20.8.14

MooGoo

Sungguh Allah Maha Pengampun. Allah Maha Penyayang.

Saya menunaikan umrah Rabi'ul Akhir 1433 yang bersamaan Mac 2012 bersama zauji, Muhammad dan Abdullah yang telah lebih 5 bulan dalam kandungan saya ketika itu. Takdir Allah, penyakit gatal-gatal dari tanah haram saya bawa balik yang bermaustatin mungkin bahagian kulit saya  - agak saya - selama lebih 2 tahun. Makhluk halus yang berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain yang sangat gatal dalam aliran darah mungkin.

Kita mohon diampunkan dosa, Allah bagi gatal-gatal sebagai kaffarah dosa. Betapa sayangnya Allah kepada hambaNya yang meminta ampun.

Saya jadi teringat akan para Nabi Allah yang diuji sakit seperti Nabi Ayyub as tetapi tetap bersyukur apabila mengenangkan nikmat sihat yang telah Allah berikan berpuluh tahun. Saya jadi malu kepada Allah. Malu untuk minta makhluk yang menumpang di kulit saya ketika itu pergi. Makhluk yang menjadi asbab penghapus dosa saya selami ini.

Walau bagaimanapun, saya ikhtiar untuk penyembuhan. Nikmat sihat adalah nikmat untuk kita cergas dan kuat untuk capai matlamat tujuan Allah jadikan kita manusia. Hanya sebagai hamba (51:56) dan khalifah (2:30) di atas muka bumi Allah. Jadi, saya perlu sihat untuk menggalas tugas dan amanah Allah untuk setiap makhluk selagi mana ianya bernama manusia.

Saya menikmati penyakit ini untuk tahun pertama. Saya sangkakan ianya sakit kulit yang biasa dan akan sembuh apabila berada di tanahair. Sangkaan saya meleset. Tahun kedua, barulah saya mula petua-petua alami seperti menggunakan cuka. Ianya mematikan kulat hampir 50%. Kulit saya masih belum kembali kepada keadaan asal.

Allah gerakkan saya untuk cuba membantu sel-sel kulit saya membaik melalui produk organik, MooGoo. Pejam mata dan saya beli juga satu set permulaan untuk kulit bermasalah setelah saya mengenal pasti masalah kulit saya melalui laman web mereka di http://www.moogoo.my/. Harga online saya juga di Watson tempat saya. Jadi, saya beli di Watson. Jimat kos penghantaran.

Harganya RM187.

Tarikh luput setiap produk adalah cepat asbab ianya organik tidak ditambah pengawet.

Organik dan terpercaya pada pendapat saya selepas menggunakannya.

Produk-produk mereka.

Asbab tarikh luput kesemua mereka terlalu cepat, saya manfaatkan kesemuanya setiap kali selepas mandi terutama 'irritating skin balm' kerana tarikh luputnya 6 bulan selepas saya membelinya. Alhamdulillah asbab disiplin yang tinggi untuk kembali sembuh, saya kembali mendapatkan kulit asal saya hampir 90% selepas 6 bulan menggunakannya dengan izin Allah.

Selepas itu, untuk baki 10% saya menggunakan 'krim bawang putih' buat sendiri iaitu beberapa ulas bawang putih yang dikisar bersama sedikit air. MashaAllah rawatan bawang putih menghilangkan kesemua baki-baki makhluk yang ada dan melicinkan permukaan kulit. Tabarakallah! Sungguh saya kagum dengan semua makhluk Allah. Dari yang sehalus-halusnya sehingga yang sebesar-besarnya.

Semuanya dalam aturan dan urusan Allah.

Sebelum saya menggunakan set permulaan kulit bermasalah MooGoo ini, saya telah menggunakan shampoo terlebih dahulu. Alhamdulillah, saya percaya dengan kandungan produk yang bermanfaat dan saya beli sahaja online bersama deoderon. Untuk deoderon tahan sebulan untuk 2 orang pengguna. Manakala shampoo pula tahan lebih dari setengah tahun untuk 2 kepala dewasa yang pakai secara berhemat. Berjimat adalah amalan mulia :D.

Belian lebih RM100 percuma satu kupon RM5 untuk belian offline.

Ini pula produk terbaru yang saya guna.

Cuma 'oil cleansing method' tidak sesuai untuk kulit muka saya dan selamat dihadiahkan buat kekanda saya. Alhamdulillah saya lebih selesa dengan sabun 'wash milk' yang sesuai untuk muka dan badan.

Suka juga saya kongsikan, rakan-rakan yang menghidap sakit kulit yang sama (rata-rata yang suka main air di dapur). Si rakan ini mengambil suntikan meredakan gatal-gatalnya tetapi paling kasihan datang kembali setelah 2 bulan mengambil suntikannya. Paling sadis, ada yang mengatakan penyakit ini on off dan tiada penyembuhan. Wallahu'alam. Allah bagi sakit, hanya Allah yang menyembuhkan sakit.

InshaAllah mudah-mudahan sedikit pengalaman peribadi saya berkenaan gatal-gatal kulit ini mampu membantu dan memberi manfaat kepada sesiapa yang sedang menderita penyakit seperti yang dinyatakan dalam website rasmi MooGoo ini.

3 comments:

gokurinbulma said...

Assalam...UM...lame x bg komen kat sini..Alhamdulillah...saya dah selamat melahirkan anak dah UM...anak berusia 5 bulan setengah masih lg ekslusif breastfeed dan memang cita2 untuk ke 2 thn...UM..rasenye mcm lari topik ni..saya pernah bace entry UM yang UM bg berhasrat bg susu badan sahaje untuk anak ke 2 sampai 2 thn...betul ke...sebab bile sy cari semula entry tu..macam x jumpa..so, saya nak tanye..adakah berjaya hasrat tersebut??dan ade perbezaan x berbanding dgn anak pertama...

soalan ke 2.. UM penah buat keju dan sos tiram sendiri kan??UM x berniat nak jual ke??hihi..UM duduk mane ye..sy rase UM mcm duduk area johor.. kalu UM duduk johor..cube UM jual...saya beli COD je nanti..

terima kasih UM..blog UM inspired me a lot...tahniah!!

gokurinbulma said...

m

@LeenShamsh said...

gorilbulma: ni mesti tak bace lagi entry ke bawah hihi..alhmdulillah kedue anak Allah bagi setakat setahun sebulan tapi kawan akk ada setakat ni setahun 3 bulan dan badan anak masih bersemangat waja..mak die pun kembali lansing capai berat zaman remaje hihii..

keju sekarang akk gune cap beqa australia dan sostiram tu kongsi resepi tapi tk penah buat. Alhamdulillah setakat hari ini, mcm tak sangke Allah izin boleh hidup dengan makanan tanpe pelbagai sos..rase pun lebih kurg same je tnpe tu semua..tk caye trylah :D