11.5.12

KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY


Hari ini biarkan bakal Abang Long Muhamamd berkata-kata ;)

Alhamdulillah dengan izin Allah, ibu telah menamatkan catatan KEMBARA CINTA AGUNG kami di tanah haram selama 29 episod. Jadi, Muhammad sekeluarga berbesar hati untuk mengadakan kenduri kesyukuran versi alam maya sebagai meraikan kesyukuran atas segala limpahan kurniaan rezeki Allah Taala yang begitu luas tidak terhingga kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah dengan berkat penghulu segala hari, KEMBARA CINTA AGUNG 3 HARI GIVEAWAY bermula mulai sekarang sehingga hari Ahad setelah azan maghrib insyaAllah. Hanya 3 hari sahaja dan hanya 3 soalan mudah perlu dijawab. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. Di episod berapakah ibu menyatakan 'RM100 wang kita bersamaan sepuluh ringgit wang mereka'?
2. Di episod berapakah dinyatakan Miqat Masjid Bir Ali?
3. Di episod berapakah ibu menceritakan sejarah Adam dan Hawa dipertemukan setelah 40 tahun diturunkan di dunia?

Hadiah? Hadiah ringkas sahaja ;). Ole-ole makanan sunnah dari tanah haram dan sebagai memperkasa sunnah berenang yang dianjurkan Rasulullah SAW, hadiah yang disediakan ibu adalah 3 buah mini kolam renang yang bersaiz kecil sahaja yang boleh memuatkan kanak-kanak sebesar Muhammad seramai 3 orang ;).

Mini kolam renang ini perlu dipam dahulu ;).

Syarat-syarat penyertaan:
1. Terbuka kepada semua yang beralamat di Malaysia sama ada yang punya blog ataupun tidak.
2. Anda tidak perlu membuat sebarang entry. Hanya perlu menjawab di ruangan komen entry ini sahaja. Semua komen hanya akan disiarkan apabila tamat GA ini. Skema penulisan jawapan diruangan komen entry ini adalah seperti berikut. Contoh:

ID: Muhammad
Url Blog: muhammad.blogspot.com (jika ada)
Jawapan:
1. Episod 1
2. Episod 2
3. Episod 3

3. InsyaAllah kriteria pemilihan pemenang akan diberitahu pada entry pengumuman pemenang kelak.

Itu sahaja. Mudah bukan? Selamat mencuba! ;)

15 comments:

Zefa NorAsmara said...

Pengikut setia Kembara Cinta Agong wajib support.. :D

ID: Zefa NorAsmara
http://jemariasmara.blogspot.com
Jawapan:
1. Episod 5: Muscat - Oman
2. Episod 13: Madinah - Mekah
3. Episod 23: Imaginasi Haji

Ummi Iman said...

Salam UM.. bestnya hadiah :) nak join lah..

Ummi Iman said...

Salam UM. UI nak jawab. Secara keseluruhannya saya dah baca. Tapi ada juga yang tak sempat dibaca. Ambil peluang baca hari ni dan jawab pertanyaan UM.

ID: Rusenidzan
URL blog: http://ummi-iman.blogspot.com
Jawapan:
1. Episod 5
2. Episod 13
3. Episod 23

Moga ada rezeki dan didoakan keberkatan dalam mengerjakan umrah di tanah suci Mekah.

IntaNBerliaN said...

nak join...

tp xingat episod brp.. so, kne godek2 semula la jwbnya... hihii

hrp2 xda pe2 halangan utk sy giodek2 semula.. sbb tmpoh 3 ari je kan... harap2 sempat..hihii

azyatun said...

Assalam

saya sedang mencari2 maklumat ttg negara Oman. Subhanallah, terjumpa di sini dan da GA pula.saya nak cuba jugalah ye ;)seronok pula membaca catatan setiap episod, terasa terpanggil nk pergi juga..sy link kan blog ni ye

ID: azyatun@fawwaznuha
Url Blog: www.fawwaznuha.com
Jawapan:
1. EPISOD 5
2. Episod 13
3. Episod 23

Anonymous said...

Assalammualaikum puan, saya ingin mencuba..manatahu ada rezeki..amin :)

ID: Mama Adam Zakwan
Url Blog: (Tiada)

Jawapan:

(1)- Episod 5- Muscat Oman
(2)- Episod 13 _ Madinah Mekah
(3)- Episod 23 - Imaginasi Haji

myamyza said...

ID: Mummy bamlom razziq
Url blog:http://mummymyza.blogspot.com

jawapan
1: episod 5
2: episod 13
3: episod 23

alhamdulillah berpeluang mengikuti ga ini berikutan kesetiaan membaca entry2 kembara cinta agung.. semoga Allah meredhoi dan memberkati seluruh warga bai..

Anonymous said...

Assalamualaikum UM,

Saya emi9100@gmail.com nk try jwp...

Jawapan:
1. Episod 5
2. Episod 13
3. Episod 23

Princess Solehah said...

wahh..nak join :) ummi gigih mencari jawapan ni hehhe

Princess Solehah said...

ID : Princess Solehah
Url Blog : www.mawaddahrahmat.blogspot.com
Jawapan :
1. Episod 5
2. Episod 13
3. Episod 23

nur iryani said...

ID : nur iryani
Url Blog : tiada
Jawapan :
1. Episod 5
2. Episod 13
3. Episod 23

nur iryani said...
This comment has been removed by the author.
Fadlul dan Fifah said...

id: fadlul dan fifah
url blog: http://fadlulfifah.blogspot.com

jawapan:
1)episod 27
2)episod 13
3)episod 23

moga ada rezeki utk dpt makan sunnah@kolam...hehe...

IntaNBerliaN said...

Ibu Alisha cuba menjawab.. bagi support dekat ummu muhammad.. :-)

ID : IntaNBerliaN

Url Blog : http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/

Jawapan :

1. EPISOD 5: MUSCAT, OMAN
(seorang Rm500 semalam!)


2. EPISOD 13: MADINAH - MEKAH
(Ihram)


3. EPISOD 23: IMAGINASI HAJI
(Jabal Rahmah- Doa Bertemu Jodoh)

Harap2 ada rezeki untuk menang & dapat ole2 makanan sunnah dari tanah haram.. :-)

IntaNBerliaN said...

kalau ummu muhammad dapat komen yg sy bg jwpn td inform saya yer... takut xdpt je... nanti rugi pulak xjoin..hihii