1.5.11

HARI 'PEKERJA'

Hari ini adalah hari pekerja. Bayt Al-Iman mengucapkan selamat beristirehat kepada semua pekerja termasuklah  surirumah yang pada saya lebih lagi kerja mereka. Saya sungguh kagum dengan ibu-ibu yang berkorban dan rela duduk diceruk rumah yang pada saya kerja mereka tidak pernah selesai dari celik mata sehinggalah pejam semula. Suami yang isterinya berkhidmat sepenuhnya di dalam rumah pastinya lebih pengharapannya ketika pulang bekerja. Makanan sudah tersedia. Pakaian kerja untuk esok sudah bergosok. Pulang dari bertugas suami disambut gembira. Pendek kata mereka lebih beruntung kerana anak-anak terjaga, maruah isteri insyaAllah lebih terpelihara dan suami pasti bersemangat luar biasa.

Zon Selesa
Walau bagaimanapun, kita perlu jelas konteks sebenar makna 'pekerja' dari sudut pandangan islam. Adakah bekerja untuk manusia semata. Bekerja untuk memandu kereta mewah. Tinggal di banglo besar ataupun bekerja semata-mata mengharap redho Allah? Tanpa kita sedar termasuklah yang menulis ini, kita berada di tahap 'zon selesa'. Kita sebenarnya lebih mementingkan makna kehidupan duniawi tanpa menghiraukan saudara dan generasi yang semakin meruncing akhlaknya. Bekerja untuk meraih pendapatan lumayan dan pangkat tertinggi. Memang itulah doktrin dan rancangan laknatullah sedari awal. Mereka pasti yang orang islam tidak mampu dikalahkan dengan peperangan kerana orang islam berperang hanya mengaharap menang atau syahid! Jadi, meraka menukar strategi dengan berperang menggunakan serangan pemikiran.

Sedar Diri
Pernahkan anda semua terfikir, apakah tujuan anda dihidupkan dan dibiarkan berkeliaran di atas permukaan bumi dengan diberi nikmat bernafas, berjalan, melihat, merasa, kesihatan dan sebagainya? Adakah semua nikmat yang Allah kurniakan sia-sia tanpa bayaran? Perumpamaan mudah. Sedangkan kita yang hidup ini perlu melunaskan segala jenis cukai, segala bil hatta tandas awam sekalipun ada casnya inikan pula hidup sebagai hamba Allah, adakah percuma semata tanpa dipertanggungjawabkan apa-apa?

Tujuan Hidup
Sedarlah hidup di dunia hanya sementara. Dunia ini ibarat sebuah pulau persinggahan. Kita sebenarnya sedang belayar di dalam sebuah kapal. Dunia ini hanya tempat persinggahan kapal yang kita naiki tadi untuk mengumpul seberapa banyak bekalan sebelum belayar semula ke destinasi yang hakiki di sana. Allah memang dah nyatakan dengan jelas dan terang tidak perlu bersuluh tentang tujuan manusia diciptakan. Maka, sesiapa yang membaca tulisan ini, silalah mengambil Al-Quran dangan hati gembira untuk membaca ayat-ayat cinta Allah kepada kita. Carilah surah kedua, ayat 30 (2:30) yang menerangkan ciptaan manusia yang ditugaskan sebagai pemimpin (khalifah). Juga, carilah surah ke 51 ayat 56 (51:56) yang menerangkan manusia juga sebagai abid (ahli ibadah/hamba) kepada Allah.

Bekerja Dalam Islam
Allah menyuruh kita melaksanakan tugas sebagai khalifah dan hamba. Tugas ini bukan untuk gunung, jalanraya, pokok, haiwan tetapi tanggungjawab ini adalah untuk sesiapa yang mengaku dirinya manusia. Belum cukup sekadar menjadi orang-orang yang soleh. Pergi surau solat berjemaah, dengar kuliah agama tetapi kita perlu turun padang mengajak manusia/individu lain untuk menjadi soleh/solehah seterusnya sama-sama mengembeleng tenaga menyebarkan keindahan islam kepada seluruh ummat. Apabila semua individu sedar akan assignment yang Allah berikan selagi nyawa dikandung badan, insyaAllah tiadalah kacau bilau, porak perandak dunia seperti sekarang kerana seluruh manusia sudah faham. Maka, lebih mudahkan daulah islamiah ditegakkan, insyaAllah!

Hari 'Pekerja'
Ketahuilah, tiada istilah cuti bagi orang-orang yang telah beriman dengan sebenar-benar syahadah. Mereka sentiasa memikirkan methodologi dan kaedah dalam mempelbagaikan cara untuk manusia-manusia yang belum diberi hidayah untuk sama-sama merasai keindahan islam sebenar seperti apa yang mereka rasakan. Mereka sedar akan hakikat hidup sementara di dunia dan telah bersedia dengan jawapan yang dipertanggungjawabkan apabila kembali kepada Allah. Sedangkan kita hanya bersedia dalam konteks tanggungjawab terhadap kerja dunia. Tahun ini mesti capai target 100%. Bangunan ini mesti siap segera.  Pelbagai matlamat utama kita yang difokuskan kepada dunia. Jika sesuatu kerja tidak dipasakkan dengan niat meraih redho Allah, tauhid tidak ditegakkan dalam hati, maka terjadilah bangunan-bangunan gergasi yang runtuh secara berjemaah.  Pelajar cemerlang tetapi rosak akhlak. Pelbagai implikasi yang merosakkan keseluruhan ekosistem dunia. Lihatlah betapa senang pusat tumpuan kita dipesongkan oleh doktrin Yahudi laknatullah. Ini memang kerja mereka. Bandingkan fikrah(pemikiran) kita dalam mentakwil makna sesuatu. Kita akan hanya tertumpu pada konteks yang kecil tanpa memandang Allah sebagai suatu yang Maha Besar. Kerdilnya kita sebagai manusia! Sudahlah kerdil, bongkak pula!

Tulisan ini sekadar mahu manusia lain merasai tanggungjawab dan sedar tujuan penciptaan kita yang Allah biarkan untuk merayap di atas permukaan bumi sebelum berqiam secara berbaring di dalam perut bumi. Semoga kita lebih mengerti dengan mendalam makna 'pekerja' disisi Allah. Selamat Hari 'Pekerja'!

4 comments:

puan nina said...

selamat bercuti=)

@LeenShamsh said...

selamat main pasir danial! ;)

IntaNBerliaN said...

As salam.. a'aa betul tu..kerja suri rumah tak pernah habis.. saya ni suri rumah sepenuh masa.. husband saya tak bagi kerja, dia suruh duduk rumah je. jaga anak & rumahtangga.. lagipun husband saya tak suka orang lain jaga anak dia lebih suka saya yang jaga sendiri.. sebab kita boleh didik sendiri anak kita.. husband saya pun ada cakap, dia kerja sorang pun, insyaAllah akan ada rezeki untuk kami..

puan nina said...

Danial takut ombak le.. =(