Muhammad baru sahaja tidur. Baru berkesempatan untuk berblog. Tengok kotak ziarah, puan nina sudah loceng tanya dimanakah Muhammad ;D insyaAllah bagi memenuhi janji saya untuk meraikan murabbiah ku tentang selok belok sebagai blogger, Bayt Al-Iman meramaikan lagi contest 'anak ayah' anjuran puan nina ;)
Gambar ini diambil semasa cuti iaitu dalam perjalanan pulang ke Bayt Al-Iman. Muhammad dan ayah berada di atas puncak batu yang besar ditepian pantai yang sangat indah memukau lagi mententeramkan jiwa. Subhanallah kami sangat kagum! Hebatnya Allah!
Pada mulanya, Muhammad berdiri memerhati pemandangan lautan yang terbentang luas dihadapannya, namun kemudian duduk mencangkung kerana ada 'sesuatu' yang semacam sampah kecil sedang menarik perhatiannya di tempat pijak kakinya. Gambar tersebut menunjukkan ayah Muhammad dengan pantas menyambut 'sesuatu' itu dari diambil Muhammad.
Sekian, coretan ringkas tentang kenangan gambar ini. Semoga Muhammad membesar sebagai 'anak ayah' yang hebat seperti ayah (ayah tersangat hebat dihati ibu ;) dan semestinya Muhammad mesti lebih hebat daripada ayah dan yang terpenting lebih 'menggila' tarbiyyah dan dakwahnya kerana Allah insyaAllah! Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul!
Menyahut cabaran contest 'anak ayah' anjuran puan nina insyaAllah!
Klik banner untuk turut serta!
Tarik tutup: 17 Jun 2011
Jom ramai-ramai! ;)
5 comments:
Muhammad, auni join contest ni juga
auni jom22...!
amin..semoga doa dimakbulkan =)
prihatin ayah Muhammad ye =) hehe
thanks ye join..
ok..lulus.. =)
maaf lambat terjah
ok nina janji terjah heheh
Post a Comment