Segala apa pun yang ada pada kita semuanya milik Allah. Semuanya Allah memberi kita pinjam sahaja. Hanya satu sahaja milik kita sebagai hamba iaitu PILIHAN. Ayat yang memberi bekas di hati saya semalam apabila berkumpul bersama adik-beradik 'keluarga kecil' saya. Semalam lebih kepada liqo' perpisahan kerana naqibah saya akan berpindah. Seorang dari adik-beradik kami telah berhijrah kerana tuntutan kerja dan bilangan kami semakin kecil. Mudah-mudahan Allah tsabatkan kami di atas jalan keyakinan ini insyaAllah.
PILIHAN
Menyentuh mengenai PILIHAN, sesungguhnya hidayah dan taufik itu milik Allah. Allah pilih siapa sahaja yang dikehendakiNya untuk melalui proses penghijrahan. Hidayah dan taufik Allah ini ada sahaja, terpulanglah kepada hati kita untuk membuat PILIHAN. Fitrah manusia itu adalah di dalam kebaikkan. Jadi, apabila masuk sesuatu yang tidak baik, maka ianya berlawanan dengan fitrah insaniah yang Allah bekalkan. Disinilah dinamakan PILIHAN. Hati membuat pilihan sama ada mahu menjadi baik ataupun sebaliknya. Berubah ataupun statik sampai mati.
Hijrah Artis
Kebanjiran penghijrahan golongan-golongan artis membuat saya kagum dengan perubahan yang amat drastik pada saya. Jelas sesungguhnya mereka adalah insan-insan pilihan Allah. Jujur saya katakan, saya bukanlah seseorang yang mengikuti perkembangan artis. Saya biasa dengar kisah-kisah mereka apabila pulang ke rumah nenek Muhammad. Tambahan informasi apabila saya mengaitkan entry-entry di dashboard. Jadi, saya banyak terdedah berkenaan info-info terkini di internet. Kebiasaan orang yang membaca suratkhabar dan menonton televisyen akan punya pandangan yang kontra dengan orang yang membaca pelbagai akhbar maya dan menonton video-video di internet. Keadaan penceritaan juga akan menjadi sebaliknya kerana bahan bacaan kita berbeza.
Wardina Safiyyah
Irma Hasmie
Gelap vs Terang
Banyak lagi artis yang memang tampak begitu berubah dan kebanykkannya meninggalkan dunia artis secara keseluruhannya. Tidak ada lagi lakonan. Tidak ada lagi nyanyian bagi yang perempuan. Ukhti Norkumalasari, Subhanallah! Hebatnya dia! Kekuatan yang bukan sedikit. Akhi Azmil Mustafa, Bob Lokman, Iwan dangdut dan ramai lagi. Saya hanya mampu menulis nama-nama yang saya dan ingat rupa mereka. Semuanya yang telah melalui suatu kehidupan yang 'gelap', pasti merasai nikmat sebuah kehidupan yang 'terang'. Manisnya sebuah PILIHAN iman dan ujian yang dilalui mereka bukan calang-calang. Masakan Allah tidak akan menguji keimanan kita. Ujian adalah bukti kasih sayangNya untuk meningkatkan darjat kita disisiNya insyaAllah!
PILIHAN mereka. Subhanallah!
Kisah Gelang Sham Kamikaze
Seorang artis lelaki yang saya mengikuti ceritanya adalah Akhi Sham Kamikaze. Siapa yang tidak kenal dengan imejnya yang bersubang, berantai, bertindik dan sebagainya. Saya difahamkan hidayah Allah itu menerjah ketika dia ditegur oleh imam Mekah Sheikh Sudais ketika lawatannya ke Malaysia. Disitulah segalanya bermula apabila dia merasakan dirinya bukan siapa-siapa tetapi Sheikh menegurnya. Bermula dari situ, dia berubah 360 darjah pada pengamatan saya. Saya amat tertarik dengan kisah gelangnya. Dia berkata, jangankan gelang, seurat benang pun haram dipakai oleh lelaki. Subhanallah! Jelaslah iman itu datang diikuti ilmu sesuai dengan dakwah Rasulullah SAW yang menanamkan aqidah dikalangan penduduk Mekah selama 13 tahun lamanya berbanding 10 tahun di Madinah. Aqidah adalah yang terpenting!
Prof. Kamil
La Tahzan!
La tahzan! Janganlah kita bersedih apabila dilahirkan ditengah-tengah keluarga yang tidak mengamalkan kehidupan beragama dengan sesungguhnya kerana percayalah iman atas kasih sayang Allah yang datang bukan daripada warisan, kemanisannya sukar untuk diterjemahkan. Ianya luhur dari hati. Apabila sekali ianya datang, insyaAllah tidak mungkin kita akan melepaskannya pergi andai iman itu dasarnya dari hati yang mencintai Allah dan bukan sebab yang lain. Berubahlah dengan kadar segera andai 'rasa takut' itu hadir dan jangan membiarkan 'dia' berlalu pergi begitu sahaja kerana takut ianya tidak sudi menjengah kita lagi.
Hidayah itu sesungguhnya milik Allah tetapi kita mempunyai PILIHAN untuk meraih, mencari hidayah tersebut. Teruskan dengan perubahan kerana sebagai manusia kita tidak akan pernah untuk sempurna. apabila menyebut perihal perubahan, ianya tentu sekali tidak lari dari nikmat ujian yang pelbagai terutamanya apabila mahu merintis jalan ke arah perubahan. Mudah-mudahan Allah kekalkan nikmat iman dan islam sehingga kita berjaya melihat Allah disyurga sana insyaAlalh!
Mereka-mereka yang saya sebutkan diatas sudah menikmati kemanisan iman, kita bila lagi?
12 comments:
subhanallah...sungguh sejuk mata memandang...semoga kita juga sama2 dpt menghayati islam dgn lebih baik..ameeen..
alhamdulillah tak semua artis dulu seksi skang seksi jugak=)perubahan ke arah kebaikan mmg dituntut
dah ramai artis bertudung kan?
Subhanallah..
Alhamdulillah, semoga kita semua dikurniakan husnul khatimah..aminn
Allah da tetapkn yg terbaik utk hambaNya...
dgn perubahan dan pemberian hidayah ini membuka mata kita betapa Allah sayangkan kita hambaNYA... SUBHANAALLAH..
sape yg pindah kak?
Alhamdulillah...
sy cukup suka dgn wardina.. dia seorg yang berani menegakkan kebenaran..
mawar: bace tulisan2 mereka juga sejuk hati melihat ;)
nurul: semoga mereka tsabat dgn pilhan mereka dan Allah kurniakan rase iman itu berpanjangn pade kite semue
ummi nur: aminnn!! itulahmatlamat utame kehidupan dunie yg sementare ;)
tiqah: subhanaallh!! nikmat mane yg perlu kite pinta lagi selain nikmat terbesar iman dan islam! ;)
dyan: siape pindah dyan sayang? ;)
intan: kite pun kagum dgn semangat die..semue uruskan sendiri..mendidik anak dlm mase yg same aktif kerje luar seperti sambung belajar dan bkerja..3 in 1..subhanallah!
hehe.. siapakah gerangannye yang akan berhijrah ituewww wahai kakakku? :)
dyanlah yang dah berhijrah..semoga Allah bukekan segala jalan utk memudahkan..sesungguhnye utk merintis jalan perubahan itu bukan mudah..pasti pelbagai cabaran menguji sejauh mane tahap kesabaran dalam meraih manisnye iman...mudah2an Allah sentiasa melorongkan dyan dgn jln2 kebaikkan... ;)
:) thanks kak.. actually akak la yg byk bantu dyan... thank so much kak.. jgn pernah berhenti untuk menulis k.. satu hari nanti..dyan nk jadi macam kakak..insyaallah..:)
jgn jadik mcm akak..jadi lebih baik dan tersangt baik ;)
Allah bersama kamu dik! sayang dan rindu berpanjnagan kerana Allah!
Post a Comment