19.6.12

BERSIH 2.0: BEG

Khalifah kecil II hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lepas, Allah memberi kekuatan untuk ibu mencuci peralatan penyusuan dan keesokkan harinya pula, sekali lagi Allah memberi semangat untuk ibu dan ayah mengemas pula. Ayah mencuci semua baju-baju Muhammad termasuk bantal-bantal, kain lampin, barut dan pelbagai lagi. Ibu pula menyidainya sehingga mahu pengsan ;). Makngah tidak sempat mencuci baju-baju tersebut dan memberi semula plastik berisi baju Muhammad yang tidak terusik kerana tahun lepas makngah bersalinkan Kaiyisah Zahra. Jadi, makngah menggunakan baju bayi kakak Arissa, anak maklong. Maklong dikurniakan sepasang. Jadi, baju abang Adam banyak digunakan Muhammad manakalah baju kakak Arissa pula digunakan Kaiyisah (Kesya). Kesya pun belum setahun, jadi ibu guna semula baju-baju Muhammad yang dahulu. Kemudian, ayah pula sibuk menvakum bilik utama. Lama kita tidak tidur di dalam bilik. Panas. Nenek pula sudah 'bising' supaya memasang penghawa dingin kerana kasihankan Muhammad dan adik nanti ;). Masih belum dalam senarai prioriti lagi buat masa ini wahai nenek ;).

1. Barangan Muhammad ketika bayi. Sebahagiannya adalah kepunyaan Abang Adam dan banyak juga hadiah daripada kawan-kawan ibu yang berkunjung semasa Syawal 1431H.
2. Siap diasingkan sebelum dicuci.
3. Penuh ampaian dalam BAi kita. Semua berhimpit-himpit ;).
4. Alhamdulillah semuanya siap dilipat. Bakul merah yang besar kepunyaan big bro, Muhammad ;). Bakul kecil pula kepunyaan lit bro/sis ;). Tunggu ibu kaya untuk beli almari besar seorang satu ;D.

5 Beg
Memandangkan usia kandungan semakin hampir 36 minggu atau 9 bulan, sudah tiba masanya ibu perlu menyediakan beg pakaian ke hospital. Sepatutnya seawal 7 bulan kandungan lagi beg-beg ke hospital perlu disediakan sebagai langkah kecemasan. Alhamdulillah setakat hari ini, proses kehamilan ibu dalam keadaan baik dan terkawal dengan izin Allah pastinya. Ada 5 beg yang perlu disediakan. Pertama semestinya beg khalifah kecil II. Kedua ialah beg ibu. Ketiga, beg untuk ayah. Keempat adalah beg alatan penyusuan dan terakhir adalah beg Muhammad. Apa rasionalnya sehingga 5 beg?

5 beg kesemuanya ;).

1. Beg Khalifah Kecil II
Beg khalifah kecil II semestinya perkara utama yang perlu disediakan. Di dalam beg perlu ada sekurang-kurangnya 2 helai baju serta sarung tangan dan kakinya kerana nanti bayi memakai pakaian hospital jika tidak silap ibu. Seterusnya adalah tuala, mandian head to toe yang lebih mudah, barut bagi yang mahu, selimut untuk keluar hospital nanti serta pampers. Pampers mengikut pengalaman semasa Muhammad dahulu, adalah lebih baik membawanya lebih sedozen dan lebih baik letakkan terus baki yang sebungkus di dalam kereta untuk persediaan sekiranya ditahan lebih lama di hospital. Minta dijauhkan pelbagai masalah. Lain keadaan adalah bayi akan kerap salin pampers. Tidak lupa pula kurma atau madu untuk mentahnik sebaik lahir nanti untuk hikmah disebalik sunnah Rasulullah SAW sebagai asbab kekuatan otot lidah kalifah kecil II untuk memulakan proses penyusuan. Ibu pernah baca berkenaan tahnik dari sudut kajian saintifik oleh Dr. Farhan Hadi di dalam majalah solusi. Alhamdulillah ada rezeki adik walaupun belum lahir ;). Pak Andak dengan pemurahnya memberikan ibu sejumlah wang untuk membeli selimut khalifah kecil II memandangkan selimut untuk membedung hanya ada satu sahaja di dalam bungkusan yang diberikan Makngah. Terima kasih daun keladi Pak Andak ;D.

Hanya tinggal memasukkan sebotol kecil mandian head to toe serta sebekas kecil kurma dan sebekas kecil madu untuk sunnah mentahnik yang insyaAllah akan dilakukan oleh ayah sendiri buat kali pertamanya ;).

Ibu juga perlu menyediakan tilam untuk adik di dalam unta kita. Mengimbas kenangan membawa Muhammad pulang dari hospital hampir 2 tahun lepas, ibu hanya memegang Muhammad dalam keadaan letih yang teramat sangat. Momen yang palin indah dan mudah-mudahan adik juga dapat megulangi sejarah si abang, iaitu ayah membawa solat berjemaah bersamanya di masjid berdekatan dengan hospital dalam perjalanan balik. Juga tidak dilupakan, perjalanan sejam menjadi 2 jam kerana ayah berhenti untuk tidur 2 kali di bahu jalan. Muhammad pula hampir jatuh dari ribaan ibu setiap kali ibu terlelap. Ibu ayah lupa mahu menyediakan tempat khas. InsyaAllah kali ini ibu ayah banyak belajar dari pengalaman pertama. Mudah-mudahan segala rancangan kita adalah terbaik disisi Allah dan Allah memudahkan proses bersalin kali ini dan seterusnya buat ibu.

2. Beg Ibu
Beg yang seterusnya adalah beg ibu pula. Di dalam beg ibu perlu ada t-shirt atau blouse yang sesuai dengan penyusuan, tudung 'topi' yang senang disarung, tuala, 2-3 helai kain batik, alatan mandian dan kekemasan diri, stokin dan sarung lengan kerana lengan baju hospital kebiasaannya jenis 3 suku dan yang terpenting adalah tuala wanita. Sekali lagi mengikut pengalaman, pada mulanya pendarahan memang heavy. Pada ibu tuala wanita biasa yang jenis overnight lebih mudah serta selesa dan sesuai berbanding tuala wanita yang khas untuk ibu bersalin. Pendek cerita, barang-barang yang kita perlukan ketika outstation ;). Tambahan kurma dan air zamzam yang perlu ada di dalam beg ibu sebagai bekalan tenaga segera untuk menempuh jihad bersalin nanti. Tidak lupa juga telekong untuk kesempatan waktu-waktu solat yang sempat dan Al-Quran.

Juga masih belum dimasukkan mandian, barang kekemasan diri serta kurma dan air zamzam.

3. Beg Ayah
Beg ayah? Perlukah beg ayah? Memandangkan hospital yang ayah ibu rancang untuk bersalinkan adik iaitu hospital yang sama ibu melahirkan Muhammad terletak sejam jauhnya dari tempat kita juga berdasarkan pengalaman Muhammad dahulu, ayah berkampung 2 malam di sana dan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan. Sekiranya ada rezeki nanti, adik juga bakal lahir di dalam Ramadhan. Jadi, ayah juga perlukan beg untuk mengisi keperluannya. Semoga Allah lebih mudahkan proses bersalin kali ini dan adik jauh dari pelbagai penyakit terutama jaundice (kuning) yang menjadi kebiasaan buat bayi yang baru lahir serta ibu cepat-cepat keluar hospital untuk keselesaan bersama terutama ayah yang akan menguruskan kita nanti insyaAllah dengan izin Allah.

Beg keperluan ayah ;).

4. Beg Persediaan Penyusuan
Beg seterusnya adalah  beg penyusuan. Semasa ibu berada di wad setelah melahirkan Muhammad, jiran depan katil ibu baru melahirkan anak ketiganya. Susunya sungguh meriah. Setiap masa ada sahaja sebekas dadih yang diberikan kepada jururawat untuk disimpan. Jadi, insyaAllah ibu berdoa yang mudah-mudahan susu ibu mampu banyak sepertinya sebaik melahirkan kelahiran kedua ini.

Beg ini hanya disimpan di dalam unta kita sahaja. InsyaAllahh sekiranya keadaan memerlukan, barulah digunakan.

5. Beg Muhammad
Cara kedua untuk lebih mudah, mungkin nenek boleh bawa Muhammad berjumpa ibu segera sebagai membuka jalan susu buat adik ;). InsyaAllah Muhammad mungkin berada bersama nenek dan atok ataupun di rumah ummi dan walid semasa ayah menemani ibu berjuang melahirkan adik nanti. Jadi, beg kelima ynang perlu sediakan awal termasuk juga beg buat Muhammad. Nampak pada gayanya, Muhammad lebih serasi bersama ummi dan walid. Setiap hari apabila ibu menjemput Muhammad, Muhammad mesti ceria dengan senyuman sehingga ke telinga sambil salam dan sayang beriya ummi dan yang pastinya perut Muhammad sentiasa boroi dan berat. Semua orang sayang dan menjaga kebajikan Muhammad di sana tanpa syarat. Kadangkala ibu dan ayah merasa, mereka sekeluarga lebih bijak mencorakkan perjalanan hidup Muhammad mungkin asbab ummi walid terlebih dahulu melalui rencah kehidupan seorang ibu dan ayah. Ibu dan ayah banyak belajar melalui mereka berkenaan pendidikan awal membentuk akhlak anak. Pada ibu, mereka berjaya membentuk anak-anak mereka walaupun bukan dibuktikan dengan segulung ijazah.

Apa yang penting adalah susu, botol susu serta botol air masak yang dicampur air zam-zam. Tidak  lupa juga buku-buku Muhammad ;). Jaga akhlak wahai Muhammad walau dimana sekalipun Muhammad berpijak kerana Muhammad adalah Muhammad Al-Fateh. Pembuka/permulaan yang mulia sebagai contoh ikutan dan tauladan buat adik-adik ;).

InsyaAllah 5 minggu 3 hari lagi ayah, ibu dan Muhammad akan bertemu khalifah kecil II dengan izin Allah. Mudah-mudahan khalifah kecil II sentiasa dalam pemeliharaan Allah. Lahirmu telah ayah dan ibu wakafkan atas nama Islam yang benar. Keluar dan membesarlah semata-mata untuk meraih jihad menegakkan agama Allah. Sayang, kasih dan terlalu rindu daripada ayah, ibu dan Muhammad buat kalifah kecil II kerana Allah!

15 comments:

Nida said...

Alhamdulillah... persediaan awal telahpun lengkap.. moga segalanya berjalan dengan lancar..Insya Allah

Umialya said...

Moga segala urusan dipermudahkanNya, amin

IntaNBerliaN said...

ooo ummu dah nak 9 bulan yer... dah xlama tu...

alhamdulillah semua beg dah sedia.. :-)

Unknown said...

ikut pengalaman huda pun sampai 4 beg - beg baby, beg ummi, beg abah dan beg kakak. sebab kami pegi hospital yg jauhnya sejam setgh perjalanan :)

FADLUL & FIFAH said...

YA ALLAH...bestnya baca ni..jadi cam tak sabar lak nak wat persiapan ni semua..termasuk bersalin..hohoho..bagus gak UM wat camni..leh jd rujukan..sbb cm dh lupa2 je..

kali ni kami lom decide lg nk besalin kt mn..swasta@gomen..huhu

syiela said...

Alhamdulillah

segala persediaan telah siap.Moga dipermudahkan segala urusaan nanti

@LeenShamsh said...

kak nida: nipun gagahkan. sekejap berdiri sekejap duduk pahtu baring..dah masuk dekat 9 bulan memang malyang je kalau berdiri lama..amin..moon doanya berpanjangan ;)

intan: tulah kene sedia awal.doc pun cakap kalau dah sakit jgn tunggu sebab nak baranak hospital jauh sikit..tapi kite nak tunggu dalam kete..harap2 cek terus masuk labour bersalin heheh

huda: husna abah die jage ke? muhammad tak bawaklah tinggal rumah nenek takpun ummi die..taspi tulah muhammad suke lagi rumah ummi walid die..ramai kakak agaknye..duk rumah nenek asyik ggadoh dgn paksu die je heheh

fifah: baik buat sekarang. sebenarnya memang dah tak berape larat dah penghujung gini. tapi tulah kain2 baru sampai..mood pun baru ade nak cuci2..satu lagi perut makin besar, susah dah nak bongkok ambik itu ini..plus lagi yg abang tu asyik ade 'keje' je die tak siap2..anak laki beze dgn anak puan. tgk anak orang puan, aduhai lemah lembutnye mereka. tak selasak boy ;)

@LeenShamsh said...

kak syiela: amin..mohon doanya berpnjangan ;)

@LeenShamsh said...

p/s fifah: kt swasta maybe lebih selesa fah..ade budget lebih boleh je pegi swasta..kat sini memang tkde pakar OnG perempuan.sume doc lelaki T_T..peg kerajaan pun setakat ni ok walaupun kadang2 lumrah kene kate dgn staf2 kat wad..mase tuh nangis tahan sakit..dah air mate murah nk keluar..tak boleh tahan sakit mase tuh..huhu..harap2 kali ni air mate mahal nk keluar hehe

Ruse Sulaiman said...

Perancangan yang teratur mengelakkan dari ada yg terlupa dan tertinggalkan? Saya nak bg cadangan masa heavy lebih selesa guna diaper. Mak sayalah yg mula2 cuba. Dan ramai yg dah mengikut termasuk saya ;) tak risaulah tembus. Masa pakai kita juga tahu selesa atau tak anak kita pakai hehe..

Ibu Aqmar said...

wah..banyaknye beg..saye yg tengah tunggu ari ni pun tak bersedia cengini..hehehe

dah tgk result ga dari akmarwati? jom tgk skang...
http://www.akmarwati.com/2012/06/keputusan-ga-dari-akmarwaticom.html

Marlina Mohtar said...

semoga semuanya selamat ya lin :) ummi pun tak sabar nak jumpa khalifah kecil ni....

FADLUL & FIFAH said...

hehehe...yg swasta pun tgh survey 2 3 tempat ni..huhu...

@LeenShamsh said...

UI: betul jugakkan..tak boleh bayang lagi nih ;P part yg selese tak bocor tu setuju sgt. aduhai mcm bb tuelah nanti ;D

cik kema: lor kite seangkatan rupenye..mudah2an proses kelahiran akak mudah..doakan kite jugak ye..debor ;P

kak ina: ;) terime kaseh k.ina..nanti lahir je ade mase kite upload dari sisi bb ku heheh..

fifah: anak kelante lg ke ni adik kakak tasneem? untung nak beli tanah nanti ;)

All about a journal said...

salam sahabat..

wah sangat teruja baca entry2 ni..tambah2 nak bersalin tak lama lagi..

5 beg eh..saya siapkan satu ja..tetiba rasa balik kena rombak semula kabinet..eh beg... ^_^