22.4.12

EPISOD 18: TERNAKAN UNTA

Hari 7, Ahad
20 Rabiul' akhir 1433H : 18 Mac 2012
Makkatul Karamah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Hari ini hari Ahad dan seperti biasa kita kembali ke apartment selepas solat subuh dan terus bersarapan di tingat bawah tanah apartment tersebut. Ada jemaah kita yang pergi bersama 4 orang ahli keluarganya. Seorang ibu tunggal bersama emak dan 2 orang anak perempuannya. Banyak ibu tunggal yang kematian suami mengikuti umrah kita ini. Emaknya yang ibu panggil makjah, bertanya sama ada Muhammad ini perempuan atau lelaki walaupun dalam keadaan kepala yang telah botak ;). 2 orang anak perempuannnya pula yang berumur 21 dan sedang hamil dengan jangkaan lewat seminggu dari due ibu berpadu dengan adiknya yang berusia 20 tahun sangat gemar mengusik Muhammad. Tidak kira di dalam bas, ditempat makan, pendek kata dimana-mana sahaja mereka berjumpa Muhammad. Mereka suka melihat Muhammad malu-malu memalingkan muka sambil tersenyum malu sehingga mahu masuk dibawah meja. Satu perubahan besar Muhammad yang ibu dan ayah perhatikan semasa dan selepas balik umrah ialah Muhammad menjadi insan yang lebih pemalu dan kuat tersenyum. Tiada muncung lagi seperti dahulu. Apalah agaknya doa ayah dan ibu? ;)

Kenangan Alam Rahim
Apabila mengimbau kenangan di alam rahim lagi, Muhammad memang aktif berpusing-pusing semasa scan tetapi pemalu. Aktif yang pemalu ;). Hanya bulan hadapan barulah dapat melihat jantina Muhammad. Dibandingkan dengan adik pula semasa pemeriksaaan berkala baru-baru ini, lebih aktif sehingga doktor mengatakan adik sedang bertinju dan jantinanya juga jelas kelihatan. Pembawaan ibu mungkin. Adik nampak lebih tegas. Berani dipihak yang benar. Maju untuk berhadapan. Bak kata ayah, kita hidup bukan mahu bermusuh. Keras kita supaya orang jangan ingat boleh buat suka-suka. Suka dengan ayat bos baru-baru ini, dia main-mainkan kita, kita main-mainkan dia balik haha! Scan setiap bulan sebenarnya tidak berapa digalakkan pengamal rki. Adik pula sudah 4 kali diimbas iaitu semasa mahu membuat pasport dengan doktor lain dan 3 kali dengan doktor panel kita kali ini. Ibu lebih suka bersedia awal kerana menyambut kelahiran sememangnya memerlukan modal dari segi aqiqah, bercukur dan nilaikan rambut dengan emas atau perak dan sekiranya lelaki, ibu ayah perlu 'book' awal doktor untuk mengkhitankan adik. Belajar dari kesilapan semasa Muhammad dahulu insyaAllah! ;)

Ladang Ternakan Unta
Selepas bersarapan, bas yang membawa jemaah kita telah datang untuk membawa ziarah para jemaah. Ini merupakan ziarah pertama kita. Ada 2 sesi ziarah. Destinasi pertama kita iaitu ladang ternakan unta. Sayangnya Muhammad tidur ketika itu. Nenek dan fuang tidak turun bas kerana kepenatan dan merekalah yang menjaga Muhammad. Ibu dan ayah pula mengambil peluang berjalan-jalan dan bergambar kenangan. Tidak sampai hati meninggalkan Muhammad untuk menjejakkan kenangan dan membuat sejarah di sini, ibu dan ayah mengejutkan Muhammad dari tidur. Ayah segera mendukung Muhammad untuk memegang unta dan melihat sendiri unta yang selama ini kita hanya berpeluang melihat di buku-buku mahupun alat media massa mahupun di tempat-tempat khas tertentu seperti zoo. Muhammad apa lagi memang tidak melepaskan peluang bukan sahaja melihat tetapi mengorek biji mata unta berkenaan ;D. 

Muhammad masih 'mamai' bangun dari tidur ;).

Susu Unta Segar
Setelah itu, ibu dan ayah ke tempat penjual susu unta pula. Susu segar yang diperah terus dari unta-unta yang ada. Nenek dan fuang ada membeli 2 botol susu unta yang dipesan kepada ibu. Setiap sebotol berharga 5 riyal. Ibu dan ayah juga membeli 2 botol sahaja. Kesemua 4 botol disimpan di dalam peti sejuk di bilik apartment kita. Bilik nenek dan fuang tiada peti sejuk. Memandangkan ibu adalah peminum susu tegar, setengah botol susu sudah diminum ibu. Itupun atas nasihat mutawwif supaya diminum satu, dua teguk sahaja memandangkan  kita dalam perjalanan dan susah bertemu tandas. Susu unta lebih manis dari susu kambing. Sebagaimana susu kambing, susu unta juga punya khasiatnya tersendiri. Menurut mutawwif yang ibu lupa namanya juga berasal dari Indonesia, susu unta insyaAllah mujarab andai jemaah sudah beberapa hari tidak membuang air besar ;). Ibu sertakan hasil google dari sini berkenaan hasiat susu unta.

Jual susu unta. Sebotol kecil berharga 5 riyal.

***********************************************************
DUBAI, KOMPAS.com — Susu unta sangat bergizi berbanding dengan susu lembu kerana rendah lemak dan kolesterol,lebih kaya dengan potasium, zat besi, dan mineral seperti sodium dan magnesium.

Hal ini dinyatakan pada satu pemebntangan kertas kerja pada Konferensi Ke-5 Keselamatan Makanan Internasional di Dubai yang diadakan pada 22-25 Februari di Dubai International Convention and Exhibition Center.

Unta adalah sangat penting dalam tradisi dan kebudayaan Arab dan susunya adalah komponen makanan penting di Emirat dan negara lain Arab.

Kertas Kerja bertajuk Standards for Camel Milk dibentangkan oleh Fatima Abdul Rahman, pemimpin Ahli Mikrobiologi Makanan di Laboratorium Pusat Dubai,United Emirat Arab (UAE).

“Hari ini, susu unta sangat penting bagi kehidupan manusia di beberapa negara lain,” kata Fatima semasa pembentangannya.

Fatima mengatakan, susu unta biasanya memiliki rasa manis dan tajam, tetapi kadang kala susu itu terasa masin dan pada saat lain terasa berair.

“Kualiti susu dipengaruhi oleh jumlah anak unta, usia haiwan tersebut, kadar haiwan itu menyusui anak, kualiti dan jumlah makanan, serta jumlah air yang disediakan,” katanya.

“Sebagian protein itu terdapat pada susu lembu,jikalau adapun hanya sedikit sahaja. Susu unta tidak perlu dimasak sehingga mendidih seperti susu lembu atau kambing. Susu unta yang enak rasanya harus diminum secara perlahan untuk memungkinkan perut mencernanya,” kata Fatima.

Beliau mangatakan beberapa kajian telah dilakukan terhadap komposisi susu unta. “Semua kajian tersebut menunjukkan bahwa kandungan lemak per unit susu unta ialah 1.8%-3.8% mengandungi Vitamin C dan niacin jauh lebih tinggi pada susu unta. Kandungan vitamin dan protein berbeza pada susu unta. Namun, jumlah laktosa pada susu unta sama dengan laktosa pada susu lembu. Susu unta mengandungi lebih sedikit vitamin A, B2, folic acid, dan panthonthenic acid dibandingkan dengan pada susu lembu,” kata Fatima.

**************************************************************
Tidak Cukup
Muhammad juga tidak melepaskan peluang merasa susu unta. Asbab Muhammad belum putus susu sepenuhnya ketika itu, tiada susu segar yang paling sedap selain susu ibu ;). Ayah pula minum seteguk sahaja. Di bilik pula, setelah sejuk keempat-empat botol, ibulah orang pertama yang menghabiskan susu unta baki yang sebotol tadi. Nenek pula datang dengan mengambil sebotol sahaja buat fuang. Jadi, sebotol penuh lagi menjadi milik ibu :D. Nenek tidak pandai minum susu tanpa dicampur bahan-bahan perasa lain. Tinggal sebotol buat ayah. Tidak cukup lagi, setelah pulang masjid hari seterusnya, singgah di Ben Dawood, pasaraya yang terletak di jalan utama ke Masjidil Haram, kita membeli lagi sebotol buat ibu. Kenyang adik dalam perut ibu minum susu unta ;). Rasanya berbanding yang telah diproses di dalam kotak ada bezanya. Pada ibu, susu segar begitu asli rasanya dan sungguh nikmat berbanding susu yang telah diproses.

Selepas membeli-belah di ladang ternakan unta, kita ke suatu tempat bernama Hudaibiyyah yang pastinya punya sejarah tersohor di sini dan para jemaah boleh niat di Miqat Masjid Hudaibiyyah untuk umrah seterusnya. InsyaAllah ibu kembali mencatat tentang sirah di Hudaibiyyah insyaAllah pasti dengan izin Allah!

8 comments:

@LeenShamsh said...

manis noen..kitekan peminum tegar susu kambing, mule2 dulu minum bau kambing. ssolusinye bole minum susu kambing, kite mesti buat pekat n panas..kalau suam2 n sikit je susu die, uweekklah jawabnye. berbanding susu unta, memang takde bau dan memang manis..kalau bace artikel tu, susu unta nipun mcm susu ibukan ade masin, manis..mase tu rezeki minum yang manis sebotol n sebotol kemudian ade jugak rase masinnye

IntaNBerliaN said...

byknya unta... bestnya ummu dh rasa susu unta.. sy br rs susu kmbing... susu unta blm berpeluang..hihi

@LeenShamsh said...

mudah2an mane tau rezeki intan pulak..susu unta lemak manis ;)

Ruse Sulaiman said...

pernah mengidam mkn daging unta. tapi tak dapat. ada rmh kebajikan panggil sbb diorg ada sembelih unta tapi tak dapat nak pergi. ruginya.. skrg katanya tak boleh bawa unta masuk malaysia. tak tahulah kebenarannya.

saya mual juga minum susu segar ni.. susu kambing kalau minum pun sikit je. tapi baguskan? susu unta.. mcmanalah rasanya.

ipad yg ayh iman beli tu harga 1899. DVD player utk iman pula skrg ni dia suka tgk kartun kegemaran. tapi alhamdulillah minat dia pada buku dan mengingat ABC, 123 sentiasa ada. Allah bagi dia memori yang kuat. jadi dia mmg cepat ingat apa yg dia belajar. saya pasang selang seli jd tak stress sgt dia belajar.

Ibu Yusuf Maryam said...

Meh ibu Yusuf nak keluar topik, tapi masih berkait dgn unta. Ada masjid kat tempat kami melekat di panggil masjid unta sampai sekarang, sbb dulu pernah buat korban unta kat situ.. :D

@LeenShamsh said...

ummi iman: sebut daging unte mase kat sane tak teringin pulak..bile ummi iman sebut, macm best je kan nak rase2 daging unte hehe

p/s: oh ipadd itu begitukah hargenye.,murah rezeki ayah iman hadiahkan ummi iman n iman..ummu muhammad tunggu harge runtuh menyembah tanahlah jawabnye hhheee

ibu yusof: wah pernahlah rase unta..unta mahal sgtlah kak.. teringin jugak kalau boleh wat qiqah adik muhammad..

p/s: selok2 poket mcm boleh kambing je ni hahaha!

myamyza said...

kite tak pernah bayangkan yang unta ada susu, darak(jakun) sunggoh la mommy bamlom ni..haha,

ps/ eh adik muhammad sejantina muhammad ke? hehehhh.. semalam semalammya gi tengok lagi beby hani, montel sekarang dia, cumilll...

@LeenShamsh said...

myza: unta ni binantang tungangan yang best. bak kate UAI lapa2 dalam perjalanan boleh sembelih tapi kete kite zaman sekrang secanggih mane sekalipun mane boleh smebelih heheh

p/s: tulah mesti dan babam sgt dah tuh bb honey..adik muhammad?suprise!! tunggguuuuu...heheheh