21.9.11

HAB HALAL SOUQ

Masih ingat dengan entry kontroversi tentang biskut munchys di BERITA TERKINI dan BERITA PALSU? sebelum ini. Di salah sebuah entry tersebut ada saya ceritakan tentang kedai Hab Halal. Alhamdulillah Allah izinkan kami untuk melalui proses pembaikan dari masa ke semasa sebagai contoh aspek penjagaan perut. Kesedaran tentang polemik pemakanan yang semakin mengancam kesihatan dizaman ini disamping kebuntuan mencari sumber-sumber makanan yang halal lagi toyyibbah, Alhamdulillah Allah gerakkan kami bertemu dengan sebuah kedai yang baru beroperasi yang hanya menjual barang-barangan yang dibuat oleh orang islam. Memang tidak dinafikan 'kekurangan-kekurangan' syarikat-syarikat muslim namun ianya adalah alternatif daripada memakan makanan syarikat-syarikat non-muslim.

Barang-barangan di Hab Halal yang semakin meriah.

Menu Ayam Kembali
Saya pasti ada yang mengatakan 'bahan-bahan' basah untuk membuat kuih, membuat biskut juga adalah daripada orang kafir namun saya tegaskan, 'sekurang-kurangnya' kita cuba dan berusaha kearah pembaikan. Sebelum ini juga ada saya nyatakan azam saya untuk tidak memakan ayam-ayam yang belum sahih kehalalannya terutamanya yang dijual di pasaraya-pasaraya atau ayam yang sudah dimasak, insyaAllah saya juga sedang dalam mujahaddah mengikuti jejak langkah Abu Muhammad. Sebenarnya saya bersyukur Allah pertemukan kami dengan ayam organik Azzain setelah sekian lama ayah Muhammad tidak memakan ayam. Saya fikir rahmat buat mujahaddahnya selama ini, Allah pertemukan suami dengan ayam mentah yang dia cukup yakin. Jadi, Alhamdullillah menu Bayt Al-Iman sekaramg sudah ada ayam.

Kedai Hab Halal Souq, ayam organik dan ayam organik kampung Azzain.

Ayam Organik Azzain
Sebenarnya kami ada menerima pamphlet berkenaan ayam organik Azzain yang boleh juga digoogle untuk mencari tahu tentang ayam ini. Bukan tujuan promosi tetapi kami cukup sukakan ayam ini. Lain daripada ayam yang dijual dipasar. Apabila saya membaca keluhan hati pengasas ayam organik ini, saya seolah-olah boleh menyelam kerisauannya yang tidak bertepi terutama pertubuhan-pertubuhan islam seperti maahad tahfiz, tadika islam yang mula mengejar produk murah dan melupakan tanggungjawab menyediakan makanan-makanan yang benar-benar menepati halalal toyyibah. Menurutnya, kita berlumba-lumba menjadikan anak-anak cemerlang dalam ilmu duniawi tetapi gagal membina roh ukhrawi. Maka implikasinya salah satu penyumbang anak-anak tidak sah taraf, pembunagan bayi, dadah kerana 'keras hati' kesan daripada makanan tidak halal sehingga mempengaruhi jiwa, mental dan kelakuan. Keadaan inilah menurutnya lagi yang dikatakan ilmu penuh di dada sedangkan roh kekal kosong.

Penapis Air
Alhamdulillah setelah duduk hampir 2 tahun di Bayt Al-Iman, Allah izinkan kami memiliki penapis air yang sangat-sangat disyorkan oleh pengamal-pengamal perubatan kerana tahap kebersihan air ditempat kami bermastautin ini adalah menyedihkan. Air yang berfungsi sebagai alat membuang sisa-sisa toksid dalam badan boleh mengundang mudarat pula. Bayangkan air yang mahu minum begitu mudah bergeladak dan dipenuhi warna kuning termendak didasar bekas takung air minum kami. Alhamdulillah kerjasama antara saya dan suami, berkongsi sama rata untuk membeli penapis air. Pada mulanya, kami hanya mahu membeli penapis air untuk minum sahaja, tetapi tawaran hadiah dengan membeli tunai amat menarik. Dengan tambah sedikit kos upah pasang, kami juga diizinkan Allah untuk menikmati penapis air diluar rumah yang berfungsi menapis air masuk ke dalam Bayt Al-Iman. Apa yang menarik tentang penapis air ini selain kami yakin bahan-bahan untuk membuatnya, pihak kedai juga menyediakan bayaran bulanan mudah tanpa riba' atau bunga. Maknanya, contohnya kita membeli dengan harga RM1000 dan kita hanya perlu membayar bulanan seperti pakej-pakej yang ditawarkan hanya untuk harga RM1000. Sebagai contoh lagi, penapis air kami berharga RM1300 dan ansuran bulanan yang disediakan adalah RM65.00 x 20bulan. Ada juga yang berharga RM936 dan ansuran bulanannya adalah (RM45.00 x 20 bulan) + (RM36 x sebulan) = RM936. InsyaAllah mereka menyediakan ruang dan peluang kepada semua golongan untuk sama-sama menikmati air bersih untuk keluarga-keluarga muslim.

Testi Penapis Air Hijrah
Sedikit testi selepas menggunakan penapis air Hijrah ini, lantai bilik air yang dulunya begitu mudah untuk 'kuning', Alhamdulillah sekarang begitu lambat untuk menguning seperti dahulu sekiranya lambat untuk dibersihkan. Selain itu juga, dasar bekas tempat simpan air minum kami juga tiada lagi air keladak dan bahan-bahan mendak seperti dahulu. Sebelum saya lupa, pihak kedai sebelum menerangkan alat ini, mereka akan menerangkan dahulu kos penyelenggaraan tahunan supaya pembeli lebih bersedia dengan pertambahan kos setiap setahun.

Palestin Dan Kita
Ada perasan hiba saya ketika menaip entry ini. Betapa kita bertuah berbanding saudara-saudara kita di Palestin. Hanya air lebihan Yahudi dan air yang yang digunakan Yahudi merupakan air yang menjadi air minuman, mandi dan pelbagai lagi. Namun kuasa Allah, hikmah disebalik ujian punya hikmah hebat yang bukan sedikit. Walaupun saudara-saudara kita kelaparan, serba kekurangan namun rakyat Palestin merupakan rakyat yang paling sihat dan paling produktif di dunia. Bayangkanlah mereka hanya memakan tanam-tanaman mereka, tiada makanan ringan, makanan segera seperti kita disini. Kita duduk dinegara yang aman namun penghuninya tidak sihat kerana makanan yang pelbagai menyumbang penyakit. Kita dan Palestin tidak akan pernah sama kerana kita tidak merasai kesengsaraan dan kepahitan hidup mereka. Namun, kita perlu berusaha untuk sama-sama mengembalikan hidup berakidah dalam setiap individu muslim kerana kebangkitan ummat islam bakal merubah sistem dan suasana dunia hari ini.

InsyaAllah saya akan cuba mencari masa untuk menerangkan fakta berkenaan ayam-ayam yang dijual diluar, kenapa kita perlu meragui tahap kehalalannya terutama ayam-ayam di restoran-restoran makanan segera kerana buat pengetahuan semua, kuasa ekonomi untuk ayam-ayam yang merata disekeliling kita sekarang dikuasai sebanyak 97% industri ayam dikuasai oleh non muslim. Maka tidak hairan kita sering digemparkan oleh paparan media seperti suratkhabar dan TV sepanjang tahun bahawa betapa banyak ayam yang tidak halal dijual kepada pengguna muslim dengan begitu bebas dipasaran Malaysia. Disamping ayam yang tidak halal menurut sumber, ratusan ribu ayam berpenyakit dan mempunyai kandungan antibiotik tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan dijual kepada umat islam setiap hari. Ingin tahu banyak fakta tentang ayam lagi? InsyaAllah nantikan entry akan datang dengan izin Allah. Wallahua'lam.

5 comments:

@LeenShamsh said...

noen setuju sgt dgn noen..memang kesian..utk yg mampu boleh cari..kalau yg tak mampu tak ke nayekan hidup org..

air kita memang sgt kotor..kita memang kesian banayk terdedah dgn penyakit2 moden asbab sekelililng kite..

Anonymous said...

kepala paip sink putus sbb karat? bukan ke air mmg boleh buat karat? kn ade oxygen. fizik.

tapi sy mmg setuju bab penggunaan penapis air..^^

Anonymous said...

kimia la.

4 Fe2+ + O2 → 4 Fe3+ + 2 O2−

http://en.wikipedia.org/wiki/Rust

@LeenShamsh said...

wah itu die rumus karat dah keluar..betullah air + o2 dapat karat..terime kasih atas info..

p/s: tibe2 rindu rumus fizik ni..lame betul tinggal ;(

@LeenShamsh said...

noen: kotor sgtlah tu air..bayangkanlah masuk badan kite..aduiii!