiranya kita mahu meneruskannya, anak tidak mendapat khasiat dan ibu pula hanya mendapat penat. Wallahua'lam.

Bekal Kurma
Menyentuh berkenaan penyusuan lagi, kepada ibu-ibu yang sedang menanti kelahiran pertama dan berazam untuk penyusuan eksklusif, siapkan mental anda yang mungkin susu anda boleh keluar meriah sebaik melahirnya atau lambat sedikit sehingga anak boleh terkena jaundice (kuning). Melalui pembacaan saya di blog puan hafizah, bayi yang baru dilahirkan mampu bertahan tanpa susu selama 3 hari dan si ibu perlu sentiasa membiarkan si anak merangsang air susu sehingga air susu mampu keluar. Teknik memberi susu juga perlu diberi perhatian dan yang terpenting ketenangan dalam berhadapan kelahiran pertama. Pernah naqibah saya berpesan kepada seorang doktor muda yang bakal melahirkan anak pertama supaya membawa bekal kurma insyaAllah sempena mengambil ikhtibar maryam yang memakan buah kurma sambil mengoncang pohon kurma atas arahan wahyu untuk memudahkannya melahirkan Nabi Isa, namun dipandang sepi dan saya faham disebabkan naqibah saya bukan seorang bersijilkan doktor mahupun siapa-siapa yang cakap-cakapnya mungkin tidak didengar oleh orang berpelajaran (naqibah saya juga seorang degree holder). Akhirnya takdir Allah, si doktor muda melahirkan secara pembedahan. Semuanya adalah takdir Allah normal atau pembedahan dan bagi saya, kisah ini punya ikhtibarnya iaitu, pandanglah semua orang dengan kedua-dua belah mata walau dia bukan siapa-siapa.

Mati Syahid
Lagi, kami berbincang tentang mati syahid. Semua orang islam perlu menanamkan cita-cita untuk mati syahid. Mati syahid sekiranya kita kaji adalah kurniaan kepada manusia luar biasa dan mereka semua begitu dekat dengan Allah. Mati syahid ini adalah untuk insan-insan terpilih. Mereka tidak dimandikan dan terus dikafankan. Darah mereka yang mengalir adalah saksi. Diceritakan, terdapat seorang anak yang meninggal ketika digali lubang perkuburan, ditakdirkan tercangkul badan si ayah yang mati syahid. Subhanallah sungguh ajaib kerana darah mereka masih segar mengalir walaupun telah beberapa tahun mati. Benarlah firman Allah, kitya menyangka mereka telah mati tetapi sebenarnya mereka masih hidup. Quraish Shihab berkata: Sekali-kali janganlah engkau wahai Muhammad atau siapapun yang dapat ditujukan kepadanya pesanan ini, mengira apatah lagi menduga keras atau yakin bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah SWT baik dalam perang Uhud itu mahupun selainnya adalah orang yang telah mati. Sekarang ini bahkan mereka itu hidup dengan kehidupan yang berbeza dengan kehidupan kamu. Kerana hidup mereka di sisi Tuhan mereka yang Maha Agung dalam keadaan mereka dianugerahkan rezeki yang sesuai dengan alam tempat mereka kini berada, dan sesuai pula dengan nilai perjuangan mereka dan kebesaran serta kemurahan Allah SWT. Lihat sini.

Senyuman penghuni syurga. Ya Allah muliakan kami dengan mati syahid!

Alam Barzah
Bab tauhid pula kami membincangkan berkenaan alam barzah. Kita sekarang yang masih diberi nikmat hidup, hanya sedang berada difasa kedua dan kita masih berbaki 5 fasa untuk melengkapkan keseluruhan 7 fasa kehidupan seorang manusia sehingga destinasi syurga atau neraka. Alam barzah adalah fasa ketiga sesudah mati dan alam kubur adalah permulaan alam barzah. Syurga atau neraka habuan kita nanti sudah tertunjuk semenjak di alam kubur lagi. Ya Allah setiap apa yang kita lakukan akan dikira walau sebesar zarah sekalipun tidak terlepas dari neraca timbangan Allah nanti. Terasa kecut segala anggota badan seandainya Allah mencabut nyawa saya dalam keadaan tidak bersedia. Ya Allah bantulah kami untuk bertemu denganMu dalam keadaan sangat bersedia. Tidak sanggup kami menghuni nerakaMu dan redholah kami ke syurgaMu. Ampunilah kami ya Allah! Sungguh terlalu banyak dosa dan kerosakkan yang telah kami lakukan dibumiMu ini. Mati itu pasti!

InsyaAllah setakat ini sahaja intipati yang mampu dirakam oleh hati saya selama 2 jam duduk bersama adik-beradik keluarga kecil saya. Mudah-mudahan perkongsian ini ada manfaat bersama dan mohon maaf andai tulisan-tulisan saya sebelum, sekarang dan selepas ini banyak menyentuh sensitiviti banyak pihak. Ketahuilah bukan mahu mencari kesalahan kerana saya juga seorang manusia yang sering melakukan kesalahan dan mudah-mudahan ianya menjadi ikhtibar untuk yang belum dan semoga tidak melakukan kesilapan yang sama. Kadangkala kita memerlukan peringatan yang agak kasar sehingga menyentap, supaya ianya kekal dalam hati dan mudah-mudahan Allah kurniakan keupayaan untuk kita mengatasinya dan mengamalkan hanya dan kerana Allah insyaAllah! Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang tidak baik juga dari Allah atas kelemahan saya sebagai manusia biasa. Ampun dan maaf daripada saya. Wallahua'lam. 

9.10.11

PILIHLAH TERBAIK KERANA ALLAH

InsyaAllah entry ini khas untuk Puan Nur Iryani yang berminat tentang penyusuan eksklusif 2 tahun tanpa makanan pejal. Saya memohon kemaafan kerana saya tidak dapat mengakses blog puan nur iryani untuk memaklumkannya. InsyaAllah saya cuba kongsikan pengetahuan saya yang tidak seberapa dan minta jasa baik rakan-rakan yang lain untuk membetulkan andai saya tersalah dan menambah baik apa-apa yang saya tidak tahu insyaAllah. Sebelum itu, untuk makluman semua, saya bukan siapa-siapa mahupun pakar dalam bidang apapun namun keinginan ingin tahu saya tentang pemakanan, pendidikan semua yang berkaitan anak-anak, Allah datangkan setelah saya bergelar seorang ibu.


Penyempurnaan 2 Tahun
Sebelum ini pengetahuan saya cukup terhad dan alhamdulillah Allah kurniakan kami pengetahuan-pengetahuan tentang keibubapaan sedikit demi sedikit setelah dikurniakan Muhammad dan saya rasa saya perlu berkongsi bersama. Dahulu saya juga berfikiran yang bayi boleh diperkenalkan dengan makanan pejal seawal 6 bulan tetapi hasil pembacaan, menghadiri kuliah-kuliah ilmu sama ada usrah mahupun seminar pemakanan, juga kajian-kajian, kami mendapati kandungan susu ibu sangat unik dan khasiatnya mencakupi sehingga 2 tahun seperti mana firman Allah di dalam Al-Quran. Ianya juga mempuyai kaitan dengan najis mukhaffafah yang mana najis ringan air kencing bayi barusia 2 tahun ke bawah yang hanya menyusu dengan susu ibunya. Ianya cukup konkrit yang air susu ibu mampu mengenyangkan sehingga 2 tahun. Inilah hikmah sunnah dan suruhan Allah insyaAllah. Ada tazkirah pendek oleh Puan Noen diblognya yang saya fikir begitu bermanfaat untuk kita bersama. Boleh berkunjung ke blognya disini. Salah satu frasa ayat yang masih lekat dihati saya, ibu Rasulullah SAW ditakdirkan Allah air susunya kering dan sebagaimana kita maklum Rasulullah SAW menyusu dengan beberapa ibu susuan dan kemudian setelah tamat penyempurnaan penyusuan, Baginda hanya meminum susu kambing sahaja. Kisah ini cukup membuktikan keutamaan susu ibu dan susu sunnah iaitu susu kambing insyaAllah.

Cabaran
Walau bagaimanapun, sekiranya susu ibu tidak dapat menampung keperluan anak, maka wajiblah kita menampungnya demi kesihatannya. Sebagai contoh, anak baru berusia 10 bulan dan Allah kurniakan lagi zuriat untuk kita. Ada sesetangahnya akan kekeringan susu. Ada juga yang anak sendiri tidak mahu dan tidak kurang juga dikurniakan air susu yang lebat sehingga selamat melahirkan. Jadi, keperluan setiap ibu berbeza. Alhamdulillah setakat hari ini, Allah masih izinkan air susu saya cukup untuk menampung makan dan minum buat Muhammad. Namun, Muhammad tidak diizinkan menyusu susu ibu sahaja kerana Muhammad sudah makan seperti kurma, kismis tetapi bukan makan yang berjadual. Kadang-kala, Muhammad sendiri lebih pantas mencapai makanan dan terus dimasukkan ke dalam mulutnya. Tambahan lagi, kita bakal berhadapan dengan orang-orang sekeliling yang tidak biasa dengan penyusuan penuh sehingga 2 tahun dan contoh terbaik semestinya keluarga kita sendiri. Kita mungkin akan digelar 'zalim' kerana membiarkan anak melihat sahaja kita makan tetapi si anak tidak diberi makan. Cabaran-cabaran diatas sedikit sebanyak menjadi gangguan kajian saya terhadap Muhammad namun saya pasti ianya punya hikmah disisi Allah insyaAllah!

Pencemaran Makanan
Selain itu, terlalu banyak pencemaran makanan dizaman ini dan ianya memberi implikasi kepada kesihatan si anak. InsyaAllah susu ibulah susu terbaik untuk anak kita kerana apa yang si ibu makan dan minum, turut dimakan dan diminum oleh si anak melalui tapisan halus susu ibu. Kami mengambil inisiatif untuk mencegah daripada mengubati dengan izin Allah. Contohnya, sebelum ini saya sering memperkatakan sayur-sayuran beracun, ikan yang dijual dipasar diberi ubat agar kelihatan segar, juga ayam yang banyak tercemar dan boleh mengundang virus H5N1 (virus yang sangat patogen dapat bertahan hidup dalam najis ayam selama 6 hari), campylobacter dan sebagainya menurut kajian Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja, ketua penyelidikan & pembangunan pusat inovasi. Pencemaran-pencemaran yang ada di dalam kandungan makanan kita sehari-hari ini kami khuatiri memberi implikasi kesihatan untuk anak-anak kecil seperti Muhammad. Jadi, insyaAllah jalannya hanya susu ibu untuk Muhammad sehingga 2 tahun dengan izin Allah dan mudah-mudahan rezeki Muhammad sehingga 2 tahun penuh.

Vaksin, Imunisasi & Ubat-ubatan
Sama juga seperti vaksin dan imunisasi. Bagi kami, abu dan ummu muhammad, kami mengambil keputusan untuk tidak memberi suntikan kepada Muhammad hanya selepas sedar akan hal ini ketika Muhammad berusia 5 bulan. Pada mulanya kami juga sukar untuk mempercayainya dan kami membuat research, insyaAllah kami yakin dengan keputusan ini insyaAllah dengan izin Allah dan sejujurnya, kami meragui tentang status halalnya dan kandungan-kandungannya yang cukup tidak dapat diterima dek akal. Sebelum itu lagi, abu muhammad sudah merasa berat untuk membiarkan anaknya disuntik kerana dia bukan seorang yang makan ubat apabila sakit dan menurutnya, ubat pasti ada dadah. Tidak sanggup melihat anaknya disuntik dengan dadah dan gerakkan hatinya insyaAllah ada kebenarannya. Menurut sumber lagi, 'mereka' yang mencipta vaksin ini menguji vaksin buatan mereka pada binatang-binatang sebagai contoh tikus. Samakah komposisi tikus dengan manusia? Apabila tikus menunjukkan reaksi positif, maka vaksin itupun tidaklah memberi mudarat kepada manusia. Begitukah? Berkenaan ubat-ubatan pula, insyaAllah kami juga sedayanya mengelak selagi boleh dengan izin Allah. Biarkan antibodi badannya yang Allah kurniakan membuat kerjanya. Berbeza dengan ubat, sampai masanya apabila selalu dimakan, ubat seakan-akan tidak berfungsi. Tambahan lagi, status halal ubat-ubatan hari ini juga meragukan kami. Menurut pihak yang menjalankan kajian tentang pemakanan, pihak yahudi, golongan kuffar memberi makan orang-orang islam babi/khinzir bukan secara terang-terangan seperti menghidang asam pedas, masak lemak dan sebagainya tetapi ianya cukup halus melalui ubat-ubatan. Ada sesetangah yang mengambil mudah dengan mengatakan 'darurat' walhal sekiranya ada alternatif lain, maka relevenkah 'darurat' tersebut? Ditegaskan, ini keyakinan kami dan mudah-mudahan ada keberkatan disisi Allah dan pasti ianya bertentangan dengan ilmu kedoktoran diluar sana. Maafkan kami, ini bukan bidang kami tetapi insyaAllah kami yakin jalan yang kami ambil ini. Mudah-mudahan Allah mudahkan kami hingga ke akhirnya.

Berhati-Hati Memilih Susu Formula
Berbalik kepada isu susu, bukan semua orang Allah izinkan tahu tentang kebaikkan susu ibu namun nasihat saya kepada ibu-ibu, berhati-hatilah memilih susu formula untuk anak anda. Saya pernah berbual dengan ibu hawa Muhammad tentang orang yahudi menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Mereka mempromosikan susu lembu buatan mereka tetapi mereka sendiri meminum susu kambing iaitu minuman Rasulullah SAW. Saya pernah membelek buku HALAL HARAM oleh persatuan pengguna Pulau Pinang tentang susu formula bayi yang mengandungi wei iaitu sejenis lemak babi disebuah kedai buku dikampung abu Muhammad namun tidak pula membelinya. Namun saya mampu mengingat dengan baik salah satu susu formulanya adalah susu lactogen keluaran nestle. Milik siapakah nestle ini? Inilah jawapan untuk kekerapan saya cuba untuk mengajak anda bersama-sama memboikot semua keluaran yahudi. Kandungannya cukup meragukan.  Boleh lihat forum disini.

Demi kesihatan jasmani apatah lagi rohani anak-anak kita, rajin-rajinlah mengkaji dan membaca. Nasihat untuk diri saya terutamanya. Ini adalah beberapa bahagian buku HALAL HARAM yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna pulau pinang yang saya google sebentar tadi dengan izin Allah.

Akhir kata, apapun yang yahudi bawa dan hidangkan untuk kita walau ianya nampak begitu berkhasiat dan menyihatkan waima sebagai alat mencegah penyakit, namun bagi kami, ianya cukup meragukan. Ditegaskan, ini hanya protokol Bayt Al-Iman dan ianya adalah pegangan dan keyakinan kami insyaAllah. InsyaAllah inilah pilihan terbaik kami kerana Allah. Walau apapun pegangan anda, yakinlah dengan pilihan anda dan serahkan bulat-bulat kepada Allah insyaAllah! Semoga kita sama-sama dikurniakan kefahaman dalam beragama dan keupayaan untuk mengamalkannya semata-mata mengharap redho Allah. Wallahua'alam.

4.9.11

SUSU TAHAN 24JAM

Alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi respon di entry STOK SUSU BASI? Benarlah pendapat rakan-rakan semua setelah saya membuat beberapa penyemakan semula dibeberapa blog berkaitan tentang susu ibu sebagai contoh susuibu.com.

Suka saya kongsikan supaya ianya memberi manfaat bersama dimasa akan datang. Ini pengalaman pertama saya dan mudah-mudahan ianya membantu bagi sesiapa yang mungkin menghadapi perkara yang sama. Inilah dinamakan hikmah nikmat ujian bagi sesiapa yang mahu ambil pengajaran insyaAllah!

Menurut perbincangan di dalam ruangan tersebut, susu yang telah dikeluarkan dari bahagian atas peti sejuk beku dan telah cair, tidak boleh dibekukan semula. Susu yang telah dibekukan dan diletakkan dibahagian chiller hanya dapat bertahan selama 24 jam. InsyaAllah benarlah tindakan saya mengasingkan susu-susu yang mencair. Jadi, semua susu yang telah cair dan separa cair yang saya pindahkan dibahagian chiller tidak dapat digunakan lagi.

Susu-susu yang siap untuk dibuang.

Walau bagaimanapun, saya bersyukur hanya 16 beg dan botol berisi susu untuk Muhammad yang rosak dan selebihnya masih membeku dengan baik ketika saya sampai di Bayt Al-Iman tengah malam khamis lepas. Alhamdulillah saya cukup lega kerana tidak perlu berkejar-kejar membuat stok susunya lagi buat masa ini. Hanya perlu membuat stok ketika bertugas seperti biasa bagi mengelakkan kesesakkan ruang di dalam peti ais.

Mudah-mudahan Allah izinkan Muhammad mendapat ganjaran asbab mengamalkan sunnah menyusu susu ibu sehingga 2 tahun penuh insyaAllah. Doakan kami! InsyaAllah doa kami sentiasa mengiringi! ;)

2.9.11

STOK SUSU BASI?

Alhamdulillah kami telah selamat sampai semalam (khamis) malam. Alhamdulillah Muhammad dikurniakan kesihatan yang baik, tidak seperti biasa demam perjalanan jauh. Alhamdulillah ada nikmat ujian yang Allah sediakan. Sebaik sampai di Bayt Al-Iman, saya terus memetik suiz untuk menyalakan lampu utama diruang tamu berulang kali, namun tiada cahaya yang kelihatan. Saya sedar mungkin suiz utama 'tertendang' kerana mengikut cerita emak, semalam ribut.

Perkara pertama yang saya buat setelah mengesan ketiadaan elektrik ialah membuka peti tempat simpanan stok susu Muhammad. Bahagian paling depan dekat dengan pintu dan susu-susu yang berada di dalam botol telah mula mencair dan separa mencair. Saya segera pergi melapor kepada suami yang sedang menyiram sayur-sayurnya tentang ketiadaan elektrik sambil segera membuka kotak suiz utama. Alhamdulillah berhasil!

Suami pula segera ke peti sejuk untuk melihat keadaan susu Muhammad. Mungkin saya kurang teliti kerana terbayangkan saat-saat getir membuat stok susu semula. Menurut suami, bukan semua susu mencair. Bahagian bawah deretan susu yang di dalam plastik masih beku. Hanya susu-susu dibahagian atas dan di dalam botol yang mula mencair dan separa mencair.

Persoalannya, andai semalam (rabu) suis 'tertendang', apakah status stok susu Muhammad yang separa mencair dan yang masih membeku? Adakah tindakan saya mengalihkan susu yang separa mencair ke bahagian peti sejuk bawah (chiller) betul? Susu dibahagian chiller pula ketika ini kelihatan bertenggan. Adakah ianya sudah basi? Mohon pendapat rakan-rakan blogger yang membaca untuk tindakan susulan. Pendapat rakan-rakan didahului dengan ucapan jazakallah khairan kathira.

Keadaan susu yang dipindahkan dibahagian chiller.

27.5.11

SUBHANALLAH UNIK!

Ilmu yang sangat mahal dan baru pada saya. Saya mengikuti kisah teman blogger yang saya kenal sebagai Kayzie, seorang ibu yang fully breastfeed anak bujangnya, Faris. Allah mentakdirkan Faris sakit cirit-birit asbab diasuh di taska. Umum mengetahui di taska peluang terdedah kepada pelbagai jenis virus adalah lebih tinggi kerana kepadatan kanak-kanak yang diasuh serentak dari pelbagai latar dan suasana persekitarannya berkumpul di satu bumbung ketika ibu bapa keluar bekerja. Namun ada kata-kata yang pada saya tidak sepatutnya keluar lebih-lebih lagi kawan kita sedang ditimpa kesedihan. Cerita penuh boleh baca disini. Kayzie izin kite quote ;) 
Tidak berapa lama kemudian, persoalan Kayzie tentang 'Kenapa anak sakit walaupun menyusu susu ibu?'  dijawab Allah melalui pembacaannya 'wajib'nya setiap bulan di dalam Majalah Pa Ma.

Subhanallah sangat unik ciptaan Allah yang satu ini! Sebagai contoh, Muhammad dikesan dijangkiti virus selsema dan batuk ketika ini ketika di rumah pengasuhnya kemungkinan jangkitan kuman. Jadi, saya sebagai ibu kepada Muhammad, perlu duduk seketika menyusukan Muhammad di rumah pengasuhnya untuk membolehkan susu mengahsilkan antibodi yang diperlukan Muhammad untuk melawan penyakitnya tadi di rumah pengasuhnya. Susu yang dibekalkan kepada Muhammad di rumah pengasuhnya setiap hari adalah susu yang tidak ada antibodi untuk melawan penyakit kerana diperah bukan ditempat punca penyakit. Maka, peluang untuk cepat sembuh pun rendah. MasyaAllah luar biasa makhluk Allah yang satu ini!

Ini adalah sebahagian ilmu yang sangat berharga buat saya yang Kayzie kongsikan di blognya, iaitu sebahagian  kandungan daripada majalah PaMa. Bacaan lanjut boleh klik sini insyaAllah! Kepada kayzie terima kasih atas perkongsiannya. Allah mengirimkan anda untuk kami semua mendapatkan ilmu dan memanfaatkannya serta mengambil pengajaran dan mencari hikmah tersembunyi disebalik cerita Faris tadi. Semoga Faris sihat dan membesar sebagai muslim yang hebat diredhoi Allah dan Rasul insyaAllah! ;)

10.5.11

LECEHKAH?

Masih berkait dengan isu CD dan breastfeeding berkenaan dengan soalan kawan-kawan saya semalam. Alhamdulillah kawan-kawan saya golongan yang celik IT yang mana mereka selalu juga mencari info berkenaan breastfeeding dan CD. Salah seorang daripadanya berminat untuk menCDkan anaknya kelak dan persoalannya adalah, lecehkah CD?

CD (Cloth Diaper)
Sekiranya bertanya pada saya, tentunya jawapan saya YA! Kerana semestinya memerlukan pengorbanan dan  disiplin yang tinggi. Pada saya, gotong-royong bersama suami itu perlu. Contohnya, tugas membersihkan najis Muhammad adalah tugas suami dan membersihkan CD dari najis juga tugas hakikinya tetapi tidak bermakna saya tidak melakukan hal-hal sedemikian langsung. Semua CD yang telah siap dibersihkan dari najis, diletakkan berhampiran mesin basuh. Selepas itu pula tugas saya memesin, menyidai CD-CD tersebut. Apa yang penting? Kerjasama! ;)

Jimat Sangat!
Terasa sangat pengjimatan yang lebih apabila menggunakan CD. Semasa menggunakan DD (disponsable diaper) sepenuhnya, RM100 perlu diketepikan setiap bulan untuk pampers Muhammad sahaja. Sebelum ini saya menggunakan DD jenama Fitti yang sebungkus besar bersaiz M tidak silap mempunyai 60 keping yang berharga RM26. Kemudian, setelah menggunakan half CD, maksudnya, saya hanya menggunakan CD ketika Muhammad dirumah kecuali tidur malam kerana saya agak fobia CD sentiasa bocor pada waktu malam pada permulaan pemakaiannya. Jadi, tidur malam dan dirumah pengasuhnya menggunakan DD. Saya hanya memerlukan sebungkus DD untuk sebulan. Alhamdulillah setelah fully CD, tiada lagi duit yang perlu diketepikan untuk DD setiap bulan, cuma memerlukan modal yang besar untuk mengumpul CD dalam jumlah yang banyak. Walau bagaimanapun, saya dan suami tidak mampu untuk menCDkan Muhammad ketika bermusafir ;)

Kajian Cepat Ke Tandas
Sebenarnya tujuan utama saya menggunakan CD untuk Muhammad adalah untuk membuat kajian berkenaan dakwaan yang bayi akan cepat ke tandas apabila menggunakan CD. Sekiranya ini berlaku, insyaAllah semakin mudah tugas saya. Target saya, Muhammad berumur 2 tahun, dia tidak perlu lagi berCD. Alhamdulillah jika target saya tercapai awal ;) Mudah-mudahan Allah kurniakan Muhammad bayi yang berjiwa pejuang! Dewasa dari umurnya yang sebenar insyaAllah!

Kebiasaannya, CD-CD Muhammad ini dicuci 2,3 hari sekali kerana stok CD Muhammad bukanlah kategori banyak sangat. Cukup sekadar 2-3 hari penggunaan dan perlu dicuci segera. InsyaAllah saya mahu tambah lagi sekiranya ada jualan murah kerana kasihan juga melihat Abu Muhammad perlu bersegera.

Ini ialah beg yang dihantar ke rumah pengasuhnya. Ada 4 keping CD yang dibekalkan tetapi selalunya digunakan hanya 3 keping sahaja dari 7 pagi hingga 2-3 petang. Beg bintang dipoket kanan beg adalah wet bagnya untuk CD yang telah digunakan.

Breastfeeding
Selain itu, kawan saya yang sama juga bertanya tentang persoalan kesusahan dalam penyusuan susu ibu sepenuhnya dan pemilihan pam yang sesuai. Bagi saya, susu ibu mahupun susu tepung ada kesusahan masing-masing kerana seorang ibu perlu juga berjuang untuk anaknya membesar dengan sihat. Salah satu pro susu ibu adalah, pada waktu malam si ibu atau bapa tidak perlu bersusah payah membuat susu untuk anak berbanding susu tepung. Manakala bayi yang menyusu susu tepung, ibunya pula tidak perlu terkejar-kejar untuk menambah stok EBM. Syor saya, kemungkinan ramai yang diluar sana tidak tahu tentang kebaikan susu ibu. Bukan semua dikurniakan kefahaman sebelum punya anak. Mungkin Allah mentakdirkan ibu-ibu yang dari tidak tahu kepada tahu tentang kebaikan susu ibu setelah memberi susu tepung kepada anaknya. InsyaAllah ada hikmah yang Allah mahu berikan untuk hambaNya insyaAllah! Jangan pernah prejudis. Bersangka baiklah kepada Allah! ;)

Pam Susu
Hampir 4,5 orang kawan saya yang sedang menanti kehadiran orang baru pertama bertanyakan berkenaan pam susu. Dahulu, 6 bulan pertama saya hanya menggunakan pam susu manual jenama Pureen yang harganya kurang dari RM20 kerana kurangnya pendedahan dan mencari info di internet disamping laptop yang meragam tidak dibaiki sehinggalah saya aktif semula berblog setelah habis berpantang. Alhamdulillah Allah luaskan pengetahuan saya tentang pam susu disaat saya hampir hilang semangat ketika puting susu Muhammad koyak dan Muhammad tidak mahu puting susu yang lain. 

Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pam susu Pureen dan konco-konconya (botol+puting ;) yang telah berjasa sejak Muhammad dilahirkan. Alhamdulillah Muhammad dapat bertahan dengan penyusuan susu ibu kerananya dengan izin Allah. Pam susu Pureen dan konco-konconya dalam kenangan ;)

Medela Freestyle
Pam susu idaman yang kini sangat berjasa kepada saya. Perasaan berbaloi datang apabila Muhammad mahu menyusu dengan puting yang dibekalkan bersama set pam ini. Perasaan gembira saya ketika itu sangat luar biasa ;) Sekali lagi kawan saya bertanya tentang pam susu ini, adakah leceh untuk pam, saya memberinya semangat dengan mengatakan, "ketika memandu pun masih boleh pam susu". Sungguh! Saya benar-benar melakukannya ketika memandu sebanyak 2 kali. Kali pertama ketika menghadiri kursus dari 8 pagi sehingga 2 petang dan tiada masa rehat yang panjang. Hanya cukup untuk makan sahaja. Sekali lagi ketika di tempat bertugas yang ketika itu ada pelawat dan kami perlu berada disana sehingga petang iaitu hampir Asar. Jadi, saya hanya sempat pam semasa memandu pulang. Alhamdulillah namapun freestyle! ;)
Kali pertama menggunakan pam susu jenama Medela Freestyle. Alhamdulillah luar biasa banyaknya!

Kaedah Jimat Tidak Memerlukan Pam Susu
Sebenarnya ada kaedah untuk tidak memerlukan pam susu iaitu dengan menggunakan teknik marmet (menggunakan tangan). Seorang rakan setugas saya yang ibunya seorang jururawat, tidak membenarkannya membeli sebarang pam dan botol susu. Ibunya hanya mahu anaknya menggunakan kaedah marmet dan memberi susu menggunakan cawan ketika di rumah pengasuh cucunya kelak. Saya pernah mencari info tentang kaedah marmet, kebanyakkan ibu-ibu yang pandai menggunakan teknik ini mengatakan yang susu boleh dikeluarkan semuanya berbanding menggunakan pam. Ilmu yang cukup berharga bagi sesiapa yang menguasainya ;)

Perjuangan Susu Ibu 
Alhamdulillah Allah izinkan saya memberi penyusuan ekslusif susu ibu tanpa campur susu tepung sehingga sekarang malah Muhammad juga tidak diberi makan lagi sehingga sekarang. Perjuangan saya bermula diawal pagi dan ketika bertugas untuk menambah stok EBM.

Stok susu sangat penting untuk dihantar ke rumah pengasuh dan persediaan sekiranya terjadi emergency yang memerlukan saya meninggalkan Muhammad seketika. Bekas berwarna kuning adalah bekas mengisi EBM untuk dihantar ke rumah pengasuh Muhammad.


Perjuangan penyusuan susu ibu bukan sekadar pam untuk menambah stok EBM tetapi perlu diteruskan dengan mencuci perkakasan pam susu tadi setelah digunakan. Luruskan niat kerana Allah insyaAllah keikhlasan itu datang dan kita pasti gembira dengan kerja-kerja pembersihan ini (ayat semangat untuk yang sedang menaip ;)

Lecehkah? YA! Semuanya leceh! CD leceh sebab perlu dicuci tetapi menjimatkan. Susu ibu leceh. Susu tepung pun sama leceh. Keduanya perlu juga dicuci peralatan botol selepas digunakan. Semuanya memerlukan perjuangan dan pengorbanan si ibu yang bukan sedikit, sesuai dengan kurniaan Allah 'syurga di bawah telapak kaki ibu'. Jom ikhlaskan hati dalam perjuangan ini kerana perjuangan ini bukan sekadar untuk anak pertama tetapi insyaAllah anak-anak seterunya selagi si ibu bernafas. JOM SAMA-SAMA CARI REDHO ALLAH kerana setiap perbuatan tanpa niat kerana Allah adalah sia-sia belaka! Hanya penat bekerja tetapi tiada amalan disisi Allah insyaAllah! ;)