Hari 6, Sabtu
19 Rabiul' akhir 1433H : 17 Mac 2012
Makkatul Karamah
Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Hari ini adalah hari Sabtu yang merupakan hari kedua kita di Kota Mekah. Hari ini juga kita bersiap sedia seawal 7 pagi setelah subuh di Masjidil Haram untuk mengerjakan umrah kedua. Sekumpulan jemaah kita yang muat di dalam satu van bersedia berangat ke Miqat yang berdekatan iaitu Miqat Tana’im. Apabila menyeut tentang Tana'im, malam semalam usrah, ibu dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan sirah. Sebelum itu adalah kisah Ghazwah Uhud. Kita pernah ziarah Jabal Uhud di Madihah sebelum ini. Jadi, malam semalam memandangkan suara ibu masih rock, ibu hanya boleh menghabiskan sehingga Pasca Uhud sahaja dan kemudiannya suara ibu tidak mampu untuk keluar lagi ;).
Tana'im
Selepas Ghazwah Uhud, yahudi dan arab munafik memainkan peranannya yang memang terkenal dengan pembelot. Mereka meminta 6 orang para pendakwah untuk berdakwah di tempatnya. Sampai di suatu tempat Ar-raji’, para sahabat di pegang dan sedarlah mereka yang mereka sedang diperalatkan. Mereka berenam itu tadi mahu dijual di Mekah untu bayaran yang lebih tinggi. Mereka bertempur sehingga 2 daripadanya gugur syahid. Seorang dilempar baru secara bertubi-tubi sehingga gugur. 2 orang lagi dibawa ke Mekah untuk dijual. Salah seorang mereka dibunuh dihadapan pembesar-pembesar mekah ketia itu di Tana’im, miqat tempat kita berniat dan solat sunat itu tadi.
Miqat Tana'im.
Anjuran Kembara
Patutlah Rasulullah SAW menganjurkan ummatnya untuk ‘keluar’ dari tempat kebiasaan kita. Pergilah merantau untuk diri lebih menghayati kebesaran Allah dan sirah Islam itu sendiri. Setelah Allah izinkan kita untuk menziarahi Mekah dan Madinah, ianya cukup membantu ibu dalam membaca dan memahami sirah kita kerana bayangan tempat-tempat sudah ada diminda. Alhamdulillah bertambah seronok ketika membaca sirah.
Umrah Kedua
Alhamdulillah sebelum Zohor kita dapat menyelesaikan umrah kedua kita. Melihatkan nenek-nenek yang begitu semangat dan mereka menolak untuk berkerusi roda membuatkan ibu lebih terinspirasi untuk meneruskan perjuangan lebih-lebih lagi ketika saie. Nenek-nenek berjalan berulang-alik non-stop! Semangat beribadat yang luar biasa disana. Kali inilah Muhammad dan ayah bercukur botak untuk tahallul. Ibu yang memotong rambut-rambut Muhammad yang ketiduran ketika itu sehingga boleh dicukur manakala ayah sibuk membantu para jemaah lelaki lain bergunting. Malangnya pisau cukur ayah tidak mampu mencukur licin saki baki rambut Muhammad. Jadi, ayah dan Muhammad bercukur licin di kedai berdekatan dengan tempat penghinapan kita. Setiap kepala dibayar 10 riyal.
Bertakek-takek tidak rata. Muhammad solat dihadapan ayah dalam menanti masuknya waktu Zohor.
Ujian Pertama Ayah
Kita beriktikaf sehingga Zohor. Ayah kembali ke masjid untuk Asar pula. Insiden yang tidak mungkin terlupakan ketika ini adalah sandal mahal ayah, hadiah daripada ibu, hilang dan ayah berkaki ayam hingga ke bilik. Sandalnya itu diletakkan di dalam beg plastik yang disediakan di masjid dan diletakkan ditempat kasut. Puas mencari-cari kerana khuatir tersalah letak, namun tidak ketemu juga. Bukan ralat pada harganya tetapi sentimental value yang ada padanya. Sandal itu punya kenangannya ketika bertemu Baginda Rasulullah SAW. Maksudnya satu daripada kenangan bertemu Rasulullah SAW lebih disayangi Allah. Hanya setakat itu Allah meminjamkan ayah sandal mahalnya. Sandal ayah tidak mahu ikut ayah balik ke Malaysia T_T. Fuang memang sudah berpesan supaya mengangkut sekali kasut ke tempat solat, ketika tawaf dan saie bagi mengelakkan kehilangan. Takdirnya, ini semua ketentuan Allah. Allah pilih ayah hari itu untuk diuji ;).
Esok hari Ahad. Hari untuk jemaah travel agnesi berziarah ditempat-tempat bersejarah sekitar Mekah. InsyaAllah ibu kembali mencatat perjalanan ziarah kita dari satu tempat ke tempat yang lain disekitar Mekah insyaAllah pasti dengan izin Allah!
6 comments:
Prnah terdetik nak tanya pasal letak kasut sebelumni, tp jumpa jawapan dalam entry ni..
ps: ada gaya baru di atas entry nampaknya.. :D
hahah k.zefa: sebelum ni dah terfikir dah tapi malas nk edit entry lame2..disebabkan ade hajat selepas habis catatan ni, kene buatlah untuk senang nanti jungle tracking dalam KCA heheh ;)
Salam Ummu Muhammad..kejadian kehilangan kasut mmg kerap trjadi..
Suami k.atie sampai 3 kali di duga oleh ALLAH kehilangan kasut!
Berkaki ayam la suami k.atie balik ke hotel...& membeli sandal baru.
Indahnya dpt bersama2 kluarga menunaikn umrah..begitulh hajat & doa k.atie,satu hari nanti kami dpt bersama2 menjadi tetamu Allah.Aminnnnn
oh kaktie ni baru episod satu kisah kehilangan kasut..nantikan episod 2 hehhe..banyak lagi yg hilang hehhe...suami kaktie dah pegi eh? mudah2an rezeki kaktie tak lame lagi ;)
laa kat sana pun ada kes hilang kasut yer...
pandai muhammad solat... alisha ni skrg ni, time kitaorg solat, abah dia suh letak sekali sejadah kecik dekat sebelah... biar alisha solat kat situ.. bkn apa, time kita nak solat tu lah, dia g duk solat jugak kat sejadah depan kita.. mulalah susah kita nak sujud..hahhah
banyak sgt kasut yang tak bertuan die longgo depan masjid intan..hilang kasut kat masjid memang selalu je ade kt sini sekalipun
sekarang alhamdulillah perlauan solat berserta dengan lafaz allhuakbar sampai perlakuan salam siap toleh kiri kanan..bagus abah alisha buat mcm tu..nilah bende pertame yag perlu diterapkan kat anak2..aqidah yg mantop membentuk anak2 yg berkualiti insyaAllah!
Post a Comment