21.6.11

BILA OBAMA BERSERBAN

Akhirnya!
Seantero dunia tahu siapakah dia Barack Obama. Beliau merupakan presiden US yang sangat dinanti untuk merubah kekalutan dunia hari ini. Hari ini beliau berjaya mengubah penampilannya kerana Allah, yang telah memancarkan cahaya taufik dan hidayah tembus ke dalam hatinya. Taktiknya mendekati konco-konco Israel di rumah putih membuahkan hasil apabila mereka berjaya dipengaruhi oleh Obama. Setelah beberapa lama mengikuti rentak dunia berqiblatkan laknatullah, akhirnya Barack Obama dengan beraninya memperkenalkan dirinya yang sebenar. Kini, Obama berani tampil kehadapan dengan penampilan yang sangat jauh berbeza. Imejnya yang berpakaian sunnah cukup membuatkan siapa sahaja yang melihatnya cukup teruja termasuk saya!

Merubah Dasar
Obama bukan sahaja merubah penampilannya yang berserban dan berjubah, persis ketika zaman Islam gemilang, tetapi beliau dengan tegas dan berani telah merubah banyak dasar yang selama ini hanya bermatlamatkan hawa nafsu dan syaitan. Tiada lagi pesta-pestaan yang melalaikan. Tiada lagi riba' yang membebankan. Tiada lagi penindasan ke atas golongan yang lemah. Tiada lagi askar Amerika di bumi Palestin. Tiada lagi persengketaan di tanah Arab. Semuanya kembali muafakat di bawah jajahannya. Dunia kembali berubah 360 darjah!

Sistem Al-Quran
Jika dahulu, lawatan muhibbahnya ke negara-negara serantau disambut dengan muzik-muzik dan tarian-tarian penyanyi wanita gelek yang mengiurkan. Namun kini, hanya selawat dan takbir menyambut ketibaannya sebaik sahaja turun dari pesawat. Ucapannya  kini juga berkisar sejarah dan tamadun Islam yang pernah gemilang suatu masa dahulu. Harapannya, semua negara Islam dapat bersatu bersama-sama mencapai perpaduan kerana Allah dan duduk dibawah naungan Khalifah Allah yang ditunggu-tunggu. Semua sistem telah dimansuhkan dan ditukar kepada sistem Al-Quran sepenuhnya. Subhanallah hebat!

Hudud
Semua orang memperkatakan tentang kehebatan Islam! Hudud kembali ditegakkan. Jenayah kini berada diparas 0.00%! Hukuman hudud yang telah Allah perintahkan sesungguhnya adil dan merupakan penyelesaian masalah dunia yang kian membarah. Tiada lagi penganiayaan kepada golongan yang lemah. Tiada lagi korupsi. Tiada lagi perdagangan wanita. Di pasar, di dalam pesawat, di tempat kerja, semuanya hanya kerana Allah. ALLAH bergemar diseluruh alam! MasyaAllah!

Dinar Emas
Selain itu, Obama juga telah menghapuskan sistem wang dan ditukar kepada dinar emas. Semua urusan hanya boleh dijalankan menggunakan dinar emas. Beliau juga telah menghapuskan sistem cukai yang cukup menindas. Harga barang-barang kawalan dunia kembali rendah hampir 50 kali ganda. Semua rakyat diseluruh dunia menikmati kadar takrif air, elektrik dan telefon secara percuma. Jalan-jalan dibaiki. Golongan miskin diberikan kehidupan seperti orang lain. Semua manusia hidup bagai di dalam syurga dunia.

Usrah
Usrah WAJIB!
Barack Obama cukup menekankan aspek tarbiyyah di dalam setiap rakyatnya. Semua rakyatnya wajib mengikuti usrah di tempat-tempat kerja. Usrah ini amat penting dalam meningkatkan fikrah diri setiap individu muslim. Jadi, setiap manusia tidak terlepas untuk mengikuti usrah sebagai sumber kekuatan dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim yang sebenar. TIADA KOMPROMI, kata Obama.

Media
Media pula hanya menampilkan iklan-iklan dan rancangan-rancangan yang mendidik jiwa. Tiada lagi artis-artis yang seksi dan nyanyian cinta. Tiada lagi fitnah yang Maha Besar di dada-dada akhbar. Media dipegang oleh manusia yang cukup berwibawa! Artis-artis seperti Maher Zain sahaja yang layak untuk membuat persembahan. Semuanya bertukar seratus peratus!

Obama Dan Isteri Berpestaan!
Obama kini.
Suatu hari, Barack Obama membawa isteri beliau ke suatu pesta yang suasana cukup terjaga dan menepati syariat. Semua orang menutup aurat mereka dengan baik seperti isteri beliau. Yang perempuan dengan jubah dan jilbabnya yang labuh. Tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan dengan tirai yang tinggi dan lebar yang tidak mungkin menampakkan lelaki dan perempuan. InsyaAllah..insyaAllah..insyaAllah..you find the way...Maher Zain dengan lagu popularnya. Tiba-tiba datang seorang wanita dengan pakaian yang seksi hadir ditengah-tengah pesta tersebut. Sekiranya anda merupakan wanita tersebut, apakah perasaan anda ketika itu? Tidakkah anda malu? Saya pasti semua mata tertumpu kepada anda, kerana anda sememangnya manusia pelik ketika itu.

Terasing
Namun hakikatnya, sesiapa yang berpakaian menutup aurat seperti isteri Obama tadi yang sedang cuba istiqomah mengamalkan islam dengan sebenar cukup terasing pada hari ini. TERASING! Inilah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan setiap orang yang cuba untuk istiqomah menuju Allah dan Rasul. Kitalah yang dipandang pelik pada hari ini. Setiap wanita yang bertudung labuh, berjubah dianggap EKSTREM dan mesti dikaitkan dengan gerakan itu dan itu. Memang sunnatullah orang yang membawa khabar dan mesej islam tidak digemari dan dipandang enteng oleh orang lain. Benarlah sabda junjungan kita Rasulullah SAW, mengamalkan islam di akhir zaman umpama menggenggam bara api.

Sombong
Wanita yang membawa mesej islam juga sering dilabelkan sebagai SOMBONG. Tidak beramah mesra dan sebagainya. Ketahuilah, seorang perempuan yang bermaruah yang cukup menjunjung nasihat dan perintah suaminya dengan penuh setia tidak mungkin beramah mesra dan sentiasa meminimakan pergaulannya dengan lelaki ajnabi! Mereka bertindak sesuai dengan perintah Allah. Namun, orang-orang yang tidak memahami akan hakikat islam yang cukup menitik beratkan pergaulan dan batas antara lelaki dan perempuan, dengan jahilnya akan mudah melabelkan seseorang wanita baik dengan perkataan SOMBONG. Berbaik sangkalah! Mereka sebenarnya sedang menjaga iman mereka!

Sunnatullah
Tiada apa yang pelik apabila seseorang yang membawa mesej agama tidak disukai dan digemari malah mungkin akan disingkiri. Sememangnya inilah sunnatullah orang-orang beriman terdahulu. Sejarah telah membuktikan bagaimana dahsyatnya penentangan terhadap dakwah Rasulullah SAW dan Nabi-Nabi terdahulu. Ianya adalah sunnatullah orang berdakwah. Ianya akan berulang dan terus berulang.

Islam Dagang
Analogi Barack Obama berserban adalah inspirasi cerita suami suatu masa dahulu ketika kami dalam perjalan pulang ke Bayt Al-Iman setelah mengambil Muhammad sebaik tamat bertugas. Tazkirah Jumaat. Saya rasa perkongsian yang cukup menarik tetapi diolah saya untuk menggambarkan islam dagang diakhir zaman dengan mengambil contoh Barack Obama selaku pemegang kuasa dunia yang digambarkan sebagai seorang beriman dan bertaqwa. Dialah pembina sistem khalifah yang telah terhapus pada tahun 1924 dahulu. Suami mahu menggambarkan peliknya manusia yang hidup beragama apabila cerita Obama yang beriman dan bertaqwa itu tadi adalah sebaliknya. Maka, manusia yang mengamalkan perintah Allah dan mengikut sunnah junjungan Rasulullah SAW diakhir zaman ini umpama makhluk asing!

2 comments:

Cik Sue said...

Assalam Ummu..
Mula2 baca n3 nie CS ingat betul2 la c Obama tue dah berjubah dan berserban...kalau betul la CS x tahu nak kata apaaaaaaa...Donia makin menghampiri titik noktanya...Allah hu'akbar...

@LeenShamsh said...

CS: suspen jekan..andai obama berubah kite pun macm tak boleh fikir jadi ape dunie :?