Hari 1, Isnin
14 Rabiul' akhir 1433H : 12 Mac 2012
Malaysia
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Kali ini insyaAllah kisah mengenai pengalaman kita menaiki kenderaan selain insyirah nan berjasa kita. Pakej umrah yang kita ambil adalah selama 12 hari 10 malam termasuk hari perjalanan iaitu bermula 12 Mac dan berakhir 24 Mac baru-baru ini. Jadi, seawal jam 8 pagi 12 Mac 2012, kita sudah memulakan perjalanan kita ke tol berdekatan. Bas yang kita naiki di perhentian tol tersebut akan membawa kita ke KLIA. Hampir Zohor kita sampai di sana.
Baca doa bermusafir dan amalan-amalan dalam perjalanan di dalam buku yang diberi agensi semasa dalam perjalanan ke KLIA.
KLIA Canggih!
Kali pertama menjejakkan kaki di dalam KLIA. Tergamam sebentar. Sejujurnya, itulah kali pertama kita ke KLIA. Canggih sungguh! Antara kecanggihannya adalah kenderaan yang umpama komuter (tidak tahu istilahnya apa) yang membawa kita ke pintu berlepas. Laju dan senyap. Patutlah lapangan terbang negara kita sentiasa disebut-sebut. Apabila berada dan melihat sendiri kecanggihannya, Subhanallah! Hebatnya Allah. Itu sahaja ungkapan yang boleh menggambarkannya. Setelah menyusun beg dan bagasi yang perlu diletakkan di dalam bonet kapal terbang, para jemaah umrah bergegas menunaikan solat jamak qasar Zohor dan Asar. Nampaknya, begitu ramai jemaah umrah dari agensi lain yang turut berada di KLIA. Antaranya jemaah dari Indonesia yang transit di Malaysia selama beberapa jam.
Beg-beg yang tinggal yang terisi pakaian untuk semalaman di Oman nanti. Agensi juga memberi beg sangkut dileher untuk menyimpan barang-barang keperluan peribadi seperti pasport dan wang belanja.
Pengalaman Pertama
Kita menaiki kapal terbang sekitar jam 430 petang. Sekali lagi, ini juga pengalaman ibu yang pertama. Ramai kawan-kawan ibu dan ayah sendiri ketika penempatan pertamanya, kapal terbang umpama bas buat mereka. Takdir ibu, di usia sekarang baru berpeluang untuk menaiki kapal terbang dan Muhammad cukup bertuah. Kecil-kecil sudah merasa pelbagai nikmat. Walaupun mungkin Muhammad masih samar keadaan yang berlaku, mudah-mudahan coretan ini boleh membuat Muhamamd tersenyum suatu masa nanti. Banyak perkara yang ibu masih ketinggalan sebenarnya. Keretapi pun ibu belum berkesempatan lagi ;). Ada peluang semasa belajar dahulu namun ibu lebih suka bas kerana lebih cepat sampai.
Oman Air
Kita menaiki pesawat Oman Air selama 6 jam jika ibu tidak silap. Kita juga perlu transit sehingga bermalam di Oman. Pada mulanya, jadual penerbangan kita adalah direct menuju ke Madinah tetapi ianya bertukar-tukar disaat-saat akhir. Sekiranya penerbangan terus ke Madinah, ianya tampak begitu mudah kerana kita tidak perlu menempuh perjalanan jauh dengan bas dari Mekah ke Madinah sebanyak 2 kali. Takdir terakhirnya membawa kita transit selama semalam di Oman sebelum berangkat ke lapangan Jeddah dan terus ke Madinah dengan bas berhawa dingin yang disediakanz. Ramai juga yang mengeluh termasuk ibu dan ayah kerana membayangkan hanya tinggal beberapa hari sahaja baki yang tinggal namun sebenarnya ada hikmah terbesar yang hanya Allah sahaja yang tahu pada ketika itu.
Hikmah Transit
Jemaah umrah melalui travel agensi yang kita pilih ini, kali ini mereka membawa jemaah yang pada mereka ramai dari kebiasaan iaitu 42 orang peserta termasuk seorang bayi berusia 5 bulan dan kanak-kanak kecil berusia setahun 7 bulan iaitu Muhammad. Perjalanan sepanjang 6 jam tadi sentiasa disulami dengan tangisan anak-anak berdua ini yang mungkin tidak selesa dengan tekanan udara yang rendah apabila berada di tempat tinggi disamping suasana yang agak sempit di bahagian ekonomi. Berbanding dengan kelas pertama, memang berbeza. Ada lintasan tazkirah di hati ibu. Begini jugalah keadaan syurga yang juga berkelas. Di kelas manakah kita nanti T_T. Jadi, Muhammad dan kawan kecil Muhammad tadi, sentiasa bersahutan dengan tangisan. Biasalah unsur fizikal Muhamamd, membuatkan Muhamamd mudah bosan menghadap tempat yang sama selama beberapa jam tanpa boleh bergerak, berlari merata kapal terbang. Bayangkanlah sekiranya flight terus selama 7,8 jam ke Madinah. Kasihan sungguhlah kepada anak-anak kecil yang ada di dalam kapal terbang tersebut. Mudah-mudahan Allah ganjari kesabaran penumpang lain yang sentiasa terganggu dengan Muhammad. Maafkanlah anakku T_T.
Gambar atas adalah paparan skrin yang berada dibelakang tempat duduk masing-masing. Baru setengah perjalanan. Gambar bawah pula, penumpang kapal terbang baru turun untuk ke bas yang disediakan untuk ke airport Oman.
Ubat Batuk & Selsema
Sebelum berangkat, maklong Muhammad ada menyuruh ibu membawa ubat batuk atau selsema untuk diberikan kepada Muhammad dalam dos yang kecil sebagai ubat tidur di dalam kapal terbang. Ibu cuba untuk mendapatkan pendapat doktor tentang cadangan maklong Muhammad tersebut. Perjumpaan berkala ibu dengan doktor pada mulanya berpandangan yang serupa namun apabila sesi terakhir sebelum berangkat, doktor tidak bersetuju kerana Muhammad tidak sakit dan menurutnya ada layanan istimewa untuk kanak-kanak. Keduanya benar. Benar kata Maklong yang Muhammad akan ada ragamnya. Ibu dan ayah akan penat tetapi ibu ayah tidak kisah. Keduanya, benar juga ada layanan istimewa buat Muhammad. Muhammad diberi sebuah beg yang terisi pensel warna, buku mewarna dan daun terup sebagai alat melekakan buat Muhammad di dalam kapal terbang. Namun, ianya tidak bermakna kerana Muhammad mahu bergerak keluar daripada barisan tempat kita duduk. Kinesthetic learner!
Tengah Muhammad nangis + merengak, pramugari datang bagi beg berisi semua yang diatas.
Atok Oman
Apa yang begitu menarik sepanjang perjalanan ke Oman adalah kita berkenalan dengan seorang rakyat Oman pangkat atok buat Muhammad yang tertarik dengan Muhammad yang sedang tidak boleh duduk diam. Kita duduk di tempat duduk tengah yang boleh menempatkan 4 orang. Tokwan, ibu, ayah dan atok Oman Muhammad. Muhammad pula tiada tempat duduk. Bergilir dipangkuan ayah dan ibu. Atok Oman yang ibu pun lupa namanya, begitu peramah. Walaupun dengan broken english kami, beliau masih boleh faham dan sentiasa mengajak kami berbual dengan simple languagenya. Pertamanya dia bertanya nama Muhammad. Wonderful name! Katanya. Captain Muhammad! I wish him to be a captain one day! Doa atok Oman yang begitu kepingin cucu. Beliau berkata, andai dia dikurniakan cucu nanti, dia akan mendidik mereka sebaik mungkin. Beliau ulang semula, sebaik mungkin!
Jangak Paksa!
Ada satu perkara yang ibu dan ayah ambil peringatan daripada perbualan singkat dengannya. Jangan paksa anak untuk mengikuti kemahuan ibu bapanya. Sehingga sampai masa, si anak akan ada minat dan citarasanya. Contohnya, mungkin suatu hari, Muhammad akan lebih berminat dengan kapal terbang. Jadi, biarkan Muhammad dengan minat Muhammad namun jangan pula diabaikan pendidikan awal hidup beragama. Apabila kita memaksa mereka dengan apa yang mereka tidak suka, mereka akan membuatnya bukan dengan kasih sayang. Semuanya keterpaksaan. InsyaAllah ibu ayah begitu mengambil iktibar. InsyaAllah ibu ayah akan sedayanya cuba melorongkan Muhamamd dan adik-adik dengan hidup beragama dan merestui segala minat Muhammad selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syarak insyaAllah selagi ibu ayah bernafas. Ibu juga mengambil inspirasi daripada kak atie menerusi blognya AZATIESAYANG yang mana anak bujangnya telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran diawal usia yang menurutnya minat anak lelakinya sendiri yang lebih cenderung kepada agama. Bertuahnya kak atie! Kurniaan agung!
Sebenarnya, atok Oman ini mempunyai 4 orang anak. 3 perempuan dan terakhir adalah lelaki. 2 orang perempuan sulung dengan yang kedua merupakan bekas pelajar UIA sebelum ini dalam jurusan business dan seorang lagi jika ibu tidak silap dalam jurusan engineering. Asbab itu, beliau sudah biasa dengan Malaysia. Masalah di Oman sekarang menurutnya, lelaki Oman tidak mahu berkahwin awal, jadi, perempuan Oman terpaksa menunggu sehingga 30-an untuk berkahwin. Anak sulung perempuannya sendiri sudah 28 tahun dan dia sendiri sudah teringin punya cucu sendiri. Apa yang kelakarnya, si atok Oman ini yang begitu kepingin cucu sehingga berseloroh dengan anak daranya, jangan sampai dia yang berkahwin lagi untuk mendapatkan anak kecil. Kami gelak berjemaah bersama. Terselit juga di dalam perbualan kami, menurutnya orang Madinah adalah orang yang paling baik di dunia. Benarkah? InsyaAllah nantikan pemerhatian singkat ibu di Madinah dan Mekah insyaAllah!
11 comments:
Semalam cakap dgn ayah yusuf.. jom pergi umrah. Doakan ianya jadi nyata ye UM.. :D
kak zefa: sebelum kite pergi, kite sempat bace komen akak..ade 3 orang mase tu yang komen..insyaAllah ketiga-tiga itu kite ingat dengan baik..mudah2an kak zefa sekeluarga dapat ke sana segere! ;)
Saya pun xpnh sampaai klia lagi..hihii... tu la kan.. kalu terus je 7-8 jam mesti muhammad lg bosan kan.. seronoknya muhammad kecik2 dah g sana.. moga ada rezeki kami pulak utk ke sana.. inasyaAllah...
P/s : ok.. nanti dah dapat, ummu gtau ek.. sy dah pos minggu lps lagi... kalau tak silaap hari sabtu rasanya.. tapi bkn sabtu baru ni.. sabtu yg lagi sekali tu.. sbbnya kwn2 lain dah dpt.. risau gak takut ummu blm dapat :-)
bersinar mate kite teruja baca pengalaman seisi bai pegi umrah!
bila ler BSB dapt g sana...
alhamdulillah, walaupun byk yg pertama kali tp yg pertama kali ini adalah yang cukup bermakna kan?
saya pun risau nak bawa iman naik kapal terbang. apakah reaksi dan keadaannya nanti jika naik flight dlm jangkamasa yg panjang. saya sendiri pun rasa tak sabar nak sampai lgkan iman yg masih kecil. kami nak cuba bawa dia naik flight utk jarak yg dekat dahulu. iman seorang anak yg aktif. pasti tak ddk diam nanti. semoga adalah lagi rezeki Allah nak bg supaya kami sekeluarga sampai di sini.
nk bgtau saya silap ttg harga ayam tu sebab saya salah dengar. ayah iman yg beli, bila saya tanya balik dia kata harganya rm20 lebih.
intan: mane t au ade rezeki adik alisha kan?
p/s: insyaAllah dah dapat kite text ;)
myza: tengah ingat dan banyak dah lupe sebab tak catat pun mase berjalan..bawak orang dalam perut, lemah skit jalan ;)
kak BSB: insyaAllah mane tau rezeki kakBSB sekeluarga pulak ;)
ummi iman: bagus cadangan ummi iman utk iman..cubaan bawakiman utk destinasi dekat2 dulu tgk reaksi diekan..
p/s: lebih kurang harge ayam azzain kat sini
seronok baca entry lin ni...kak yana suka baca and hari2 msti buka nye la...tpi semlm lupa tu ari ni buka..alhamdulillah smua dh sihat yer..
kak yana: mane tau rezeki k.yana transit oman jugk.. ;) kirim salam anak2 kak yana..double M ;)
biasalahkan budak2 mmg nak explore jer.nak guna kaki yang Allah bagi=)tapi bagus ada khidmat layanan tuk budak2=)seronok sangat baca entry nie
nurul: pramugari tu samping2 jengah..die pun laju semacam je jalan nak bagi makan penumpang2..tapi insyaAllah mintak ape je keperluan kat mereka, dgn kadar segera mereka membantu ;)
Post a Comment