7.5.11

Baby Nurkheir 1st Giveaway: Si Manja Chumil Bertudung/ Berbaju Melayu

Bayt Al-Iman support Baby Nurkheir 1st Giveaway! ;)


Klik sini untuk turut serta!

Semoga ikatan diantara ummi dan abi baby Nur selama 10 tahun sentiasa dibawah rahmat dan naungan keberkatan disisi Allah. Dikurniakan baitul muslim penuh cinta kerana Allah dan baby Nur serta adik-adik sebagai penyeri dan penyejuk-penyejuk mata yang bakal menjadi saham jariah berpanjangan untuk kedua orang tuanya insyaAllah! ;)

Nama Penuh: MUHAMMAD
Tarikh Lahir: 15 RAMADHAN 1431H

Ucapan Khas Ibu Buat Muhammad:
Muhammad hebat yang disayangi Allah dan Rasul ;)
Apabila engkau telah dewasa
Jangan kau letak ibu sebagai keutamaanmu
Kerana lahirmu bukan untuk memenuhi segala kebutuhan ibu
Akan tetapi setiap dengup jantungmu adalah suatu perjuangan
Roh dan jasadmu hanya untuk Allah dan Rasul
Cita-citamu untuk mengharap syahid atau menang
Kejarlah akhirat kerana dunia pasti tunduk menyembahmu
Dan disitulah terletaknya pengharapan ibu untukmu
Sayang, kasih dan cinta ibu kepadamu hanya dan kerana Allah!

Tag: ibu Danial, mummy Razziq, ummu Ahmad, ummu Auni, ummu Naura, ummu Dzaatin, ummu 'Ukasya, ummu Aziz, ibu Hariz, ummi Kautsar, ummi Hannaluqman, ummi Husna(huda), mama Ahmad Danial (Naziffa), ibu akram aiman, mummy maira dan semua ibu-ibu yang sudi ;)

5 comments:

humayraa said...

As'kum..ummi datang ziarah
Semoga impian Ummu Muhammad untuk Muhammad diberkahiNya..aminn

Terima kasih sudi join GA Nur..:))
Salam ukhuwwah..

ummu muhammad said...

Amin..doakan kami! mudah2an Nur adalah cahaya yg berkat Allah kurniakan kepada ummi dan abinye insyaAllah!

Huda said...

terima kasih sudi tag huda :)

nabilah hani said...

wah!!! cari masa untuk join nabilah, cari!!

ummu muhammad said...

huda: sangat seronok berkenalan dgn kawan2 blogger! ;)

nabilah: cari jgn tak cari!