Telah kukatakan! Baru sahaja tulisan saya mengenai isu 'resepi rahsia' adunan tepung KFC di entry TIKUS PUTIH. Tiba-tiba 'resepi rahsia' yang menjadi kegilaan ramai juga diistiharkan mempunyai gelatin babi. 'Resepi rahsia' yang saya maksudkan sebelum ini sebenarnya mempunyai double meaning. Pertama memang saya merujuk kepada resepi tepung KFC yang dirahsiakan. Kedua pula, saya merujuk kepada SECRET RECIPE, kedai kek yang menjadi rebutan ramai kerana kelazatannya hasil dari adunan protein rambut dan gelatin babi. Alahai khizir oh khinzir lagi! ;( Kami memang menanti pihak-pihak berwajib membongkar rahsia adunan kek-kek di SECRET RECIPE kerana kelazatannya mengundang kemusykilan. Kasihannya kita, sentiasa ditipu hidup-hidup! SYABAS kepada pihak yang terlibat! Alhamdulillah Allah telah mengurniakan anda semua kesedaran dan kekuatan untuk bangkit dan melakukan tugas anda sebaiknya. Sumber berita penuh boleh berkunjung di blog Azatie. Terima kasih Azatie! Sharing is caring. ;)
Kawan-kawan silalah jauhi mereka semua walaupun lazat. Sesungguhnya makanan yang kita makan bakal menjadi sebagaian darah daging. Semoga Allah ampunkan kita semua dan mensucikan segenap roh dan jasad kita dari yang haram iaitu menjauhkan kita daripada azab api neraka. Astagfirullah!
7 comments:
padan ler kek kat secret recipe tue sedap semacam jerrr...aduhhh...dah bertong2 makan nieee...
Salam kunjungan... blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)
Ya ALLAH sedih rasa sbb saya dah bnyk makan kek2 tu..uwaaaaa..
Ya ALLAH sedih rasa sbb saya dah bnyk makan kek2 tu..uwaaaaa..
salam sis
Untuk makluman , hadiah penyertaan Nama Baby contest akan dipos pda bulan 6 nanti. di harap dapat menghantar alamat, nama anda dan nama baby. ke iezanidris@yahoo.com.my , kalo dah hantar, abaikan pesanan ni :) maaf lambt :)
nasib la nur tak pernah masuk secret resepi nie... huhuhu...
mekasih kak
kak BSB: nak buat mcm mane..kite seringkali ditipu dgn cop halal jakim tu.. ;(
kayzie: nanti kite bakar kilang puratos tu heheh ;)
ezan: akak pun dapat hadiah lagi ke? ;)
nur: beruntungnyerr nur!
Post a Comment