Episod kali ini adalah berkenaan kursus umrah. Disebabkan kita berdaftar dengan agensi di kampung nenek ibu, jadi perjalanan setiap minggu adalah sedikit memenatkan. Pihak agensi ada membuat kursus sebanyak 6 kali bermula awal februari 2012 sehingga seminggu sebelum berangkat tetapi sempat dihadiri kita sebanyak 2 kali sahaja. Faktor penat perjalanan dan kadangkala ada hari cuti berganti pada hari Sabtu mentakdirkan kita menghadirinya sebanyak 2 kali sahaja.
Panggil Ustaz
Solusinya, ayah memanggil seorang ustaz datang ke rumah kita untuk memberi kursus kepada kita selain buku-buku dan CD-CD yang kita pelajari di BAi sahaja. Sebaik tokwan sampai seminggu sebelum bertolak di BAi, ayah menjemput ustaz berkenaan ke tumah kita. Sesi kursus adalah selama lebih kurang 2-3 jam meliputi semua yang berkaitan umrah. Umrah lebih simple daripada syarat dan rukun menunaikan haji, jadi, ianya lebih cepat. Selain daripada kita 4 beranak dan tokwan, nenek dan moyang ibu juga turut serta dalam kursus ini.
Kekeliruan
Walaupun, telah menghadiri kursus dengan pihak agensi dan menjemput seorang ustaz, ada juga beberapa kekeliruan terutama tentang kapal terbang yang mendarat di Jeddah dan melalui tempat miqat umrah dan persoalannya adalah, perlukah kita memakai pakaian ihram siap-siap di atas kapal terbang kerana kita tidak terus ke Mekah sebaliknya kita menuju ke Madinah terlebih dahulu. Jawapannya yang meyakinkan, kita tidak perlu memakai ihram awal-awal dan kita akan bermula selepas bertolak ke Mekah daripada Madinah.
Umrah Anak Kecil
Lagi persoalan adalah berkenaan umrah untuk anak kecil seperti Muhammad. Apakah status umrahnya? Ayah segera menghubungi tok gurunya, tempat rujukan ayah seperti kebiasaannya untuk bertanya tentang persoalan ini. Beliau ada kongsikan di blognya di entry UMRAH KANAK-KANAK. Ibu kongsikan jawapan al-ustaz.
Blog MENUJU INSAN TAQWA
Alhamdulillah beberapa persoalan terungkai dengan izin Allah dengan bantuan ustaz-ustaz yang berpengalaman. Walau bagaimanapun, di pihak ibu sendiri, banyak yang ibu belum dapat membayangkan sebagai contoh, bagaimanakah tempat yang dinamakan Raudhah, apakah dia miqat, bagaimanakah gambaran ukuran kaabah sebenar. Banyak lagi persoalan yang tidak boleh diimiginasi ibu sepenuhnya sehingga ibu sampai dan lihat sendiri semua istilah-istilah yang ibu pelajari sepanjang berkursus. InsyaAllah episod akan datang ibu coretkankan tentang perjalanan dan pernerbangan pertama kita insyaALlah dengan izin Allah.
5 comments:
Terus setia menanti entry seterusnya.. :D
Allahu Akbar!!
Baru permulaan cerita namun teruja sungguh ummi membaca. Tak sabar juga nak ke sana :)
Assalam, semoga segala urusan utk menjadi tetamu Allah dipermudahkan..insyaAllah:)
a'aa biasanya kita akn paham bila kita sendiri dh tgk dpn mata kan.. :-)
p/s : ummu dah dapat ke blm hadiah yg saya dah pos yer?
kak zefa: cerite mane yg ingat..kalau kite mati cepat, mudah2an ingatan die yang die pernah ade ibu bername ummu Muhammad ;)
kak ina: mudah2an cepat pergi tau..mane tau disana ade penawar utk kak ina ;)
nieza: salamukhuwwah buat nieza..dah tgk tulip kat blog nieza...wah sgt teruje! kami dah pergi..ni kisah dah balik hehe ;D
intan: intan rase masih belum..nanti cek rumah mak..terima kasih banyk intan..susah2 saje ;)
Post a Comment