15.6.12

BUAT PUAN ROHANI


Waalaikumussalam buat Puan Rohani yang dirahmati Allah.

InsyaAllah saya hanya boleh menjawab atas dasar pengalaman dan mudah-mudahan ianya membantu. Semasa baru sampai di Mekah atau lebih tepatnya setelah kami telah bersedia mengerjakan umrah pertama, mutawwif yang mengiringi menyuruh kami mendukung sahaja anak semasa melakukan tawaf umrah tetapi berbeza dengan tawaf sunat, kami dibenarkan menggunakan carrier bag. Jadi, semasa melakukan tawaf umrah, suami mendukung sahaja anak dalam keadaan cukup berhati-hati supaya arah bahu sentiasa setentang dengan ka'bah. Kemudian, menunaikan saie juga suami masih mendukung anak sehingga rukun terakhir  iaitu tahallul. Untuk tawaf sunat, suami menggunkan carrier bag. Namun, semasa berkursus pula, ustaz menyatakan tidak mengapa menggunakan carrier bag. Puan Rohani mungkin boleh rujuk mana-mana ustaz berpengalaman. 

Untuk khitan pula, adakah maksud puan berkenaan menampung najis kerana anak belum khitan? Saya pernah mendengar kuliah UAI berkenaan solat orang dewasa seorang muallaf yang tidak berkhitan. Jadi, ianya tiada kesan untuk tawaf tersebut. Khitan seawal hari ketujuh adalah budaya orang arab jika saya tidak silap. Kami sengaja mengkhitankan awal memandangkan khitan untuk usia bayi lebih mudah sembuh mungkin asbab makanannya hanya susu ibu.

Mudah-mudahan Puan Rohani sekeluarga dipermudahkan Allah dan memperoleh umrah yang mabrur. Jangan lupa bawa stroller dan tali tambatnya ya ;). Kasihan sekiranya anak tidur dan kita pastinya tidak mahu melepaskan solat-solat sunat apatah lagi wajib di Masjidil Haram. Juga topeng muka. Mudah-mudahan puan sekeluarga terhindar dari demam, batuk dan selsema asbab topeng muka tersebut. Semoga selamat dan sihat pergi dan balik. Doakan kami sekeluarga supaya dipercepatkan menjadi tetamu hajiNya pula ;). Ukhuwwah fillah!

p/s: Saya mengalukan-alukan pandangan dan jawapan daripada orang-orang alim yang membaca persoalan ini. Kesudian ustaz dan ustazah untuk penjernihan jawapan saya dahulukan dengan Jazakallahu Khairan :).

3 comments:

Ruse Sulaiman said...

Askm UM, perkongsian melalui pengalaman yg menarik bg mrk yg tidak tahu.. seperti saya ;)

Anonymous said...

Assalamualaikum... tali tambat utk apa yer?

@LeenShamsh said...

waalaikumussalm puan..tali tambat utk pegang anak kite mase kite solat..mngkin mase tu suami solat tempat lelaki kan..saye tgk jemaah dr negara lain mcm pakistan contohnye die pakai tali biase dibuat dari kain mcm sari ikat pinggang, die ikat pinggang anak die tak silap ke die ikat kaki anak die mcm tu supaye die solat dgn aman tanpe perang hehe..hujung tali lagi satu mak die ikat kat pergelangan tgn die kot puan..mudah2an membantu ;)