
Kanser Otak Peringkat 4
Saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu mengenai kisah si bayi kecil ini. Ibunya bernama Norma. Norma sedang menghadapi saat-saat getir dalam perjalanannya dan perjuangannya di bumi Allah yang sebentar cuma. Norma ditakdirkan menghidap KANSER OTAK PERINGKAT 4 yang telah menjalani 5 pembedahan. Menurut sumber dari blog Puan Intanberlian yang saya baca, penyakitnya dikesan setelah melahirkan anak pertamanya Rafiq si bayi kecil tadi. Rafiq Allah takdirkan tidak sempat mengecapi nikmat belaian seorang ibu. Sejurus Rafiq menjenguk ke dunia, ibunya ditakdirkan Allah untuk melalui getir sebuah ujian. Norma bertuah kerana dikurniakan Talib, seorang suami yang setia melayannya sehingga kini tanpa hebahan. Bayangkanlah pengorbanan Talib! Sesungguhnya perjuangan Talib ada nilai disisi Allah sekiranya dia mampu redho dengan takdir yang telah Allah catatkan untuknya. Sesungguhnya Allah datangkan setiap ujian dan kesusahan sesuai dengan kemampuan hambaNya.
Kos Rawatan Tinggi

Hulurkan Tangan
Mari bersama hulurkan tangan meringankan beban Talib dan keluarga walau sekadar doa di kejauhan. Semoga dengan doa dan sumbangan kita kepada keluarga Talib, ada ganjaran redho dan belas ehsan Allah kepada kita semua DISANA. Ikhlaskan hati untuk sama-sama berusaha mencari redho Allah insyaAllah! Doa kami di Bayt Al-Iman, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan Norma, Talib dan semua ahli keluarganya insyaAllah!
![]() |
Klik banner untuk maklumat lanjut insyaAllah! |
cimb- 01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
9 comments:
ummu Muhammad pun sudah baca kisahnya ye? Teramat sangat menyayat hati. Saya baca sampai tersedu2 mengenangkan nasib mereka esp the cute baby itu. Ya Allah.....marilah kita tolong serba sedikit ye dengan harapan dapat meringankan beban mereka, insha ALLAH.
dah bace tapi alhamdulillah baru hari ini diberi keizianan ;)j
insyaAllah..kita bantu setakat yg mampu..terima kasih ummu sb sudi share
insyaAllah sya..same2 doa dan hulurkan sedikit bantuan..hari ini hari die.. ;)
saya pun dah baca..sedih sangat. Kita tolong ler apa yg terdaya.
pernah terbaca kisah ni dr bloger len n dah bc gak di blog moon tuh..mmg sedey n sgt simpati pd si kecil rafiq n familynya..moga ALLAH berikan kekuatan kpd norma n talib tuk terus berjuang..
kak BSB: setuju kak..ape dayenye.. ;)
kayzie: memang kali pertame bace sebak..tak dapat membayagkan kite di tempat norma dan talib..kekuatan mereka datg asbab turunnya ujian ini..Allah Maha Tahu..teruskan berdoa utk mereka ;)
kayzie: memang kali pertame bace sebak..tak dapat membayagkan kite di tempat norma dan talib..kekuatan mereka datg asbab turunnya ujian ini..Allah Maha Tahu..teruskan berdoa utk mereka ;)
Post a Comment