28.8.14

MULIA DENGAN AL-QURAN

Setiap kali saya menonton Hafiz Indonesia Cinta Al-Quran, setiap kali itulah meremang bulu roma saya. Air mata pun laju macam hujan. MashaAllah dahsyat sungguh kurniaan Allah buat anak-anak kecil di Indonesia. Musa yang sungguh MasyaAllah mendapat markah 'mumtaz' (sempurna) dalam pertandingan di Jeddah sudah cukup menggoncang hati, anak-anak lain juga sungguh MashaAllah juga! 

Kehidupan Musa sekeluarga yang sungguh sederhana, sungguh menitik beratkan penghayatan agama dan kenyataan ayah Musa semasa program akhir sungguh terkesan di hati saya. Salah satu amalan yang sungguh berat pada saya adalah Musa dan ayahnya boleh bangun seawal jam 330 pagi untuk mengulangkaji dan menghafaz.

Usaha luar biasa, hasilnya juga mashaAllah luar biasa hebat!

Kalau kita lihat anak-anak Indonesia itu tidak bersendirian. Makpak mereka juga bersama-sama anak-anak mereka mendapat kesedaran dan tarbiyyah Allah melalui Al-Quran. Saya sungguh terkesan. Kesan yang sungguh mendalam untuk menjadi seperti mereka.

InshaAllah bertitik tolak dan kesan dari program Hafiz Indonesia ini, kami cuba untuk menghidupkan Al-Quran di tempat kami bersama khidmat ummah untuk makpak anak-anak syurga sekitar kami. Mudah-mudahan Allah mudahkan usaha ini dan memandangnya sebagai rahmat buat kita sebagai ummat akhir zaman yang tenat.

Allah muliakan ibu ayah Musa melalui Musa yang hafal Al-Quran. Rezeki mencari mereka tanpa perlu bekerja. Mereka menjaga Allah, Allah lebih pelihara mereka. Saya terbayang bagaimana mereka tersenyum bahagia di syurga nanti bersama-sama anak-anak mereka yang dimuliakan Allah.

Allah! Muliakanlah kami dengan berkat Al-Quran.

2 comments:

hannah syahirah syurga :) said...

Salam kak Lin! Follow juga cerita psl musa sblm ni n kali ni bru dpt bca n skali tgk video.. Subhanallah T______T terharuu, sedih.. Jazakillah khairan kathiran ;) Kak Lin slalu tgk hafiz indonesia ni kat u tube ke? Post lagi post lagi pasal musa n muhammad n abdullah.. Hehe

@LeenShamsh said...

hannah! Allah! tak sempat nk belek2 komen..kat utube..rase bangge dan kagum dgn kurniaan Allah pada anak2 indonesia..fast questions tu mmg sgt mengujakan!

Muhammad wa Abdullah doakanlah bole jadi seperti musa..ibuayah muhammad wa abdullah juga bole jadi seperti makpak Musa..makayah die amalan pun hebat..mashaAllah kalau bole buat mcm tu..

awak da di mesir kah?