14.7.11

DITEGUR CIK ANON

Saya menerima komen yang membina pada hari ini daripada Saudari/saudara Anonymous berkenaan isu ejaan yang menurutnya, saya banyak menggunakan ejaan indonesia. Persoalannya adalah, adakah saya sengaja untuk mengeja sebegitu? Harapan Cik Anon supaya saya tidak lagi 'merosakkan' ejaan bahasa melayu kita ;)


Bukan Penulis Handalan
Pertama-tama sekali, terima kasih atas teguran dan nasihat yang pada saya cukup membina. Saya bukan seorang penulis handalan yang mahir menulis dengan tatabahasa yang tepat. Namun bukan juga mahu 'merosakkan' bahasa melayu kita. Hanya sekadar mencoret sesuatu di blog picisan ini atau dengan perkataan lain, blog caca merba semata-mata mahu kawan-kawan fillah saya boleh membaca dengan 'hati' dan 'rasa' apa yang cuba saya sampaikan selain menulis tentang pengalaman perjalanan seorang panglima Allah, Muhammad buat tatapannya suatu hari ketika dia mula mengerti erti sebuah kehidupan. 

RUNTOH vs RUNTUH
Mungkin, ejaan yang paling ketara pada tulisan saya yang bertajuk DURIAN RUNTOH adalah pada perkataan RUNTOH. Sejujurnya, ketika saya sedang menaip entry itu, saya juga berbelah bahagi antara O dan U. Difikiran saya ketika itu hanya memikirkan sign board di sekitar tempat saya yang tertulis TANAH RUNTOH. Saya pun terfikir mungkin O. Disebabkan saya hanya menulis sekadarnya untuk Muhammad dan sesiapa sahaja yang sudi membaca dan merasa, jadi, saya tidak memberatkan pada tatabahasa sehinga perlu merujuk kamus bahasa. 

Menulis Untuk Exam
Walau bagaimanapun, saya cukup berterima kasih kepada Cik Anon kerana sifat prihatinnya terhadap bahasa melayu saya. Saya juga memohon maaf kepada kawan-kawan 'orang bahasa' kerana saya bukan orang bahasa ;) Bahasa Melayu penulisan semasa SPM memang saya boleh score A1 dengan izin Allah, namun hakikatnya saya bukan pelajar bahasa yang baik. Menulis untuk exam tetapi kini baru saya sedar, betapa ilmu menulis itu perlu diperkembangkan untuk dipraktikkan sehingga kini. InsyaAllah saya akan cuba semampunya selepas ini, memperkasa bahasa melayu dalam setiap tulisan saya. 

Sukar Membezakan
Sekali lagi, sejujurnya saya sendiri agak sukar untuk membezakan yang mana satu ejaan indonesia dan yang mana satu boleh diterima pakai di Malaysia. Semoga Cik Anon sudi menegur sebarang kesilapan ejaan mahupun tatabahasa dalam tulisan saya selepas ini kerana keterbatasan pengetahuan saya tentang selok belok dunia penulisan. Sesungguhnya saya menulis ikut rasa sahaja, tidak menitik beratkan tatabahasa.

Kepada Saudari/saudara Anonymous, sudilah apa kiranya kita berkawan walau melalui alam maya ini. Tidak perlu nickname Cik Anon ;) InsyaAllah saya begitu positif dengan sebarang teguran lagi-lagi teguran yang membina seperti ini. Terima kasih sekali lagi kepada Cik Anon. Salam ukhuwwah fillah abadan abada! Sudikah? ;)

42 comments:

IntaNBerliaN said...

ada jugak org tegur ye.. rasanya ummu muhammad punya tatabahasa lg bagus dari saya...

sy sndiri pun tak pernah terfikir ttg tatabahasa dlm penulisan dkt blog.. huhu

AishaAminudin said...

salam ummu,

emmm..cik anon ny mmg bagus la, bahasa jiwa bangasa gitu, kalau masuk belog aisha, agaknya lagik dasat kene tegur.. :-)


ampun...

@LeenShamsh said...

intan: ha'ah kite pun same..main tulis je tapi dlm mase yg same try jugk utk baiki bahasa tu ;)

aisha: haha..ampun diterima heee ;D

~MAWAR~ said...

wahh..tu lah..kiranya ummu muhammad lg bagus bahasanya dr sy ni...sy pun bukan pandai nk ikut skema penulisan yg betul.sekadar menulis utk tatapan ankanda bila besar nanti.insyaallah..cuba jg utk memperbaikinya..

Unknown said...

lain orang lain caranya kan :) xpe, teguran membina bagusla:)

@LeenShamsh said...

ummu wardah: ha tulah terkejut + terharu dgn yg prihatin dgn cara penulisan kite..dahlah blog ni caca merba je..blog asal buleh je heee

huda: hudaaaa ;)

kayzie said...

cara penulisan ummu muhammad yang camni pun di tegur kalau penulisan sy camne la pulak eh..huhu..malu kat cik ano..tapi betul la, nanti kalau nak suruh faris baca, bnyak pulak yg nak kena perbetulkan..hehe

@LeenShamsh said...

kayzie: heehh..muhammad boleh bace 2 versilah pahni..versi malay n indon..2 in 1.. ;D

Unknown said...

alahai...yup bukan utk exam pun tulis kat blog nih...sekadar meluah perasaan..klu nak baca teruskan...klu tak nak tutup je lah...hehe...rasanya tak de pun slanga indonesia...cik anon tu cikgu BM kot...hehe...

@LeenShamsh said...

mummy aisy: heeeeh..mungkin kot cikgu BM..selalu yg concern mcm ni org yang faham keindahan bahasa..jd die mungkin sensitif andai kite tak berbahase dgn bahasa melayu yg betul..teguran membina mummy! ;)

puan nina said...

blog nina lagi caca-marba punye tatabahasa...ntah2 cik anon bukak terus pangkah..hee

@LeenShamsh said...

nina: haaa...takpe..itulah dinamakan kesenian tersendiri..bak kate huda..setiap org ade care sendiri..jadi itukan blog nina..tempat meluah rase ape saje..hak kite bersuara ewaahhh demokrasi berblog! ;D

walau bagaimanapun..kite memang terime kasih atas keprihatinan cik anon..sape lagi nk tegur kalau bukan cik anon ;D

puan nina said...

nina jawab sini lah ye..

entry terkini tu nina amik tutorial kat blog kakyong http://kakyong72.blogspot.com/2011/03/tutorial-widget-animated-postn3-terkini.html

favicon tu gambar nina..hahahah =D
a'ah masukkan je kat tempat favicon tu.gambar tu nina dah resize siap2..cuba check sini http://mombloggersplanet.com/how-to-change-blog-icon-in-blogger/

@LeenShamsh said...

ohh ok nina terime kaseh banyak! nanti nak tgk tuto..terime kaseh ilmunya..semoga Allah balas dgn yg lebih elok dan cantik! ;D

myamyza said...

kalau blog kite pulak bahasa ikut suka hati jari jemari.. haha tersalah taip berapa banyak, alhamdulillah kalau niat cik anon menegur seikhlas hati.. mungkin dia peminat tegar blog ummu muhammad...

@LeenShamsh said...

myza: mudah2an ikhlas..puan ummu muhammad pula tak tahu setakat mane mampu berbahase dgn baik..

p/s: kite sume same seperti komen2 yg diatas..ikut suka jari menari jekan heee ;D

@LeenShamsh said...

u.p: cik anon..

kawan-kawan fillah..saye sedang menanti komen cik anon..adakah yang dimasukkannya perkataan 'runtoh' atau lainnya..

komennya tidak menyatakan mana2 perkataan yg saya silap..harapannya bolehlah tunjukkan mana2 perkataan saya yang salah dan perlu diperbetulkan..

barulah saya dapat kenalpasti silap saya dimana..adalah telahan saya perkataan 'runtoh' itu benar?

Pija Madzlan said...

:) kalau blog saya ntah lebih dahsyat lagi yang perlu ditegur.. sebab itu untuk menulis semula buku rasanya bagai mendera diri sendiri :P

@LeenShamsh said...

:D kak pija: boleh buat contest mengesan kesalahan ejaan dikalangan bloggerlah lepas ni..cik anon si pencetus idea contest yg sihat boleh kite cadangkan jadi juri! ;)

Cik Sue said...

Assalam ummu...
1st - Muhammmad + Ummu sihat ker??
dah lama CS x singgah sini
uhuhuhuh..kebelakangan sibuk
yang agak panjang.
2nd - Hahahah maknanya cik Anon,
sangat prihatin orgnya, dan
yang lebih manis tidak sia2
ummu menulis kerana ada yg
membacanya hingga ke nokta
akhir. Even CS pun selalu bc
sampai nokta akhir tapi idak
perasan dgn ejaan2 tue...
3rd - Tahniah ler pada cik Anon yg
prihatin.
4th - hehehehehe...Lebiu la Ummu...
Jumpa lagi....

@LeenShamsh said...

waa'laikumussalam CS yang kurindui selalu ewahh!
skema jawapan:
1. alhamdulillah ebrtambah sihat heee ;D
2. tulah tunggu punye tunggu cik anon..tak smapai2..tunggu komen die..kalau cik anon persan..bukan indon je kot..selalu kite rojak lagi nahasa..arab pun ade jugak! tapi die lebih bermint yg indon..
3. Tahniah dan terime kasih juga kepada cik anon yg prihatin.
4. lebiuu tu jugaklah CS!!
heeee jumpa jgan tak jumpe! insyaAllah CSku lebiuuu! ;D

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

hehehe mujo cik anon tak masuk blog mama..klau tak abis lorrr kena komplen.bahasa mama teruk sgt2...tp bkn niat nak rosakkan bhsa...sekadar titipan kalam wat anak2 jer...

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

hehehe mujo cik anon tak masuk blog mama..klau tak abis lorrr kena komplen.bahasa mama teruk sgt2...tp bkn niat nak rosakkan bhsa...sekadar titipan kalam wat anak2 jer...

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...
This comment has been removed by the author.
::Mama Annaufal♥Aunie:: said...
This comment has been removed by the author.
::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

hehehe mujo cik anon tak masuk blog mama..klau tak abis lorrr kena komplen.bahasa mama teruk sgt2...tp bkn niat nak rosakkan bhsa...sekadar titipan kalam wat anak2 jer...

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...
This comment has been removed by the author.
::Mama Annaufal♥Aunie:: said...
This comment has been removed by the author.
::Mama Annaufal♥Aunie:: said...
This comment has been removed by the author.
::Mama Annaufal♥Aunie:: said...
This comment has been removed by the author.
Ibu Yusuf Maryam said...

Siapalah cik anon tu ye??

Unknown said...

Salam..

Bagus teguran cik anon tu.. Dan tahniah untuk ummu sebab mampu menerima teguran. Tak semua orang boleh terima teguran dengan baik ^_^

Kalau cik anon melawat blog saya, mesti lagi teruk kene tegur.. huhu..

@LeenShamsh said...

mama: ha tulah kdg ingat tersalah bace blog kot cik anon ni..mungkin die cari blog saterawan..terjumpe pulak blog cendawan..heee

p/s: mama komen byk tuh.. ;D

kak zefa: heheee hati ini ade tergerak-gerak juge..namun tak mau lah tuduh tnpe usul perikse..nanti kite buatkan solat hajat dengan zikir nk kenal pasti org ni..mungkin die ade masalah dgn kite kot kan..manelah tahu...ade masalah bule buat berbincang... ;)

anisyafeina: takpe anis..kite positif sebarng teguran walau kdg tak munasabah..bak kate mummy aisy..tulis blog bukan masuk exam pun..heeehee..

d'La Fadelia said...

Salam...alamak panasnye isu nie, asalkan tak panas hati sudah. Mungkin words yang dimaksudkan itu typing error kot...hehehe. Kalau cik Anon baca n3 blog che-D, mesti marah kerana menggunakan bahasa rojak. Apapun cik Anon memang pakar bahasa..jeng,jeng,jeng.

@LeenShamsh said...

jeng! jeng! jeng! tulah cheD mesti pakar bahase ni...jadi segan pulak nk tulis sekarang..kite ni tak pandai nak beza bhas melayu ke..bahase indonesia ke..bhas arab ke..pasal same dgn cheD lah..rojak semue bahase..apepun buat cik anon hidup melayu!

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

NTAH KENAPA LAK TERKOMEN BYK..TAK SALAH KLIK SEKALI JER....PADAM LOR SETENGAH(MENCUBA UNTUK TULIS DENGAN BAIK.TAPI MASIH GAK TAK SEMPURNA)MEMANG KAEDAH BAHASA CAMNIH AGAKNYA...

Marlina Mohtar said...

alamak...tiba2 ummi rasa seram kalau Cik Anon tu masuk Teratak Mawaddah dan komen pasal tulisan ummi huhu. Ummi rasa gaya penulisan ummi tu caca merba lah hehe....

@LeenShamsh said...

mama: heheh takpe mama..kitekan manusie yg sentiase mencube..yg penting apa yg mama nk sampaikan kat naufal n aunie nanti sampai... ;)

princess solehah: hehehee Bayt Al-Iman tunggu juga cik anon ni tak sampai2 nk komen pendpt kawan2 semue..apelah kate cik anon kan..

Umialya said...

salam kenal..
tersentak jugak apabila membaca isu ini, yalah.. kalu kat laman saya, lagi teruk penggunaan tatabahasa, ejaan dsb, singkatan ala2 smspun ada.

mungkin selepas ini ia mampu membuka minta kita untuk menulis menggunakan tatabahasa yang betul walaupun cuma laman peribadi.

@LeenShamsh said...

umialya: tulah kite menanti cik anon..manelah tahu dapat persetujuan die..boleh buat kunjungan muhibbah blog ke blog heheh ;P

Anonymous said...

Assalamualaikum akak ummu muhammad..sabar ek..PC tak pernah ada lago orang tegur macam tu..harap2 cik anon ke blog PC untuk mengecheck terlalu banyak kesalahan ejaan dan bahasa.almaklum da lama sangat tak tulis karangan Bm selepas tamat sekolah.dekat Uni jawapan exam semua dalam BI..^_^ may Allah bless niat baik cik anon..amin..

@LeenShamsh said...

walaikumussalam adikPC.. ;)
tulah teruskan berdoa supaya cik anon boleh buat kunjungan muhibbah blog ke blog..semua peminatnya sedang menanti dgn sabar heee ;D

mudah2an amin! ;D