18.5.11

MASUK LUBANG BIAWAK

Baru-baru ini saya berkesempatan berbual dengan rakan-rakan setugas mengenai isu protein rambut berikutan kajian yang dilakukan terhadap roti, kek dan pau yang dijual dipasaran. Sekali lagi CAP (Persatuan Pulau Pinang) berjaya mendedahkan bahan-bahan meragukan di dalam produk makanan yang berada di pasaran seperti telur tiruan sebelum ini. Saya juga ada menulis berkaitan isu BAHAYA TERSEMBUNYI DALAM VAKSIN yang juga didedahkan oleh CAP. Klik sini untuk bacaan lanjutan yang saya baru terjumpa yang menghuraikan satu persatu kandungan buku keluaran CAP berkenaan isu vaksin insyaAllah!

Protein Rambut atau L-Cyscine
ehsan: google
Protein rambut ini mudah didapati di China sebelum dipasarkan di negara ini yang diadun bersama tepung untuk menghasilkan kek atau roti. Saya fikir kita patut juga meragui kek-kek terutama yang 'resepinya dirahsiakan'. Fatwa mengesahkan pengharaman memakan organ badan manusia dan rambut juga termasuk di dalam organ badan manusia. CAP mendapati, roti, kek dan pau yang mengandungi protein rambut menjadikan makanan lebih sedap dan menarik. Sumber dari Metro disalin dari sini.

Biskut
Semasa saya dan Muhammad menyertai camping baru-baru ini, ada seorang makcik mungkin berpangkat nenek Muhammad yang ingin memberi biskut kepada Muhammad tetapi saya larang dengan baik dan menyatakan yang Muhammad belum diberi makan. Makcik tersebut kehairanan kerana Muhammad sudah menginjak 8 bulan disamping tubuhnya yang bulat berbanding rakan-rakan kecilnya yang lain. Jadi, saya ceritakan sedikit tentang kenapa dan mengapa saya belum memberinya makan dengan niat menyampaikan sedikit ilmu yang saya sedang amal. Saya terlupa sebentar yang saya dikelilingi oleh orang-orang dari lapangan profesional seperti doktor pakar lulusan luar negara sehinggalah golongan pendidik.

Usul Dikritik
Saya juga berkesempatan berbual dengan seorang sister yang mempunyai seorang anak berusia 6 bulan yang menyatakan vaksin ini perlu dengan merujuk doktor pakar yang berada disitu berkata, persekitaran dan makanan kita sekarang membuatkan bayi perlu menerima suntikan vaksin. Katanya lagi, ramai kanak-kanak perempuan yang 'datang bulan' awal disebabkan makanan dan persekitaran yang tercemar. Disebabkan itulah  bayi perlu diberi vaksin. Selain itu juga, saya berkesempatan berbual dengan makcik yang berpangkat nenek Muhammad yang menyatakan ustaz-ustaz ini kadangkala pandangan teori mereka sahaja. Kebiasaaanya, sekiranya saya terpaksa juga bercakap isu ini dikalangan golongan mak-mak, pastinya jawapan mereka, anak mereka yang 10 orang itu hidup sahaja sehingga sekarang dengan sihat. Ini adalah pandangan dan amalan saya. Saya tidak pula memaksa mengikuti cara saya cuma saya memberi sebab apabila ditanya kenapa. Mereka tanya, saya jawab.

Sudah Tiba Masanya
Saya fikir sudah tiba masanya, orang-orang profesional ini menjalankan penyelidikan sendiri dengan kepakaran dari luar yang mereka ada untuk mengkaji sendiri kandungan vaksin dan ubat-ubatan luar. Sekiranya diletakkan seorang doktor pakar dan seorang ustaz/doktor beragama, insyaAllah saya lebih thiqoh(percaya) dengan doktor ustaz yang beragama. Secara logiknya, doktor/ustaz itu menyatakan kepada mak usrah saya bahawa seeloknya bayi disusui sahaja dengan susu ibunya selama 2 tahun tanpa memberi makan atau memberi makanan yang dimasak sendiri bukan yang ready made seperti biskut bayi yang berada dipasaran. Apabila isu protein rambut ini muncul, saya dengan pengetahuan yang dangkal berkenaan bidang kedoktoran terdetik juga, patutlah ustaz menyuruh diberi susu sahaja. Terlalu banyak makanan tercemar sebenarnya. Jadi, jalan yang terbaik adalah dengan memberi susu ibu sahaja untuk menguatkan sistem imun badan bayi tersebut. Susu ibu berubah mengikut usia dan keperluan makan dan minum bayi sehingga 2 tahun. Maksudnya, susu ibu ini Allah sudah jadikan lengkap untuk tumbesaran bayi. Mereka adalah golongan pengkaji dan bukan hanya menerima dan telan teori barat semata. 

Balik Kepada Sunnah
Banyak teori doktor@ustaz pengasas tahfiz medik itu yang berbalik kepada sunnah. Saya 'quote' semula kata-kata mak usrah saya adalah, kita diciptakan untuk menjadi khalifah dan hamba. Jadi salah satu haknya ialah menjaga badan supaya sihat. Pastinya dengan mengikuti sunnah Rasulullah itulah yang terbaik untuk menjadi sihat seperti Rasulullah SAW.

Terima Fikrah Lain
Kadangkala kita tidak boleh melabel fikrah kita sahaja yang betul. Contohnya, golongan doktor pasti back up profesion mereka dengan menyatakan fakta-fakta yang mereka tahu. Vaksin ini perlu! Saya memohon kepada para doktor dan ahli farmasi muslim untuk turun lapangan mengkaji segala yang dibawa dari barat terutamanya kerana Allah sudah menyatakan yang kita jangan percaya kepada golongan yang fasik apatah lagi barat yang ingin menjahanamkan islam. Buatlah kajian dan sebaran untuk kesihatan Muslim keseluruhannya.

Masuk Lubang Biawak
Pagi tadi baru sahaja saya mendengar berkenaan hadis Nabi SAW berkenaan lubang biawak di IKIM iaitu perumpamaan berkenaan kita yang terlalu berqiblatkan barat. Oleh itu, teori barat tidak semestinya diambil bulat-bulat tanpa sebarang pertimbangan dan pengkayaan aspek rohani. Hadis Rasulullah SAW. yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermaksud, “Kamu akan mengikut tatacara orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, maka kamu turut serta bersama di dalamnya.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah yang dimaksudkan itu ialah orang-orang Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka?”


Itulah maksudnya analogi lubang biawak. Orang Islam yang terlalu fanatik dengan teori barat diumpamakan seperti mengikut orang-orang Yahudi dan Nasrani sesat sehingga boleh masuk sampai ke lubak biawak. Saya bukanlah orang yang tepat untuk bercakap berkenaan ilmu kedoktoran kerana saya bukan pilihan Allah untuk menuntut menjadi seorang doktor tetapi besar harapan saya mahu melihat doktor-doktor/ahli-ahli farmasi muslim untuk tampil ke hadapan untuk membentangkan kajian-kajian mereka yang menolak sebanyak mana teori barat yang bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW. Sebab itu dimana mana sekalipun, KESEDARAN itu penting. Wallahu'alam.

5 comments:

juelee said...

susu ibu mmg yg terbaik, tiada apa yg mampu tanding, setiap perintah allah pasti ada seribu kebaikan diiebaliknye.. saya sokong akak..

@LeenShamsh said...

julee: insyaAllah! semoga semua Allah bukakan hati untuk ke arah itu..dari tak tahu kpd tahu..ramai yg tak tahu n bile dah tahu mereka PASTI bersama kita sahut seruan Allah insyaAllah!

Cik Sue said...

Ummu...
Info yang sangat bagus...tapi arissa dah besau dia dah mkn mcm2 pun...uhuhuh nanti kalau ada adik (hehehe kalau ada ler)nak gak wat cam ummu nie

Ibu Yusuf Maryam said...

InsyaAllah Ummu Muhammad. Teruskan perjuanganmu...

@LeenShamsh said...

ciksue: hehehe gogogo ciksue for d hero! usahe tangge kejayaan!

kak zefa: amin! jom kak zefa ramai2!