8.3.11

BAHAYA TERSEMBUNYI DALAM VAKSIN

Muka hadapan buku kecil ini.
Kulit belakang buku.
RAMUAN RAHSIA DALAM VAKSIN
Vaksin merupakan bahan-bahan kotor yang dihasilkan daripada organ-organ binatang, sel-sel kanser, sel-sel daripada janin yang digugurkan, bahan penambah beracun dan logam berat.

Apakah Vaksinasi?
* Vaksinasi merupakan tulang belakang penjagaan kesihatan awam sejak dahulu. Apabila disebut berjangkit, vaksinasi muncul di minda kita. Ia adalah suntikan 'kesihatan' yang dikatakan doktor (malah pihak berkuasa kesihatan) penting sebagai perlindungan daripada penyakit.
* Tujuan vaksinasi ialah meniur proses jangkitan yang berlaku secara semula jadi melalui kaedah tiruan. Tetapi apakah sebenarnya vaksin? Vaksin ialah suntuikan sebagian besar pelbagai jenis racun berbeza ke dalam tubut. Jika anda menyangka ia telah dibasmi kuman, sangkaan anda meleset.

Cara Vaksin Dihasilkan
Vaksin dihasilkan daripada kuman yang sama (atau sebahagian daripadanya) yang menyebabkan penyakit sebagai contoh, vaksin campak, dan vaksin Haemophilus influenzae type B (Hib) dihasilkan daripada bahagaian-bahagian bakteria Hib.

Masalahnya terletak pada cara pengeluaran vaksin dimana semuanya dimasukkan:
1. Kuman penyakit (bakteria beracun/virus hidup) diperlukan.
2. Terdapat 2 jenis vaksin iaitu 'hidup' dan 'mati'. Untuk membuat vaksin hidup, virus hidup dilemahkan dengan melepaskan virus itu melalui tisu binatang beberapa kali (dipanggil laluan bersiri), kadangkala sehingga 50 kali untuk mengurangkan potensinya.
* Sebagai contoh virus campak dilepaskan melalui embrio anak ayam, virus polio melalui buah pinggang monyet, dan virus robela melalui sel-sel diploid manusia (belahan organ janin yang digugurkan!) Kuman yang lemah ini kemudian dikuatkan dengan adjuvan untuk membantu vaksin mengekalkan keberkesannya sewaktu disimpan.
* Bagi vaksin yang dibunuh, ia dilemahkan melalui pemansan, radiasi atau bahan kimi. Campuran virus atau bakteria hidup, bahan toksik dan sumber daripada binatang yang berpenyakit inilah disuntik ke dalam tubuh kanak-kanak atau orang dewasa yang sihat apabila mereka divaksinkan.


ISU KESELAMATAN
Kebanyakkan kimia dan bahan lain yang meragukan dalam vaksin menimbulkan kebimbangan dari sudut keselamatan dan kesihatan:

Amat Beracun
* Boleh dikatakan semua juzuk vaksin beracun. Dalam banyak keadaan bahan penambah vaksin (pemantap, peneutral, pengawet dan agen pembawa) jauh lebih beracun daripada komponen virus atau bacteria vaksin tersebut.
* Misalnya agen penyebab kanser, formaldehid thimerosal (sebatian yang mengandungi raksa digunakan sebagai pembasmi kuman/pengawet boleh mencederakan otak. Antibiotik Neomycin dan Streptomycin menimbulkan alahan pada sesetengah orang.
* Tiada ibu bapa yang pernah terfikir untuk member makan formaldehid (digunakan untuk mengawet makanan), raksa atau aluminium fosfat kepada anak mereka. Namun, bahan-bahan ini disuntik secara langsung ke dalam aliran darah semasa kanak-kanak menerima suntikan vaksin.

Produk Darah Asing Diragui
* Tisu organ dan darah binatang (lapisan sel) perlu digunakan untuk membiakkan virus di dalam vaksin. Ia termasuk tisu otak arnab, tisu buah pinggang anjing dan monyet, protein telur ayam itik, embrio anak ayam, serum anak lembu, darah babi atau kuda, dan nanar cacar lembu. Ini boleh menjadi racun pada tubuh. Ia juga mengandungi banyak virus binatang memudaratkan manusia.
* Tisu janin manusia yang digugurkan juga digunakan dalam sesetengah vaksin. Misalnya vaksin Rubela, Hepatitis A, dan cacar air dikembangkan dengan penggunaan sel diploid manusia (organ yang dibedah daripada janin manusia yang digugurkan).

Kuman Kotor dan Berbahaya
      * Vaksin tidak bebas kuman. Ia dikembangkan dalam 4 cara dengan menggunakan
      i. bacteria atau virus hidup yang telah diubah agar “tidak menyebabkan penyakit
           ii.  bacteria mati atau virus tidak aktif
          iii.  toksoid (toksin bacteria yang dijadikan “tidak berbahaya” dan bahagian bacteria atau virus yang dibersihkan
  
      * Darah manusia sepatutnya bebas kuman, iaitu tiada bacteria(atau organisma lain) di dalamnya. Tetapi segalanya berubah dengan pengenalan vaksin secara meluas yang dikatakan ‘perlu’ ini. Kebimbangan telah disuarakan bahawa ini melemahkan system imun dan kadangkala boleh membawa kepada jangkitan bacteria yang teruk.
      * Richard Moskowitz, bekas Presiden Institusi  Homeopati Kebangsaan dan graduan Havard dan Sekolah Perubatan New York, berkata: Vaksin menipu tubuh supaya ia tidak lagi mencetuskan tindak balas radangan umum. Oleh itu, ia menggantikan fungsi pencegahan system imun.

SARAT DENGAN KIMIA BERACUN!
* Satu suntikan vaksin yang diberikan kepada bayi baru lahir seberat 6 paun adalah sama dengan 30 suntikan vaksin yang diberikan kepada seorang dewasa seberat 180 paun. Selain itu, bayi turut terdedah kepada kesan keracunan aluminium dan formaldehid yang tinggi dalam sesetengah vaksin, dan kadar keracunannya boleh meningkat ke paras yang tidak diketahui.
* Selanjutnya, bayi diketahui tidak menghasilkan paras hempedu yang secukupnya, atau tidak mempunyai kapasiti ginjal seperti orang dewasa selama beberapa bulan selepas kelahiran. Pengangkutan helempedu adalah jalan biokimia utama di mana raksa disingkirkan daripada tubuh, dan bayi tidak mampu melakukannya.
* Ginjal bayi juga tidak mampu menyingkirkan aluminium. Selain itu, raksa diketahui mampu mengganggu fungsi buah pinggang.
-          -Boyd Haley, Ph.D., Prefesor dan Pengerusi Jabatan Kimia, Universiti Kentucky-


TINDAKAN IBU BAPA
* Vaksin melambangkan barangan pengguna- danibu bapa seharusnya menyelidik produk ini lebih teliti daripada pembelian lain kerana nyawa anak-anak mereka menjadi taruhan – Randall Neustaedter, OMD dalam The Vaccine Guide: Making Informed Choise
* Membuat keputusan tentang suntikan vaksin adalah salah satu pilihan penting yang anda boleh lakukan sebagai ibu bapa. Demi kepentingan anak anda, anda perlu membuat pilihan yang teliti- bersadarkan semua bukti yang tersembunyi.
* Jika anda memilih untuk memvaksin, ambil langkah berjaga-jaga dan ketahui perkara beikut.
3 Peraturan Asas
~ dapatkan vaksin secara berasingan, bukan digabungkan dengan vaksin lain
~ jangan biarkan anak anda divaksin lebih daripada 1 penyakit pada hari yang sama
~ jangan benarkan anak anda divaksin apabila mereka jatuh sakit atau baru pulih daripada penyakit


Sumber: Bahaya Tersembunyi Dalam Vaksin oleh Persatuang Pengguna Pulau Pinang

p/s: Ini hanya suku dari intipati buku dan boleh dapatkan buku antaranya di kedai buku Badan Cemerlang (angsana) bagi kawasan Johor Bahru untuk keterangan lanjut dari pakar-pakar kesihatan dunia insyaAllah.

kredit: mak usrahku ;)

10 comments:

puan nina said...

Ya Allah..bahayanye..tsk..

ummu muhammad said...

nina awak kene g cari buku ni kat badan cemerlang..demi untuk danial ;)

puan nina said...

beli buku tunjuk kt ayah dia ngan famili ek..kalau kite xnk kasi klinik cucuk kang kite pulak kena marah nnt =(

ummu muhammad said...

samelah dgn kite nina..ni pun tunggu mase nurse marah hehe..tadah ajelah..kat badan banyk buku tu..tengok kat kaunter bayar tu..

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya seorang student farmasi di australia,

em boleh sy tau betul ke ape yg puan ckp ni?

adakah puan dah buat research secara menyeluruh?

ade jumpa dekat mana2 journal article or evidence based practise yg ckp vaccination is a bad thing and it can harm people?


em, atau article yg puan bava tu masih relavan? i mean is it within this 5 years? if its longer than that than mybe it is outdated because science can develop rapidly within a year..

thanks puan

ummu muhammad said...

;) waalaikumussalam...insyaAllah islam dan sains itu tidk pernh terpisah..cik/puan boleh rujuk kepada doktor yg mengasaskan tahfiz-medik di cawangan tmpt saye..boleh google word tahfiz medic utk penerangan lanjut..

buat pengetahuan cik/puan research terbaru yg dibuat ahli farmasi islamik juge menunjukkan jike sye tak salah, 70 atau 90 lebih ubt difarmasi mengandungi babi..

saye syorkan terus menghubungi dokter/ustaz tahfiz-medik..diharap dpt membantu.

apepun jike sesuatu dtg dr golognan yg memang terang2an menentg islam..insyaAllah tanamlah iktikad tidak boleh trime 100%..

memandangkan puan seorg farmasis, knp tidak cik/puan membuat researh puan sendiri utk sebaran ramai..ujilah kandungan bhn2 dlm ubt2an kini..insyaAllah lagi tept dan insyaAllah disitulh kepuasan sebenar seorg farmasis apabile ia dpt membuktikn sesuatu..

diharap tidak menyinggung dan saye sendiri tidak mungkin dpt membuktikn secara fakta kerana sye bukn seorang dokter atau farmasis tetapi sye lebih thiqoh kepada org2 yang lebih faham dlm agama..wallahu'lam.. ;)

Naziffa said...

syukran ummu muhammad, maklumat yang sangat berguna.. m0ga mujahid-mujahid kita terhindar daripada segala keburukan, dengan izin Allah..

ummu muhammad said...

tulah fa...muhammad dah kene suntik 4 kali..kalau boleh baby org lain jgn pernah kene suntik mudah2an...tu yg kite beriye.. ;)

All about a journal said...

salam..

Sekadar nak bertanya..

sis banyak juga ambil rujukan dari DR zubaidi kan...berkenaan dengan vaksin ni kan dia pertahankan..dari pandangan dia seorang doktor..

Apa pendapat sis yer...

Ummu Muhammad said...

wkmuslamm salah ukhuwwah fillah! ;)

akak ade dgr juga vaksin dan dr zubaidi ;). kite perlu hormat dengan pndangan die yg mengaji lama dalam bidang perubatan. banyak sumbangan beliau dalam bidang kedoktoran dalam memberi kefahamn dalam masyarakat.

dlm kes vaksin ni, kite juga dituntut dalam mengaji bukan boleh taklid bute. dr mungkin pegang pendapat die dan kite pegang pendapat lain.

contohnya, dalam solat ade orang amal qunut. ade tak bace qunut. ulama berselisih pndapat dan da diselesaikan pun. jadi, kite bole pilih dengan kefahaman yang kite ade. ianya pilihan ;).

jadi, kite yg pro unvaccined anak ni, kene trime juga pndapat dr dan tidak pula menolak pendapat beliau ;).

apepun pilihan kite, Allah jugalah yang bagi anak tu sakit dan sembuhkan sakit ;).

Jadi, kite kene banyak serahkan pada Allah dan berdoa mudah2an pilihan kita tepat dan anak2 kite membesar bagai orang2 alim zaman islam ulung amin! ;)