21.5.11

TIKUS PUTIH

Ini isu yang saya dapat semasa bercamping minggu lepas. Ahad pagi, sarapan juga perlu disediakan sendiri. Jadi, sedang kami bersarapan dan memasak bersama, seorang makcik dan sister bercerita perihal boikot barangan israel laknatullah iaitu berkenaan KFC.

ehsan: google
KFC
Semua orang tahu yang KFC di Malaysia dipunyai oleh orang kita. Saya juga baru tahu, hanya 4% keuntungan yang dibayar setiap bulan kerana menggunakan brand KFC dan 96% adalah untuk rakyat Malaysia. Masalahnya adalah 4% itu bukan 4% daripada RM100. Bayangkanlah 4% daripada 1 billion. Jumlah yang sangat besar dan cukup untuk menyumbang beribu butir peluru membunuh saudara kita di Palestin.

Tikus Putih
ehsan: google
Isu 4% itu saya kurang teruja. Isu tikus putih yang membuatkan saya loya sehingga sekarang. Ini hanyalah cakap-cakap orang yang bekerja di dalam kilang memproses ayam KFC. Resepi KFC adalah rahsia dan setiap pekerja tidak tahu mengenai resepi tersebut. Cuma saya dikhabarkan di kilang yang memproses ayam yang dibekalkan, juga memelihara tikus putih. Apa fungsi tikus putih tersebut juga tidak diketahui. Mungkin menjaga ayam-ayam tersebut. Walau bagaimanapun, mereka khuatir yang tikus putih itu adalah salah satu adunan rahsia tepung tersebut. Pada saya ianya tidak mustahil. Saya juga nantikan pihak-pihak tertentu untuk membongkar ramuan rahsia tepungnya sebagaimana Kluang Rail Cofee yang telah menipu warga Kluang lebih 70 tahun dengan kopi yang dicampur gelatin babi. Agak-agak berapa ekor khinzir yang telah sebati menjadi sebahagian darah daging kita sepanjang 70 tahun lebih itu. Betapa Allah masih sayangkan hambaNya dengan menunjukkan kebenaran yang tersembunyi sekian lama. Kadangkala saya terfikir, kemungkinan faktor makanan membuatkan ramai manusia berperangai seperti binatang.

Paru-Paru Berair
Kakak pertama saya telah menghidapi paru-paru berair jika tidak silap sebanyak dua kali. Kali pertama adalah ketika dia mengandungkan anak keduanya. Doktor bukan beragama islam di hospital swasta berkenaan menyarankan supaya digugurkan sahaja kandungannya ketika itu dan sibuk untuk bedah kakak saya untuk buang macam-macam. Namun itu hanya andaian mereka. Kali kedua penyakitnya agak bahaya sehingga dimasukkan di ICU dalam dan disuruh bedah untuk buang paru-paru yang tidak kembang katanya. Sekejap kata kakak menghidap kanser, sekejap kata kakak sakit itu dan ini. Kami memang sedikit marah kerana nyawa kakak umpama bahan eksperimen mereka. Maklum hospital swasta hospital berbayar. Setiap kali cek juga ada casnya.

Dilarang Makan Ayam
Jadi, antara ikhtiar mak ketika itu, mendapatkan khidmat pengamal perubatan islam. Petua ustaz adalah melarang kakak saya memakan sebarang jenis ayam terutama KFC. Alhamdulillah mak memang 'memantangkan' kakak yang memang tidak pandai untuk berpantang atau istilahnya orangnya agak degil. Syukur, paru-parunya yang tidak kembang, kembali kembang. Bayangkan paru-paru itu doktor suruh bedah kerana padanya ianya tidak kembang dan memudaratkan yang akhirnya kembang juga. Alahai doktor!

Ayam Jahat
Salah satu sebabnya berpatang makan ayam kerana ayam sekarang yang kita makan setiap hari bukan ayam yang berada dikampung-kampung patuk cacing dan jagung sebagai makanan. Ayam sekarang adalah ayam yang disuntik dan menjadi besar dengan segera tanpa mengawan. Sebab itu ramai pengamal perubatan islam hanya mahu memakan ayam kampung yang disembelih sendiri yang pada mereka lebih terjaga serba serbinya. Saya sendiri tidak mampu berpuasa ayam tetapi bukan ayam KFC, McD kecuali Radix FC. Walaupun ramai kata RFC tidak sesedap KFC dan McD, kebiasaannya yang tidak sedap/pahit itulah ubat. Makanan yang sedap-sedap kini sangat perlu diragui kelazatannya lebih-lebih lagi timbul isu protein rambut di dalam tepung kek, roti atau pau baru-baru ini.

Kanser Kulit
Saya pernah juga mendengar cerita daripada rakan setugas yang baru balik menziarahi mendiang kawan isterinya ketika itu yang mati akibat kanser. Jika saya tidak silap dengar, anak ketiga yang dikandung mendiang itu menghidapi kanser kulit sejak di dalam rahim dan mati beberapa ketika selepas melahirkan. Ibunya turut mati kerana jangkitan daripada si anak. Sedilik punya selidik, mendiang hanya boleh makan KFC setiap hari semasa mengandungkan anak ketiganya. Ya! Setiap hari.

Justeru, orang islam perlu bangkit menguasai ekonomi dunia kerana apabila ekonomi berada di tangan orang-orang fasik, kafir, munafik, mereka akan hanya memikirkan keuntungan dan meremehkan aspek kesihatan. Ini sekadar perkongsian tulisan. Isu tikus putih boleh jadi benar atau tidak. Sekiranya kita memandang dari aspek makanan ianya sangat meloyakan. Walau bagaimanapun, sebagai seorang muslim yang prihatin terhadap saudara kita di Palestin sana, ianya adalah misi kemanusiaan, kita wajar boikot apa-apa produk yang boleh menyumbang peluru-peluru yang boleh bakal membunuh saudara kita. JOM SAMA BOIKOT!



Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk kasih sayang. (90:17)

14 comments:

puan nina said...

Radix FC?tak pernah dengar pulak..hehe.kite pun tak mampu nak puasa ayam..antara ayam ngan ikan,memang ayam pujaan hati..

@LeenShamsh said...

hehe kat rumah memang menu ikan, daging makanan laut memanjang..ayah Muhammad memang tak makan ayam banda kecuali sembelih sendiri..kite ni yg tak mampu nak tolak lagi2 mak masak..aduhai kecur tekak nih!

comel gambar danial atas tuh!

puan nina said...

mak masak mmg sodap..gambar lepak2 amik angin kat luar umah ari tu.memberi kerjasama yang baik masa nak tangkap gambar.hihi

mene nak dapat Radix FC?

myamyza said...

subhanallah... saya ni lagi la hari2 makan ayam.. suami saya tu nak berayam saje..ikan lekat tulang katenyee,.. pasal ayam kfc dan tikus putis tu.. kalau betullah.. yarkkk... kembang semacam tekak.. adoii..

Pija Madzlan said...

Elok layan ayam HPA je kalau tak bela sendiri sekarang ni kan... saya pun baru je mengaktifkan semula HPA saya...tp xpernah beli daging lagi sbb nk habiskan ayam itik keliling rumah dulu :P

@LeenShamsh said...

myza: jom makan ikan ramai2! heheh

kak pija: beruntungnya nasib badan ade ladang boleh ternak ayam itik sendiri...sayur pun tanam sendiri sgt2 sihat..yg jual kat luar banyak kandungan racunnye..macm2 betul zaman sekarng..

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

dah lama tak masak ayam dirumah..memang selalu makan ikan je. Mse preggy lagi lah xpernah makan ayam. Alah yang amat dgn bau ayam masa tu. paling tidak nak makan ayam belilah ayam organik keluaran azzain,bukan maher zain ye. Memang mahal tapi kesihatan yang penting. memang bahayalah ayam sekarang! Misi sembunyi-sembunyi yang Maha Dasyat dari israel yg kejam!

ummu Muhammad: memang ptut ada org selidik apa ramuan KFC tu. Tapi hairan,IKIM skg bukan main promo KFC siap cakap Halalan Toyyiban! nauzubillah.

@LeenShamsh said...

ummu ahmad: tulah banyak sgt bende2 yg masuk dalam diri org islam tanpa sedar..buak saje serangan pemikiran sekarg pun dalam serangan makanan..hari tu telur, ni roti esokm luse ape tah yg kite boleh makan dah semue mengancam kesihatan.

kayzie said...

nauzubillah la kl tul sal tikus tu..mmg tul ayam skrg men cucuk..cam mnusia ccuk botox..hehe..kl bapak org mmg lnsg taknk mkn ayam bndar, kl nk mkn rela blik kg sembelih ayam sndiri..huhu..kita yg duk bndar ni ssh lak nk cari aym kg kan..

@LeenShamsh said...

memang gitulah kayzie..dahlah cucuk, harge tak ingat2 plak sekarg.. ;(

d'La Fadelia said...

Salam...patutlah adunannya dirahsiakan selama ini. Lama tak mkn KFC pun sejak dengar cerita abg ijal. Kecut perut dibuatnya...

@LeenShamsh said...

cheD..menunggu pihak berwajib selongkar lagi! ;)

Dyan Mustakip Lee said...

kaka lin: thank for u information.. kene boikot kfc la lepas nih..

@LeenShamsh said...

dyan: boikot jgn tak boikot!