17.6.12

BERSIH 1.0: CUCI ALATAN BF

Khalifah kecil II hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
InsyaAllah hari ini ibu tuliskan sesuatu buat kenangan khalifah kecil II yang ayah, ibu dan Muhammad rindukan ;). Alhamdulillah hari ini Allah memberi kekuatan dan semangat buat ibu untuk memulakan siri membersih episod pertama hanya selepas khalifah kecil II berusia lebih 8 bulan setengah di dalam kandungan ibu. Alhamdulillah juga target ibu tercapai untuk mencuci bersih segala alatan yang bersangkut paut dengan penyusuan. Melihatkan kawan-kawan maya ibu yang sedang giat mengumpul stok, ibu jadi terlalu rindukan saat-saat indah mengumpul stok buat abang Muhammad. InsyaAllah jihad ini ibu akan teruskan buat semua adik-adik Muhammad pastinya dengan izin Allah. Di bawah adalah proses-proses mencuci bersih alatan menyusu buat khalifah kecil II nanti insyaAllah dengan izin Allah.

**************************************************************************

1. Memandangkan botol-botol untuk menyimpan susu melimpah ruah, jadi, tempat tos botol yang berwarna biru tidak lagi sesuai dengan kuantiti botol yang banyak. Alhamdulillah, Allah mentakdirkan ibu terpandang rak merah berkenaan untuk dijadikan tempat tos botol-botol tersebut.
2. Ini pula botol-botol yang sempat digunakan dalam lingkungan 6 bulan sahaja. Pada mulanya sangkaan ibu botol-botol ini tidak perlu dicuci memandangan ianya ibu letakkan di dalam beg plastik. Namun, setelah membuka dan menghidu baunya, tidak sampai hati ibu mahu terus menggunakannya terus. Memang perlu dicuci dan disterilkan terlebih daulu.


 1. Ini pula adalah alatan pam yang ibu mula gunakan ketika Muhammad berusia 6 bulan. Alhamdulillah pam susu jenis Medela Freestyle ini cukup selesa dan berjasa dalam membekalkan susu ibu buat Muhammad setiap hari ketika ibu bekerja.
2. Alhamdulillah motor pam masih elok dan ibu perlu cas semula baterinya sebagai persediaan membawanya ke hospital nanti.
3. Jika diperhatikan, softfit yang bentuknya umpama corong hanya ada satu kerana yang satu lagi telah koyak. Maklumlah ibu adalah pengepam tegar yang lasak ;). Jadi, dengan hanya satu itu, ibu hanya boleh membuat single pumping. InsyaAllah ibu akan usahakan untuk mencarinya supaya double pumping dapat dilaksanakan pastinya dengan izin Allah.
4. Beg yang umpama mini peti ais ini perlu juga dicuci kerana sudah berhabuk ;).
5. Ini pula Muhammad yang cukup suka dengan motor pam ;). Jika diperhatikan, ada sebungkus beg plastik susu sebagai bantuan kehabisan botol nanti.


1. Botol-botol yang banyak tadi ibu cuci berperingkat-peringkat.
2. Kemudian, ibu steril menggunakan sterilizer. Pada mulanya, ibu sangkakan yang strelizer ini seakan tiada fungsinya. Alhamdulillah ianya cukup membantu memudahkan. Ibu pernah menulis mengenainya di entry SISTEM BARU & STOK SUSU. Foto ini menunjukkan botol-botol yang diisi di tingkat bawah.
3. Ini pula tingkat kedua yang terisi penuh bersama penutup dan alatan pam.
4. Dengan hanya 70ml air, botol-botol tadi disterilkan selama lebih kurang 5-10 minit.
5. Sabun pencuci Pureen dan berus botol panjang jenama Tupperware yang juga sesuai untuk mencuci botol-botol minuman ibu dan ayah.


1. Ini adalah barisan semua botol-botol yang siap disteril. Di bahagian bawah rak, ibu letakkan dulang air pemberian Cik Yan sebagai hadiah walimah ibu dan ayah dahulu ;).
2. Tingkat atas dan tengah, terisi dengan botol-botol sahaja.
3. Ditingkat paling bawah pula adalah buat penutup-penutup botol-botol yang banyak tadi.

******************************************************************

Menulis berkenaan penyusuan susu ibu, ibu teringat tentang kisah disebalik kejayaan dalam hidup beragama Ustaz Don Danial, pendakwah terkenal yang kerap keluar di TV. Secara jujurnya, memandangkan BAi kita tiada TV, ibu tidak pernah menonton kuliahnya di TV. Ibu mengenali Ustaz Don melalui kawan-kawan blogger yang selalu menulis berkenaan beliau dan pernah juga mengikuti kuliahnya melalui Youtube. Antara tajuk blogger-blogger tidak lama dahulu yang begitu menarik minat ibu adalah berkenaan penyusuan susu ibu disamping sokongan ayahnya buat si ibu Ustaz Don. Ibu akhiri tulisan ibu kali ini dengan satu perkongsian oleh Prof Dr Muhaya menerusi kata-kata ibu Ustaz Don yang ibu google untuk diabadikan disini.

.................................................................................................................
Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:

"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.

Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan??? Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)
...........................................................................................................

InsyaAllah ibu dan ayah juga sedayanya berusaha untuk melahirkan generasi ulama' dengan amal yang bakal menegakkan kalimah Allah mengikut zamannya. Mudah-mudahan Allah merahmati usaha-usaha kecil ayah dan ibu buat semua penghuni rahim ibu yang telah, sedang dan akan lahir insyaAllah!

18 comments:

FADLUL & FIFAH said...

allahuakbar....besarnya pengorbanan suami!!!mmg pun kan, kalau stabil emosi isteri..anak pun jd soleh solehah..ank menyusu dr ibu yg sentosa emosi..

**p/s: tgh simpan duit nk bli fs ni..doakan impian tercapai!!!hehe..xsbr gk nk mulakan sesi mengepam..hehe

@LeenShamsh said...

tulah modal kite je kat ayah muhammad heheh..betullah perempuan kene ade supporter yg kuat terutamna utk keseimbangan emosi yg selalu tak stabil..

mudah2an tercapai..pejam mate je..dulu beli kumpul 2,3 bulan gaji jugak nak beli..mule2 nk beli swing dgn budget baru keje dulu tapi dicucuk ayah muhammad dgn jayenye heheh

p/s: insyaAllah berbaloi.. 10 minit dah penuh 2 botol besar kalau kat sekolah ;D tapi tulah rege die T_T

vagg-nini said...

tiap kali baca pasal ibu2 yg bfeed anak, sure rasa sayu je. dan rasa bersyukur sgt dpt completekan fully bf afi.

pasal ustaz don plak... aritu ada dgr dia cite pasal family dia. dan jugak mak dia masa pregnantkan dia.. berdoa setiap hari moga bila lahirkan dia n dia besar nanti.. semoga dia jadi seorg yg berjihad ke jalan Allah.

masa tu rasa sedih gile coz tak de doa mcm tu masa pregnantkan afi. sejak tu.. tiap mlm/time afi tido, sure akak doa moga dia jadi pendakwah n berjihad ke jalan Allah dan hembuskan ke ubun2nya. harap second pregnancy nanti berkesempatan berdoa mcm tu dr awal.

@LeenShamsh said...

T_T sayu bce komen kak vagg..jgn sedeh kak, doa ibu tu anugerah ;). Walau siapapun seorang ibu itu, Allah dah janji doa ibu doa yang sgt mustajab..senjata mukmin yg paling menakjubkan kalah dibandingkan dgn usahe..doa datang dahulu sebelum usaha ;)

anugerah utk afi smpai greduate penyusuan pun anugerah yg bukan sikit.. Alamdulillah rezeki die penuh 2 tahun ;)

Mudah2an afi n d company menjadi insan seperti yang di doakan ibu, sebagai penolong di dalam menegakkan agama Allah insyaAllah!

doakan kite mudah bersalin dan anak yang keluar sihat sempurna dgn iman ;) selamat ya kak utk 2nd preggy!!

Mommy_ima said...

bestnye ade fs.. :)

sesi pembersihan dah selesai.. moga segala berjalan dgn lancar ye.

suka baca entry2 ttg penyusuan..lagi2 time sy tak bape nak gigih mengepam.supaya semangat kembali semula.. (if dpt fs, baru betul2 semangat kot..hihi
:p)

@LeenShamsh said...

MGH: heheh samelah kite suke bce tntang bf..boleh addict bace ape2 tntang bf heheh..alhamdulilla fs mmg bahagie kak..10minit dah penuh 2 botol ;D

p/s: tunggu bersih 2.0 pulak nih..nak kene cepat selagi perut masih penuh..kawan sorang tu patutnye saing2 due..bb dah turun..doc kate tunggu mase je..kalau ikut ank pertame die 36minggu dah keluar..T_T dah debor dah kite ;)

Unknown said...

mak aih bnyk nye..huda x penah ade experience gini sbb direct feeding anak2 kan :) bila due? huda insyaAllah balik kluang hujung minggu ni :)

@LeenShamsh said...

huda: tulah untungnye direct bf..byk boleh jimat..tak payah beli mcm2..ni kire tebus tinggalkan anak..kene baya balik mase yg kat luar tu ;)

due insyaAllah lagi 5 minggu 4hari..panjang umo ada rezeki awal ramadhan..nanti text kalau dah balik ;)

syiela said...

Alhamdulillah..

moga semuanya lancar seperti yang kita rancang..

lepas ni kena start bersih 2.0 pulak :)

@LeenShamsh said...

kak syiela: dah start bersih 2.0 dah tinggal separuh..bersih 2.0 kene simpan baang2 nak pegi hospital pulak.. ;)

kayzie said...

membayangkn btol2 tu pnuh susu..:)..nway, tahu tak bpe lama btol tuk simpan susu tu leh digunakan?Ad tempoh/ had ke?coz botol2 smpn susu faris dlu still ad tp cam ragu2 nk pkai lg

IntaNBerliaN said...

wah.... byknya... teruja nya saya tgk :-)

@LeenShamsh said...

kayzie: botol2 ni tak boleh pakai lame..dalam 3-6 bulan tak silap tapi bile cuci n steril botol2 ni..alhamdulillah badan die masih licin dan tak bercalar, kalau calar tu elok tukar dah

intan: kite lagi teruje tak sabar nak happy pumping hehe

FADLUL & FIFAH said...

Disebabkan dh ad mini e ms tasneem dulu, abi dia suh bli swing je..kalau nk double pumping sebelah guna swing, sblah lg mini-e..blh pulak ek?

@LeenShamsh said...

hahaha..gelak bace komen ni..ade je si abi tasneem..boleh jugak tapi sorang kene kontrol sorang satulah heheh..cakap kat abi..lelonglah pam yg ade tuh..cari fs satu..

ok je fah..cume fs ni senang sketlah..kawan kami si sri, ade 2 pam..satu manual avent n satu fs. die kate takyah len cari manual, tangan i da manje yg fs heheh

Ibu Aqmar said...

banyaknye botol..kagum melihatnyee... :)

@LeenShamsh said...

cik kema: jgn kagum heheh sekejap je boleh gune..pahni gune bekas dadih je jimat heheh

Unknown said...

Salam. Macam mana awak cuci corong FS ye? Ala..bukan corong pun, tapi kepala tu, celah2 halus. saya punya berdaki kat celah2 tu sbb lepas pam tak bilas.