4.9.11

SUSU TAHAN 24JAM

Alhamdulillah. Terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang sudi respon di entry STOK SUSU BASI? Benarlah pendapat rakan-rakan semua setelah saya membuat beberapa penyemakan semula dibeberapa blog berkaitan tentang susu ibu sebagai contoh susuibu.com.

Suka saya kongsikan supaya ianya memberi manfaat bersama dimasa akan datang. Ini pengalaman pertama saya dan mudah-mudahan ianya membantu bagi sesiapa yang mungkin menghadapi perkara yang sama. Inilah dinamakan hikmah nikmat ujian bagi sesiapa yang mahu ambil pengajaran insyaAllah!

Menurut perbincangan di dalam ruangan tersebut, susu yang telah dikeluarkan dari bahagian atas peti sejuk beku dan telah cair, tidak boleh dibekukan semula. Susu yang telah dibekukan dan diletakkan dibahagian chiller hanya dapat bertahan selama 24 jam. InsyaAllah benarlah tindakan saya mengasingkan susu-susu yang mencair. Jadi, semua susu yang telah cair dan separa cair yang saya pindahkan dibahagian chiller tidak dapat digunakan lagi.

Susu-susu yang siap untuk dibuang.

Walau bagaimanapun, saya bersyukur hanya 16 beg dan botol berisi susu untuk Muhammad yang rosak dan selebihnya masih membeku dengan baik ketika saya sampai di Bayt Al-Iman tengah malam khamis lepas. Alhamdulillah saya cukup lega kerana tidak perlu berkejar-kejar membuat stok susunya lagi buat masa ini. Hanya perlu membuat stok ketika bertugas seperti biasa bagi mengelakkan kesesakkan ruang di dalam peti ais.

Mudah-mudahan Allah izinkan Muhammad mendapat ganjaran asbab mengamalkan sunnah menyusu susu ibu sehingga 2 tahun penuh insyaAllah. Doakan kami! InsyaAllah doa kami sentiasa mengiringi! ;)

3 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

InsyaAllah, niat yg baik akan dipermudahkan Allah akan jalannya.. Semoga 'rezeki' utk Muhammad terus melimpah ruah.. :D

d'La Fadelia said...

Alhamdulillah...mudah-mudahan rezeki muhammad tidak putus.Niat ibu yang ikhlas sentiasa ada hikmahnya...:)

@LeenShamsh said...

ibu zefa: amin insyaAllah! ;)

cheD: amin insyaAllah! ;)