Alhamdulillah hari-hari sibuk dan penuh stress semakin berlalu. Hari ini baru terasa nikmat lapang walaupun belum sepenuhnya. Dalam sibuk sempat juga imaNiaga mereka TELEKONG KANAK-KANAK JAMILAH sebagai koleksi terbarunya insyaAllah ;).
Hanya ada 3 saiz utama iaitu saiz S, M dan L yang mana setiap satunya hanya ada sepasang berserta beg. Memandangkan bulan Ramadan semakin dekat, imaNiaga menawarkan harga promosi Ramadhan sekaligus sebagai harga pengenalan untuk 3 pasang yang pertama ini.
Dapatkan segera selagi stok masih ada! Kunjungi kami di imaNiaga!
14 comments:
Alhamdulillah.. dah lama sy tunggu.. hihi
saya nak belikan untuk alisha 1..
emmm camne prosedur yer?.. :-)
intan: ramai peminat rupenye design saiz s tu..yg s tu dah sold..kalau alisha nak, tasneem pun nak, mokcik pegi cari kain esok hehe
prosedur imaniaga selalu pos dulu baru baya.. ;)
Salam UM..cutenya!Klu belikn tuk anak pompuan kecik sesuai tuk dia belajar sembahyg...ikut2 kita.
Cantik. Suka tgk budak2 pakai telekung. Comel je. Bila nak jahit jubah budak lelaki ;)
bukan XXL, tp saiz XL?
Assalamualaikum BAi yang dikasihi...
Semoga Allah limpahkan rezeki yang penuh keberkatan buat BAi. Sangat gembira melihat perkembangan ImaNiaga. Saya yakin perniagaan kain telekung adalah satu perniagaan evergreen dan mempunyai masa depan yang cerah.
BAi sangat tulus dalam perniagaan ini. Hantar dulu barang dan baru pelanggan bayar. Sememangnya ini adalah satu aklak perniagaan yang baik. Apalagi sekiranya pelanggan itu adalah rakan, saudara mara dan ahli blogger yang sangat memberi sokongan kepada kita.
Namun, bila kita berdepan dengan order yang besar dan pelanggan kita itu juga kita tidak kenali, kadang-kadang urusan pembayaran menjadi komplikated. Pengalaman kami telah mengajar untuk mengubah sistem pembayaran kepada lebih profesional iaitu barang dagangan hanya akan dihantar apabila pembayaran dibank selesai. Sebelum ini...kami sering berhadapan dengan pembayaran yang tertangguh samaada pelanggan terlupa bayar atau mereka hadapi masaalah keewangan secara mendadak. Bila jumlah pembayaran itu melibatkan wang yang besar jumlahnya, kita sebagai pengeluar akan hadapi masaalah wang modal yang telah habis digunakan. Untuk mengelakkan hubungan yang tidak manis dikemudian hari, kami mengambil keputusan menghantar barang selepas pasti pembayaran dibank dibuat oleh pelanggan walaupaun order itu sangat kecil. Cara ini nampaknya mendapat kepuasan kedua-dua pihak dimana pelanggan berhak komplen segala kecacatan barangan kita dan kita akan menghantar barangan ganti pula. Sememangnya pengalaman banyak mengajar kita untuk jadi lebih baik. Semoga BAi terus maju jaya. Pertingkatkan marketing dan cari jalan agar dapat mengeluar produk dengan lebih efisyen dalam satu masa. Rezeki dalam perniagaan adalah luar jangkaan kita dan selalunya melimpah ruah andai kita mengikuti cara Islam dengan sebenar-benarnya.
Wallahualam.
wah makin maju nampaknya imaniaga ni.. seronok kami tengok, tunggu zahra besar, bolehla mama beli satu..
kaktie: tulah..ramai pulak yg besar2 muhammad je kawan2 blogger punye anak..nanti nk pelbagaikan warne insyaAllah..ni percubaan je hehe
kak tini: ok kite tgk yg saiz L kite ni mcm mane budak darjah5 pakai jap lagi..pinjam model telekong budak sekolah heeh
kak rohana: salam rindu buat FCU sekeluarge..saye mengadapi kesukaran mengagak harge postage tapi saranan kak rohana memng sgt perlu utk long term jalinan yang baik yg sudh dibine..insyaAllah lepas ini da boleh agak harge postage..terime kasih banyak atas doanya..tengah memikirkan modal utk kembangkan imaniaga..modal ade jalan je semue ;D
noen: ngehneghh..nak buat mcm mane..tu je yg ade..insyaAllah lepas pantang sebulan nanti kalau takde aral ade projek utk telekong kanak2 ni utk setiap customers yg beli..nak raikan anak2 mereke..insyaAllah dalam perancangan ;)
zifa: adik danial name zahra ke? cantiknye name die..blog zifa dah tak aktif ke?
eh.. biar betoi... hantar brg dulu br bg duit ke?? biasa org bayar dulu br bg brg...
tp xpalah.. sy ikhlas nk beli n xkan "lari" punya.. hehehh... nak bg alisha ni.. mesti dia sk lps ni dia ada telekung cam ibu dia jugak.. heheh
tpkan, ada warna apa lg yer??...
emmm saya tak kisahlah warna apa pun.. janji alisha suke pakai.. hehehhe.. bila cantik cam ummu buat ni, mesti alisha suke punya.. :-)
intan tengah on d way..dah siap baru berani publish..ade warne biru, pink n hijau insyaAllah ;)
ummu kalau saiz mcm mana ek?kalau besar merah2 saiz apa nak pakai..berkenan kat kaler pink.siap ada beg lagi..bape ek harganya ummu?
merah saiz s insyaAllah cantik2 kat die..kalau M mungkin labuh lagilah..
nurul tgklah model terdesak tuh..heheh..
insyaAllah ade rancangan nak mencari model telekong kanak2 jamilah ni..panjang umor, ade kesempatan iA tunggu cuti bersalin yg pnjang tu hehhe..boring2kan.. ;)
ok... sy tunggu ummu publish.. :-)
mmg berkenan n nak beli ni.. dah gtau abah alisha pun.. dia ok je.. hihii
Post a Comment