11.9.11

PENANTIAN HAMPIR 4 TAHUN

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah penantian hampir 4 tahun akhirnya Allah kurniakan Makngah Muhammad seorang bayi perempuan yang sangat gebu dengan rambut yang lebat seberat 3.55 kg secara normal maghrib 7.43 petang semalam. Tarikh tahun masihi ialah jumaat, 9.9.11 manakala tarikh hijrah sabtu, 12.10.1432H. Alhamdulillah puterinya selamat diazan dan iqamatkan oleh ayahnya, PakNgah Muhammad sebaik sahaja keluar menjenguk kampung sementara ini. Ibu juga sempat merasai rambut puteri Makngah yang masih keras kesan darah sebaik sampai selepas isyak Jumaat malam lepas.

Bayi Makngah dilahirkan dihospital swasta kerana keistimewaan Pakngah Muhammad yang mana merupakan hospital panel tempat kerjanya. Jadi, kita semua boleh masuk dan bersantai-santai dengan Makngah dan bayinya.

Kesakitan Berbeza
Sungguh kesakitan jihad bersalin Allah kurniakan berbeza-beza. Contohnya Makngah Muhammad masih belum terasa sakit sehingga 6cm bukaan sedangkan ibu baru 2cm sudah merasai kesakitannya. 9.9.11 adalah merupakan due bersalin Makngah dan cek berkala setiap bulan. Semasa cek berkala tersebut, rupa-rupanya bukaan sudahpun 3cm. Makngah Muhammad sempat ke bank dan merata tempat menyelesaikan segala urusan sekolahnya. Setelah selesai urusan dibandar, sempat lagi Makngah singgah di rumah ibu Hawa Muhammad dan mengambil Muhammad. Sudah seminggu selepas naik cuti raya ibu tidak mengambil Muhammad sebaik pulang bekerja kerana Makngah sudah bercuti bersalin. Makngah ke hospital lebih kurang jam 3.30 petang dan bersalin jam 7.43 petang. Sekejap sahaja. Berbeza dengan ibu yang sakit sangat selepas subuh, tengah hari barulah Muhammad keluar. Kesakitan yang berbeza-beza kurniaan Allah.

Batal Program Ziarah
Sepatutnya, selepas isyak Jumaat malam lepas, kita kerumah rakan-rakan setugas ibu untuk menziarahi seperti perancangan dalam program. Namun, atas permintaan Makngah Muhammad supaya ayah yang mentahnikkan puterinya, kita semua menziarahi Makngah dan puterinya selepas isyak malam semalam. Alhamdulillah sungguh comel melihat bayi yang baru beberapa jam lahir merasai makanan manis seperti kurma   atau madu sebagai makanan pertamanya. Tahnik ini hukumnya sunnah iaitu dilakukan di awal kelahiran bayi sebelum mulut dan tenggorokan bayi sebelum makan/minum apapun. Caranya adalah kurma dikunyah dan digosok dilelangit mulut bayi. Kunyahan kurma tersebut diletakkan di jari, lalu jari tersebut dimasukkan ke mulut bayi dan digerakkan ke kanan dan kiri dengan lembut hingga keseluruhan kurma ditelan oleh bayi.

Sunnah Tahnik
Tahnik adalah merupakan salah satu syariat kelahiran yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ya Muhammad. Apabila kita menyebut sahaja tentang sunnah, kita sebenarnya tidak perlu lagi mempertikaikan lagi hikmah yang terkandung di dalam setiap sunnah. Menurut kajian saintifik, hikmah tahnik ini adalah menguatkan otot mulut dan tenggorokan dengan gerakan lidah dan dua tulang rahang bawah dengan jilatan. Sehingga anak siap untuk menghisap susu dengan kuat. Seperkara lagi yang ibu pernah baca, manisan di dalam madu atau kurma merupakan makanan simpanan dalam menanti lebatnya susu ibu. Susu ibu lambat keluar ketika baru menyambut kelahiran dan mungkin menyebabkan anak jaundice (kuning). Kuning ini perkara normal dalam menanti susu ibu yang selang 2,3 hari barulah melimpah.

Hadith Berkaitan
Di dalam Sahihain dari Hadits Abu Burdah, dari Abu Musa r.a. berkata, 'Aku dikaruniai seorang anak. Lalu aku mendatangi Nabi SAW dan beliau memberinya nama Ibrahim. Lalu beliau mentahniknya dengan kurma, mendoakannya dengan keberkahan, dan menyerahkannya kembali kepadaku.' Para sahabat terbiasa membawa anak-anaknya ke hadapan Rasulullah untuk ditahnik. Nampaknya anak-anak tersebut ketika dewasa menjadi para pemimpin umat, menjadi orang-orang yang takut kepada Allah, dan menjadi orang yang soleh. Bahkan mereka termasuk orang-orang yang mendakwahkan agama Islam dan menyebarkan kalimat Lailaha Illallah.

Muhammad tidak sempat melihat puteri Makngah kerana Muhammad kepenatan dan tidur dengan nyenyak. Ayah yang sedang mengaji ditepi anak Makngah pun Muhammad tidak sedar. Dahulu semasa Muhammad baru lahir, ayah berada disisi Muhammad agak lama sambil membacakan beberapa surah yang ayah ingat seperti surah lukman, ar-rahman sebagai pesan-pesanan awal dipermulaan kelahiran Muhammad dikampung sementara ini.

InsyaAllah ibu akan update sunnah kelahiran anak Makngah dihari ketujuh. Pada mulanya Makngah sayang rambut anaknya untuk dicukur tetapi ibu dengan tegas mengatakan ianya merupakan sunnat muakkad yang sangat-sangat dituntut. Carilah sunnah mudah-mudahan anaknya bakal hidup dengan kebesaran sunnah dan membesarkan Allah. InsyaAllah juga anak Makngah akan diaqiqahkan pada hari ketujuh seringkas mungkin. Pakngah pun sudah membeli seekor kambing untuk puterinya. Mudah-mudahan puteri Makngah membesar sebagai manusia yang hebat mempertahankan agama asbab mengamalkan sunnah insyaAllah kerana kita tidak tahu rahim siapakah yang Allah mahu angkat dan dimuliakan!

12 comments:

Umialya said...

tahniah buat Makngah/Pakngah Muhammad di atas kelahiran puteri ini

huhuhu said...

Leen.. ckp kat aween,tahniah ye... bertambah lagi generasi..alhamdulillah..

@LeenShamsh said...

umialya n noen: terime kasih! ;)

anis: muke lahir mcm ayah die..hari ni mcm ibu die pulak..ok insyaAllah nanti sampaikan tahniah tu..

Ibu Yusuf Maryam said...

Tahniah buat mak ngah muhammad.. :D

~ Nur Aida~ said...

tahniah ats kelahiran puteri yang comel...:)
semoga ia menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat

~ Nur Aida~ said...

tahniah.. diatas kelahiran puteri yang comel... semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat
:)

~ Nur Aida~ said...

tahniah.. diatas kelahiran puteri yang comel... semoga menjadi anak yang solehah di dunia dan akhirat
:)

Dyan Mustakip Lee said...

Alhamdulillah.. tahniah kak aween.. sape name baby die kak leen? tak sabonye nak tgok baby 'raye' ni..:D

@LeenShamsh said...

ibu zefa: terime kaseh! ibu bile nak ke3? hehe ;)

mizs aida: terime kaseh! miz aida bile nk tuka gelaran madam aida? ;P

dyan: tungguuuu....hari ke7 insyaAllah k.lin update ;)

myamyza said...

aduh cumilnya baby perempuan.. tahniah kepada pakngah dan makngah muhammad.

~ Nur Aida~ said...

hahha...
belum da jodoh ag??
doa2 doakan ya ummu muhammad
:)
hehheh

@LeenShamsh said...

myza: terime kasih!

misz aida: amin mudah2an aida dipermudak urusannya jodohnya..bertemu dgn lelaki soleh sebagai pendamping insyaAllah!