26.6.11

3 KOMENTER BERTUAH GIVEAWAY!

Entry sebelum ini ada menyatakan yang kami sekeluarga pergi lagi ke Pasar Melayu mencari bahan bantu mengajar untuk BAi Homeschooling Muhammad semalam. Jadi, memang sudah ada niat membuat giveaway mengejut dan sedikit berbeza daripada yang sebelumnya. Tidak perlu syarat-syarat penyertaan ;) Hanya ada 3 buah buku sahaja yang bertajuk Mendidik Anak Mencintai Solat. Jadi, giveaway kali ini Bayt Al-Iman bercadang untuk memberi kepada 3 komenter terbanyak yang bertuah pada ketika entry ini disiapkan  insyaAllah!


Sebenarnya, tujuan utama giveaway mengejut ini adalah untuk meraikan Muhammad. Semasa Muhammad semput sebaik balik dari kampung ayah Muhammad cuti lepas, saya ada terdetik untuk membuat giveaway ringkas sebagai tanda syukur sebaik Muhammad sembuh. Alhamdulillah Allah izin hari dan ketika ini disamping Muhammad yang semakin cergas dan aktif perkembangannya insyaAllah! Jom kita tengok siapa yang bertuah!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tahniah kepada teman-teman blogger Bayt Al-Iman yang bertuah. InsyaAllah ada rezeki lagi, Bayt Al-Iman buat lagi giveaway mengejut seperti hari ini insyaAllah! Kepada ummi na dan kak zefa, alamat anda diperlukan ;) Kepada puan nina, alamat anda masih dalam simpanan. Terima kasih kerana sudi singgah dan tinggalkan komen-komen yang sentiasa membakar semangat saya! Sayang kamu semua kerana Allah! ;)

13 comments:

puan nina said...

alhamdulillah..rezeki Danial =) terima kasih ummumuhammad!

@LeenShamsh said...

insyaAllah ade rezeki lagi cari budak2 punye buku pulak..kat pasar melayu banyak buku bacaan dewase..tahniah! ;)

Marlina Mohtar said...

:) terima kasih Bayt Al-Iman...nanti ummi na hantar alamat kat e-mail ya (^_^)

FADLUL & FIFAH said...

pasar melayu tu sebenarnye ke mne ek?

@LeenShamsh said...

fifah: dekat dgn bus stand batu pahat banda..kat lorong last belakang lorong bus berhenti selalu tu. die dekat jugak dengan masjid yang tenga buat kat pusat banda tulah..trylah pegi, tnye2 org..

p/s: kalau tk silap, badan kat angsana pun ambik barang dri syarikat bajrai ni. hari tu ternampak kotak besar yang beralamatkan badan cemerlang ;)

@LeenShamsh said...

ummi na: ok! pos setem yep ;)

Ibu Yusuf Maryam said...

Allahu Akbar! Syukur alhamdulillah, ada rezeki yg bakal menambah ilmu. Terima kasih BAi.. nanti kak zefa email alamat ye..

@LeenShamsh said...

kak zefa: ok! ;)

IntaNBerliaN said...

aik.. ummu muhammad buat GA mrngejut.. :-) sy baru je buka blog... dr hari khamis xbuka blog.. balik kg.. hari ni br ada kat sg petani..

myamyza said...

mudah- mudahan semakin bertambah rezeki dari ALLAH buat penghuni BAI..
tahniah kepada top komentator!

@LeenShamsh said...

intan: nanti ade rezeki buat kejut mengejut tapi format berbeze pulaklah heee ;)

myza: myza mane tau ade rezeki abg long nanti ;)

Marlina Mohtar said...

TERIMA KASIH YA...

ummi aru terima hadiah tadi :)

@LeenShamsh said...

kasehmu kuterima ummi na heee ;D