Alhamdulillah kita semua telah selamat sampai dan sihat seperti sediakala setelah melalui fasa sebulan lebih balik umrah yang mana kita semua diuji dengan ujian kesihatan. Setelah melalui kembara ini, lebih-lebih lagi ketika ziarah kedua yang mana ibu dapat bayangkan keadaan haji sebenar apabila melihat sendiri Arafah-Muzdalifah-Mina, ibu ayah angkat tangan menyerah diri ;). InsyaAllah sekiranya tiada aral Muhammad pun sudah besar, adik sudah menyusu 2 tahun, ayah ibu perlu meninggalkan Muhammad dan adik sekiranya ada rezeki kami dijemput sebagai tetamu Allah pada musim haji pula. Ibu harap sangat dalam masa 2 tahun ke depan, ibu ayah akan sedayanya memenuhkan tabung haji kami dan mudah-mudahan Allah menyegerakan kami ke sana lagi untuk menyempurnakan rukun islam kelima kami. Kudrat orang muda juga terasa penatnya untuk umrah, haji pada pandangan ibu lebih lagi. Persediaan mental dan fizikal yang rapi, pendek kata kesihatan yang baik diperlukan agar proses haji atau umrah mabrur dapat dicapai dengan izin Allah.
Barang Boikot
InsyaAllah secara kesimpulannya, pada pemerhatian dan pendapat ibu disisi lain dunia arab masih lagi dibelenggu penjajahan pemikiran sebagaimana kuffar harapkan. Bermula di Oman sehinggakan di Mekah, dunia arab masih bergantung sepenuhnya kepada barat. Sebagai contoh, dari hotel di Oman sehinggakan di Mekah, teh, kopi semuanya adalah barangan boikot. Memang ibu dan ayah boikot sejak bertahun yang lalu. Jadi, kami tidak minum minuman panas kecuali minuman panas kopi pracampuran yang ibu bawa sendiri dalam 10 paket sahaja. Benarlah seperti apa yang ditulis oleh seorang ikhwah berkenaan dunia Arab hari ini. Ibu jadi teringat kepada sebuah entry yang ditulis di blog seorang ikhwah kita tentang AQLIYYAH APAKAH INI di sini. Ibu olah tulisannya dengan mengekalkan isinya.
Tiada Kepakaran
Keduanya, orang arab tiada kepakaran. Hanya kurma, kismis dan beberapa makanan sunnah yang pure dari tanah arab. Lain-lain made in China. Teringat bos lama ibu melalui cerita ibunya, paling terharu apabila membelek-belek dan lihat barangan tersebut made in Malaysia ;). Barang-barang dari China dan Korea yang mana negara ini juga adalah negara yang lebih dahulu miskin dan mundur sama seperti mereka telah berjaya menembusi pasaran dunia termasuk Mekah dan Madinah yang kaya-raya dengan hasil minyaknya disamping tenaga dan kepakaran mereka juga 'bersepah' diseluruh dunia. Dimanakah pakcik-pakcik dari dunia Arab? Tahukah panglima-panglima ibu bahawa pada tahun 1933 dunia arab sudah maju sebelum perang dunia kedua yang mana dikawasan teluk arab telah ditemui lombong minyak. Mereka merupakan kawasan yang terkaya di dunia dengan pendapatan perkapita hasil minyaknya. Sehingga kini, semua negara arab berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Contohnya di Dubai iaitu Buj Dubai. Di Jeddah pula sedang dibina menara yang mahu mengalahkan ketinggian Burj Dubai dan tidak lupa juga menara jam yang berada betul-betul di hadapan Masjidil Haram dan kini merupakan menara jam yang tertinggi di dunia dan menara kedua tetinggi selepas Burj Dubai.

Hakikat politik yang beragamakan kapitalism hari ini, memperhamba manusia dengan sistem ekonomi hasil strategi berkesan Illuminati. Bangkitlah ummat Islam dari terus dilalaikan!
Tiada Kepakaran
Keduanya, orang arab tiada kepakaran. Hanya kurma, kismis dan beberapa makanan sunnah yang pure dari tanah arab. Lain-lain made in China. Teringat bos lama ibu melalui cerita ibunya, paling terharu apabila membelek-belek dan lihat barangan tersebut made in Malaysia ;). Barang-barang dari China dan Korea yang mana negara ini juga adalah negara yang lebih dahulu miskin dan mundur sama seperti mereka telah berjaya menembusi pasaran dunia termasuk Mekah dan Madinah yang kaya-raya dengan hasil minyaknya disamping tenaga dan kepakaran mereka juga 'bersepah' diseluruh dunia. Dimanakah pakcik-pakcik dari dunia Arab? Tahukah panglima-panglima ibu bahawa pada tahun 1933 dunia arab sudah maju sebelum perang dunia kedua yang mana dikawasan teluk arab telah ditemui lombong minyak. Mereka merupakan kawasan yang terkaya di dunia dengan pendapatan perkapita hasil minyaknya. Sehingga kini, semua negara arab berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Contohnya di Dubai iaitu Buj Dubai. Di Jeddah pula sedang dibina menara yang mahu mengalahkan ketinggian Burj Dubai dan tidak lupa juga menara jam yang berada betul-betul di hadapan Masjidil Haram dan kini merupakan menara jam yang tertinggi di dunia dan menara kedua tetinggi selepas Burj Dubai.
Dimana Hebatnya Dunia Arab?
Malangnya, semua binaan ini bukan dengan kepakaran oang arab sendiri. Semua bangunan ini adalah hasil rekaan dan kepakaran dari negara yang dulunya miskin dan mundur lebih dahulu daripada mereka. Burj Dubai dibina hasil kepakaran orang Korea. Sama juga dengan binaan-binaan gah di tanah arab sana. Semuanya bukan dari orang arab sendiri. Mereka hanya pengguna sahaja walaupun telah 79 tahun minyak telah keluar mencurah-curah dari dalam perut bumi arab. Apabila duduk termenung, di manakah hebatnya orang Arab yang dulu? Dimanakah kereta jenama mereka yang boleh setanding dengan Toyota, Honda, Lexus yang negara pengeluarnya juga adalah sebuah negara miskin dahulu seperti tanah arab. Dengan modal dan kekayaan hasil minyak mereka, agak mustahil sekiranya jawapannya adalah tiada kepakaran. Walau bagaimanapun, orang Arab ada yang telah mula sedar dan menghantarnya anaknya belajar ke luar negara supaya pulang sebagai profesional tetapi apa yang menyedihkan adalah anak-anak muda ini rosak akhlaknya. Mereka tidak menunjukkan jati diri seoang muslim dengan erti kata sebenar. Parti, seks, mabuk menjadi aktiviti utama mereka disana. Maka, tercapailah matlamat agenda barat untuk memusnahkan golongan pemuda Islam semenjak keruntuhan empayar Islam Zaman Sultan Abdul Hamid II.
Usrah Merubah Fikrah
Sesungguhnya kembara ini memberi satu impak yang besar buat diri ibu terutamanya. Apa yang ibu pelajari sepanjang berusrah secara 'radikal' zaman belajar dahulu, terjawab umpama dalam satu karangan yang panjang. Usrah zaman belajar dahulu dipimpin oleh sisters yang sememangnya terhebat! Mereka berjaya membuka habis fikrah iaitu cara berfikir ibu sepenuhnya dan ianya bukan mudah untuk diterima semua. Kita memerlukan usrah yang merubah fikrah! Bayangkanlah remaja seusia ibu ketika itu yang begitu meminati cerita cinta korea, jepun, coupling dan pelbagai jahiliyyah lain yang sudah sebati dalam kehidupan kita, dikejtutkan supaya merenung semula matlamat dan tujuan utama kehidupan seorang manusia yang bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Terlalu banyak tugas terbengkalai kita daripada terus melayan perasaan dan terus menerus membaiki diri tanpa memperdulikan kemashlahatan generasi ummat Islam kini yang semakin parah. Tidak cukup untuk baik diri sahaja malah kita sepatutnya menyeru orang-orang sekeliling kita supaya sama menjadi baik. Tanya sahaja berkenaan artis hollywood, bollywood, malaysiawood dan pelbagai lagi, pasti kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu. Cuba pula kita tanya bilakah Rasulullah SAW dilahirkan? Siapa 10 sahabat yang dijamin syurga? Adakah lidah mereka mampu menjawab selancar tadi? Di sinilah dikatakan ummat Islam hari ini sememangnya sengaja dilekakan dengan hiburan yang keterlaluan. Jangan kata pemuda, orang-orang tua yang sudah diseru kubur sekalipun masih ada yang terkinja-kinja mengalahkan orang muda. Tenat! Orang yang cuba menjauh dari maksiat dikatakan tidak sporting, anak dikejutkan dek budaya melampau hari ini, tidak menjaga hubungan sesama manusia, menulis tidak mengikut tatabahasa yang betul juga menjadi isu supaya jangan dirosakkan bahasa. Apa yang dilihatnya adalah bukan pada sisi isi syaraknya tetapi dilihatnya gejala remeh-temehnya.
Khutbah Jumaat Tidak Berkesan
Seperkara lagi, apa yang ibu cukup ingat adalah negara-negara Arab yang sengaja dipecah-pecahkan supaya setiap negara hanya memperdulikan negara mereka sahaja. Maka, terjadilah Palestin seperti hari ini. Negara-negara Arab yang berjiran dengannya hanya berpeluk tubuh melihat saudara-saudara kita dibunuh kejam oleh rejim zionis. Barang-barang rejim israel pun pak-pak Arab tidak mampu boikot. Pemimpin arab pula umpama boneka yang umpama lembu ditarik hidung oleh Amerika. Amerika pula adalah tulang belakang segala perbelanjaan untuk membentuk negara haram israel. Jadi, jangan terlalu hairan apabila khutbah Jumaat di serata dunia, tidak meningkatkan fikrah langsung. Orang yang mendengar pun yang sedia mengantuk dek penahan kerja semakin mengantuk. Tiada apa yang perlu disemangatkan. Khutbah di Masjidil Haram yang dihadiri berjuta manusia juga tidak terlepas dari bercerita perihal isu yang evergeen seperti adab-adab dan akhlak seorang muslim. Sepatutnya, khutbah Jumaat memainkan peranan yang sangat penting! Ambillah peluang di mana semua pemuda berkumpul ketika itu, untuk menyampaikan sesuatu yang merubah fikrah dan menyebabkan mereka ingin setiap hari adalah hari Jumaat. Barulah pemuda boleh bangun dari mengantuk yang panjang! Walau bagaimanapun, rakyat Arab sedang melalui revolusi-revolusi menentang pemimpin diktator mereka. Banyak kerajaan kuku besi yang tumbang di sana bukan asbab pilihanraya kerana kerajaan sedia ada memang sukar digoyahkan dengan pilihanraya. Namun, sejarah membuktikan banyaknya kerajaan Arab yang tumbang di atas jalanraya!
Realiti Ummat Islam Hari Ini
Sedikit ulasan dari analisa ibu di dunia Arab selama 12 hari kita di sana sebagai penutup episod KEMBARA CINTA AGUNG. Dunia Arab hari ini adalah realiti kepada ummat Islam dunia keseluruhannya. Semuanya masih terjajah dengan baik dengan sekularisme barat yang mana mereka berjaya mengasingkan agama dari kehidupan ummat Islam hari ini. Disogokkan mempertahankan bangsa dan bukan agama. Masjid pertama dan kedua ummat Islam, Allah sudah mengizinkan kita sampai di sana. Ibu ada tanamkan cita-cita untuk berada di dalam masjid ketiga ummat Islam iaitu Masjidil Aqsa di Palestin yang kini dijajah rejim zionis laknatullah! Walau bagaimanapun, lawatan dan sebarang kunjungan ke sana setakat hari ini adalah dilarang HAMAS kerana ianya seolah-olah membenarkan yang Aqsa adalah milik zionis dan ianya menyumbang kepada dana penyumbang peluru-peluru membunuh saudara-saudara kita di sana. Boleh baca laporan penuh disini. Semoga kembara ini menjadi satu pengalaman berharga dalam meneruskan sunnah Rasulullah SAW yang menyeru supaya 'keluar' agar lebih memahami dan menghayati kisah-kisah INI SEJARAH KITA dan bukan sejarah-sejarah tipu yang kita pelajar melalui buku-buku teks yang telah dieksplotasi barat dengan berkesan!
Wallahua'alam. Segala penulisan yang baik datangnya dari Allah dan yang tidak baik adalah dari Allah juga atas kelemahan hati ibu yang sentiasa ada jahiliyyahnya. Semoga para panglima dan srikandi Islam yang telah lahir dan bakal lahir keluar dari rahim ibu, bakal berjuang menegakkan kalimah Allah di dalam diri dan seterusnya serata alam insyaAllah! Doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan kehidupan para panglima dan srikandi Islam yang terdidik di Bayt Al-Iman untuk terus istiqomah menuju Allah dan Rasul! Semoga Allah meredhoi segala usaha 'ereka yang lebih dahulu melalui jalan dakwah yang penuh cabaran. ISLAM PASTI MENANG!
Usrah Merubah Fikrah
Sesungguhnya kembara ini memberi satu impak yang besar buat diri ibu terutamanya. Apa yang ibu pelajari sepanjang berusrah secara 'radikal' zaman belajar dahulu, terjawab umpama dalam satu karangan yang panjang. Usrah zaman belajar dahulu dipimpin oleh sisters yang sememangnya terhebat! Mereka berjaya membuka habis fikrah iaitu cara berfikir ibu sepenuhnya dan ianya bukan mudah untuk diterima semua. Kita memerlukan usrah yang merubah fikrah! Bayangkanlah remaja seusia ibu ketika itu yang begitu meminati cerita cinta korea, jepun, coupling dan pelbagai jahiliyyah lain yang sudah sebati dalam kehidupan kita, dikejtutkan supaya merenung semula matlamat dan tujuan utama kehidupan seorang manusia yang bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah. Terlalu banyak tugas terbengkalai kita daripada terus melayan perasaan dan terus menerus membaiki diri tanpa memperdulikan kemashlahatan generasi ummat Islam kini yang semakin parah. Tidak cukup untuk baik diri sahaja malah kita sepatutnya menyeru orang-orang sekeliling kita supaya sama menjadi baik. Tanya sahaja berkenaan artis hollywood, bollywood, malaysiawood dan pelbagai lagi, pasti kita mampu menjawabnya dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu. Cuba pula kita tanya bilakah Rasulullah SAW dilahirkan? Siapa 10 sahabat yang dijamin syurga? Adakah lidah mereka mampu menjawab selancar tadi? Di sinilah dikatakan ummat Islam hari ini sememangnya sengaja dilekakan dengan hiburan yang keterlaluan. Jangan kata pemuda, orang-orang tua yang sudah diseru kubur sekalipun masih ada yang terkinja-kinja mengalahkan orang muda. Tenat! Orang yang cuba menjauh dari maksiat dikatakan tidak sporting, anak dikejutkan dek budaya melampau hari ini, tidak menjaga hubungan sesama manusia, menulis tidak mengikut tatabahasa yang betul juga menjadi isu supaya jangan dirosakkan bahasa. Apa yang dilihatnya adalah bukan pada sisi isi syaraknya tetapi dilihatnya gejala remeh-temehnya.
Khutbah Jumaat Tidak Berkesan
Seperkara lagi, apa yang ibu cukup ingat adalah negara-negara Arab yang sengaja dipecah-pecahkan supaya setiap negara hanya memperdulikan negara mereka sahaja. Maka, terjadilah Palestin seperti hari ini. Negara-negara Arab yang berjiran dengannya hanya berpeluk tubuh melihat saudara-saudara kita dibunuh kejam oleh rejim zionis. Barang-barang rejim israel pun pak-pak Arab tidak mampu boikot. Pemimpin arab pula umpama boneka yang umpama lembu ditarik hidung oleh Amerika. Amerika pula adalah tulang belakang segala perbelanjaan untuk membentuk negara haram israel. Jadi, jangan terlalu hairan apabila khutbah Jumaat di serata dunia, tidak meningkatkan fikrah langsung. Orang yang mendengar pun yang sedia mengantuk dek penahan kerja semakin mengantuk. Tiada apa yang perlu disemangatkan. Khutbah di Masjidil Haram yang dihadiri berjuta manusia juga tidak terlepas dari bercerita perihal isu yang evergeen seperti adab-adab dan akhlak seorang muslim. Sepatutnya, khutbah Jumaat memainkan peranan yang sangat penting! Ambillah peluang di mana semua pemuda berkumpul ketika itu, untuk menyampaikan sesuatu yang merubah fikrah dan menyebabkan mereka ingin setiap hari adalah hari Jumaat. Barulah pemuda boleh bangun dari mengantuk yang panjang! Walau bagaimanapun, rakyat Arab sedang melalui revolusi-revolusi menentang pemimpin diktator mereka. Banyak kerajaan kuku besi yang tumbang di sana bukan asbab pilihanraya kerana kerajaan sedia ada memang sukar digoyahkan dengan pilihanraya. Namun, sejarah membuktikan banyaknya kerajaan Arab yang tumbang di atas jalanraya!
Realiti Ummat Islam Hari Ini
Sedikit ulasan dari analisa ibu di dunia Arab selama 12 hari kita di sana sebagai penutup episod KEMBARA CINTA AGUNG. Dunia Arab hari ini adalah realiti kepada ummat Islam dunia keseluruhannya. Semuanya masih terjajah dengan baik dengan sekularisme barat yang mana mereka berjaya mengasingkan agama dari kehidupan ummat Islam hari ini. Disogokkan mempertahankan bangsa dan bukan agama. Masjid pertama dan kedua ummat Islam, Allah sudah mengizinkan kita sampai di sana. Ibu ada tanamkan cita-cita untuk berada di dalam masjid ketiga ummat Islam iaitu Masjidil Aqsa di Palestin yang kini dijajah rejim zionis laknatullah! Walau bagaimanapun, lawatan dan sebarang kunjungan ke sana setakat hari ini adalah dilarang HAMAS kerana ianya seolah-olah membenarkan yang Aqsa adalah milik zionis dan ianya menyumbang kepada dana penyumbang peluru-peluru membunuh saudara-saudara kita di sana. Boleh baca laporan penuh disini. Semoga kembara ini menjadi satu pengalaman berharga dalam meneruskan sunnah Rasulullah SAW yang menyeru supaya 'keluar' agar lebih memahami dan menghayati kisah-kisah INI SEJARAH KITA dan bukan sejarah-sejarah tipu yang kita pelajar melalui buku-buku teks yang telah dieksplotasi barat dengan berkesan!
2 comments:
ibu n bb sihat?Sure Muhammad sronok nk dpt kwn br..tc k
kayzie: alhamdulillah sihat..tulah nak carikan Muhammad kawan..ade 2 orang baru meriah ibu ayah nak 'berkemas' hehe
p/s: dah deliver nanti upload tau pics adik faris ;)
Post a Comment