Cantik? Alhamdulillah anugerah Allah! Bayt Al-Iman sangat terharu dengan hadiah header daripada Teratak Mawaddah. Pagi semalam, saya secara berjemaah dengan suami sempat melihat header indah, saujana mata memandang sebelum melangkah keluar bertugas. Tersenyumlah seisi Bayt Al-Iman pagi semalam kerana penghuninya semua tersenyum syukur.
Satu hari anda berjaya membuat kami terseyum ceria, mudah-mudahan Allah ceriakan hari-hari anda selagi nyawa dikandung badan! Semoga semua penghuni Teratak Mawaddah dikurniakan kesihatan dan umur yang berkat disamping kehidupan yang dilimpahi berkat dan rahmat Allah. Semoga cinta, kasih dan sayang Teratak Mawaddah berkeluarga hingga ke syurga insyaAllah! ;)
Kasih sayang Allah tiada had! Hanya itu ungkapan yang bisa menggambarkan perasaan saya terhadap teman-teman blogger. Saya bersyukur dikurniakan kawan-kawan sebaik mereka yang sebenarnya kita berkongsi, belajar dan mengajar sesama kita. Terima kasih teman-teman bloggerku! Sayang kamu semua kerana Allah! ;)
p/s: sebarang tempahan, nasihat header bolehlah menghubungi ummi na di Teratak Mawaddah insyaAllah! ;D
9 comments:
Cantik header baru BAI.. sesuai dgn latarnya yg hijau sejuk mata memandang..
sangat cantik dan sejuk :)
Alhamdulillah...kami di Teratak Mawaddah senang sekali penghuni Bayt Al-Iman suka dengan hadiah tak seberapa daripada kami ni :) ini tanda persahabatan daripada kami....kebetulan ummi takde buat apa malam tu, jadi ummi buat header ni hehe.
cantik!sesuai ngan blog =)
3 hari menyepi, Muhammad ke mane?hehe
saujana mata memandang header baru ni.. tahniah.. dah beberapa hari ummu muhammad tak update, saya rindu nak membaca tulisan anda!
kak zefa: sesuaikan ;)
huda: ha tulah sejuk je..pasal air laut tu hijau cantik ;)
ummi na: dah lame teringin nk tukar header..sekali tu k.yong pun ade bagi pilihan untuk hadiah pengcapture 55555..hadiah header jugak pilihan pertame..kene berubah pilihan kedua ni.. ;D terime kasih teratak mawaddah!
nina: muhammad ade memanjang..ibu sekrg tak boleh gerak sket..berdendang die volume 5..nak nages je kalau kite dgn ayah die gerak sket..saba jelah..manje kededeklah pulah Muhammad ni dah tue2 skrg ni..haiyak!
p/s: mood malas menjelma pun iyak jugak! hiiii ;D
myza:myza kite ade bace entry 'pembuli'..memang kelakar! nak komen tak dan..pilih mane2 bace pantas..maklum pakcik Muhammad ni tak boleh tinggal kejap sekarg ni..tangan ni dah sengal2..sabar ajelah..
p/s: tapi ibu Muhammad ni hangen jugak..kene jugak Muhammad ni.. ;D
Memang cantik! Kaler nya pun menawan dan kena dengan latar blog. Tahniah!
baru baik demam kot..terus jadi manja.ke Muhammad nak dapat adik dah?heheh =P
acik: terime kasih!
nina: hohoho...harp2 adelah keh8! :D
Post a Comment